Thursday, September 20, 2012

++tips beri susu perahan++


assalamualaikum..


sesungguhnya memang aku teramatlah bizi skang ni..lama betul tak update blog..tidor toksah cakap lah..memang tak pernahnya cukup even baby tak banyak meragam.tapi disebabkan dia jenis yang kuat menyusu maka haruslah aku bangun hampir 3 kali setiap malam untuk susukan budak kecik yang tak berapa nak kecik sangat tuh.huahua..apa2 pon aku happy sangat dapat menyusukan anak sendiri.semoga susu tidak pernah putus untuk mengisi perut anakku..Ammminnnnn~~!

sepanjang 2 minggu lepas haiqal memang tak minum susu perahan dalam botol langsung..taktaulah sebab apa tiba2 je dia tanak minum susu kat rumah pengasuh..mau aku tak susah hati.sebab memang dah sedia maklum yang haiqal ni kuat minum..huhuhu.dah macam2 cara aku buat but still tanak..padahal sebelum ni dia ok je,takde masalah pon minum dalam botol..mula2 lepas dia tanak minum susu botol, kitorang cepat2 cari puting baru and botol baru..try bagi kat rumah..at the end he refused to bottlefed..
so, untuk mengelakan dia daripada dehydrate sepanjang aku bekerja sampai petang, waktu rehat mesti aku akan lari menyusukan anak kejap..tak pon kalau encik suami keje shift petang or malam dia akan bawa haiqal datang sekolah untuk menyusu...kesian kat encik suami..ulang alik dia..but tak pernah merungut cakap penat or what so ever..dia just nak pastikan anak dia dapat bekalan susu yang mencukupi.

oleh sebab dah puas mencuba macam2 cara untuk buat haiqal minum susu guna botol, so aku decide untuk balik kedah ikhtiar cara kampung pulak..jumpa mana2 ustaz supaya anak aku lembut hati untuk minum susu botol(EBM)..masa balik tu, mak senyum jek..dia cakap mesti ada sesuatu yang buat dia tetiba tanak minum EBM dalam botol..first thing first masa sampai kedah, mak suruh perah susu sikit untuk cuba bagi kat haiqal..
then mak riba haiqal and usap kepala dia lembut2..lepas selawat dan baca doa makan mak suap puting botol kat haiqal sikit2..once dia dah sedut, terus mak sumbat puting tu sepenuhnya dalam mulut dia..
alhamdulillah!!!senang je dia minum...aku macam tak percaya tengok dia minum susu..laju plak tu abis.hebat mak!!
since that day memang aku waktu siang aku bagi susu botol sepenuhnya.then malam baru direct bf.

jadinya harini, aku nak share tips nak bagi susu perahan kepada pengasuh mengikut cara kami...:))

1. jangan beri susu perahan menerusi botol ketika bayi betul2 lapar..masa tu kalau sumbat puting botol macamana sekalipon confirm dia akan mengamuk.beri susu ketika dia tengah tenang dan mamai baru bangun tido..:)

2. kalau boleh tunjukkan kepada pengasuh macamana korang panaskan susu..sebabnya ada sesetengah yang tak tau nak cairkan susu..then terus g rebus susu beku tu..hasilnya susu tu akan terlebih panas dan pecah lemak sampai naik lapisan kuning..baby takkan minum susu macamtu sebab rasanya tak sedap...jangan salahkan pengasuh..but as parents kita yang kena pantau untuk pastikan anak diberi susu dengan betul..

3. lepas susu dipanaskan, bayi plak minum tak habis...jangan biar susu tu di suhu bilik sehingga 2 jam..sebaliknya, cepat2 masukkan lebihan susu dalam botol tu dalam peti ais semula bahagian chiller...*susu yang dipanaskan tidak boleh dibekukan semula ok!* dalam masa dua jam make sure bayi habiskan susu lebihan tu dalam masa 2 jam..kalau tak habis gak, buang..!

4. biasanya aku akan simpan susu 3oz je dalam milk storage sebelum dibekukan.bukan apa..kadang2 kalau bagi yang 5oz punya tak habis pon sekali minum..so.better buat sikit2..tak membazir..

5. kalau nak senang beri susu yang dah cair kepada pengasuh..senang untuk dipanaskan.just rendamkam dalam air panas selama 5 minit then dah rasa suam2 terus bagi susu tu kat baby...

6. sebelum nak bagi susu bau susu terlebih dahulu untuk make sure susu tak busuk..kalau bau ok baru bagi susu tu kat baby..jangan lupa baca doa makan taw!:))


macam2 jenis puting yang kami guna untuk buat haiqal minum susu botol semula..tapi semua dia tanak..so.kami kekal guna botol and puting medela je...asalkan dia mau minum susu botol..takdelah aku susah hati..mudah-mudahan haiqal membesar dengan baik dan cukup zat..amiinN~:))