Sunday, September 28, 2014

++TOLONG!!anak saya tiba-tiba mogok susu!++

Assalamualaikum...

masa cuti sekolah baru2 ni, anak memang banyak menyusu direct dengan aku.dalam masa yang sama aku still bagi susu guna botol takut tiba2 dia buat tanak minum susu botol plak after cuti panjang..jenuh pengasuh nanti kalau dia tanak menyusu..last day bercuti di kampung tiba2 ja hannan tanak minum susu direct. padahal hari2 sebelum tu dan even malam sebelum tu elok je dia minum..
aku dah jadi sangat panik sebab anak tanak bf dengan mama..:(( tengok dia jadi macamtu aku try bagi susu guna botol..chup!terus mulut sambar dan hisap botol tu dengan lahapnya..lagi rasa nak nangis..huhuhu.how dare hannan tolak susu mama dan pilih botol.wuaaaa~

aku tunggu dia lapar balik dan cuba untuk menyusukan dia semula..still tanak! Menangis nanfis kalau aku nak bagi susu..jam2 tilah terus dia palingkan muka dan melalak jerit2 .tension!dahlah masa tu ngah kemas2 barang nak balik rumah ipoh dah..3 jam perjalanan kalau nak balik ipoh..lagi membuatkan aku mati kutu zebab rumah kat jitra takdak internet.at least kalaj ada tenet boleh lah
bantu cari penyelesaian..huhuhu.last2 aku standby pam susu dan botol susu dalam kereta..apa2 hal aku perah je susu dalam kereta dan terus bagi guna botol..memang aku totally stress dan sedih mengenangkan 'bonding' time mother and daughter taktime menyusu lah kita akan rasa kasih sayang tak terhingga kepada anak..time tulah rasa kita ni ibu paling mithali di dunia.hukhukhukhuk..

Sepanjang perjalanan balik aku buntu taktau nak buat apa dan sambil2 tu berdoa semoga hannan lembut hati untumenyusu badan semula..serius situasi waktu tu macam nak pujuk makwe pakwe merajuk.ahhahaha!.almaklumlah.takdak internet kat kampung..stakat buka fb sikit2 tu boleh lah..tu pon berjanggut nak load newsfeed..hahaha!sabo ajalah!memang aku tahan dan pendamkan perasaan tension tu sampai lah aku balik rumah sendiri..sesampainya aku kat rumah aku terus google pasal masalah ni..tau2 je masalah ini dinamakan sebagai nursing strike or mogok susu..sehingga sekarang taktau apa masalah sebenar hannan yang menyebabkan dia jadi macamtu. perasaan down dan kecewa berlarutan sehingga 3-4 hari..bila 'sua 'je susu badan dia langsung tanak cuba untuk latch! memang seolah-olah reject untuk menyusu dengan mama FOREVER..huaaa~! aku sempat tanya kawan2 kat fesbuk dan nak sangat tau kot2 lah ada sesapa yang ada pengalaman serupa.rupa-rupanya not only me experiencing this situation..ada yang cakap pas anak refuse untuk menyusu badan, they give up dan terus bagi susu formula..dan ada yang cakap pujuk pelan2 untuk terus menyusukan anak..so in this case, I have two options to which I chose to breastfeed my little hannan till she reaches 2Y.O..

memula memang sangat susah..sampai kadang2 aku rasa macam nak give up.bayangkan every 2 jam aku kena pam susu dan buat stok.dalam masa yang sama kena masukkan susu dalam botol.tengok dia memang nampak tak teringin pon nak susu mama.mengantuk, letih dan stress.BESAR gila eyebag aku weh.hahahaha!!!macam mak panda.LOL! dalam masa yang sama aku masih menaruh harapan yang hannan akan kembali menyusu dengan aku seperti biasa. masalah ni berlarutan sampai sehinggalah hari ke 4, aku bagi susu botol then cepat2 tarik puting botol dan cuba direct feeding..Alhamdulillah dia nak. tapi pon on off gak.depends on her mood. cuma malam aku dah agak lega sebab tak payah susah2 pam dan susukan hannan guna botol..letih! aku kesiankan haiqal..bila badan terlalu letih aku tak mampu nak entertain anak sulung aku dengan baik..he had been neglected a bit. -_____- rasa nak nangis bila dia cuba nak datang kat aku yang kebetulan tengah pam susu...faham2 jelah bila perah mana boleh buat apa dah...duduk je kat situ.fokus dan tenanngkan fikiran.kalau tak production susu berkurang..naya hannan kang..


Syukur alhamdulillah..hannan semakin mahu menyusu badan..terharu sangat bila aku dukung dia dalam posisi nak menyusu dia dah tak meraung lagi macam sebelum ni..tapi masih lagi kena bersabar..bila nak menyusukan dia kena penuh dengan kasih sayang dan kelembutan..terasa dia tersangatlah fragile sebabnya kalau berlaku kesilapan sikit pon dia akan REJECT.huhu..ibu2 kena ingat jangan sesekali PAKSA anak untuk menyusu..pujuk pelan2..in shaa Allah dengan izin Allah anak akan kembali menyusu dengan kita semula..jangan cepat berputus asa..masa ni kesabaran dan determination kena tinggi..kena fikir yang khasiat susu ibu ni melebihi segala apa yang ada jika dibandingkan dengan susu formula..semoga Allah permudahkan urusan aku seperti mana yang dikehendaki..aminn..

sekiranya kawan2 ada masalah yang sama feel free to email me or drop ur comment..

Mjak sambung buat kerja..babai~


Wednesday, September 24, 2014

++femmemodenhaus++

Assalamualaikum...


setiap kali nak mulakan menulis entri mesti aku akan termenung dulu.kalau ada laser dekat mata aku memang dah tembus dah skrin laptop aku agaknya.hahaha.dasar pengaruh superman!(-___-')
ni semua gara2 anak dara I ols yang buat hal masa hari last kat kampung ritu.langsung tanak direct feeding ngan mama dia..apa2 pon aku tetap takkan berputus asa. aku akan cuba sedaya upaya untuk pujuk hannan untuk kembali menyusu dengan aku seperti biasa.

BUT! harini bukan nak cerita pasal anak aku tanak menyusu..actually nak share dengan kawan2 yang suka kelihatan menarik, cantik dan dalam masa yang sama sopan.ehemm! aku tak terkecuali suka bershopping seperti mana2 kaum hawa yang lain.tapi lately aku tak berkesempatan untuk pergi ke mana2 mall untuk jamu mata, apatah lagi nak try pakaian dan beli. semuanya disebabkan anak2 yang masih kecik..kesian sangat kalau nak bawa depa pi bershopping..satgi depa cepat boring dan terus mengamuk..terpaksalah mama balik sambung layan kerenah anak kat rumah.hailaaa..~gamaknya kena tunggu depa besar baru boleh ajak shopping sesama!hihihihik~ takpalah..harapnya mama haiqal and hannan dapat bersabar.so, bagi penyelesaian kepada masalah yang macam aku alami ni, aku lebih gemar untuk membeli barangan secara atas talian or dalam bahasa omputehnya ONLINE. jimat tenaga,tapi tak jimat duit.KAHKAHKAHKAH!

FYI, aku suka tengok orang yang berniaga dan berjaya dalam bisnes yang dijalankan..salute betul dengan semangat dan determination tu.bukan senang nak buka bisnes and maintain.perlu ada minat dan rajin berusaha baru bisnes akan membuahkan hasil..so kalau ada kawan2 yang baru nak start bisnes, aku bagi sokongan padu kepada mereka untuk terus berjaya.:)

tanak mukadimah panjang aku direct jalah ya..actually aku nak perkenalkan salah satu butik kafe yang baru beroperasi tahun ni iaitu #femmemodenhaus.
nama pon menarik tertarik da bomb kan??aku rasa ramai yang boleh agak apa yang dijual di femmemodenhaus..yes dear!absolutely pelbagai jenis pakaian dan skirt yang cantik2 boleh diperolehi di sana.sebelum ni aku just tengok kawan aku (owner) upload pic dresses, blouses and skirts kat fb or virtual boutique..and now dia dah ada kedai sendiri!!sungguh berasa kagum~ *sambil mengenang pengalaman mengunjungi kedai dia.heheh*
bila tau kawan dah ada kedai terus kaki rasa tergedik-gedik nak pi.hikhikhik.kebetulan kedai dia pon tak jauh dari rumah mak ayah.so apa lagi.aku pon pasang plan awal2, bila balik jitra nanti memang nak pi singgah kedai dia..Alhamduillah..rancangan dipermudahkan dan berjalan lancar.:)

jejak ja kaki masuk kat dalam kedai..mata aku dah tak boleh tengok setempat.habis sekeliling aku tengok..terus adrenaline mengalir laju.shopping time!!!!kat butik tu ada pelbagai jenis dress, skirts dan blouse cantik2..shawl, tudung dan accessories pon ada~bak kata pakteh all in 1..macam2 ada!hehehe. for ur information, this boutique masih belum dibuka secara rasmi.still dalam proses untuk memenuhkan ruangan and i was informed that they will launch the grand opening somewhere in October.:)
tadi aku dah mention, itu nak, ini nak.semua nak!kalau ikut nafsu kang tak pasal2 kopak aku di hujung bulan nanti.-_____-

jom layan pics sepanjang berada di butik kafe femmemodenhaus.. 

cik patung yang setia menanti kedatangan pengunjung butik..hikhikhihik.
in the pic:the dummy model is wearing tutu long skirt and sequin blouse.

antara sudut yang ada di butik..baju kurung moden and jubah dress..

kalau nak shopping berjam-jam kat sini pon takda hal sebab ruangan untuk menunggu sambil bersantai turut disediakan..:)

there are few  branded shoes for sale! let's grab a pair!:D

 antara barangan kecantikan yang terdapat di femmemodenhaus..FYI, di sini turut terdapat CCO and TCS yang quite phenomenal di pasaran skang..she's one of the agents too~

fewwittt...awek cun mana ni??sekali tengok tak macam dah kawin kan???bergaya sungguh.sesuai dengan title pemilik butik kafe..:D 
nilah owner butik kafe femmemodenhaus...will reveal her sikit sikit..hehehehe.saja bikin saspen!kuikuikui;p


antara blouses and cardigans yang terdapat di butik..
I bought a dark blue blouse and a sequin chiffon cardigan for myself..

 tadaa~!!presenting u the owner of femmemodenhaus!cik jijah..a.k.a azizah.:)
I know..korang nak cakap dia cun kan??memang tak dapat disangkal lagi.hakhakhakhak..
she matched the lacy blouse with pink long tutu skirt.

this dress is so fine~jijah with electric blue sequin dress..as u can see in this pic, there are various colours of modern kurung and maxi dress..tinggal nak pilih dan beli mana yang berkenan ja.:)

le skirts..sangat gorgeous dan meletop!boleh fefeeling ayu jelita gitteww pas pakai floral pattern long skirt nih..hehehee.

pic mekna u ols haruslah ada dalam rentetan cerita ni kan.. FYI, this baby boy is not her first child..she is a mother of 4 children..unbelievable! nak tau tips macamana nak maintain macam dia..pi tanya dia sendiri.hikhikhik.
pssst~im wearing instant shawl by sarung anggun.also available in her boutique.

danial and mama jijah..dua2 pon comellsss!see?I told u, she doesn't look like having 4 children at all..I'm so adored!

sedar tak sedar haritu ja aku beli sepasang blouse, sequin chiffon cardigan, lacy skirt dan shawl instant by sarung anggun..

haaa...masa isnin ritu dari tudung sampai ke skirt hasil belian aku dari butik femmemodenhaus..
sangat berpuas hati dan in shaa Allah akan pergi mengunjungi butik tu lagi..

close up pic...sangat suka dengan baju ni..simple, selesa dan tak panas langsung material dia..sayang tak ambik pic skirt skali..cheq malu nak ambik pic sorang2..huhuhuhu.

thats all for today.lama betul aku peram entri ni sebab lambat betoi nak upload pic..internet macam siput.haisyh..
apa2 pon thanks to azizah a.k.a jijah ;p atas layanan yang mesra..so kalau kawan2 nak dapatkan maklumat lanjut atau rasa na membeli secara online boleh klik kat link fb #femmemodenhaus
selamat menjamu mata~

p/s:
skang depa tengah buat sale..p serbu cepat!!


mermaid skirt

sequin modern kurung


maxi dress..


2 pieces cardigans.


serius skirt ni sangat cantikkk~*in love*


ada banyak lagi.rajin2 lah g jenguk ye.:)



Wednesday, August 27, 2014

++jom masak dan makan!!++

Assalamualaikum..

hola..hola.kak olaaa...eh!*hihi*.hi semua..:) starting entry pon dah boleh agak aku dalam mood gumbira kan.hikhikhikhik. seharian muka moncong sebab merajuk dengan encik suami.konon2nya..yalah..sapa suruh dia lupa ambik aku kat sekolah kan?melangut aku menunggu kedatangan suami yang tak kunjung tiba..uhuhu.tak guna gak merajuk lama2 sebab bukan kali pertama terlupa ambil.tapi dah berkali kali.sepatutnya aku tak payah nak ambik hati dah.hakhakhak!patutnya aku lebih bersyukur suami willing nak hantar aku dan anak2 walaupun aku boleh drive sendiri.dia cakap dia jarang ada masa untuk isteri dan anak2.so dia nak ambik peluang tu untuk bersama kami..so sweet~

semalam masa tinggal bertiga je dengan anak2, tetiba dapat call dari kak ola (colleague) nak datang hantar makanan kat rumah..pucuk dicita ulam mendatang!hahah.sapa yang tanak kalau makanan tu datangnya dari air tangan dia..in shaa Allah rasanya sedap! kak ola ni kawan sekolah yang paling rapat dengan aku kat sekolah..orangnya kelakar, havoc n baik ati..sangat respect dengan dia sebab semua benda dia boleh buat.baik dari memasak, menjahit, make up orang, deco rumah, dan macam2 lagi.u just name it..apa yang dia tak boleh buat???kagum okeh dengan orang cenggini. all in 1 gittew~

semalam dia bagi donat kayu manis (cinnamon doughnut) n pizza..fresh from oven lagi..dia macam tau2 ja yang aku suka makan bun or sticks yang ada cinnamon flavor. sebelum ni kalau nak makan bun or sticks perisa kayu manis aku mesti g kat auntie anne. dia punya cinnamon sticks memang mabelesss! lepas ni takyah susah2 nak g beli dah..rasa nak makan tempah aja kat kak ola..boleh kakkk???hahahah!aku tanya resipi nak buat donat kayu manis tu tapi katanya dia main campak2 je bahan..perghh~orang kalau dah hebat masak main campak2 or pejam mata pon makanan boleh jadi sedap..;D

terus terang aku cakap aku kalau balik sekolah aku mesti jadi blur nak masak apa..tanaklah masak the same menu setiap hari.kang jemu dibuatnya..so, kalau nak dapatkan idea memasak aku akan terjah ke blog kak ola untuk dapatkan resipi..banyak resipi yang dikongsi kat blog dia..kalau lah mampu rasa nak try buat semua..tapi apakan daya.aku ni mommy yang sibuk..teringin nak masak benda2 yang complicated.tapi masa dan keadaan tak mengizinkan..huhuhu.

haaa..nilah rupa donat kayu manis tu..


 for further recipi kindly visit her blog..
http://dapurola.blogspot.com/

korang akan dapat pelbagai resipi menarik yang patut dicuba..antaranya..


kuetiaw kicap masam manis pedas



pengat pisang


puding roti


kuetiaw ladna

itu baru sikit..ada banyak lagi..cuma kalau nak letak semua takut penuh page.hikhihik.

k lah.nak tidokan anak2..selamat mencuba.dah masak jangan lupa bagi I rasa ok!babai~

Tuesday, August 26, 2014

++CCO a.k.a corrector cream oil++

Assalamualaikum..

aku akui masa untuk diri sendiri semakin terhad..nak update blog pon kena tunggu anak2 tidoq baru boleh on laptop..kalau tak, memang ada tangan2 comel yang akan menaip entri bersama.kihkihkih.

bila start beranak dua, aku hadapi masalah kulit disebabkan tak cukup tidoq, makan tak menentu dan macam2 faktor lagi yang menyumbang kepada ketidakseimbangan kulit.nampak kering dan kusam sangat.. .puas try macam2 produk tapi hasilnya kurang memberangsangan..nak kata jerawat naik besar2 tu taklah..tapi naik biji2 kecil macam jerawat pasir and parut2 jerawat yang dulu degil betul nak hilang..lagi satu masalah bawah mata. tang eyebag toksah dok ceghita lah kan..memang besar macam panda.huhu.setiap kali tengok muka sendiri kat cermin mesti rasa kesian kat diri sendiri..terus rasa keyakinan diri semakin merudum dan tergolek-golek jatuh.(selama ni pon takdalah yakin diri tinggi pon!hakhakhak) suami pon selalu cakap..."kesian sayang...setiap malam tak cukup tido..".haaa...boleh nampak tak maksud tersirat di situ???sencik husband seboleh bolehnya jaga perasan bini kalau nak tegur tentang sesuatu..ololololo..comelnya.hihi. apa yang aku faham.mesti suami nampak muka aku seperti seorang ibu yang bermata panda dan kulit kusam.

sampailah satu hari tu aku dok syok layan facebook.sekali tu aku tengok kawan aku yang jual produk mistine tu launch new product..jenama sendiri okeh!tumpang bangga jap bila tengok kawan2 yang semakin berjaya dalam bidang masing2.:) view dia punya kandungan dan kebaikan..terus rasa tertarik nak beli .produk yang dimaksudkan tu adalah..jeng..jeng...jeng...*bunyi saspen*

tadaa!!!CCO a.k.a corrector cream oil.
made specifically for eyes, lips and face.





tediaaa~beratus-ratus stok baru sampai..

orang kata kalau ada benda baik elok dikongsi bersama..jangan disimpan sorang2..mana tau orang lain pon dapat manfaat sekali bukan??
masa awal2 tengok produk ni aku tak beli terus.tapi aku tunggu dulu testimoni yang diupload oleh tokey.hehe. lepas beberapa ketika dan puas hati dengan testimoni, aku semakin yakin yang produk ni memang bagus dan boleh diguna tanpa was2.so,tanpa ragu aku directly pm kat cik wann...nak beli dan cuba sendiri dengan harapan masalah dapat diselesaikan.--dengan izin Allah..:)

amazingly produk tu berkesan!parut2 degil hilang, liang2 pori mengecil seakan2 takda,dan yang paling best adalah tang mata.hahaha!mata tu kan aset cheq..haruslah kena jaga..*muntah!*
baru guna seminggu lebih dah boleh nampak perbezaan..Alhamdulillah!harganya pon tak mahal..berpatutan dengan amount yang ada.walaupon kalau sekali tengok tube tu kecik tapi bukan nak guna banyak..sekali guna cet cet sikit ja..then ratakan kat bahagian yang bermasalah.macam pipi ka..bawah mata ka..dan macam2 tempat lagi boleh guna.ahaaa..menarik tak??menarik tak???? tunggu apa lagi?cepat2 dapatkan CCO kat pasaran..


kebaikan CCO:
-mengurangkan eyebag, melembabkan kulit, mencegah kedutan peringkat awal, merawat bibir mengelupas, melembabkan bibir yang kering dan sesuai digunakan untuk base lipstick. banyak lagi kebaikan CCO sebenarnya..korang kena cuba dulu then baru boleh rasa sendiri kebaikannya.

jangan risau kalau nak guna cco ni.sebab bahan-bahan yang digunakan adalah berasaskan natural ingredient. ins shaa Allah selamat digunakan..kalau tak silap aku dua bahan utama yang digunakan adalah ekstrak koko dan minyak badam berkualiti tinggi..:) so apa lagi???try it yourself!

tips:
eloknya pakai CCO ni waktu malam..nama pon corrector cream oil kan..haruslah berminyak sikit..letak secalit dua kat tangan then ratakan kat bahagian yang bermasalah..malam2 sebelum tido aku akan pastikan aku sapu CCO kat bawah mata.then sapu kat pipi yang ada parut jerawat degil..esok pagi korang akan rasa kulit moist elok ja.:) kadang2 aku letak ja CCO kat pipi hannan.sebabnya hannan suka naik ruam2 merah kat pipi dia..lepas letak tu Alhamdulillah terus hilang..lagi satu, bagi yang nak bertukar skin care boleh lah guna CCO ni. dia bertindak untuk neutral kan  balik kulit muka kita..so, muka akan bebas chemical.

gambar pagi tadi sebelum start mengajar..:)
thanks wann..

kat kaki ada nota:
- sapa2 nak beli CCO boleh klik link ni..https://www.facebook.com/wann.mistine
banyak lagi testimoni yang boleh korang baca sebagai bukti keberkesanan produk ni.

Saturday, August 23, 2014

++my weekend++

Assalamualaikum...

hujung minggu adalah waktu bersama anak2..hampir setiap hari mama depa ni balik lambat..kadang2 bila siapkan kerja kat sekolah memang teringat kat budak berdua tu..nak buat macamana..kena siapkan jugak kat sekolah.kalau bawak balik kerja ke rumah jawabnya tak siaplah sampai ke esoknya..haha! so weekend ni si ayah kena night shift dan ada gotong royong di surau.harapan untuk outing pergi jalan2 kat aeon macam tipis je..selalunya waktu free nilah kami guna untuk buat anak gembira di kidzoona.tak apalah nak..biar mama bawa korang jalan2 k????happy tak?happy tak??

anak aku yang sulung tu skang ni dah pandai memilih makanan yang dia nak..kadang2 kalau kami makan kat luar belum tentu makanan yang di order tu kena dengan selera tekak dia..last2 dia tak makan pon..aku jugak yang kena jadi majlis bandaran habiskan dia punya makanan..jadinya kalau makan kat luar sekalipon aku tetap kena balik masak untuk anak teruna tu..apa yang aku masak in shaa Allah dia makan banyak..sedap sangat ke mama awak masak nak oii...???makanan rumah memang terbaik sebab kita tak letak perencah or bahan2 perasa macam kat kedai..(dah tau pon still makan kat luar gak mamayah awak nih!)so bangun pagi2 tadi aku kemas rumah dulu.buat susu untuk haiqal dan terus masak nasi. nak masak lauk terus tak boleh pasal ayam still beku lagi.huhuhu! jadinya kena tunggu beberapa minit baru boleh start ketang ketung kat dapur. selesai je masak, mandikan haiqal..dia ni jenis mandi yang suka berguling kat dalam shower room..jadi hyper sangat when it comes to bathing or showering..haru sungguh!kadang2 tu sebab over sangat menggeletik waktu mandi habis kepala benjol sana sini.terhantuk kat kolah air punya pasal.hahaha!serve u right.aktif sangat kan..haaaa~

lepas je siap2 kan muhammad haiqal tengok2 ada call dari my big sis,Kak Nita..dia bitau dia ada di sekolah convent area pekan.ada pertandingan action song peringkat negeri katanya..asalnya dia nak ke pasar.pastu ternampak ada budak ramai2 g kat sekolah tu with colourful costumes.terus dia singgah..rupanya ada karnival bahasa n daerah kami jadi tuan rumah..aku ni pantang dengar bab2 action song.memag tergedik-gedik nak pegi tengok.ahahha!kalau dah minat tu tak boleh nak buat apalah..dari mak turun ke anak...sama naik dua2 orang kalau tengok hi-5 or action song..kuikuikuikuik..;p yang merisaukan aku, sapa nak tengokkan anak???ayahnya dahla baru balik dari kerja night shift..balik kompem penat dan terus tido.so aku tanaklah ganggu dia berehat..then aku ajak kawan2 kat whatssap..kot2 ada sesapa yang free boleh teman aku g tengok. no one replied.I guess they might have other important things to do.tak apalah..dengan penuh iltizam, aku tekadkan hati untuk pergi jugak ke sekolah tu..tanak lepas peluang tengok pertandingan peringkat negeri.at least aku boleh dapat rough idea untuk next year.

so, siap2kan anak, make up nipis dan tawakkal terus aku drive..sekolah tu agak jauh gak..tapi macam aku cakap tadi..minat punya pasal.apa pon boleh.dalam masa yang sama aku berdoa yang anak2 aku behave sepanjang jalan dan semasa pertadingan berlangsung..nasibla korang ye nak..dapat mak cenggini...kihkihkih.

sampai je kat tempat pertandingan dapat pulak parking betul2 kat laluan utama.memang terbaik!Allah tu maha pemudah.Alhamdulillah..takyah panas2 berjalan.

 boleh tengok pelbagai macam jenis costumes yang dorang pakai aritu..menarik sangat.
balik rumah terus sketch baju untuk tahun depan..bajet???bisa diatur dong~


this group represents our district..dewan pertandingan tersangatlah best..fully equipped with air conditioners. masuk2 je terus rasa sejuk.sound system pon terbaik..suara boleh jelas kedengaran.bagi aku la, memang pertandingan nyanyian kena buat kat dewan tertutup macamni.takda gangguan bising.

 masa peringkat daerah group ni pakai baju lain..maybe sebab dah masuk next level.so haruslah lebih menarik.

my big sister a.k.a Kak Nita..orang yang bertanngungjawab memperkenalkan aku pada bidang yang menjadi kecintaan skang ni.daripada dia aku belajar perkara..thanks kak nita.always keep in touch walaupun kita dah berlainan sekolah..love u sis<3 p="">

my little daughter..very well behaved during the competition..waktu balik tadi terus tido kepenatan.

on the way balik sempat selfie time lampu merah..tengok tu..si abang sibuk nak cium adik.haru betul..dari elok2 adik tido terus terjaga dibuatnya..

si adik dok diam even terjaga dari tido..

all in all yang menang tadi kebanyakkannya daripada sekolah convent..dorang memang ada kelebihan sebab bahasa inggeris dah jadi medium komunikasi semasa di sekolah..so when it comes to singing, it should be no problem for them.advantange kot.tak apalah..next time kita cuba lagi ye sekolah!!!chaiyok..

perhaps aku tak ditukarkan ke mana2 sekolah lain next year.hehehehe.

Sunday, August 17, 2014

++status daku sebenar++

Assalamualaikum..

we had our lunch today at aeon station 18.asalnya g sana nak pegi beli buku.tapi apakan daya.takda rezeki plak..buku yang dicari dah out of stok.:(( tak apalah.nanti nak try p usha kat tempat lain.usha????wuish~lama betoi tak guna perkataan tu.ihihi.dulu2 kalau sebut ja rasa key ell habis!kahkahkah!entah napa harini dua2 anak meragam.tak enjoy rasanya keluar tadi.timing salah kah???hurrmm..maybe mama ayah kacau waktu tidoq anak2 tu yang depa upset.terus menjerit2 dalam mall..-___-

sesampainya di rumah..I got a message from fb..it was from one of my schoolmates.menyatakan yang dia terkejut  knowing that I am still a wife to my husband.dia terkejut aku pon lagi terkejut ko..hahaha.rupa-rupanya ada salah faham dengan marital status aku.nama blog CIK PUAN HUSNA..biasanya kalau orang yang bekerja di bank akan classify 'cik puan' as a divorcee..kus semangat~nauzubillahiminzalik..sungguh aku taktau pon pasal tu.nasib dia explain..kalau tak sampai ke sudah aku anggap nama blog aku ni ok jaa...aku letak nama ni pon sebab at first nama blog aku CIK HUSNA..then after got married nak tukar nama blog ke PUAN HUSNA rasa macam tak best plak bunyi nya..macam blog formal and so akak2 gittewww~hkhikhikhik..so after getting some opinions from friends and readers, mereka cadangkan untuk letak title CIK PUAN HUSNA..ahaaa...~daripada situlah aku guna nama blog ni sehinggalah sekarang..thanks ye awak sebab bagitau pasal ni..harapnya lepas ni readers jangan salah faham naa..kami masih bersama dan dikurniakan dua anak..pray for our happiness berkekalan selamanya.aminn~

**********

-->takda kena-mengena dengan status:

harini anak aku si hannan asyik menangis jaa..actually asyiklah melalak since jumaat haritu.risau aku dibuatnya..dah cek perut tapi tak kembung pon.habis dari kepala sampai ke kaki aku belek kot2 ada yang sakit..dia asyik terkejut then melalak.huhuhu.dahla encik suami takda kat rumah..selalu anak2 meragam kalau ayah depa takdak kat rumah..jenuh aku nak handle sengsorang..mencabar dan dalam masa yang sama menguji skill aku sebagai seorang ibu..cewahh!jadi mak pon kena ada skill ka??hahah.lepas maghrib tadi baru dia tido elok..biasanya aku jarang angkat or dukung dia kalau kat rumah.letak atas mat/tilam dia then dia akan main n tido sendiri..sejak dua hari ni asal letak je melalak..masuk buai pon melalak..semua serba tak kena,aku nak solat pon jadi kelam kabut..huhu,mesti orang yang lalu depan rumah sangka yang budak kecik ni dibiarkan melalak..padahalnya aku ni dok pujuk sambil dukung jalan satu rumah..huhuhu!habis makanan aku takdan nak simpan jadi isi..kalori2 dibakar dengan exercise secara tak langsung..hailah anak...

harapnya malam ni hannan tido dengan elok memandangkan esok aku kena bekerja..dan kebetulan suami kerja shift pagi..kesian sangat aku tengok dia menangis..penat rasa.suara pon dah tak keluar hujung2 tu..hmm..jap lagi nak buat seperti apa yang dipetua mengikut cara Islam.

baca surah al fatihah, ayat kursi, surah an-nas, surah al -falaq dan hembus ke ubun2 anak.buat sebanyak 3 kali.kalau dia still menangis lagi lepas tu bacakan azan ke telinga kanan dan iqamah ke sebelah kiri telinga anak..in shaa Allah..semoga Allah lindungi kami sekeluarga dari anasir2 yang tak baik.




++raya(throwback)++

Assalamualaikum..

baru prasan tahun ni tak banyak gambar raya dengan suami dan dan anak2..this year mama double H sibuk melayan tetamu dan membizikan diri kat dapur.hikhihik.so, takdalah bersiap mana pon.sebab kalau bersiap beria kang, end up nya di dapur gak kan..this year turn raya kampung sebelah suami.alaaa..tak jauh pon, sebelah negeri ajeee..penang..tapi tahun ni raya jadi more special sebab ayah mertua beli rumah baru kat area kampung maktok gak.so rumah tu dah jadi port berkumpul utama untuk adik beradik n sanak saudara..best sangat.meriahhh! Alhamdulillah..majlis raya dan kenduri masuk rumah baru berjalan dengan lancar..satu pengalaman yang sangat berharga..:)

awal pagi raya tu macam kalut sikit rasanya.yelah..dulu bertiga..nak kena siapkan anak teruna tu sorang je..tapi skang kan dah berempat..bersilat aku pagi2 dibuatnya..nasiblah Hannan tu good girl..sepanjang raya dan majlis kenduri haritu langsung tak meragam..dah kenyang terus letak untuk dia golek2..tau2 je dia tido lena lepas tu..yang tak boleh nak bawa berbincang sangat si Haiqal..asik ikut bontot mama je..mana yang mama pergi mesti dia ada..uhuhu.nasiblah haritu tak terjun masuk dalam kuali ayam goreng masa kenduri..bukan main laju dia lari meluru ke arah mama..haiyooo~istighfar jap..*urut dada*

#raya pertama

the guys in the house.tak cukup korum.lagi sorang patutnya..tapi sorang lagi adik suami tak cuti..pink (angah), purple (FIL) the greens..ehem.tau2 jelah sape ye..hihi.

pagi raya..mama n hannan...si kecik tu belum mandi lagi waktu ni.ksian plak nak kejut dia tido n mandikan dia.

the ladies in the house...baru lepas keluar dari dapur..hihihihi..tengoklah betapa belemoih nya muka I..si kecik hannan pon dah mandi dah waktu ni..tapi kemain susah lagi nak bagi dia pandang depan ngadap kamera.hukhukhuk.with maktok, MIL, and SIL..:)

fuhh..rasa hensem plak tengok anak teruna ni pakai baju melayu siap bersampin lagi.<3 p="">

dua beradik tido kepenatan.tapi si abang tu even penat pon tido still bergaya..haha!itulah gaya tido dia setiap hari FYI.

#raya kedua

masa ni semua sibuk prepare untuk buat majlis tahlil dan kenduri masuk rumah baru..


mama di belakang tabir.sempat kena perli..amboih..goreng ayam pon pakai tudung PH kee????hahahah!lupa nak bawa tudung basahan..so belasah je pakai tudung apa yang ada...('-____-)

sanak saudara dah mula membanjiri rumah...sebelum makan buat terlebih dahulu buat solat maghrib berjemaah..

lauk pauk hari kenduri..home made semua nih..yummilicious!!my aunties and mak mertua memang hebat memasak~:)

sempat lagi suami kesayangan ambil gambaq nasi dia..nasi beriani in the house yawww~!

si kecik melalak sebab angkat dia nak perkenalkan kat semua sedara..sorrylah dik hannan..

my MIL, hannan and me..

penutup majlis..bergambar kat luar..haiqal n tokcik nassir..hehehe.even dah berpangkat 'tok' tapi he ols maintain awet muda..jelessshh ok!

sekian saja persembahan gambar raya untuk kali ini..will update pics masa open house n majlis raya sekolah..in shaa Allah..

p/s:see??lupa ambik pic laki bini..sedihhh~-_____-

Tuesday, June 24, 2014

++salam ramadhan++

Assalamualaikum..

ramadhan semakin dekat..semoga puasa kali ni aku boleh meningkatkan amal ibadat yang tak seberapa selama ni..in shaa Allah..smoga dipermudahkan. terus teringat masa zaman belajar dulu..ingatkan bulan puasa dapat save duit..tapi tak pon!haha.sebabnya setiap kali keluar g bazar ramadhan ngan kawan2 mesti berbonjot-bonjot makanan dibeli.dah macam beli makanan yang boleh cover untuk 3 waktu. hikhikhik. menu aku mesti ada nasi,burger, air soya, roti john..haa..pas berbuka mulalah masing2 tersandar kekenyangan..Allah.rindunya kawan2..semoga semuanya sihat bersama keluarga masing2.:)

tiba2 aku jadi blur and don't know what to write about.hmm.

I thik that's all for today..

babai~

p/s: selamat menyambut ramadhan untuk semua yang beragama Islam.sama2lah kita tingkatkan amalan.moga diganjarkan pahala berlipat kali ganda..aminn~