Wednesday, February 25, 2015

++guru dan stress++

Assalamualaikum..

tatkala orang lain dah beradu dan berdengkur, aku masih lagi mengadap laptop buat kerja.(nila kerja aku..update blog) kikikikik!
actually tak boleh nak tido sebab konon2 merajuk dengan encik suami.yelah..dahla dia salah bawak phone aku..aku punya notes kerja dalam tu. pastu balik rumah tersangatlah lambat pas habis solat isya' tadi without informing me that he wud be that late.;[
lain kali toksah galak beli fon sama jenis dan sama warna..chances nak tertukar phone laki bini adalah lebih kurang 99.99%. hahahah.konon nak sehati sejiwa sangat kan..nila jadinya..

agak penat sebenarnya malam ni.tapi ketegaq menguasai diri..semangat nak update blog membuak-buak plak.;p dalam pukul 11 macamtu baru lah dapat tengok fon..tertarik dengan salah satu mesej yang menyatakan ada seorang guru meninggal dunia disebabkan hyper stress. wuuihhhh..dasyatnya...*masuk emoticon mulut terlopong*

lepas beberapa ketika tengok mesej tu barulah aku terfikir..takkan sampai lagutu sekali stress??aku syak mesti ada yang exaggerate cerita nih..maybe arwah memang dah ada penyakit lain dan dalam masa yang sama kerja tengah berlambak..so orang cuba kaitkan bebanan kerja dengan punca kematian.wallahualam..~ 

lately banyak betul cerita berkenaan dengan guru dan TEKANAN@STRESS. dulu masa kat maktab ada belajar tentang pengurusan stress..tekanan kerja ni kalau tak dibendung memang boleh jadi BURN OUT (level tinggi sikit dari STRESS) sehingga menyebabkan gangguan jiwa..selain tu, stress juga boleh menyebabkan tekanan darah naik.tak pasal2 dapat penyakit darah tinggi..once dah dapat penyakit ni memang kena berjaga jaga..kerana bila2 masa ja boleh kena stroke.nauzubillah..

yes..aku akui.kerja guru skang ni tak sama macam dulu2.kerja skang ni banyak melibatkan kerja pengkeranian from A to Z..orang luar mungkin ramai yang taktau..awal2 dulu rasa nak muntah gak bila tengok kerja banyak..tapi bila fikirkan balik soal amanah, tanggungjawab dan keikhlasan dalam menjalankan tugas terus perasaan mual nak muntah tu reda..syukur..kena pandai untuk kawal tekanan dan bebanan kerja walaupun amat susah..kena set dalam kepala otak yang kerja kita ni sangat seronok.bayangkan wajah anak2 murid kita yang berjaya..dan yang paling utama,.WAJAH ANAK2 kita..perlu ingat..bila kita ikhlas menjalankan tugas, in shaa Allah suatu hari nanti guru kepada anak2 kita akan buat benda yang sama pada anak2..aku yakin!:)

ok.
takmau stress2.
hidup kena positif dan ceria selalu!

*kemain gigih ambik gambaq kat cahaya.fefeeling tulus murni sangat kan..*

take care all.


1 comment:

  1. http://www.semsas.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=267:cik-aslamiah-meninggal-dunia&catid=43:berita-semsas&Itemid=82

    memang benar. sepupu saya ni :). moga semua guru jaga diri dan kawal stress.

    ReplyDelete