Saturday, May 03, 2014

++susu keluar sebelum bersalin++

Assalamualaikum..

terasa sunyi bila anak takda kat rumah nak buat sepah dan buat kecoh..but I will make sure that I call him 4-5 times per day..at this time suami dah selamat sampai ke dubai agaknya leaving me alone down stairs..aku tak boleh nak tido lagi sebab rasa perut dok mengeras ja.huhuhu.semua serba tak kena.

masa awal2 bersalin dulu aku memang takda susu langsung..sampaikan at one point rasa macam dah give up dan nak bagi susu formula ja kat anak.but suami tak pernah putus asa,. dia ada ambil seorang mak bidan dari hospital putrajaya untuk urut badan supaya terbuka laluan susu.siap berurut dalam kereta lagi after bidan tu abis bekerja.:) bidan tu cakap insyaAllah susu aku banyak but laluan tersekat dan kena urut untuk melancarkan pengeluaran susu badan..aku iyekan jelah..taktau nak respon apa sebabnya takda pengalaman..

lepas 3 hari diurut oleh mak bidan tu, susu masih tak keluar lagi..masa tu haiqal memang minum susu NAN 1.mak mertua belikan..risau anak kelaparan tak minum.thanks ibu..rasa nak nangis sangat bila tengok anak nangis kelaparan dan maknya plak tak berdaya nak bagi susu..sampailah satu hari tu..(hari ke-4 kalau tak silap) aku dok cuba untuk urut sendiri tiba2 susu terkeluar..ya Allah..rasa macam nak menjerit! terus cuba untuk susukan haiqal..alhamdulillah! Allah bagi peluang kat aku macamana perasaan seorang ibu yang dapat menyusukan anaknya..
aku dapat rasakan perasaan kasih dan cinta makin menebal bila kita tengok anak kita while breastfeeding..syahdunya waktu tu.

ambil masa berjam2 gak nak bagi dia biasa untuk menyusu badan..bila dah berjaya BF, susu makin banyak.sampai aku kena pam after susukan haiqal.kalau tak pam siaplah hang..confirm bengkak punyalah.bila cita pasal bengkak susu aku jadi macam traumatize sangat..hampir demam aku dibuatnya menahan sakit yang amat.

sebelum aku bercerita panjang lebar lagi..aku nak kongsi hasil bacaan dan penerangan daripada encik suami slaku doktor peribadi.tapi aku just tanya secara umum dan takda nak mention to anybody..just pengetahuan yang rasanya boleh di share bersama.

kadangkala ada ibu hamil yang dah mula keluar susu pada usia kandungan 7 bulan or lebih awal dari tu.tapi jangan risau..ianya tidak mendatangkan masalah besar kepada kandungan or ibu. bermakna laluan susu korang dah ada dan senang lepas deliver baby nanti dah boleh terus menyusukan anak.:) anggap ia sebagai satu kelebihan yang orang lain takda. but perlu diingat, susu yang terhasil tu adalah mengikut usia dan keperluan bayi dalam kandungan.tak sesuai nak buat ebm/stok susu simpanan.

ibu yang keluar susu awal tak digalakkan untuk memerah susu terutamanya bila usia kandungan dah mencecah 7bulan.sebabnya dikhuatiri nanti akan berlaku contraction atau kelahiran bayi premature. sebolehnya kalau susu dok keluar, elok pakai breast pad ja. nanti lelehan susu yang keluar tak kena pada bra atau baju.selain tu, ibu hamil tersebut boleh urut secara perlahan-lahan untuk keluarkan susu kerana dikhuatiri susu akan bengkak..apa2 pon kalau nak lebih yakin lagi, pergilah berjumpa dengan doktor untuk dapatkan nasihat selanjutnya mengenai apa yang perlu dibuat apabila susu keluar sebelum melahirkan anak..hehe.:)

sekian daripada doktor/misi tak bertauliah ni.

Photo: Dapat gak jumpa cik enol...
latest pic of me @36weeks.
sebelah tu my bff since skolah rendah lagi. she's a doctor and pregnant too~:D

p/s::
kali ni nak berazam untuk susukan anak hingga dua tahun then nak buat stok ebm banyak2.we'll see what's going to happen then.heheh.

2 comments:

  1. Tq for sharing. Jumpe jugak cerita pasal susu keluar awal before bersalin. Trima kasih.:)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sharing. Saya tgh alami susu keluar sebelum bersalin..and baru 5 bln pregnant. Kepala dh takut fikir baby lahir premature. Anak yg sulung xde kes mcm ni.

    But 1 thing, bila susu keluar, sy akan dpt minor contraction. Which buat husband gelabah xtau nk buat apa bila bini sakit. Hahahahaha..semoga Allah permudahkan semua.

    Lega jugak baca entri ni..terima kasih bnyk2.

    ReplyDelete