Wednesday, May 07, 2014

++teguran berhikmah mengikut cara suami++

Assalamualaikum.

dulu aku main belasah je pakai tudung tak kisah lah singkat ke, pendek ke..terangkat kat belakang ke..janji bertudung.tak betul2 menghayati apa maksud sebenar menutup aurat dalam syariat islam.bagi aku, asal pakai tudung dah cukup bagus dari tak. sampailah aku kawin dengan encik suami..awal2 dulu dia takdalah tegur sangat bab2 tudung ni.tapi lepas dia banyak mendengar kuliah2 dan ceramah di surau/masjid..sikap dia berubah sama sekali.dah takda sifat kebudak-budakan like he used to be once. sifat sebagai ketua keluarga semakin terserlah.terus bini tangkap cintan dengan si suami setiap hari.*muntah!*

masa zaman mula keje aku selesa pakai shawl. konon2 dah habis stailista sangat dah gaya belit tuh.sampai setiap kali waktu rehat ada ja anak murid perempuan yang minta aku ajar dorang pakai shawl dengan gaya berlainan.hoho!


kurusnya I ols dulu..~-____-

masa ni dah bertunang..berjinak-jinak pakai tudung awning. baju hitam putih ni dah macam gaya devious maid plak.kahkah!

sebaik saja lepas kawin dengan suami, aku berjinak-jinak pakai jenama FAR**** (F)..sebab senang sarung dan tak buang masa.somemore, ada plak orang dok puji aku muka macam madam roselah.itulah.inilah..aiceh!perasan nau minah sorang ni..makin galak aku tambah koleksi F.tang mana yang sama pon taktaulah..muka macam bunga kekwa adalah.bahaha! tak dinafikan susah benar nak cari tudung F saiz labuh.kalau ada pon bukanlah warna yang aku nak..so, sudahnya pakailah tudung yang singkat tanpa rasa bersalah.jahilnya aku...T___T

tudung F pertama yang aku beli..

pada suatu hari yang permai (ayat karangan UPSR), mak mertua ajak g jalan2 kat area seksyen 7 shah alam. kat situ macam pusat pakaian dan tudung.sebut ja nak brand apa semua ada.tinggal nak sediakan duit ja untuk shopping.tsskkk~paling lemah bab ongkos.yang bertanggungjawab perkenalkan pearl haya (PH) ni mak mertua aku la..dialah orang pertama yang belanja aku beli tudung PH. aku ingat lagi, warna pertama yang aku beli was red. nak dijadikan cerita, bila aku pakai tudung PH, suami terus cakap..."sayang, abang rasa sayang nampak lagi sweet pakai tudung ni..labuh sikit daripada tudung satu lagi.abang rasa kalau sayang pakai tudung tu macam terangkat plak bahagian belakang n kadang2 sampai nampak leher kena tiup angin.lagipon yang ni takda brooch besar.tak bahaya..cantik pon cantik..selamat nak dukung baby nanti..nanti abang belikan tudung ni lagi nak???"


inilah tudung pertama yang dihadiahkan mak mertua..merah ang2 pau! design masa ni pon simple je takda berlapis-lapis.

masa tu aku tak dapat tangkap lagi apa maksud disebalik ayat dia tu.tapi orang dah nak belikan kan...sapa yang takmau???hehe.bermulalah kontrak aku dengan tudung PH..saiz yang aku pakai waktu tu SP2M..saiz sedang2 dan just nice menutupi dada. semakin lama aku tengok semakin cantik plak design2 yang dikeluarkan oleh PH. harga pon lebih kurang je dengan harga tudung (F). cuma beza dari segi saiz, labuh dan material. satu hari suami bertanya lagi..
"kain (material) tudung (F) tu mahal sangat ke?sebab jarang abang tengok yang labuh..harga lebih kurang je dengan PH...." hebat plak laki aku bagi komen.agaknya lama dia dok perati..tunggu masa nak luah.hihi.then dia cakap dia suka tengok aku pakai PH.at least takdalah nampak terangkat or terselak nampak leher.satu lagi kelebihan PH, boleh lipat dan simpan tudung dengan senang.:)
since daripada itu aku dah tak beli langsung tudung F..terus termati minat begitu saja..suami plak asik puji aku pakai tudung PH..katanya sejuk mata memandang..

sehinggalah pada pertengahan tahun lepas, suami sekali lagi bertanya.."sayang, ada lagi tak tudung yang lebih labuh dari saiz yang sayang pakai sekarang ni..?" alkisahnya, dia ternampak ada sorang cikgu sekolah aku pakai tudung PH besar..aku jawab memang ada..tapi harga lebih mahal ikut saiz..he said, never mind..harga bukan ukuran..tapi yang penting adalah coverage.hah.amik kau~kena sebiji..hikhikhik! satu hari tu, aku dapat jemputan untuk ke pelancaran pembukaan butik PH baru cawangan ipoh. terus ajak suami g sama2. masa kat sana, dia tolong pilih tudung kat aku..tudung yang dipilih kali ni lebih besar saiznya..SP3M. dia suruh aku cuba sarung..CANTIK!perkataan tu terus meluncur laju dari mulut dia.untuk haritu, dia yang belanja beli tudung untuk aku.dapatlah rembat 2,3 helai tudung PH saiz besar.


and now PH dah keluarkan design tudung yang cantik2.so boleh bergaya dengan yakin dan dalam masa yang sama menutup aurat.

aku sebenarnya bukan nak cite or emphasize on jenama2 tudung yang aku pakai. tapi aku nak cite macamana suami aku bagi hint untuk aku tukar saiz tudung aku ke saiz yang lebih besar..cara teguran dia tu sangat berhikmah pada aku..so, takda timbul rasa nak marah or nak rebel. dia nak aku pakai tudung labuh sikit, dia akan belikan terlebih dahulu dan kata-kata pujian tak lekang dari mulut dia untuk bagi aku semangat..bila mengenangkan semula apa yang dia buat tu sudah cukup untuk buat aku terharu dan berbangga untuk dapat suami seperti dia..*tahan air mata*

dan sekarang aku berazam untuk elak daripada pakai tudung yang kecik/singkat..maruah suami dan diri sendiri perlu dijaga..dan perlu kita ingat sebenarnya tudung tak wajib untuk dipakai..tapi yang diwajibkan untuk para muslimah adalah MENUTUP AURAT. aku sendiri akan rasa malu dan segan kalau pakaian yang aku pakai ketat or menampakkan susuk badan yang tidak sepatutnya..perlahan-lahan kita berubah ke arah kebaikan kerana Allah sentiasa akan membantu hambaNya dalam urusan memperbaiki diri ke arah jalan yang di redhaiNya..aminn~


p/s: minat baru.

tudung yang lebih simple dengan harga yang lebih murah..:)
abaikan muka aku macam bulan mengambang.almaklumlah..anak dah nak masuk 2.;p




3 comments:

  1. good job una.... sooo ohsem,,,,!
    semoga setiap hari lebih baik dan semakin baik :)

    ReplyDelete
  2. aminn~doakan semoga org lebih istiqamah ye..:)

    ReplyDelete