Saturday, June 30, 2012

++let's have some lacta++


assalamualaikum..

alhamdulillah...pelbagai respon yang aku dapat berkenaan dengan cara untuk memperbanyakkan susu badan..insyaAllah aku akan cuba satu demi satu supaya si kecik tak merengek kerana susu tak cukup.terima kasih semua..:))

semalam encik suami call. dia suruh aku cari susu anmum lacta..katanya bagus untuk ibu yang menyusukan anak.so. harini aku dah beli susu tu..sayangnya takda pilihan perisa..serik yang dulu tu masih terasa lagi (susu anmum materna perisa original memang teruk ok!!)
petang tadi pon aku campur dengan oat 3 in 1 baru boleh minum...huhuhu.kalau tak...MUNTAH kot!

apa2 pon kita tengok kesannya nanti ok?

p/s: esok baby Haiqal nak kena cucuk umur sebulan..mak cakap biasanya pas cucuk baby akan demam.so, nak elakkan dari demam mak petua, lepas je cucuk terus sapu tiger balm supaya sekeliling tempat cucuk.supaya tak bengkak dan ubat yang masuk bergerak lancar..

Thursday, June 28, 2012

++cara nak produce susu dengan banyak++


assalamualaikum..

rasa macam dah lama tak hapdet blog semenjak dua menjak jadi mommy neh..(puihh!macam aku sorang je yang jadi mak kat dunia ni kan??hohoho...) padahal anak baru sorang..tupun dah tak sempat nak buat itu ini..bila dah jadi mak2 ni baru aku sedar yang bukan mudah sebenarnya nak pikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan Allah ni. *sesi luahan perasaan sebab kena berjaga malam bila si kecik berjaga tanak tido* hehehehe.eyebag makin lama makin besar je setiap kali aku pandang cermin..aiyooo~baby sayang..please be nice to mama okeh.janji malam ni tido lena tau..jaga untuk susu je k?

skang ni gigih gila susukan anak dengan susu badan..sementara ada peluang berbuat demikian..pasni dah kerja susah dah.terpaksa perah dan simpan dalam fridge..oh ya.aku ada beberapa kemusykilan.I bet mesti ramai ibu2 yang ada petua untuk membantu masalah yang dihadapi oleh mommy baru neh.
baby Haiqal kan lahir tak cukup bulan,so daripada hasil bacaan dan penerangan yang dibuat oleh doktor2 aku difahamkan yang premature baby boy memang akan menyusu dengan kuat..kalau nak diikotkan, secara normal baby akan menyusu sebanyak 10-12 kali which means every 2-3 hours..yang menjadi masalah skang ni.setiap kali susukan baby Haiqal, dia mesti demand nak lagi seolah-olah macam tak puas/tak cukup.
aku dah naik risau takut anak tak cukup makan.
so, aku try pump susu dalam 30 minit dan tengok berapa banyak hasil yang aku dapat...mendukacitakan susu takdelah banyak mana pon.huhuhu.patutlah mulut baby macam mulut anak burung kelaparan.

jadinya, aku kena topup susu selepas Haiqal menyusu badan..maksud topup kat sini, aku perah siap2 susu dan letak dalam fridge.then, setiap kali baby lapar aku akan breastfeed secara manual.after that aku akan tambah lagi susu yang dah diperah..lepas baby kenyang, dia akan tido dengan lenanya..

persoalannya, macamana nak buat untuk produce susu dengan banyaknya?
kalau kita selalu pump adakah penghasilan susu akan makin berkurangan?

sape2 yang arif mohon bantuan ek.
TQ.

Thursday, June 21, 2012

++the revelation of baby H's name..:)++


assalamualaikum..

sebelum kita nak letak nama anak, kita kena kaji dulu betul apa maksud disebalik nama yang kita pilih..nama tu satu doa..sampai ke akhirat nanti nama yang ibu bapa kita beri tulah yang akan dipanggil kelak..masa baby H dalam perut lagi aku dan encik suami dah sepakat nak namakan baby kami as HADIFF..menurut buku yang kami rujuk, hadif bermaksud tujuan atau matlamat..so.dengan harapan yang tinggi menggunung kami nakkan anak kami nanti jadi seorang yang bermatlamat dalam apa jua sekalipon..

TAPI!!lepas je bersalin kat baby H, untuk dua hari pertama memang kami still gunakan nama hadiff..then one day,umi (mak angkat) call...dia bertanyakan khabar dan nama baby..so.aku pon dengan senang hatinya bitau dia nama baby H is hadiff.then she questioned me back tentang apa maksud hadiff tu?aku terangkan maksud hadiff panjang lebar kat dia..at the end, dia bitau sebenarnya banyak buku nama2 baby skang ni ditulis oleh orang indon.sometimes maksud yang diberikan tu tak tepat pon dengan nama.kita kena hati2 dan lebih peka.kena rajin rujuk dengan orang yang lebih pandai dan alim supaya nanti kita tak tersilap pilih..
umi cakap memang maksud hadif tu tujuan or matlamat,tapi tak sesuai kalau nak letak as nama orang kalau ikut dalam arab sebetulnya..let say kalau one day baby H pergi ke mana2 negara arab pasni, then ada orang tanya nama dia..dorang pon akan pelik nak sebut nama tu..ermm..penjelasannya lebih kurang macamtula..

so.aku pon bincang dengan suami dan mak mertua..masa tu aku kat shah alam..berpantang selama seminggu di sana sebelum balik ke jitra..aku ada minta umi senaraikan nama2 yang bermula dengan huruf H..encik suami insists nak namakan anak dia sama dengan pangkal huruf nama aku.H=Husna.:))
oh, lupa plak bitau, sebenarnya umi ni memang fasih bahasa arab.dia duduk kat mekah selama berbelas-belas tahun..suami dia plak antara ahli ulama kedah dan merupakan seorang dekan di KUIN..so.soal agama memang kami sekeluarga selalu merujuk dengan dia dan suami.
berbalik kepada nama..antara cadangan nama yang diberikan adalah,

husam, harraz, hilal, dan macam2 lagi...kebetulan waktu tu mak mertua tengah online dengan FIL kat dubai, alang2 dia pon tanya pendapat ayah tentang nama yang sesuai untuk baby..
ayah bagi nama haiqal..
mak sedara encik suami yang datang melawat pon ada sebut nama haiqal..

dalam hati dah terdetik.."ok gak nama ni.."
cepat2 call umi semula untuk confirmkan maksud nama..and call ayah mak kat kedah untuk bertanyakan pendapat dorang sekali..
alhamdulillah..semua setuju dengan nama haiqal instead of hadiff..
as a result, all of us agreed to name our baby as muhammad haiqal bin muhammad fakhri.
syukur..
mudah-mudahan takde pertikaian maksud lagi lepas ni.

as a conclusion, baby H yang disebut-sebut selama ni stands for haiqal..harap maklongggg~teheee~=D

budak kecik yang kuat menyusu..siang kejenye tido je,datang je malam nak main.adoiyai~kena ubah biological clock mama dia pas nih.

k lah.takleh nak merapu panjang2 petang ni..anak nak susu.

sekian.
babai~!!!

Wednesday, June 20, 2012

++kesian baby++


assalamualaikum...

cepat betul masa berlalu.sedar tak sedar baby H dah masuk 3 minggu harini..jaundice dia makin berkurangan since aku berhenti makan jamu buat sementara..baru aku tau, punca jaundice dia naik mendadak haritu sebab aku makan jamu 4 biji sehari mengikut aturan yang ditetapkan..huhu.lepas baby H dah ok baru aku continue makan jamu semula..

alhamadulillah..baby H tak banyak meragam sangat..cuma dia suka berjaga malam and lepas subuh terus tido.hehe.hasilnya, mata mama dia dah macam panda dah..huhu.but at the same time sangat bahagia being a momma..:))

awal2 masa lepas bersalin dulu, aku cukup takut nak pegang baby H..sangat2 kecil dan fragile..nasib baik encik suami seorang ayah yang cekap.dia lah yang banyak ajar aku pasal cara2 nak handle baby..untuk dua hari pertama, susu badan memang tak keluar..puas aku perah.but takde hasil..macamana nak menyusukan baby kan?kesian baby H...terpaksa kami topup susu guna susu formula NAN-1 untuk newborn baby..

agak stress memikirkan baby tak dapat makanan secukupnya..yang encik suami plak kalau boleh tanak beli susu formula untuk anak dia.dia suh aku cuba gak untuk breasfeed baby dengan harapan lama2 nanti susu akan keluar dengan sendirinya..sapa yang sanggup tengok anak kelaparan kan???baby H menangis-nangis tiap kali dia nak menyusu..disebabkan aku dah stress sangat2 dan encik suami pon mengalah..last2 dia panggil bidan mengurut yang buka pusat rawatan tradisional dalam hospital putrajaya untuk mengurut aku..sisters and nurses hospital cakap biasanya lepas mengurut, air susu akan keluar..so, we didn't want to miss a chance to try it.

masa mengurut tu serius aku nak termuntah.bukan sebab kesan urutan.tapi pasal bidan tu sendawa kuat sangat!!korang bayangkan dalam masa seminit aku rasa 4-5 kali kot dia burp..geliiiiiiiiiiiiiii~(sambi buat muka nak muntah) huhuhuhu.masa tu aku rasa nak cepat2 abis session mengurut dengan dia,aku tak sanggup nak dengar dia burp yang macam nak terkeluar ayam hidup sekorrrr..T__T
rasamya encik suami pon perasan yang muka aku macam sesak tahan nafas..so.dia cakap baik2 ngan bidan tu kami nak cepat balik takut sampai shah alam lambat..tak elok baby sampai waktu maghrib2..fuhhhh~lega rasanya.no more massaging with big burping ok!*puking*

da next day masa aku try pump, tiba2 adalah few drops of breastmilk..masa tu rasa macam nak melompat pon ada though susu yang keluar tu tak banyak pon..and still cannot satisfy baby H..dia tak dapat nak hisap dengan cukup..huhu..mama tak pandai nyusukan baby lagi..adoiyai~lepas satu2 masalah datang..poor baby..huhu. 

disebabkan baby tak dapat susu yang secukupnya, he admitted to ward for a day caused by dehydration.
nanti aku sambung cite okeh.memgantuk sangat.malam tak tido...so kena top up energy untuk berjaga malam ni..babai semua!


Tuesday, June 19, 2012

++banyaknya kerja tergendala++


assalamualaikum...


banyak kali aku cuba nak publish new post dan setiap kali jugaklah ada2 je hal sampai aku tak boleh concentrate on my writing..cheah!halnya kan, aku skang ni kuat mengantuk laaaaa~
baby asik berjaga malam...then skali ngan aku tak tido..siang kalo kita jerit kat tepi telinga dia pon di akan tido je..huhuhu.nasib mamalah kan baby
tapi alhamdulillah..dia tak nangis malam2..cuma setiap 2-3 jam skali aku akan pastikan dia dapat susu yang secukupnya..:)

harini nurse datang rumah untuk check baby and mama untuk hari ke-20..bermakna lagi 10 hari baby nak cukup sebulan!ya Allah~cepatnya masa berlalu...tau2 je dah nak sebulan aku bercuti..masa lahir baby H beratnya cuma 2.5kg je..arini nurse timbang dia dah naik 3kg..alhamdulillah!satu perkembangan positif.cuma skang ni ngah berusaha dengan macam2 ihtiar untuk turunkan jaundice dia..itu je..

actually aku serba salah sangat sebab banyak kerja aku tergendala kat sekolah..tak jangka beranak awal.huhu.ingatkan lepas abis cuti sekolah 2 minggu aku nak balik sekolah dan settle apa2 yang patut.tapi tak sempat..baby tak sabar2 nak keluar tengok dunia~
kesian kat kawan2 terpaksa amik alih tugas untuk settle kan apa2 yang patut.rasa teruk sangat sebab dah susahkan orang..huhu!tak suka orang sambung buat keje kita yang tak siap..I'm sorry friends..hurmm.
kalau ikutkan naik cuti banyak benda nak kena lengkapkan..markah budaklah..pemilihan budak2 untuk sukaneka..kssr...sppbs..macam2 lagilah..stress gak sebenarnya..tapi apakan daya..aku tak mampu nak buat semua tu memandangkan aku ngah berpantang..
setiap kali rasa tension memikirkan soal keje mesti aku tenung je muka baby..kurang sikit rasa stress tengok dia..uhuhuhu..


p/s:kawan2 maaf ye...insyaAllah naik sekolah nanti aku akan cuba tolong korang apa2 yang termampu..t.kasih banyak2 sebab banyak bantu sepanjang aku bercuti.

Sunday, June 17, 2012


assalamualaikum...

bayi yang tak cukup bulan memang perlukan penjagaan yang lebih (extra care) since antibodi dia tak sama dengan bayi2 yang cukup bulan..SIGH~
dalam keadaan cuaca yang panas macamni memang senang nak demam..
actually aku risau sangat sebab semalam badan baby tiba2 panas..baby baru 2 minggu tapi dah demam..dahla ada jaundice lagila buat aku tak senang duduk..buat masa skang memang aku breastfeed baby sepenuhya.so.aku akan pastikan baby akan sentiasa dapat susu yang cukup mengikut masa yang ditetapkan (en.suami siap buat jadual menyusu untuk baby)..kalau dia tido aku akan paksa/kacau dia sampai dia jaga..then terus bagi susu..bukan apa..aku selalu dengar yang susu ibu adalah ubat terbaik untuk jaundice dan demam..huhu.

setiap malam aku akan berjaga untuk pantau keadaan baby.risau sangat2.dahlah baby H ni kecik..dalam masa yang sama aku berasa satu perasaan yang sangat mendamaikan jiwa..aku dapat rasakan nikmat menjadi seorang ibu..setiap kali dia menyusu setiap kali tu jugak aku akan rasa sangat bersyukur sebab dipilih oleh Allah untuk menjadi seorang ibu..:)
sentiasa berdoa semoga Allah pelihara kesihatan baby H...aminn~


Tuesday, June 12, 2012

++detik2 bersalin++


assalamualaikum...

memandangkan ada yang request untuk aku ceritakan detik2 masa bersalin..so, why not aku share ngan kawan2 kan?jom pakat2 amik tips..hehehe.


30 MEI 2012

berjalan-jalan kat alamanda dengan encik suami sebab nak cari beg baru untuk baby..beg yang ada tu macam tak berapa sesuai untuk letak barang2 baby..lama gak berjalan.hampir 4 jam di alamanda BERJALAN TANPA HENTI kau!hahaha!balik je rumah berehat2 dengan encik suami..aku siap masakkan bihun untuk dia lagi malam tu.muahaha! lepas je makan, tetiba rasa macam perut mengeras..then cakap ngan encik suami..dia kata maybe kepala baby yang buat perut rasa keras macamtu..ek??maybe lah kot..ignore je..then baby bergerak dengan aktifnya malam tu.kejap ke kiri..kejap ke kanan..fine..terus pesan dengan baby...

"baby..aktifnya gerak dalam perut mama..mana best main dalam perut mama, main kat luar ni baru syok!lapang sikit.." --pesan si ayah..

dalam pukul 11 macamtu masuk tido macam biasa..tak rasa sakit pape pon mahupun ngilu2..sikit pon takde.

31 MEI 2012

dalam pukul 4 pagi macamtu tiba2 aku terjaga dari tido..pastu takleh tido dah..puas pejam mata tapi takleh gak..last2 bukak fon and main fesbuk jap..dalam waktu tu rasa macam tak selesa kat bahagian perut..rasa tak selesa tu macam lain dari kebiasaan..tapi tak sakit taw.terus g toilet sebab rasa macam nak wee2~huhu..sekali bila g toilet lain plak yang keluar..D.A.R.A.H!!!!darah tu plak bercampur dengan lendir2..aku dah macam blur2..slow je kejutkan encik suami sebab tanak kasik dia terkejut.dahla dia kena keje pagi tu..pas je aku bitau suami, ape lagi...gelabah lah dia.melompat bangun dia dari katil.haha!terus dia suh aku baring and check apa yang patut..

tanpa membuang masa, encik suami suh aku siap2 g hospital..dalam hati.."eh, takkan nak beranak dah kot???" mula2 aku siap2 aku pakai seluar macam nak g appointment..tapi encik suami suh tukar pakai kain batik..aku plak jenis yang tak reti nak pakai kain2 batik neh..terus tukar pakai skirt jek.hehe.kang buatnya kain aku terlondeh depan orang malu jek..;p kitorang g straight ke department o&g..encik suami minta tolong kat kawan dia untuk cek keadaan aku macamana..rasa macam kekok sangat g spital pagi2 macamtu..dahla dengar baby nangis2 waktu pagi2 buta macamtu..
perut aku dipasang wayar2 untuk dengar heartbeat baby..doktor check 'toot' untuk pastikan samada dah ada contraction or dah terbuka ke belum..ok.cek2 takde..so.doktor suh aku rehat dalam ward dulu..untuk tengok samada aku dah nak beranak ke belum..kalo takde pape pukul 7 petang, aku boleh balik rumah..mula2 aku tanak duduk ward sebab macam boring+kekok..baik tunggu kat rumah je..huhu.tapi encik suami insist suh aku rehat kat sana sebab dia kena keje..papehal nanti nurses boleh call dia direct kat unit Aeneas.so, pasrah je lah..

mula2 aku ditempatkan dalam ward yang ada 4 katil..aku tengok patient lain2 semua dah ada anak kat sebelah dia..aku je yang belum lagi..around 9 macamtu..huhuhu.baring je..kejap2 encik suami datang..dia bawakkan makanan..sambil usap2 kepala aku dia cakap "jangan risau ye sayang..abang tak rasa sayang akan beranak harini.."=p
lepas hantar makanan, terus dia naik ICU sambung keje..dan aku duduk je kat ward tu rehat2 sambil dengar mp3 zikir yang encik suami tinggalkan..

dalam waktu berehat kat ward tuh, awal2 memang takde rasa sakit..secara tak semena-mena tiba2 aku rasa sakit yang sangat2..rasanya around pukul 10 macamtulah..sakit tu datang selang seminit..taktau nak gambarkan sakit tu macamana.huhu..dalam 10.15 pagi datang beberapa orang doktor ngan specialist yang cek aku sehari sebelum tu..dia cek dan pastu keadaan jadi sangat kelam kabut..dia cakap bukaan aku dah 4cm..whattttt?????
aku tengok nurses pon dah kalut semacam..dan aku dengar..

"send her straight away to the labour room now!!!"

time2 tu jugak ada nurse yang datang tanya aku samada aku nak call suami sendiri or nak dorang yang call kan dia untuk terus g ke bilik bersalin.dalam sakit2 macamtu..aku gagahkan call encik suami..tapi no respond.lagi aku cuak..last2 nurse yang call department dia..tau2 je masa sampai kat labour room tengok2 dia dah ada kat sana..aku sebenarnya macam blur2 gak waktu tu.sebab semuanya berlaku dalam masa yang sangat cepat..masuk je labour room tu aku disuruh baring dengan posisi untuk beranak..tau2 je encik suami bisik kat telinga suh think positive n banyakkan selawat..
the doctor keep asking me to PUSH..and encik suami started to count..dia yang instruct aku untuk buat apa yang patut..

beberapa kali try push..akhirnya lahirlah baby H....:))

tak sempat pon nak bius ke ape ke..sebab baby dah tak sabar2 nak keluar..lepas je baby lahir segala sakit semua hilang..aku menangis terharu..rasa macam dalam mimpi yang aku dah bersalin..dan dalam waktu yang sangat penting tu encik suami ada di sisi temankan..malah, dia yang bagi semangat untuk aku.syukur sangat2..memang kenangan yang tak dapat dilupakan..

lepas deliver, aku masuk ward..kali ni ward yang duduk berdua je..lega!toilet sebelah katil..selesa sangat..alhamdulillah..ditambah plak dengan tengok si kecil yang lena dengan nyenyaknya di sebelah..taktau nak gambarkan betapa bahagianya perasaan masa tu..

mana2 doktor yang datang masuk bilik aku waktu tu semua cakap, aku patut bersyukur sebab sakit tak lama..mudah je bersalin..ada sesetengah orang terpaksa bertahan selama 8-10 jam...
sekali lagi aku bersyukur kepada-Nya kerana telah mempernudahkan urusan kelahiran baby H..

to be continued....:))

++baby H++


assalamualaikummmm~


lamanya tak update blog..rasanya harini dah masuk hari ke sebelas usia baby H.oh ya!mesti ramai yang pelik tiba2 aku sebut pasal baby H kannn???sebabnya due sebenar adalah pada 2 Julai 2012. :)
FYI, pada 31 MEI haritu aku selamat melahirkan baby boy secara normal dengan berat 2.54kg...alhamdulillah..segalanya berjalan dengan lancar walaupun kelahiran baby H pada minggu ke 35 memang sangat2 tak dijangka..awal benor dia nak keluar tengok dunia..hehehe.:))

semoga anak mama jadi anak yang soleh, taat, bijak dan baik bila besar nanti ye sayang~love u so much!

so.nasihat untuk kawan2 yang sedang pregant di luar sana..masa perut masuk 7 bulan korang dah kena get ready untuk sambut orang baru..I mean, bukan dari segi persiapan barang2 je..tapi persediaan mental pon  perlu gak..kalo tak nanti jadi macam aku..tau2 je dah beranak..tak sempat nak g dengar talk pasal cara2 nak bersalin..huhuhu.nasib baik encik suami berada di tempat kejadian (labour room) kalo tak mati kutu aku dok kat dalam bilik tu..huahua~

nak cerita panjang2 harini macam tak larat sebab nak g tengok anak tido dalam bilik sorang2..ehem2..pasni bolehlah panggil aku mummy husna ye.,,=p *yo yo owww je*

p/s::
bagi yang pernah tanya aku pasal confinement set mana yang bagus selepas bersalin aku recommend set bersalin ratu mak dara...memang best..sebab dalam set tu ada macam2..sekali ngan bengkung and tungku herba..then dia guna rempah base.lebih kurang sama macam nona roguy..kalo nona roguy takde bengkung.korang kena beli asing..harga pon tak banyak beza..so.terpulang lah nak beli yang mana...just giving out my opinion..:)