Wednesday, March 06, 2013

++bersabarlah wahai suamiku++

assalamualaikum..

panas jangan disangka akan berpanjangan hinga ke petang kerana berkemungkinan akan turun hujan pada tengaharinya.
kali ni madah jadi pembuka bicara.

agak sedih jika suasana kerja kita tak seperti yang kita harapkan.tentunya semua nak enjoy and happy dengan pekerjaan yang dilakukan..cuma, kadang2 Allah nak uji kita dengan menurunkan sedikit dugaan kepada kita..harapnya kita dapat bersabar dan redha dengan segala ketentuan..bukan senang nak deal dengan pihak atasan.orang atasan sememangnya akan rasa mereka lebih bagus kerana mereka berkuasa untuk menentukan apa yang boleh dan tidak boleh dalam tugasan yang kita perlu lakukan.
aku bercakap bukan untuk diri sendiri..luahan ini dibuat setelah melihat suami sendiri kesedihan, depress dan nampak kecewa bila pulang ke rumah.
hati isteri mana yang tidak sedih melihatkan keadaan suami begitu rupa..sekiranya si isteri ada kuasa yang boleh menghilangkan muka kecewa itu pastinya sudah lama tindakan tersebut diambil..tapi apakan daya, aku tidak punya apa2..:(

suami yang dikenali sangat bersemangat tinggi orangnya..seorang yang sentiasa positif dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan..tidak pernah merungut sebaik sahaja tiba di rumah..kelihatan seperti dia seronok dengan suasana kerjanya di hospital..walau penat macamana sekalipon tidak pernah dia tidak melayani kerenah anak yang kadang2 meletihkan mahupun meragam..semuanya ditangani dengan senyuman dan layanan baik..itulah suamiku..sehinggalah semalam, sebaik je tiba di rumah dengan muka yang suram dia merehatkan diri di sofa ruang tamu..seperti biasa suami akan disambut dengan salaman dan ciuman pipi tanda kasih dan hormat kepadanya..cuma, apa yang berbeza tentang semalam he looked really down..macam ada sesuatu yang mengganggu fikiranya..

seperti biasa akan kutanya "abang...macamana dengan kerja harini..?"
soalan tu seperti tidak kedengaran di telinganya..berkhayalkah dia???suaraku yang agak besar dan kuat itu masakan tidak kedengaran?menambahkan lagi syak ku terhadap sesuatu telah mengganggu fikirannya sehingga tidak fokus kepada soalan yang telah diajukan..tiba2..dengan suara yang agak perlahan..

"sayang, hospital ********** dengan hospital ********* mana yang lebih dekat?"

"lebih kurang je bang..kenapa?"

"kawan abang cakap, hospital district ni lagi kurang tekanan berbanding GH.."

"yela,tapi abang jugak yang cakap kalau duduk kat hospital district u wont learn anything dan takde peluang nak belajar buat operation"

"ala..abang boleh buat banyak reading..operation tu abang belajar kemudian pon takpe..bila balik kl nanti abang catch up la balik.."

"aik, abang ni kenapa?apesal plak tiba2 sebut nak ke district hospital"

--diam--

sah!!!!memang dia tertekan dengan tugasnya di GH.

lama lepas tu baru dia cerita yang sebenarnya dia tak tahan dengan one of his specialists kat sana. I dont know what happened between them but for all I know he seems unhappy with it.hurmmm.terus teringat masa mula2 dia dapat bahagian yang dia nak which is ortho department(bones) memang gembira abis..he just made a promise to himself that he will learn on how to do operation by his own within six months.tapi angan-angan tu macam makin kabur je..:(( bukan aku tak suka dengan cadangan dia untuk berpindah ke hospital lain but for me mesti ada cara untuk mengatasi tekanan dia selain dari berpindah. pindah is like the last resort kalau jalan penyelesaian masih tidak dijumpai..plus, aku takut sangat..aku takut berjauhan sekali lagi...aku tanak keadaan yang pernah jadi antara kami berlaku sekali lagi which is aku kat ipoh dan dia di putrajaya.it takes courage to travel every week to meet each other..tambahan pula sekarang ni dah ada haiqal, maka bukan senang untuk menguruskan anak seorang diri (kalau orang lain taktaulah..aku tak sanggup)
kadang2 bukan mudah untuk dapat pindah ke tempat yang kita berkehendakkan..takut dia campak kita ke tempat lain, memang nayalah kami sekeluarga..

memang semalam sikit2 dia dok cakap pasal hospital *******.
siap google tempat tu lagi..apa2 pun aku hanya mengikut sahaja apa yang menjadi pilihannya..asalkan si dia gembira dan kami sekeluarga dapat bersama.

harini seperti biasa dia mesej aku untuk jaga diri baik2.hati masih lagi bimbang dengan keputusan yang dibuat.terlalu melulu mungkin.hati tengah marah,kecewa dan tertekan memang susah untuk membuat keputusan dengan tepat.maka dengan itu, aku malas untuk memikirkan segala kemungkinan yang masih belum berlaku.sedang aku menyiapkan lesson note untuk esok, sempat mencari di GOOGLE tentang cara mengatasi masalah tekanan menurut Islam..banyak info menarik yang dijumpai..tanpa membuang masa terus berkongsikan hasil dapatan tersebut bersama suami tercinta.moga apa yang diberi sedikit sebanyak membantu untuk menangani masalahnya.insyaAllah..

aku yakin, Allah maha Pembantu dan Mendengar.adukan saja masalah kita kepada-Nya..itu adalah sebaik-baiknya.kadang2 dalam waktu yang sama,kita mungkin tidak sedar yang kita ada melakukan kesilapan sehingga menyebabkan kemarahan orang lain..who knows?
bersabarlah wahai suamiku...sesungguhnya dalam setiap pekerjaan pasti ada cabarannya..pasti akan ada hikmah di setiap apa yang berlaku.wallahualam.

p/s:
doa isteri sentiasa mengiringi suami dalam apa jua keadaan.
mode: sentimental.



4 comments:

  1. yelah kan.kalau lah kita ada kuasa hilangkan steress suami mst best kan.rara pon kalau suami stress,rara diam je.takut nk ckp.

    ReplyDelete
  2. mmg tak senang jaga anak sorang diri..
    ikut hati mmg tak sanggup...
    tapi InsyaAllah.. Allah permudahkan...
    Doa banyak2 husna... jgn berjauhan lg.

    ReplyDelete
  3. sedih juga dgr mslh cikgu husna ni..sbg isteri,kte la yg mesti sentiasa bg kekuatan pd se1 suami..nak berjauhan mmg sedih..apa yg hana rasa..mia juga rasa....byk kan sbr..moga allah membantu meringankan beban suamimu

    ReplyDelete
  4. dulu pun saya berjauhan dengan suami... mmg byk dugaannya...

    ReplyDelete