Friday, August 26, 2011

++heaven++


assalamualaikum~

alhamdulillah..akhirnya aku dah sampai rumah setelah pemanduan secara berhemah oleh kawan aku sepanjang balik ke ke utara..fewhhh.selamat jalan tak jam harini..even kereta tak banyak, but still tak boleh d'cinta' kat rumah.padan muka!

tanak cakap pasal tu sebenarnya..
aku cuma nak cite betapa heavennya dapat balik rumah..kebetulan along aku sekeluarga pon balik harini jugak.memang meriah betul rumah kami kali dengan kehadiran si kecik aleesya...:))
ni kali pertama along n wife beraya kat jitra.
sebelum ni kakak ipar bersalin waktu bulan puasa.so,lajak terus beraya kat kuantan.
sekali sekala berkumpul sekeluarga memang best.
tambahan plak, keluarga kami ni kecik je..adik bradik cuma 3 orang..
so,bole bayangkan tak kalo salah sorang kitorang tak balik??
sunyi awhh~:((
sampai je rumah arini mak terus masak makanan feveret iaitu sotong!!!i loike!!
aku sangat suka makan sotong.tak kiralah masak jenis apa sekalipon janji sotong.hehe.
kan seronok kalo sebulan berpuasa kat rumah ngan mak ayah...
hari2 dapat makan makanan kegemaran,.huhuhu.
kalo duduk sendiri2 nanti sape nak melayan?
nak makan jawabnya kena masak sendiri lah....huuuu~T__T
tapi aku dah nak kawin plak..sob...sob..sob~:((

Monday, August 22, 2011

++ayah terbaik++


assalamualaikum~

bestnya dapat ayah macam ayah aku.pagi2 call masa baru abis kelas.

"anak ayah macamana?ok kat sana??"

"hehe.ok ja...macamnila ayah...pening sebab banyak kerja"

"cececehhh...lagi seminggu lebih nak kawin.syok la tuh..."
"hahaha!pandai ja ayah ni..manada....orang biasa2 ja pon.."
tapi aku tau maksud disebalik kata-kata ayah tu..cuma aku malas nak ulas panjang2.nanti dia sedih.aku pon sedih..



Friday, August 19, 2011

++random post++


 
assalamualaikum~
mode::ngah berkemas-kemas nak pergi ke shah alam esok untuk fitting baju kawin.ngeee~
last time haritu dia bajet badan aku macam patung.haha.memang silap!!
badan aku macam mak punya patung.ngeheheheh.
ada part yang terlebih isi.biasalah~perempuan kan..tang tu yang jadi asset.;p
 
teringat kisah pagi tadi kat sekolah.
minggu ni giliran aku bertugas.seronok!sebab time nila aku boleh sampaikan amanat n pesanan kat murid-murid sekolah aku.bukan apa.semalam masa g tarawikh kebanyakan daripada murid sekolah aku buat bising.
yang lelakinya sibuk main mercun n yang perempuan plak sibuk bersembang time orang ngah bersolat.
memang sangat geram.rasa nak luku2 je sorang2 tuh.*kalo la aku ada kuasa boleh meluku anak orang dengan suka hatinya*
puas hati sangat2 boleh buat teguran secara terbuka mengenai sikap murid-murid sekola.
kalo tak, orang lain semua terganggu.siap semalam ada makcik yang melatah masa ngah solat disebabkan mercun meletop betul2 tepi tingkap masjid.haaa...tak pasal2 makcik tu kena 're-do' solat dia.
tak ke naya macamtu?haisyh..
dapat mic pagi tadi apa lagi..mula lah aku membebel macam bertih jagung.tambah-tambah aku kenal sorang2 murid yang buat kacau malam tadi.cuma aku tak sebut nama je
aku skang memang selesa bercakap secara terbuka.al maklumlah selama beberapa bulan jadi cikgu sekolah, ni baru pertama kali aku jadi guru bertugas mingguan.ahahhaa.kesian!
i enjoyed my time being a on-duty teacher for a week.it was fun like no other experience.;p
 
 

++kurang bercerita mengenai hal2 perkahwinan++


assalamualaikum~

aku tak tau samada korang perasan ke tak yang blog aku ni tak banyak cite sangat pasal hal2 kawin macam b2b yang laen.
nak tau sebab apa?
sebab aku nak kurangkan rasa gementar aku menjelang hari bahagia nanti.huahuahua!!korang ingat aku tak cuak ke???haha.nampak je muka selenge macam ni.tapi dalam hati sape tau???

tu pasal lah aku lebih banyak cite pasal hal2 yang jadi dalam hidup aku rather than talking bout my wedding preparation.cuma sometimes bila tetiba rasa nak kawin tu datang.terus berblog...kihkih!;p

aku tau.some might think that i am kinda weird..but who cares?LOL;p
 
kat kaki ada nota::
psssttt~cik hana a.k.a miss sunshine,apekah perasaan anda bila hari perkahwinan makin dekat???tehee~sila jawab...sila jawab...ke kita sama?*ada hati tu nak orang sama ngan kita*hihi.

Tuesday, August 16, 2011

++gila butang++


assalamualaikum~

semenjak dua menjak ni kegilaan ku terhadap butang/pin/brooch sangat menjadi-jadi.
semalam masa baru sampai dari jitra, singgah GIANT.then nampak booth orang jual keronsang.terus rasa gatal tapak tangan nak beli.

then, harini seorang cikgu sekolah aku bawak macam2 jenis brooch yang cantik2 pada harga yang sangat murah.then BELI LAGI....T__T
nak tengok hasil tangkapan aku harini?

jom review~
wahahaha!!sangat suka!

sampai terfikir bila masa nak pakai semua benda kat atas nih?
yang sebelum2 ni pon ada yang tak terpakai lagi.

isk.nilah perempuan.pantang nampak!mesti nak beli aje...heeee~:D
jadinya encik ilebiu please take note about my craziness of buying brooches.

hahaha.k lah.nak siapkan lesson plan untuk esok plak.take care semua.

salam ramadhan yang ke-16.
babai~


thanx for reading this entry...:))

Saturday, August 13, 2011

++belajar untuk menerima++


assalamualaikum~
never feel great like today!im so blessed...alhamdulillah~
agaknya demam2 ni rindu nak balik rumah kot.sampai rumah terus lega demam aku.hehehe.

bila semakin hampir nak kawin banyak benda aku belajar.
n paling terkesan dalam hati ialah aku belajar untuk menerima pasangan dengan seadanya.n pastinya dia pon macamtu gak.well.masing2 have to act as a mirror of each other.:))
jangan ingat diri dah perfect.asik nampak kesalahan orang lain je..abis diri sendiri macamana???

setiap dari kita ni ada kekurangan yang kadang2 tuan badan tak perasan.
hanya orang lain yang layak untuk menilai kita..
contohnya aku..
selalu je berlagak kunun2 matang..padahal takdela matang mana sangat pon.hahah!

dulu..aku terlalu meletak syarat untuk someone menjadi pasangan hidup..pengetahuan agama yang baik, hormat orang-orang tua..bla..bla....tak kaya takpe asal kaya budi bahasa..matang..tak berkira..bla...bla..bla...
sebab my family memang mementingkan semua tu as my home sweet home ni jadi tempat sanak saudara berkumpul.kalo tak reti bergaul, kena belajar2 lah untuk masuk dalam keluarga.
alhamdulillah...aku bernasib baik sebab dapat someone yang hampir memenuhi kriteria yang disebut even not 100%. macam aku cakapla kan...nobody's perfect.kan?kan?
tapi takpe.masih banyak masa untuk memperbaiki diri n slowly change.
sebab manusia dilahirkan berlainan jantina untuk melengkapi satu sama lain.
i do believe in that.
sekiranya anda mendapat pasangan yang tidak memenuhi piawai yang ditetapkan..RELAX...tak perlu nak merampus bagai..belajar untuk merima kekurangan tu dalam cara yang positif.insyaAllah, semuanya akan berjalan dengan baik..

tak percaya?
cubalah!!

++bubuq lambuk taman mahsuri++



assalamualaikum...

jam skang ni dah menunjukkan pukul 12 tengah malam..
baru je lepas makan bubuq kanji (bubur lambuk) ngan encik ayah.hehehe.
lama tak buat cemtu.
setiap kali bulan puasa, ayah mesti sibuk ngan kerja dia as pemegang amanah surau.
so, segala perbelanjaan memang menerusi dia.
setiap pagi, dia akan pergi market beli keperluan untuk orang masak kat surau..
sebab surau taman mahsuri ni memang hidup kalah masjid besar.
orang2 kat sini sangat bermuafakat n mementingkan jiran.jadinya apa2 yang dibuat kat sini memang semuanya kebabom.hehehe.

sampai skang ayah tak tido lagi.
dok sibuk mengira perbelanjaan untuk berbuka puasa di surau arini.
ayah cakap..kita kena betul2 jujur dan amanah kalo nak buat kerja ni.
tak boleh ada sikit pon salah kira or terambil sesen pon,berdosa!

banyak benda yang aku belajar dari ayah.
such inspiring me..:))


memang menarik, tertarik da bom kan bubur lambuk kat atas??
ahaha.ni aku gugel je tadi.
da real one punya dah selamat masuk perot.takda masa nak snap2 gambar bagai..
lagi satu.macam rajin je aku nak tabur benda alah bagai macam kat gambar tu.ahaks..buat gatal muka je nanti makan ikan bilis banyak2.

oh ya..lupa plak nak bitau.aku kat rumah skang ni.(cis.awal2 tadi dah mention aku ngan ayah.kompem2 ada kat rumah.apa daaa...~) every week memang aku berusaha untuk balik untuk spend masa ngan keluarga tersayang.
masa yang berbaki dah tinggal kurang dari 3 minggu je lagi before kawin.fewww..
mampukah berdikari sendiri tanpa keluarga pasni?


kat kaki ada nota::
ntah nape.bila tengok warna biru teringat kat one of my fav girls..cik loy.
dia memang peminat biru sejati.
kalo ada sesapa jumpa dia kim salam eh.hihihihi.;p

k.goodnyte peeps.
thanx for reading this 'merapu' entry..



Friday, August 12, 2011

++bertahan++


assalamualaikum~

menjelang perkahwinan yang berbaki hanya 3 minggu saja lagi..macam2 benda yang aku alami..
aku anggap semua tu sebagai dugaan dari Allah S.W.T..
hanya dia yang berkuasa untuk menentukan apa yang terjadi kat diri kita.

kuatkan semangat cik husna!
bertahan...

Thursday, August 11, 2011

++beranikan diri++

 
assalamualaikum~

pagi semalam kan tetiba aku demam panas.pastu terus shoot g bahagian emergency sebab my colleague dah risau tengok aku menggigil n menggeletar macam parkinson.huhuh.

so.while my friend was trying to find a parking lot..aku masuk dalam dulu.
mak aih!!dalam tu penuh dengan MA yang for sure semuanya lelaki...ni yang aku lemah ni..rasa makin demam dibuatnya.takde ke nurse pempwan???sian aku.wuuu~wuuuu~

one of the MAs amik darah untuk check tahap gula..kemudian cek tekanan darah plak.
thank god.semuanya ok.cuma demam panas biasa je..
aku cuma pelik satu je..minggu lepas aku kena demam panas yang sama...so.aku bitau la MA tu..
dorang tanya pasal nyamuk banyak tak kat rumah or sekolah.
sebab skang ni musim demam denggi kat area ipoh.takutnyaa~!!
 
aku cakap...mana2 tempat pon ada nyamuk...huahua!menyempat lagi tuh dalam demam2 aku..

pas dah kena cek ngan MA, then tunggu giliran untuk dipanggil doktor.
lama siott!aku dah macam nak pitam kat situ menunggu..last2 nama aku called out.
 
nasib baik doktor kat situ sangat2 lembut membuatkan hati aku sedikit tenang.
nama doktor tu NOOR SHIZUKA...unik kan??orangnya sangat comel secomel nama tuan empunya badan.
tapi yang paling sedih, aku terpaksa berbuka puasa sebab dorang suh aku makan ubat kat situ gak...nak tengok ubat tu beri kesan tak untuk turunkan suhu demam.

lama gak aku menempek kat sana..sampai naik bosan.semata-mata nak menunggu nurse amik bacaan suhu demam aku.doktor cakap turun 1c pon dah ok...sebab 40c tu panas sangat,silap2 haribulan aku boleh kena penyakit 'tarik'
nauzubillah~


lepas balik sekolah..tetiba aku dapat satu mesej..
 
"selamat pagi cikgu....boleh berkenalan??
 
errkk.sapa plak neh?rasanya takda bagi no fon kat sapa2.
so, aku abaikan je msg tu..

masuk je arini..aku dapat call dari nombor tu..
tiga kali bunyi call baru aku angkat..

"assalamualaikum~"

"waalaikumussalam..."

"cikgu ingat kat saya lagi?"

"ha?sape?"

"saya MA yang kat hospital haritu...masa awak demam.."

"err...owh..ok..."

"awak tanak jemput saya g kenduri awak ke?"

"ha??!!"

"asalnya saya masa jumpa awak aritu memang saya nak berkenalan dengan awak..pastu kebetulan saya ada kawan yang pernah satu tempat belajar dengan awak dulu..so.saya tanya la dia pasal awak..tup2 dia bitau awak dah nak kawin..alahai..melepas saya..patutla saya mesej awak tak reply"
--mamat ni pernah tanya aku sekolah mana dulu.dia pon orang kedah.so dia memang kenal kawan2 sekolah aku--

"hahahah!ouh..pakdi tu ka..saya dengan dia memang baik pon..jemputla datang kenduri nanti...tapi awak balik ke time raya?sebab kenduri nanti raya ke lima.."

tetiba mamat tu suara sedih plak...

"saya ni jarang balik...yelah..orang single kan.."

"lorh..family kan ada..apa masalahnya tak balik plak kan?saya time2 raya memang nak balik ja.jumpa family yang penting"
 
"err.takpelah cikgu,,insyaAllah kenduri cikgu saya sampai.."
 
teheee~kelakar kan?sangat berani berterus terang...even tho dia tahu yang aku ni nak kawin tak lama lagi..tapi still memberanikan diri untuk call aku,ahaks!!;p
 bagus!!semoga anda berjumpa jodoh yang baik..amiin~
 
 before end up call dia sempat cakap.kalo ada masalah apa2 boleh datang spital terus..
 
erm.dok membayangkan kalo encik ilebiu pindah spital ipoh.mesti lagi best!:D

k lah.banyak plak aku mengarut arini.
babai.
thanx for reading this entry..

Wednesday, August 10, 2011

++dugaan berpuasa++



assalamualaikum~

nothing much to share in this entry.
im not feeling very well today.

for da second time i've got high fever.40c. 
my body feels very weak.
cabaran bulan puasa..hurmmm...

Tuesday, August 09, 2011

++malas aku nak layan!!++

 
assalamualaikum~

its about MATCH to WIN contest yang aku pernah post sebelum ni..
aku dah pergi claim hadiah yang konon2nya aku menang aritu kat LONDON WEIGHT MANAGEMENT..
sampai skang masih nak telefon ntah kebenda ntah!dah aku tanak janganla dok paksa2 kan??
itu yang buat aku marah gile...


korang kena ingat..dorang ni pandai..takkan bagi benda for free as easy as just like dat...
itu semua taktik meniaga semata-mata.

haritu aku nak keluar dari tempat dorang pon susah nak lepas taw.seboleh-bolehnya dia suh aku join member n buat treatment kat situ yang harganya beriban-riban.rasa nak smash je cina tuh.
nak je aku sembur cakap macamni..

"ai..cakap menang contest..ape hal lak nak paksa2 orang bayar untuk jadi ahli???!!!"


so, korang takyah la nak tertipu dengan LMW (london weight management),,,new york or yun nam n nama2 seangkatan dengannya..hati2..
dorang hanya nak cari mangsa untuk melanggan produk dorang..
pokok pangkalnya.korang still kena jaga makan pas g slimming centre.

sanggup ke nak makan cracker dorang yang tawar gile..n air khas..
memang tak lah..baik jaga sendiri.
exercise lagi bagus.

sekian...

*merampuih sengsorang*


babai!!

++mulut busuk time kawin!!++

 
 assalamualaikum~

bila nak dekat kawin ni macam2 tips aku dapat dari kawan2 setugas kat sekolah.sometimes ada yang kelakar pon ada,but still acceptable.hehehe.
ada yang bagi petua macamana nak dapat anak laki or perempuan..
err.aku agak konpius kat sini...jantina anak kita boleh tentukan dari skang ke??
kot la ada penjelasan saintifik kan..tapi encik ilebiu tak pernah plak cakap..atoiyai..

ok.soalan untuk orang yang belum berkahwin.

korang pernah terbayang tak macamana majlis korang nanti??
pernah tak terfikir makan minum korang time tu mesti akan jadi kelam kabut??kebanyakan pengantin mesti cakap..

"ah..time hari kawin nanti memang tak sempat nak makan.sebab time tu sibuk gila2 kot..."

murid2...apa akan terjadi kalo seharian membiarkan perot kosong dan tak makan selama sehari suntuk???
meh sini.aku soal.aku jawab.muahah!

jawapannya adalah...
gas2 beracun akan mula keluar dan menghasilkan

MULUT BUSUK or MULUT BERBAU!!


ramai yang tak sedar akan hal ni...masing-masing perasan yang mulut sendiri umpama air wick ala2 ambi pur...kenyataanya~sendiri yang interpret.;p
bau ikan siapa yang tahu!hahaha.

jadinya..kalo tanak diri sendiri malu pada hari yang menggembirakan tu..aku cadangkan korang sediakan gula2 mint or hacks.rasanya ia akan membantu kira untuk mengurangkan bau2 yang kurang menyenangkan.

jadinya untuk bakal2 pengantin..
sediakan payung sebelum hujan.

babai~

thanx for reading this entry..:D



Friday, August 05, 2011

++checklist menjelang perkahwinan++


assalamualaikum~
 
persiapan :
1. pakaian

ini antara yang terpenting antara semua...sebab pakaian kita pada hari majlis lah yang membezakan kita dengan hari2 yang lain..nama pon raja sehari kan.ok.untuk tema akad nikah.aku amik warna putih cream..kalo korang pernah tengok cerita CHINTA lakonan fasha sandha tu..haa...pattern dia ala2 yang tulah.:))
while baju sanding plak aku amik warna putih turquoise..itu tema kenduri kami...n kalo boleh seminggu sebelum kawin tu kena g fitting sekali lagi..kot2 la dah terkecik ke lepas poser...muahah!

2. Goody bag for guests

yang ni memang mak aku sepenuhnya yang buat ngan kawan2 dia..sebab aku agak sibuk kat ipoh.setiap kali balik, aku banyak settle kan keje lain.terpulanglah samada korang nak letak dalam tu makanan kering such as kuih2 tradisional or etc.korang boleh gak letak muffin or chocolate..(itu kalo orang yang berbajet lebih laa)


3. kad kawin

nak kawin kena pastikan semua kad dah siap diedar.kang ada yang nangis sorang2 sebab tak ramai yang datang.ahahha!naya weyh!;p
n jangan lupa dekat orang2 penting.terutamanya korang yang baru keluar dari IPG nih..jangan lupa invite pensyarah sekali taw..mesti dorang berbesar hati kalo terima kad jemputan...


4. borang-borang yang perlu

A. permohonan kahwin
  • BORANG JAIPk2
  • BORANG JAIP k2A
  • KAD PENGENALAN - pemohon n 2 orang saksi
  • sijil kursus kahwin
  • surat permastautinan
  • keputusan saringan HIV
  • surat kebenaran mahkamah (kalo wali hakim)
  • surat akuan bujang (nak memastikan korang bukan suami/isteri orang.heheh)
 
5. barang-barang hantaran 7 berbalas 9
 
  • set minyak wangi - settle
  • set tali pinggang n wallet - settle
  • kasut - settle
  • kemeja n tali leher - settle-
  • sirih junjung
  • kek
  • buah-buahan
  • halwa manisan
  • coklat
6. MUA - make up artist

ada yang prefer amik make up artist dari not so perempuan..sebab dorang memang mahir bab2 make up neh.n salah sorangnya tu aku lah!haha.


7. photo-G

korang kena pilih photographer yang betul2 profesional kalo korang nak hasil yang terbaik.perkahwinan sekali seumur hidup...jadi, nak jugak abadikan gambar2 kenangan dalam keadaan yang terbaik.kan?kan?*lashbatting.aww~*
errr..nak buat gaya ape ye nanti..?dalam kepala otak ala2 arabian night..ntahla jadi ke idak.;p
silap2 haribulan kang jadi kuch2 hotak hang..kuikuikuik.


8.penginapan untuk kawan2 n saudara mara.
untuk kawan2 yang duduk jauh seeloknya kita sediakan penginapan supaya sempat berehat nanti..kesian...(ikot kemampuan)

seriously kawin ni kita tak boleh nak bajet cukup2 je...mesti akan ada lebih punya selagi tak sampai ke tarikh sebenar perkahwinan ..sekarang ni pon kos dah nak dekat 20K..tapi aku tak mengharapkan perkahwinan yang grand...aku cuma nak kemeriahan masa perkahwinan je nanti..so.kawan2 sudi2 kanlah datang ye...:)

Thursday, August 04, 2011

++mengada-ngadakah?++


 assalamualaikum~
last weekend when i was in my hometown i bought a new gadget..n kebetulan my virtual bestie cik hana cute a.k.a miss sunshine pon ada share benda yang sama kat new entry dia..sila2 p jenguk..:) its about a gadget as a hantaran yo!:D
thanx to encik ilebiu for da sponsorship..cant wait for da day..after that i can use it for my daily work.yeay!!

at first aku dah jadi sangat confius bila encik ilebiu tanya apa yang aku nak untuk hantaran nanti..
antara yang tersenarai dalam kepala otak time tu:
1. notebook (mesti pink or white)heheh


 
2. smartphone or android n absolutely not iphone.tak minat ah.


 
3. keyboard yamaha.
 
 
 
pastu bila aku fikir2 balik.kalo aku beli keyboard..takkan nak letak seketul besar tu atas dulang hantaran kan?
it may look funny!nak phone?hurm...benda tu bila2 masa aku boleh sendiri...then notebook?
err.quite cool gaklah.sebab notebook kita nak pakai dalam tempoh masa yang lama.lagipon aku punya laptop ni dah berzaman aku guna..kesian dia.asik kena lenjan je buat kerja itu ini...
nasib baik dia bertahan.tak meragam bukan-bukan.kalo tak masak aku.hoho!;p
memandangkan laptop aku ni masih lg tiptop.aku cadang nak pass over kat ayah aku je.
bole dia bukak youtube n dengar ceramah2 agama.
sebelum ni tunggu anak2 balik baru boleh pinjam laptop kitorang nak surf internet..sian dia..



kat kaki ada nota::
kalo aku mintak tv plasma mesti lagi super cool kan???hahaha.peti ais ke...at least benda2 tu ada value dia yang tersendiri.n of course kita akan mengadap benda tu setiap hari..pastu bila setiap kali guna je...mesti teringat balik kisah2 perkenalan kau dan aku.*MUNTAH!!!*

Wednesday, August 03, 2011

++im officially become a 'teacher'++


 
assalamualaikum..
bersemangat waja aku nak g sekolah arini.yelah.dapat cuti kan..ehem2.ABC.;p
tapi last2 kena balik sebab demam..huahua.demam terkejut gamaknya.hehe.

cuaca arini plak memang sendu abess ah..!redup n berangin.menambahkan lagi semangat aku untuk mengajar.(FYI,cuaca pon mempengaruhi mood cikgu mengajar taw)
masuk bilik guru terus pandang meja ex-colleague aku.hurm.kosong.:((
harap2 dia happy kat sekolah baru which is nearer to her house.
doa aku sentiasa mengiringi dia...
 
pagi2 buta before aku tetiba demam panas aku kena panggil ngan PK 1.aku rasa aku dah boleh agak dah yang aku bakal memikul tugasan kawan aku yang telah berpindah iaitu menjadi guru bahasa inggeris tahun 2..huaaaa~yo!it is way different mengajar english untuk tahap 1 dan tahap 2 ok.tambah2 lagi tahun 2 yang aku dapat tu kelas hujung.macamana nak memahamkan budak yang bahasa melayunya pon perlu dibetulkan lagi?
 
hurmm.takpela..nak buat macamana, aku anggap ni sebagai cabaran as a teacher.
kalo aku boleh handle hal2 macamni, insyaAllah aku akan teruskan untuk menjadi guru yang baik n seterusnya menjadi guru yang terbaik.


chaiyyokkk!!!
err...my name is teacher husna..
how are u kids??

LOL..:P

Tuesday, August 02, 2011

++i hate to bid farewell++

 
assalamualaikum...
lama sangat tak update blog..
sibuk tak hingat..lagipon tinggal lebih kurang sebulan je lagi untuk majlis..

dalam tempoh 2 minggu, dah 2 orang cikgu sekolah aku berpindah.
tapi yang paling sedih, kawan sekerja aku yang paling baik dengan aku kat sekolah terpaksa berpindah berkuat kuasa harini.rasa macam tak percaya je!!!serius aku sedih sampai tak terkata apa2.
mula2 nak ucap tahniah sebab aku tau memang ini yang dia mahukan..dapat sekolah yang lebih dekat dengan rumah dia..
tapi hajat nak ucap tahniah tak kesampaian.takot aku or dia nangis plak nanti.so.aku hold on dulu.
aku tau...jauh di sudut hati dia..dia pon sedih nak meninggalkan kawan2 terutamanya aku ngan kak ola..
kami selalu abiskan masa sama2.

even tho' dia orang india..tapi pertuturan bahasa melayu dia sangat lancar.a dia punya style pon dah macam orang melayu..makan sambal belacan..masak lemak cili api n macam2 lagi.hebat!!

but for all of sudden she had to leave us immediate.
hurmmm.lepas ni takde dah dengar orang greet aku setiap pagi dengan ayat..

"hello, good morning dear..."

tak pernah dia greet kami dengan muka masam..always beriringan dengan senyuman..

arini kelas aku full..aku cepat2 abis kelas sebab nak jumpa dengan dia before balik sekolah.
sampai kat bilik guru..
meja dia dah kosong.
tapi dia sempat bagi something kat aku..sebagai tanda ingatan.:((

bertambah sedih tak sempat nak jumpa..

aku capai handset n terus text dia.

she replied..
"dear ainul, though it has been a short time, we've formed a beautiful friendship..u'll always be close to my heart..pls keep in touch.luv u lots.."
"thanx for everything kak latha..n im sorry if i had did something that hurt ur feeling..will do keep in touch..our friendship remains forever..take care then.."

" i'm sorry i didnt stay to bid farewell as i could not take it..i too apologize if i had hurt u in any way..we'll keep in touch"


waahhh...so sad!!!!!
why people whom i love very much always have to leave me for a good sake???

u know..it's obviously stated ..FOR GOOD....tapi susah nak terima..