Wednesday, May 16, 2012

++selamat hari guru!!!++


assalamualaikum..

SELAMAT HARI GURU BUAT DIRI SENDIRI DAN SEMUA GURU DI MALAYSIA...:)

-pic semalam-
see..disebabkan baju kurung dah tak muat.so hanya mampu sarung maternity blouse and skirt je untuk ke sekolah..hehe.bila pakai cenggini kadang2 tu rasa macam keje kat office pon ade gak.LOL  o__O


p/s::buat rakan2 seperjuangan, para pensyarah, guru2 sewaktu berpraktikum dan buat semua warga guru ,teruskan usaha murni anda sebagai seorang pendidik..khas buat anda semua..~

GURU OH GURU

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979



4 comments:

  1. Selamat hari guru cikgu Husna...
    dah dua tahun kita smbut hari guru sebagai guru yang sebenar kan.... cepat masa berlalu...
    anak pun dah nak masuk sorang... =)

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Guru Cikgu Husna ! :)

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Guru, akak... =)

    (IPG KDRI)

    ReplyDelete
  4. selamat hari guru! (even dh belated ;p)

    ReplyDelete