Monday, November 26, 2012

++gatal gusi++


assalamualaikum...

aku syak Muhammad Haiqal ni gatai gusi kot...sikit2 nak jelir lidah.pastu mesti dia nak apa2 untuk masuk dalam mulut then gentel2...so aku bagi jelah teether kat dia.

yang membuatkan aku lagi runsing kan, puting botol dia dahla ada satu je..kalau lah dia tetiba tumbuh gigi boleh bocor puting tu kena gigit.huhu.disebabkan haiqal menyusu badan, aku taknak lah beli puting banyak2.dia cuma minum botol bila letak dekat rumah pengasuh je..bila dengan aku baru bagi direct susu.

fyi, currently my baby guna botol susu medela..itu pon dapat masa beli breastpump medela freestyle..alang2 dah ada botol susu malaslah kitorang nak beli baru kan..guna apa yang ada dulu. pernah sekali tu Haiqal tanak minum susu dari botol..jenuh aku carikan dia puting dan botol..puting memang berlambak-lambak kat rumah then ada satu botol susu extra, jenama yoomi..

[Image: yoomi-bottle.jpg]

ingatkan dah abis canggih beli botol cenggini yang putingnya ala2 puting ibu..sudahnya tanak jugak botol ni..after two weeks tanak minum botol, kami cuba bagi susu guna botol medela semula..tetiba dia nak plak..since that memang tak tukar botol dan puting dah..
yoomi ni kami simpan je..mana tau dia besar sikit dia tak memilih botol..standby je.

back to the main issue.
aku google cari sapa2 yang jual botol susu medela..sampai skang tak jumpa lagi..huhuhu.yang ada cuma breastpump je.agaknya tak ramai yang guna botol jenis tu kot.aku perhatikan kebanyakan orang prefer guna avent and tommee tippee. kalau botol yoomi aku tau nak cari puting kat mana yakni kat anakku shah alam.
kat situ je yang ada jual macam2 alat ganti untuk botol dan breastpump termasuk medela..habis macamana kalau puting susu haiqal bocor???have to find it sooner!!!!

korang2 yang comel lagi jelita, kalau ada info pasal puting medela tolong inform eh..jasa baik korang sangatlah dihargai..sayang aunties!!!*from haiqal*
tetiba plak anak aku pandai menaip eh..oyeaaa..sangatlah celik it kan...hakhakak!
ok.dah start merapu dah.
sebelum aku merapik panjang lebar lagi baik aku end kan entry ni skang..

Photo: Apa tengok2?!!:P
tolong eh korang.sian kat budak kecik kat atas neh..*muka baru bangun tido*
tq.
have a nice shool holiday bagi yang bercuti.babai!!:S


++wanita dan kecantikan++


assalamualaikum...

wanita dan kecantikan memang tak boleh dipisahkan..ok.arini aku nak jadi perunding kecantikan tak bertauliah.hehe! saje nak berkongsi information sikit..:))
sejak bersalinkan muhammad haiqal ni aku perasan badan makin kurus.mungkin disebabkan aku menyusukan haiqal sepenuhnya kot..kalau kurus sihat ok lagi..tapi masalahnya badan rasa lesu dan cepat letih..kulit makin kering dan tak bermaya..tak sama masa sebelum bersalin..huhuhu. bila perubahan makin ketara aku bertekad untuk melakukan sesuatu sebelum nampak berusia sebelum masa. dahla aku dan encik suami sebaya..dan nampak2 gaya, encik suami ni jenis yang awet muda..kulit dia memang elok cerah+licin!!! jika nak dibandingkan dengan si isteri memang berkilo kilometer jauh ketinggalan.so, dalam masa cuti ni aku survey2 produk yang bagus untuk skincare and health care. meh aku nak share hasil dapatan aku..

1. collagen
ada satu masa tu, collagen memang sangat meletop pop pop!!! sana sini semua nak jual produk yang ada collagen.tak kiralah dalam bentuk makanan (pil), minuman (jus/kopi), spray/sprinkle, dan macam2 bentuk lagi lah.sampaikan orang pening nak pilih yang mana satu..tapi rasanya khasiat collagen ni sama je kot.tak kisahlah dari brand mana sekalipon.. kebaikan collagen?
- anti-ageing
- menghidratkan kulit atau dalam erti kata lain, melembapkan kulit.
- mengembalikan keanjalan kulit
- meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
- menyuburkan (untuk kuku, rambut yang sihat dan lebat, dan bersinar)
- mencerahkan kulit kerana dapat mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit.

2. vitamin c
sekarang ni semua kecoh nak kulit putih gebu kemerah-merahan macam ADIRA ombak rindu..

actually aku pon perasan perubahan dia sebelum dan selepas..masa dalam af dulu takdelah putih gebu macamtu.skang ni perghhhh~macam snow white beb!!!!katanya adira mengamalkan vitamin c beutskin essence..hajat di hati ni teringin gak nak kulit secerah dia...so, terus google harga benda alah tu.sekali tengok price....ternganga kau!!!!hahahahah!untuk orang tak yang berapa kaya macam aku akan cakap harga dia agak mahal..tapi bagi orang yang tak kisah pasal price dan nak kelihatan cantik meletop, dorang akan beli...:)) terpulang kepada masing2 lah kan.. faedah vitamin c:
- membentuk kolagen
- meningkatkan sistem imun
- memerangi kanser
- mencantikkan kulit..ahaaa...yang ni aku cakap kalau amalkan vitamin c insyaAllah kulit akan jadi putih pinkish or reddish. tak pakai blusher pon boleh cantik.

 
cantekkkk!!!!!

3. skincare product
tengah belajar nak cuba produk nour ain..sebelum order, aku tanya pendapat kawan2 kat fesbuk dulu untuk dapatkan testimoni dari pengguna tu sendiri.kebanyakannya cakap ok dan selamat untuk digunakan..so aku pon order lah.secara kebetulan, arini parcel nour ain sampai..tak sabar untuk guna...yeehoo!!


nanti kita tengok macamana pas sebulan pakai produk ni..

Tuesday, November 13, 2012

++dengki sampai mati++


assalamualaikum...

aku sangat sedih dan marah bila ada orang yang cuba memporak perandakan keluarga kami yang dibina hampir 30 tahun..selama ni ayah dan mak dah banyak bersabar dan berkorban demi menyelamatkan keluarga..huhu.Allahuakbar..sungguh besar kuasa-Mu ya Allah..sehingga sekarang masih utuh lagi ikatan mereka sebagai suami isteri..alhamdulillah..
yang aku tak faham..orang yang dengki tu tak abis2 nak pedajal orang lain..sampai ke tua tak boleh nak tengok orang lain bahagia..agaknya ko memang dah takde keje eh???*buat muka garang sambil tunjuk penumbuk* sampai sekarang memang taktau la sape punya angkara..tanak tuduh sesapa..sebab nanti kalau salah tuduh jadi fitnah..cuma aku tak sanggup tengok mak ayah aku sengsara dari mula kawin sampai sekarang..tapi aku yakin Allah tu maha pelindung..apa2 perkara yang terjadi sekalipon adalah dengan izin-Nya..semoga Allah sentiasa melindungi kami sekeluarga dari hasad dengki sesama manusia..

aku berdoa semoga orang yang takde hati perut tu kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat..

kepada kawan2..jaga diri k.
jangan biarkan diri terjebak dengan permainan syaitan..semoga dirahmati Allah semuanya..

babai..
(sedikit tenang selepas sesi meluahkan perasaan kat blog.:)))


Tuesday, November 06, 2012

++berpuak++


assalamualaikum...

I hate racism..I hate being partial like seriously!!!!