Monday, November 26, 2012

++wanita dan kecantikan++


assalamualaikum...

wanita dan kecantikan memang tak boleh dipisahkan..ok.arini aku nak jadi perunding kecantikan tak bertauliah.hehe! saje nak berkongsi information sikit..:))
sejak bersalinkan muhammad haiqal ni aku perasan badan makin kurus.mungkin disebabkan aku menyusukan haiqal sepenuhnya kot..kalau kurus sihat ok lagi..tapi masalahnya badan rasa lesu dan cepat letih..kulit makin kering dan tak bermaya..tak sama masa sebelum bersalin..huhuhu. bila perubahan makin ketara aku bertekad untuk melakukan sesuatu sebelum nampak berusia sebelum masa. dahla aku dan encik suami sebaya..dan nampak2 gaya, encik suami ni jenis yang awet muda..kulit dia memang elok cerah+licin!!! jika nak dibandingkan dengan si isteri memang berkilo kilometer jauh ketinggalan.so, dalam masa cuti ni aku survey2 produk yang bagus untuk skincare and health care. meh aku nak share hasil dapatan aku..

1. collagen
ada satu masa tu, collagen memang sangat meletop pop pop!!! sana sini semua nak jual produk yang ada collagen.tak kiralah dalam bentuk makanan (pil), minuman (jus/kopi), spray/sprinkle, dan macam2 bentuk lagi lah.sampaikan orang pening nak pilih yang mana satu..tapi rasanya khasiat collagen ni sama je kot.tak kisahlah dari brand mana sekalipon.. kebaikan collagen?
- anti-ageing
- menghidratkan kulit atau dalam erti kata lain, melembapkan kulit.
- mengembalikan keanjalan kulit
- meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
- menyuburkan (untuk kuku, rambut yang sihat dan lebat, dan bersinar)
- mencerahkan kulit kerana dapat mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit.

2. vitamin c
sekarang ni semua kecoh nak kulit putih gebu kemerah-merahan macam ADIRA ombak rindu..

actually aku pon perasan perubahan dia sebelum dan selepas..masa dalam af dulu takdelah putih gebu macamtu.skang ni perghhhh~macam snow white beb!!!!katanya adira mengamalkan vitamin c beutskin essence..hajat di hati ni teringin gak nak kulit secerah dia...so, terus google harga benda alah tu.sekali tengok price....ternganga kau!!!!hahahahah!untuk orang tak yang berapa kaya macam aku akan cakap harga dia agak mahal..tapi bagi orang yang tak kisah pasal price dan nak kelihatan cantik meletop, dorang akan beli...:)) terpulang kepada masing2 lah kan.. faedah vitamin c:
- membentuk kolagen
- meningkatkan sistem imun
- memerangi kanser
- mencantikkan kulit..ahaaa...yang ni aku cakap kalau amalkan vitamin c insyaAllah kulit akan jadi putih pinkish or reddish. tak pakai blusher pon boleh cantik.

 
cantekkkk!!!!!

3. skincare product
tengah belajar nak cuba produk nour ain..sebelum order, aku tanya pendapat kawan2 kat fesbuk dulu untuk dapatkan testimoni dari pengguna tu sendiri.kebanyakannya cakap ok dan selamat untuk digunakan..so aku pon order lah.secara kebetulan, arini parcel nour ain sampai..tak sabar untuk guna...yeehoo!!


nanti kita tengok macamana pas sebulan pakai produk ni..

2 comments:

  1. una... nnti jgn lupa hupdate taw psal produk nour ain tu ;)

    ReplyDelete
  2. SALAM KENAL CIKGU HUSNA...PRODUK NOUR AIN TU BELI KAT MANA?..MAMA KAT IPOH...JUAL KAT KEDAI ATAU KENA ORDER?TERIMA KASIH YA..

    ReplyDelete