Tuesday, September 24, 2013

++badan sejuk hati pon sejuk++

assalamualaikumm...

lately cuaca sangat panas..kadang2 pagi redup disangkakan nak hujan kemudiannya..tapi sampai ke sudah hujan tetap tak turun..
rumah aku ni jenis panas membahang..sape yang pernah datang rumah aku mesti akan rasa benda yang sama.
tido malam pon asyik terganggu disebabkan anak susah nak tido..asik berpeluh je dia..(kompem ikot genetik bapak.mueheheh!) last2 habis tengkuk dia naik ruam.kesiannya kat anak I sorang tu.hurmm.
sebelum ni pernah suarakan hajat untuk pasang air cond dalam bilik.tapi suami diamkan aje..huhuh.
aku faham..sebab dia jenis yang tak tahan sejuk plak..kalau tido mesti nak membungkus satu badan dengan comforter even hari panas sekalipon.'-__-

kekurangan tido semakin berlarutan..aku dah jadi macam mama panda okeh!
ruam anak semakin berkerak kat leher dia.kadang2 sampai malu takut orang kata
tetiba satu hari..
"sayang..nak pasang air cond ke?"
si isteri dengan mudah dan slumber menjawab..
"takyah kot"
mulut menjawab pantas kerana hati panas..hahahaha!
tula perempuan kan?cakap main ikut sedap mulut tanpa berfikir..padahal memang hati terkinja-kinja cakap NAK.

ada sekali tu encik suami kesayangan tu(harus puji lebih) keje petang..so aku taktau yang dia ada tanyakan kat pengasuh haiqal kat mana jual air cond dengan pilihan yang banyak..
lepas depa bitau terus dia keluar jalan2 cari air cond.
masa aku balik aku taktau langsung yang dia g survey aircond sampailah the next day aku ternampak brochure and pamphlets aircond atas coffee table.nak tanya macam segan sebab aritu jual mahal sangat keennn..hahah!padan muka!
aku tunggu je dia cakap dulu..
last2 dia buka mulut yang dia nak pasang air cond dalam bilik..
mata terus bersinar2.dan secara tetiba ntah dari mana datangnya kekuatan dan kerajinan..habis rumah aku berkemas tanpa membebel.
then masak best2 even sebenarnya penat baliks sekolah..;p

in the end..kami berjaya mendapatkan air cond untuk bilik kami..
semalam buat pertama kali kami merasmikan aircond.yelah baru pasang semalam kan..hehehe.
pergh...anak aku tido sampai berdengkur..langsung tak jaga untuk menyusu seperti kebiasaan.
punyalah best tido sejuk2..

so.pendek cite.
memang air cond diperlukan untuk menyejukkan hati.
sekian.
bai! 

p/s:credit to encik suami kesayangan sebab memahami isteri..
bukan setakat dapat air cond.dia siap belikan oven bakar kek dan blender baru.wehew!!
alhamdulillah..:))

2 comments: