Friday, September 06, 2013

++tak pasti apa yang dilihat~++

assalamualaikum...

ceria di hari jumaat..
without makeup sebab tak sempat.heheh.

dua minggu sebelum UPSR bermula, sekolah mengadakan kelas pecutan untuk murid-murid tahun 6.dan kelas tu diadakan pada waktu malam.
nak dijadikan cerita, untuk dua minggu berturut-turut iaitu hari khamis merupakan hari aku bertugas untuk membancuh air.cikgu sekolah aku ni kan jenis yang penyayang...jadinya kami nilah yang jadi tukang buatkan air untuk budak2 kelas malam..hehehe.*puji diri sendiri.APTB*

sekolah aku ni agak ke belakang sikit dan berdekatan dengan kawasan lombong..dan berdekatan dengan juga dengan kawasan kampung.aku takde masalah pon kalau sekolah aku tepi or depan lombong..janji bukan dalam lombong kannn...yang menjadi masalah adalah, jalan nak ke sekolah aku ni agak gelap okeh..kalau nak diikutkan aku ni bukanlah jenis penakut sangat.tapi kalau dah gelap gulita cuak jugak akak korang neh.kahkahkah!

minggu pertama g sekolah, aku bawak haiqal sebab encik suami kerja.alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan lancar. rasa lagi berani bila ada peneman..padahal anak kecik lagi kot.;p
minggu kedua bertugas, aku g sekolah awal sikit sebab encik suami keje shift malam semalam.then haiqal plak tido waktu tu.takkan aku nak kejut dia and angkut g sekolah skali kan?g awal, siap keje then balik tukar shift jaga haiqal plak..
so aku tinggalkan je dia ngan ayahnya dulu..dua2 membuta sudahnya..hahahah!

masa on the way ke sekolah semalam, hujan boleh tahan lebat gak..membuatkan jalan lebih sukar untuk dilihat dan gelap yang amattttt....eeeeee...
aku ni dahlah rabun, tertinggal spek plak semalam,hadoiyai.
sampai je kat selekoh sekolah menengah tu, aku tengok macam ada kelibat seseorang dengan payung putih berjalan dengan agak slow..muka memang tak nampak.takde keja aku nak teropong tengok sape plak orang tu..dalam hati ingat mungkin murid-murid sekolah menengah pon ada kelas malam kot untuk PMR. sampai je kat depan pagar sekolah menengah (FYI,sekolah rendah and menengah sebelah menyebelah je)  aku tengok kawasan sekolah tu sunyi sepi je...gelap..!!cuma ada cahaya kat pondok guard je. hhokaaayyy...sekali lagi aku fikir, mungkin yang jalan bawak payung putih tu guard yang tengah meronda sekolah kot...see?positif gilerr ahkak nih.hahahha.padahal nak sedapkan hati sendiri.kuikuikuik~

aku jadi bingung sangat sebab baru teringat yang kawasan selekoh yang aku lepasi tu gelappp sangat kot dan tempat tu agak kebelakang bangunan sekolah..takda apa pon kat situ kalau nak diikutkan.rajin plak guard tu nak meronda dalam hujan lebat..fuuhhhh..memang tabahlah guard tu in bracket -- kalau betul guardlah kan..huahua.boleh tercalon dan terima APC kot (anugerah perkhidmatan cemerlang)

sampai je kat bilik operasi buat air..aku terus buat keje aku..takde plak nak citer2 kat rakan setugas..sebab tak pasti apa yang aku tengok..hurmmm..tambahan pula, si rabun ini semalam tak pakai spek mata..jadinya memang tersangat lah tak pasti apa kebenda yang aku tengok semalam..wallahualam..

tu je nak cite.bai~
salam jumaat semua.:)

1 comment:

  1. SELAMAT MENGAJAR CIKGU.. hehehe Shakira sebagai cikgu tuisyen je ni pun rasa berdebar dgn UPSR ni.. heheheh

    ReplyDelete