Friday, February 27, 2015

++mumsluv for pretty mummies:) ++

Assalamualaikum..

dulu2 masa bersalinkan anak pertama susah betul nak cari baju nursing yang cantik dan murah.kalau ada sekalipon mesti design dia macam plain atau nampak outdated..huhuhu!bercinta betul kalau nak g mana2 sebab kalau pakai baju biasa, susah betul nak selak bagai..last2 anak mesti mengamuk. skang ni tak dah tak susah nak cari baju menyusu untuk para mommies. banyak butik yang menawarkan baju2 nursing friendly..tapi butik yang betul2 menambat hati is MUMSLUV.COM

menggila aku tengok baju cantik2 dari butik ni.macam2 ada;  blouse, modern kurung and jubah!:D 
baju2 yang ditawarkan ni sangat selesa tau.yang tak menyusu anak pon boleh pakai..bukannya orang nak cek baju kita pon kan..tehee~

cer scroll tengok pic kat bawah ni..


nursing kurung - ainy (dah dekat2 nama aku dah tu)


nursing dress - marissa


nursing blouse - myra

nursing blouse - mysara

I can tell u that material yang digunakan untuk buat semua baju kat atas tu tersangatlah BEST dan TERBAIK..dan yang paling penting tak payah susah2 nak iron..kerja aku dah bertambah mudah dengan adanya baju2 dari MUMSLUV..sebelum ni malam sebelum masuk kerja keesokannya mesti aku dah kena iron baju siap..skang ni lepas basuh baju..keringkan..sangkut dan bila2 rasa nak pakai boleh terus pakai.;)
sampaikan suami tanya, baju untuk laki yang tak payah ada ka??ceq jawab...kena tunggu orang buka DADSLUV.com la pulak..bahahahah!

untung para ibu skang..boleh tampil bergaya dan dalam masa yang sama memudahkan kerja..:)
suami ceq pon suka ceq pakai baju2 dari mumsluv sebabnya kain tak jarang, sejuk, lembut, dan tak mengikut bentuk badan..sesuai untuk muslimah.

korang takkan rasa menyesal kalau beli,malah bila dah start beli mesti rasa nak beli lagi dan buat koleksi. 

kurung modern pertama yang beli from mumsluv.dah cuba terus jatuh cinta.:)


terus cuba beli blouse plak..:)

 kemudian beli jubah/dress plak..hehe.


and the latest in the house is MYRA blouse in green.:) i have this in blue too~;D

and now aku dah ada lebih dari 10 pasang baju pelbagai pattern dan design dari MUMSLUV.
so.bagi yang nak mendapatkan baju yang superb ni boleh terus g ke..

mumsluv.com (nursing wear)

p/s: ini bukanlah iklan berbayar ke apa..tapi just nak kongsi benda yang bagus dengan semua.
skang ni ada buat promosi..up to 65% sampai tengah malam ni.tunggu apa lagi..klik dan selamat menjamu mata!hehe

Wednesday, February 25, 2015

++guru dan stress++

Assalamualaikum..

tatkala orang lain dah beradu dan berdengkur, aku masih lagi mengadap laptop buat kerja.(nila kerja aku..update blog) kikikikik!
actually tak boleh nak tido sebab konon2 merajuk dengan encik suami.yelah..dahla dia salah bawak phone aku..aku punya notes kerja dalam tu. pastu balik rumah tersangatlah lambat pas habis solat isya' tadi without informing me that he wud be that late.;[
lain kali toksah galak beli fon sama jenis dan sama warna..chances nak tertukar phone laki bini adalah lebih kurang 99.99%. hahahah.konon nak sehati sejiwa sangat kan..nila jadinya..

agak penat sebenarnya malam ni.tapi ketegaq menguasai diri..semangat nak update blog membuak-buak plak.;p dalam pukul 11 macamtu baru lah dapat tengok fon..tertarik dengan salah satu mesej yang menyatakan ada seorang guru meninggal dunia disebabkan hyper stress. wuuihhhh..dasyatnya...*masuk emoticon mulut terlopong*

lepas beberapa ketika tengok mesej tu barulah aku terfikir..takkan sampai lagutu sekali stress??aku syak mesti ada yang exaggerate cerita nih..maybe arwah memang dah ada penyakit lain dan dalam masa yang sama kerja tengah berlambak..so orang cuba kaitkan bebanan kerja dengan punca kematian.wallahualam..~ 

lately banyak betul cerita berkenaan dengan guru dan TEKANAN@STRESS. dulu masa kat maktab ada belajar tentang pengurusan stress..tekanan kerja ni kalau tak dibendung memang boleh jadi BURN OUT (level tinggi sikit dari STRESS) sehingga menyebabkan gangguan jiwa..selain tu, stress juga boleh menyebabkan tekanan darah naik.tak pasal2 dapat penyakit darah tinggi..once dah dapat penyakit ni memang kena berjaga jaga..kerana bila2 masa ja boleh kena stroke.nauzubillah..

yes..aku akui.kerja guru skang ni tak sama macam dulu2.kerja skang ni banyak melibatkan kerja pengkeranian from A to Z..orang luar mungkin ramai yang taktau..awal2 dulu rasa nak muntah gak bila tengok kerja banyak..tapi bila fikirkan balik soal amanah, tanggungjawab dan keikhlasan dalam menjalankan tugas terus perasaan mual nak muntah tu reda..syukur..kena pandai untuk kawal tekanan dan bebanan kerja walaupun amat susah..kena set dalam kepala otak yang kerja kita ni sangat seronok.bayangkan wajah anak2 murid kita yang berjaya..dan yang paling utama,.WAJAH ANAK2 kita..perlu ingat..bila kita ikhlas menjalankan tugas, in shaa Allah suatu hari nanti guru kepada anak2 kita akan buat benda yang sama pada anak2..aku yakin!:)

ok.
takmau stress2.
hidup kena positif dan ceria selalu!

*kemain gigih ambik gambaq kat cahaya.fefeeling tulus murni sangat kan..*

take care all.


Sunday, February 22, 2015

++ragam anak2++

Assalamualaikum


tantrum dengan haiqal macam dah sinonim plak..kengkadang aku sampai naik give up nak melayankan dia punya perangai.huhuhu.selagi boleh sabar aku bersabar..tapi kalau darah dah mendidih memang suara aku boleh tinggi sampai satu baris rumah boleh dengar.hahahah!dah nama pon cikgu kan..suara yang kuat tu macam anugerah plak.kikikikiki.;p

aku jadi marah bila aku ngah sibuk layankan adik melalak time tu lah dia nak minta dukung and angkat..macam2 hal..kadang2 tu aku dah dukung dia bawa turun dari bilik..tapi sengaja dia naik 3, 4 anak tangga dan start melalak minta aku rescue.huhu..acaner tu??? tak dinafikan haiqal ni memang sangat manja..setiap masa dok panggil mama je..ibarat mama tu dimulut dia ja..tu yang kadang2 aku jadi tak sampai hati.-____- 
jadi kalut dan ribut tau bila nak handle kehendak dua2 orang anak serentak.yang hannan plak dah pandai merap..tak bole tinggal kalau nak p toilet, masak or mandikan haiqal..makin besar ni tido makin kurang..serius agak huru hara.
apa yang aku boleh buat, ikut petua orang bagi..amalkan baca surah..pertingkatkan kesabaran..layankan je kerenah anak2 dan macam2 lagi.
good luck to me!

bai~