Thursday, November 21, 2013

++rushing++

assalamualaikum..

sekejapnya masa berlalu.harini dah masuk hari khamis..tinggal beberapa ari je lagi aku nak pegi kursus selama seminggu..ya Allah..boleh ke berjauhan dengan anak ni??tak pernah berenggang langsung dengan dia selama ni..hurmm.tapi kalau nak difikirkan, aku tinggalkan anak bukan dengan sapa2 pon.dengan mak ayah sendiri.insyaAllah haiqal berada dalam jagaan terbaik..
be good ye sayang..jangan nakal2.

setakat harini aku tengok haiqal macam takda masalah kalau kena tinggal duduk ngan tokma.elok je dia.cuma merap and mengada-ngada tu adalah juga sekali dua..heheh.biasalah..ada orang back up kuat kat kampung..kalau dok rumah aku dok berdua je ngan dia..kalau aku buat keje pon dia mesti main sorang.so takde masa nak layan mengada-ngada dia tuh.buahaha!kalau nak nangis pon mesti dia rasa rugi air mata pasal mama dia memang malas bab2 pujuk memujuk nih.;p

kursus start ari isnin ni sampai jumaat..habis2 je kursus terus kena bertolak ke kl sebab right after kursus tu aku akan bertolak ke dubai selama 3 minggu..doakan perjalanan kami ye kawan2..
semoga selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air.aminnn...

gambar diambil masa jamuan pengawas sekolah haritu..:)

oklah kawan2..nak g melayan anak I dulu..
baru tadi je dia terlentang main kereta kayuh sebab sibuk dok up macam orang up motor tu..hahahah!
lasak sungguh.
selamat bercuti semua~
manfaatkan cuti anda dengan sebaik mungkin..

1 comment: