Friday, June 20, 2014

++cerewet atau dispilin??++

Assalamualaikum.

sejak kecik lagi aku memang dilatih supaya buat apa2 pon mesti kena habiskan dengan kemas.aku mesti akan merungut bila mak paksa bangun awal pagi sebelum jam 7 (even hari cuti), then kena sapu sampah luar rumah even aku rasa porch rumah tu takdalah berhabuk bersampah sangat..then kalau makan apa2 sekalipon kena pastikan tak tumpah atas meja dan mesti makan kat dapur ja. kalau nak bersantai tengok tv tak boleh nak berbaring-baring depan tv..nanti mak aku mesti tegur.."duduk macam takdak pungkoq ja.." bila diingatkan semula semua tu memang lawak sangat. dan kalau korang nak tau mak aku memang terkenal dengan sifat perfectionist nya dengan tag line everything must be in place.

bila aku makin besar aku tak sedar yang aku dah jadi mirip mak.(50%) dari zaman belajar lagi sampai lah ke zaman kawin mesti akan ada orang tegur, cerewet lah, kemas sangat lah dll. mana nak tumpah kuah kalau tak ke anak sendiri kan.????I bet masa awal perkahwinan mesti suami aku agak STRESS sebab ada2 ja yang dia buat serba tak kena di mataku.ololololo~kesiannya suami I ols..nasib baik dia kental dengar leteran manja si isteri. hehe.aku hanya akan bebel kalau balik kerja letak kunci kereta, dompet, jam dll kat rak tv or atas coffee table, sangkut baju dan seluar yang dah pakai sampai penuh penyangkut baju..bagi aku kalau dah pakai baik terus letak dalam mesin basuh or raga baju dan berpuluh-puluh lagi ragam..kalau nak disenaraikan sampai muka surat 14 pon tak habis.bahaha~ 

aku punya pesen, kalau dah ambik barang tu sila lah letak pada tempat asal balik. kalau barang tu teralih sedikit sekalipon aku boleh tau. haaa~scary tak dapat wife cenggini???hihihi.tapi aku tak terus melenting bila suami buat benda2 yang aku senaraikan tu..aku akan slow talk cakap dengan suami untuk ubah cara tu takut anak akan ikut perangai kita bila dah besar nanti..masa yang paling sesuai untuk tegur adalah bila mood dia baik..takpon waktu nak tido..kita, kalau nak anak disipilin dan kemas kita mak ayah kena jadi contoh yang terbaik untuk mereka.baru menjadi. Alhamdulillah..suami aku jenis yang sangat bertolak ansur..memanglah susah nak ubah benda yang dah jadi kebiasaan/rutin. tapi kalau tak ubah langsung sampai bila pon takkan berubah bukan??aku selalu pesan, kalau nak rumah sentiasa kemas kita jangan start sepahkan or create suasana yang kita tanak tengok..:)

sekarang ni aku tersangatlah bersyukur sebab mak dan ayah dah mendidik aku dengan baik.segala apa yang disuruh buat masa kecik dulu memang ada manfaat untuk aku..dan sekarang ni pon kerja rumah jadi lebih mudah sebab suami banyak membantu untuk meringankan beban..Alhamdulillah!and now, I am a happy wife and mother.

cerewet itu adakalanya perlu..tapi janganlah sampai keterlaluan..contoh; time tetamu datang time tu la kau nak kemas rumah..haa..yang tu over sangat plak kot.macam tak hormat orang plak..esok2 orang dah tanak datang rumah kau.padan muka.
sekian..

p/s: tempat telur dalam peti ais jangan diletak coklat/gula2.

No comments:

Post a Comment