Wednesday, September 24, 2014

++femmemodenhaus++

Assalamualaikum...


setiap kali nak mulakan menulis entri mesti aku akan termenung dulu.kalau ada laser dekat mata aku memang dah tembus dah skrin laptop aku agaknya.hahaha.dasar pengaruh superman!(-___-')
ni semua gara2 anak dara I ols yang buat hal masa hari last kat kampung ritu.langsung tanak direct feeding ngan mama dia..apa2 pon aku tetap takkan berputus asa. aku akan cuba sedaya upaya untuk pujuk hannan untuk kembali menyusu dengan aku seperti biasa.

BUT! harini bukan nak cerita pasal anak aku tanak menyusu..actually nak share dengan kawan2 yang suka kelihatan menarik, cantik dan dalam masa yang sama sopan.ehemm! aku tak terkecuali suka bershopping seperti mana2 kaum hawa yang lain.tapi lately aku tak berkesempatan untuk pergi ke mana2 mall untuk jamu mata, apatah lagi nak try pakaian dan beli. semuanya disebabkan anak2 yang masih kecik..kesian sangat kalau nak bawa depa pi bershopping..satgi depa cepat boring dan terus mengamuk..terpaksalah mama balik sambung layan kerenah anak kat rumah.hailaaa..~gamaknya kena tunggu depa besar baru boleh ajak shopping sesama!hihihihik~ takpalah..harapnya mama haiqal and hannan dapat bersabar.so, bagi penyelesaian kepada masalah yang macam aku alami ni, aku lebih gemar untuk membeli barangan secara atas talian or dalam bahasa omputehnya ONLINE. jimat tenaga,tapi tak jimat duit.KAHKAHKAHKAH!

FYI, aku suka tengok orang yang berniaga dan berjaya dalam bisnes yang dijalankan..salute betul dengan semangat dan determination tu.bukan senang nak buka bisnes and maintain.perlu ada minat dan rajin berusaha baru bisnes akan membuahkan hasil..so kalau ada kawan2 yang baru nak start bisnes, aku bagi sokongan padu kepada mereka untuk terus berjaya.:)

tanak mukadimah panjang aku direct jalah ya..actually aku nak perkenalkan salah satu butik kafe yang baru beroperasi tahun ni iaitu #femmemodenhaus.
nama pon menarik tertarik da bomb kan??aku rasa ramai yang boleh agak apa yang dijual di femmemodenhaus..yes dear!absolutely pelbagai jenis pakaian dan skirt yang cantik2 boleh diperolehi di sana.sebelum ni aku just tengok kawan aku (owner) upload pic dresses, blouses and skirts kat fb or virtual boutique..and now dia dah ada kedai sendiri!!sungguh berasa kagum~ *sambil mengenang pengalaman mengunjungi kedai dia.heheh*
bila tau kawan dah ada kedai terus kaki rasa tergedik-gedik nak pi.hikhikhik.kebetulan kedai dia pon tak jauh dari rumah mak ayah.so apa lagi.aku pon pasang plan awal2, bila balik jitra nanti memang nak pi singgah kedai dia..Alhamduillah..rancangan dipermudahkan dan berjalan lancar.:)

jejak ja kaki masuk kat dalam kedai..mata aku dah tak boleh tengok setempat.habis sekeliling aku tengok..terus adrenaline mengalir laju.shopping time!!!!kat butik tu ada pelbagai jenis dress, skirts dan blouse cantik2..shawl, tudung dan accessories pon ada~bak kata pakteh all in 1..macam2 ada!hehehe. for ur information, this boutique masih belum dibuka secara rasmi.still dalam proses untuk memenuhkan ruangan and i was informed that they will launch the grand opening somewhere in October.:)
tadi aku dah mention, itu nak, ini nak.semua nak!kalau ikut nafsu kang tak pasal2 kopak aku di hujung bulan nanti.-_____-

jom layan pics sepanjang berada di butik kafe femmemodenhaus.. 

cik patung yang setia menanti kedatangan pengunjung butik..hikhikhihik.
in the pic:the dummy model is wearing tutu long skirt and sequin blouse.

antara sudut yang ada di butik..baju kurung moden and jubah dress..

kalau nak shopping berjam-jam kat sini pon takda hal sebab ruangan untuk menunggu sambil bersantai turut disediakan..:)

there are few  branded shoes for sale! let's grab a pair!:D

 antara barangan kecantikan yang terdapat di femmemodenhaus..FYI, di sini turut terdapat CCO and TCS yang quite phenomenal di pasaran skang..she's one of the agents too~

fewwittt...awek cun mana ni??sekali tengok tak macam dah kawin kan???bergaya sungguh.sesuai dengan title pemilik butik kafe..:D 
nilah owner butik kafe femmemodenhaus...will reveal her sikit sikit..hehehehe.saja bikin saspen!kuikuikui;p


antara blouses and cardigans yang terdapat di butik..
I bought a dark blue blouse and a sequin chiffon cardigan for myself..

 tadaa~!!presenting u the owner of femmemodenhaus!cik jijah..a.k.a azizah.:)
I know..korang nak cakap dia cun kan??memang tak dapat disangkal lagi.hakhakhakhak..
she matched the lacy blouse with pink long tutu skirt.

this dress is so fine~jijah with electric blue sequin dress..as u can see in this pic, there are various colours of modern kurung and maxi dress..tinggal nak pilih dan beli mana yang berkenan ja.:)

le skirts..sangat gorgeous dan meletop!boleh fefeeling ayu jelita gitteww pas pakai floral pattern long skirt nih..hehehee.

pic mekna u ols haruslah ada dalam rentetan cerita ni kan.. FYI, this baby boy is not her first child..she is a mother of 4 children..unbelievable! nak tau tips macamana nak maintain macam dia..pi tanya dia sendiri.hikhikhik.
pssst~im wearing instant shawl by sarung anggun.also available in her boutique.

danial and mama jijah..dua2 pon comellsss!see?I told u, she doesn't look like having 4 children at all..I'm so adored!

sedar tak sedar haritu ja aku beli sepasang blouse, sequin chiffon cardigan, lacy skirt dan shawl instant by sarung anggun..

haaa...masa isnin ritu dari tudung sampai ke skirt hasil belian aku dari butik femmemodenhaus..
sangat berpuas hati dan in shaa Allah akan pergi mengunjungi butik tu lagi..

close up pic...sangat suka dengan baju ni..simple, selesa dan tak panas langsung material dia..sayang tak ambik pic skirt skali..cheq malu nak ambik pic sorang2..huhuhuhu.

thats all for today.lama betul aku peram entri ni sebab lambat betoi nak upload pic..internet macam siput.haisyh..
apa2 pon thanks to azizah a.k.a jijah ;p atas layanan yang mesra..so kalau kawan2 nak dapatkan maklumat lanjut atau rasa na membeli secara online boleh klik kat link fb #femmemodenhaus
selamat menjamu mata~

p/s:
skang depa tengah buat sale..p serbu cepat!!


mermaid skirt

sequin modern kurung


maxi dress..


2 pieces cardigans.


serius skirt ni sangat cantikkk~*in love*


ada banyak lagi.rajin2 lah g jenguk ye.:)



2 comments:

  1. memang cecantik sesangat ;)
    teringin nak ader butik sendiri ;(

    ReplyDelete
  2. salah 1 cita2 sy nk bukak cafe butik..nnt awk dtg tau hehe

    salam perkenalan

    http://dsupermama.blogpsot.com

    ReplyDelete