Monday, October 17, 2011

++muhasabah++



assalamualaikum...

agak lama menyepi dari dunia blog..
aku amik masa untuk bermuhasabah diri..setiap apa yang berlaku mesti ada perkaitan dari perbuatan kita masa lampau samada dalam keadaan sedar atau tak sedar jek..apa yang kita buat kita akan terima balasannya..dan aku bersyukur kerana Allah masih menyayangi aku..dan memberi peluang kepada aku untuk berubah menjadi hamba-Nya yang lebih baik dari sebelum ini.

bila direnung2 kan...
ya Allah...betapa banyaknya dosa yang dilakukan oleh hamba-Mu ini...
betapa khilafnya aku..betapa bodohnya aku..
aku menyesal dengan segala perbuatan2 ku selama ni..
aku memohon keampunan-Mu ya Allah..
sesungguhnya Kau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..


ya Allah ya Tuhanku...
ampunkanlah dosa-dosaku....ampunkanlah dosa-dosa suamiku...ampunilah dosa-dosa kedua-dua keluargaku serta orang-orang yang aku kasihi..
jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan taat akan segala perintah serta suruhan-Mu...
jadikanlah kami hamba-Mu yang soleh dan solehah...
tingkatkanlah keimanan kami...berikanlah kepada kami hidayah-Mu ya Allah..
golongkanlah kami dalam golongan orang-orang yang beriman..
sesungguhnya kami amat takut dengan azab seksaan mu ya Allah..kami amat takut dengan azab api neraka-Mu..sesungguhnya Kau Maha Pengampun..
jauhkanlah kami dari marahabaya...jauhkanlah kami dari musibbah..jauhkanlah kami dari malapetaka serta anasir-anasir jahat..hanya kepada-Mu tempatku memohon perlindungan..

ya Allah ya Rabbul alamin..
kurniakanlah kepadaku dan suamiku zuriat yang bakal menjadi khalifah di muka bumi-Mu ya Allah..
zuriat yang boleh mendoakan kebahagiaan kami di dunia dan di akhirat..
panjangkanlah jodoh kami...
kurniakanlah kepada kami kesenangan di dunia dan akhirat sana..
tempatkanlah kami dalam kalangan ahli-ahli syurga-Mu ya Allah..
aminn...ya rabbal alamin..


sekadar renungan bersama..wallahualam...
bersamalah kita berdoa kepada-Nya supaya kita sentiasa dilindungi dan dikasihi oleh-Nya..:))

2 comments:

  1. husna.... kita hilang lah no tel husna.. haritu dah save, hp buat hal.. hilang sume..
    husna email kita, alamat husna yang latest ye.. mystar_mylove86@yahoo.com

    ReplyDelete