Thursday, December 29, 2011

++low blood sugar++



assalamualaikum....

wondering how's my husband doing rite now.kesian gile tengok muka dia hantar aku kat putrajaya sentral semalam.dengan hujan lebat n kilat sabung menyabung, seyes macam dalam drama plak.hihiksss.konon2 tajuk drama..*menangis dalam hujan*..blurghhhh~!!!muntah!!!;p

actually bila dah dok lama ngan suami ni masa cuti sekolah betul2 merapatkan lagi hubungan suami isteri..so bila terpisah sekejap macam sedih plak.yelah sebelum ni cuma jadi isteri hujung minggu je..feeling tu lainla siit kan,..takpe.aku balik pon sebab ada urusan kerja and meeting.standard lah meeting dibuat waktu cuti sekolah before sesi persekolahan 2012 bermula..senang tau tugasan kita awal2.

sebelum balik aku sempat g klinik kesihatan putrajaya ada appointment ngan doktor.lagi sekali amik darah..result masih lagi merah semuanya..
HB low...
GULA dalam darah pas minum air gula pon cuma 3.2.omaigod *rendahnya~*

sebelum ni aku selalu mengadu kat encik suami nape tetiba aku akan jadi sangat lesu, badan menggeletar n jantung berdegup laju..n even sometimes rasa nak pitam pon ada.no wonder lah..rupa-rupanya ada hypoglycemia.BIG SIGH~

padahal aku kuantiti aku makan memang normal..cuma bila makan sorang2 tak berselera sangat..bila ngan encik suami jek mengada2 nak makan itu ini.sampaikan dia naik risau takut tak habis ke ape..biasanya kalo aku kata nak makan insyaAllah memang licin makanan yang diorder tuh.hehehe.

anyhoo, im hoping for the best for my baby..semoga membesar dengan sihat n jadi anak yang soleh atau solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu ayah dunia akhirat.aminn~

kat kaki ada nota::
time meeting tadi my colleagues semua ingat aku dah pakai uniform..heheheh.belum lagi meh...baru 13 minggu kot..perut pon tak berapa nampak lagi.terus teringat kat nurse yang check perut aku semalam..
"alahai..cenonetnya perut...."
habis perut 3 bulan tu nak besar mana jek???konpius jap..T___T
berita gembira::dalam masa sebulan berat naik 300gram.hahahahaha.overall penambahan berat badan sebelum n selepas pregnant is about 1 kg.yay!tahniah!

Sunday, December 25, 2011

++dominos pizza untuk si loner++



assalamualaikum...

malasnya nak buat keje arini..banyak benda yang aku biasa buat pagi2 aku buat derk jek...takde mood ah.bangun pagi je suara dah seakan-akan suara angsa (angsa lagi sedap kot) huh!T__T
2,3 pas aku baik demam aku diserang sakit tekak n batuk2.kesian kan..?tak abis2 sakit nak dekat2 buka sekolah.maybe saja nak mintak perhatian lebih dari encik suami kot.;p

dari semalam aku macam teringin nak makan dominos pizza.tapi disebabkan tengahari tu aku bantai makan nasi terlajak rasa kenyang tu sampai ke malam..semua ni salah iklan kat tv.demmm~aku terpengaruh dengan cheese burst yang diwar2 kan tu.dahla aku ni jenis yang gila cheese.ape lagi semalam lepas tengok iklan tu terus buat2 tanya encik suami...(tanak bitau yang kita nak.hehehe)

"abang nak makan apa malam ni??"

"abang nak makan ringan2 jela yang...roti pon takpe.."

"kalo makan dominos nak tak?"

"ermmm.abang tak rasa dominos tu is a good idea.sebab abang kenyang sangat..abang makan banyak tengahari tadi.."

"owh..yeke.okla kalo macamtu"

so.aku hold dulu keinginan nak makan dominos. SABAR~
lagipon semalam adik encik suami datang rumah dengan kawan2 dia.aku cuma goreng keropok udang ngan buat roti celup telur je..harini plak encik suami kena oncall.so this is the rite time to give a call to dominos.hehehehe.sorang2 memang malas masak...selera masa tu memang membuak2.aku dok tunggu je bila la jam nak pukul 11 neh..tak sabar nak tunggu dominos bukak.buruk perangai hakak hengkorang neh.hikkksss~!;p
pas jam tepat pukul 11 cepat2 aku call..nah..hamik kau~aku order 2 bijik pizza, 4 biji twisted bread and also onion ring with cheese..perrghh.memang buruk lantak.makanan yang aku order tu sesuai untuk 4 pax.tapi ada hati nak makan sengsorang.hahahah!

pizza 1:

aku amik chicken pepperoni.

pizza 2:
extravaganza pizza with classic hand tossed

side order:
 
twisted bread

garlic cheese onion ring.yang ni memang sedap gile~

disebabkan sifat tamak (which is sangat tak bagus) aku cuma mampu makan 2 keping pizza untuk tengahari n 2 keping pizza untuk tengahari.huhu.last2 aku telefon encik suami suh balik amik pizza jugak2 by hook or by crook.(kejam tak?) aku paksa dia jangan makan apa for lunch.bahahahah!sian encik suami..dia pon balikla amik...fuhhh,nasib baik..kalo tak membazir je kalo tak abis.huhu.

kat kaki ada nota::
len kali korang jangan order makan ikut nafsu..mesti order ikut logik akal..kalo tak nanti tak terlarat makan sampai habis..aku betul2 nyesal order banyak2 pasal aku memang tak mampu nak habiskan pon.selera besar.tapi ruang perut sempit...:((

++dah lepas++



assalamualaikum...

aritu aku ada cakap kawan2 encik suami nak datang rumah kan?alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar.tetamu pon suka dengan food yang dimasak.syukur..first time masak banyak2..aku cuma biasa masak untuk kengkawan n kat rumah jek.menu untuk malam tu pon simple...bihun sup n mee goreng basah.:))
ada amik gambar tapi dalam enset encik suami...dahla enset dia tak mesra alam.tak boleh nak main bluetooth ngan sebarang enset.cuma ngan geng tepon sejenis jek.sebab tu awal2 lagi aku ban beli iphone.tak minat!;p

oh ya!!!kek batik yang dirancang nak buat tu pon menjadik dengan jayanya..hehehe.last2 encik suami makan lagi banyak dari tetamu.nasib buat satu tray yang boleh tahan besar.so.ada lagi balance habuan untuk dia makan waktu santai2..
lepas je buat makan2 kat rumah encik suami jadi bersemangat lebih nak beli barang2 rumah.bukan apa bila orang ramai2 datang rumah susah gak kalo household masih ada yang belum mencukupi.semalam sempat borong set sudu,garfu, n soup spoon..n ada gak survey2 kuali baru...susahlah kat rumah ni cuma ada satu kuali boleh tahan besar n dua periuk.jenuh nak kerap2 basuh setiap kali nak guna untuk tujuan berbeza.lama2 haus tangan aku dibuatnya..huhuhuhuhu..

encik suami macam makin seronok plak bila kawan2 datang rumah n puji masakan isteri.alamatnya lagi seronok dia nak menjemput kengkawan dia datang rumah pasni.errrkk~mampuih~!!ahahah!well.actually aku tak kisah pon..rumah kami sentiasa terbuka untuk tetamu yang datang.:D
best kalo ada orang kat rumah.meriah sikit.yelah..biasanya pon aku dok sorang2 je kat rumah..encik suami pegi keje waktu matahari tak naik lagi..balik nak dekat bulan timbul.hewww~sabar jela..adatlah tu kannnn...kita sebagai isteri memang kena faham keje dia macamana.

lepas ni nak ajak2 kawan2 sendiri plak datang.pekena nasi ayam ke...lama sungguh tak buat.rindu ngan kengkawan semua terutamanya kawan2 serumah..huhuhu.cik loy,cik amy, cik nuri, cik ika, cik wanie, n cik mira.semua masih cik lagi.jelesh aku!;p
kawan2.once u are free nanti inform eh.boleh set date n time bila nak buat makan2..hehehe.

Thursday, December 22, 2011

++berdebarnya nak masak++



assalamualaikum...

macam biasa...tak larat nak say sorry for not updating my blog.baru je baik demam.huhuhu.:((
pas diktam balik kedah terus tak sihat.sedihhhhh...wuuu~(cis!mengada2 betul)
alhamdulillah cuti2 ni tak lekang2 orang datang rumah..at least takdela sunyi dok sorang2 kat rumah bila encik suami g keje.hewwww..
tapi jadi tersangat taching plak bila nak hantar diktam balik.dia dah start kuliah so terpaksa balik kampung..lama woh dia dok kat rumah aku.tetiba terus rasa sunyi takde geng.(tetiba dah lekang.ok.tak lawak pon.if u get what i mean) dah takde sapa nak layan aku buatkan breakfast pagi2 n temankan aku lunch.diktam ni rajin orangnya..aku masak lauk n dia akan masak nasi.n dia pon rajin tolong aku kemas rumah...*kan bagus kalo encik suami pon rajin mengemas macamni..;p*

sejak dua tiga hari ni aku n encik suami blur nak makan apa.so semalam pon keluar cari makan kat area bangi nak ubah selera dah alang2 nak g mydin sekali.bukan apa esok kawan2 encik suami nak datang rumah.so i have to cook for them..maybe nak buat simple2 je kot..cadangnya nak buat mee goreng n bihun sup.kawan2 dia ada yang tak makan nasi.(perghhhh!diet beb..malu aku sebab aku jenis bantai je makan semua)
bangi syok.banyak kedai makan.korang cuma perlu pandai pilih jek.untung dapat kedai sedap...tak untung dapat kedai yang supnya sangat horrible bak kata encik suami.haha!

sambil2 aku dok taip entry aku dok google cari resipi kat myresipi.com.
korang boleh tengok ada banyak resipi kat dalam tu.dah dapat banyak idea nak masak ape untuk encik suami pasni..hehehe...
sepanjang sebulan dok ngan dia..aku perasan dia jenis yang suka makan bubur ayam ngan sambal ikan bilis..memang habis seperiuk kalo aku buat.hehehe.ada sekali tu dia pernah bitau aku yang dia tak berapa nak gemar makan mee goreng.tetiba suatu petang tu aku masak mee goreng untuk tetamu nak datang.dia pon rasala...pas rasa nak makan lagi..rasanya dia makan lagi banyak dari tetamu..(denial!haha)
orang kata air tangan isteri ni jadi berkat bila masak untuk suami..so.aku praktik sebanyak mana yang boleh...

hurmmm...agak2 berjaya tak aku buat kek batik petang ni ngan jayanya???


gambar google.kek aku belum jadik lagi..huahua~


p/s::mintak2la esok semuanya ok.masakan ok..tetamu suka.kami lagi suka..huuu~

Friday, December 09, 2011

++episod mengigau++



assalamualaikum...

setiap malam aku ngan encik suami akan buat keje masing2.aku akan mengadap sally's spa sambil tv tengok aku(hehe!) n encik suami plak akan buat reading.memang penting untuk buat reading sebab as a normal human being memang susah kita nak ingat semua perkara kan?not all of the things we can save in our mind.na'ah~kalo otak komputer tu taktaulah kan.biasanya kitorang tak makan malam2 because usually we have our dinner at 6.30..elok makan before malam.bagus untuk sistem penghadaman.cecewaahh.

kadang2 aku nak tergelak pon ada sebab kesian aku tengok encik suami macam ngah cakap sorang2.padahal dia ngah memahamkan diri sendiri menerusi reading yang dibuat.aku macam biasa tekun mengadap iphone encik suami n main sally's spa.bukan senang woo nak melebarkan empayar bisnes spa nih.hikhikhikhik.;p
dan kadang2 tu jugak aku tak perasan yang encik suami dah tertido depan laptop.hehehe.sampai kena kejut baru dia gerak slowly n mamai2 g sambung tido kat bilik.

suatu malam around 4 o'clock macamtu tetiba..ada orang tanya soalan kat aku..

"sayang.MFD tu ape ye???"
(suara memang macam orang yang tak tido.serius je bunyinya)

"hah?"
(aku tanya balik)

"MFD tu ape??"
(yang tak tahannnya tu siap ulang lagi soalan yang awal tuh)

pastu aku tengok muka encik suami betul2..buang tebiat ke ape dia tanya aku tengah2 malam?belek punya belek SAH!!memang  dia mengigau..sebab mata dia pejam..terus malas nak layan.aku terus mendiamkan diri n at last dia pon diam..ciiissss..terkejut mak.hewhew.teruk betul.ni mesti penangan reading before tido sampaikan terbawak-bawak sampai mimpi.hahaha.len kali tanya la soalan yang aku boleh jawab,janganla tanya bab2 medic memang taktau jawab la bang oi..hikss.;p

sekian.
babai~

++first check up++



assalamualaikum...

29hb haritu buat kali pertama aku menjejakkan kaki ke klinik kesihatan putrajaya untuk bukak buku rekod kesihatan ibu.nasib baik ada encik suami temankan.so tade la aku segan sangat kan.kesian sangat kat dia.dahla dia baru pas oncall semalaman malam tu.memandangkan dia yang beria sangat nak bawak aku g klinik untuk buat pemeriksaan so aku ikot jelah..kalo nak g sorang2 memang tak ah..maluuu~T__T

masa sampai kat klinik aku tengok ramainya manusia.ingatkan aku dah gerak awal.rupa-rupanya ada yang lagi awal.cehhh.kena tunggu pas subuh la macamni (in ur dreamlah!!!;p) cuma yang bagusnya klinik kesihatan kat putrajaya ni sistematik n canggih sikit berbanding dengan klinik2 kesihatan yang lain.first register terus dapat kad yang akan digunakan untuk scan kat mana2 stesyen aku nak g nanti.korang boleh tengok sendiri kad yang aku maksudkan tu kat bawah ni.

bar code tu je yang kita akan guna untuk scan.nombor giliran kita akan appear on wide screen kat setiap lokasi yang kita g.senang bukan??takyah nak panggil2 nama dah.

tadaaa~buku pink keramat.hehehe.selalu tengok yang orang punya jek.macam tak percaya plak diri sendiri yang empunya buku ni.*blushing*

encik suami buat sendiri scan nih.dia yang excited lebih nak buat check up bagai.alhamdulillah..dah masuk 9 minggu dah baby kami.doakan kesihatan kami ye:))

wuahhhh~banyak nya merah menandakan tak berapa bagus..doktor n nurse suh makan makanan yang lebih berkhasiat.tapi aku lalu je makan time2 preggy nih.semua aku bantai tolak durian n keli jek..tak cukup berzat n seimbang lagi kewwww??huhu.

ubat-ubat ni aku kena makan setiap hari..kenyang makan ubat je pagi2.
1.asid folik
2. vitamin B complex
3. iron 200mg
4. vitamin C
5. susu kena minum 2 kali sehari pagi and malam

EnfaMama A+ is formulated to help support your nutritional needs during your crucial pregnancy and breastfeeding period.
aku prefer perisa vanilla rather than chocolate flavor..nasib baik tekak aku boleh terima rasa susu ni.huhu.kalo tak membazir jek.

ni je pengalaman aku yang sedikit sebanyak boleh dikongsi.

got to go.nak sambung mengemop lantai.tehee~
babai~





Wednesday, December 07, 2011

++surirumah sepenuh masa++



assalamualaikum.

it has been a while i've been not updating my sloggie bloggie.
setiap kali nak bukak notebook je ada2 jek benda lain nak kena buat.ok.FYI, skang ni aku dah jadi suri rumah sepenuh masa.but only for a month.hew2~

mula cuti sekolah aku dah letak jawatan selama sebulan as a teacher.hehe.memang life aku totally change upside down.pagi2 aku kena bangun awal (oh.tade masalah pon sebab dah biasa nak siap2 g sekolah) cuma kali ni aku kena prepare breakfast untuk encik suami.then hantar dia g keje.so.aku boleh guna kereta untuk ke mana2 pon.alahhh.nak g mana je kat area putrajaya ni kennn...belum ada keberanian lagi nak shoot g KL sengsorang.kalo nak g shah alam tu ok lagi la...tapi cuti sekolah ni aku tak balik shah alam sebab my mother in law was away to dubai with my adik ipar.there's no point of going there kalo takde orang...

lepas hantar encik suami aku akan ke kedai untuk beli barang untuk dimasak time lunch.selera kami memang way different.dia jenis yang suka makan ayam n ikan bilis.but im not.huhu.cuma bab2 kari or gulai tu kami memang sekepala.hehe.well.darah keturunan utara memang sentiasa mengalir dalam diri.cewaahhh~ahakkss!:D
encik suami sometimes macam menjaga makan..n sometimes aku tengok dia belasah je makan apa saja.bhahaha!konpius aku dibuatnya.betul lah cakap orang tua2.tahun pertama perkahwinan ni adalah masa untuk kita mengenali pasangan kita dengan lebih dekat.memang kena bersabar..kalo ada yang masam2 kelat tuh telan je bulat2.tehee~tambah2 time preggy nih aku jadi lebih sensitip n mudah sentap..ngan orang lain ok je.tapi ngan encik suami aku jadi mudah marah.kesian dia..huhu.apa2 yang dia buat ada je yang tak kena kat mata..bila nak tido terfikir balik apa yang aku buat kat dia membuatkan aku jadi sangat simpati ngan encik suami...harap bersabar ye bang...ilebiu~;p

baru2 ni cik nuri ada call aku.then dia tanya rutin harian aku kat rumah..sama ke tak masa zaman2 kat rumah sewa dulu..aku cakap sama jek.hahaha.bab2 rumah ni aku memang particular.maybe sesetengah orang akan cakap aku ni cerewet.lipat baju nak kena sama besar..sapu n mop rumah setiap hari.lap dapur sampai berkilat.toilet kena cuci calat.for me..apa yang penting is hygiene.kebersihan akan mempengaruhi sikap seseorang tu.

untuk pasangan baru aku tak mengharapkan semua benda perlu ada kat dalam rumah.sebab barang boleh tambah sikit2.cukupla sekadar barang2 keperluan yang penting.macam fridge, washing machine n dapur gas.:)) tak larat woh nak basuh baju guna handwash.huhuhuhu.

ni rumah guwe~

jangan terkeliru ye..ni bukan almari untuk simpan barang or buku.actually it is a shoe rack.ramai yang cakap this rack is too good to put shoes inside it.nak buat macamana.masa beli pon dah terang terangan tulis RAK KASUT.

rak tv..import dari rumah mak metua..terima kasih ibu.hehe.

psssttt~wani..perasan tak sapa bagi ni?memang sangat2 berguna la babe...


the other side of my kitchen.

that's all folks~babai~salam..