assalamualaikum..
pagi tadi berkobar-kobar datang sekolah nak mengajar...tiba-tiba one of my pupils (year 2) datang carik aku..dia cakap amirul (nama budak yang aku nak cite japgi) menangis teresak-esak dalam kelas sebab demam.aku terus naik kelas dan jumpa ngan amirul...langkah je masuk kelas alangkah terkejutnya aku bila tengok perubahan fizikal amirul...kepalanya botak licin and dia pakai kopiah hitam..lain dari kebiasaan. masa aku tegur dia, dia tanak lepas beg sekolah dia dari kepalav(nak cover kepala I guess) maybe dia malu dengan kepalanya yang botak kot...getus hati.
aku suruh dia bangun...and bawak dia turun g bilik guru sementara nak dapatkan no fon mak and atau ayah dia..biasanya kalo budak demam, cikgu akan contact parents untuk maklumkan keadaan anak.check kat dalam data, tapi takde no fon one of them. abis aku nak contact sape????hurmm..aku tanya amirul, dia pon tak ingat brape no fon mak atau ayah dia. dalam masa yang sama aku rasa leher dan dahi amirul untuk pastikan dia demam atau tak..peliknya badan dia langsung takda tanda2 yang menunjukkan dia demam..musykil giler...tapi beria-ia amirul suruh aku call mak dia..dia nak balik..aku tenangkan amirul dan suh dia rehat kat dalam bilik guru (kat ruang rehat bagi murid yang sakit) sementara aku dapat nombor yang boleh dihubungi.dalam masa yang sama aku syak amirul macam ada sembunyikan sesuatu...tekaan aku, dia tak demam sebenarnya tapi menangis sebab dia malu dengan kawan2 tengok kepala dia botak..tapi tekaan aku meleset sama sekali bila aku tanya dia betul2.
so, untuk dapatkan kepastian aku ajak dia bual2..
"amirul...sebenarnya amirul tak demam kan...?"
"tak..."
"habis nape kamu nak teacher call mak kamu?"
--amirul started to cry--
"amirul...nape ni sayang..takmau nangis2...meh cite ngan teacher meh..alihla beg kamu...kan susah nak baring kalo beg kat kepala..(beg tergantung kat kepala sebab nak sembunyikan kepala botak dia)...kamu nangis sebab rambut botak ye???sape yang botakkan kepala kamu??mak??ayah??"
"tak teacher...tapi cikgu asrama saya..."
"kamu duduk asrama ke????sejak bila...?"
"saya duduk kat asrama tahfiz kat belakang kampung tu je..duduk situ dah 2 malam dah.."
"kenapa tetiba kamu duduk asrama? mak ayah ada kan?"
geleng2 kepala..
"mak dah tinggalkan rumah...mak cakap mak dah tanak tengok muka ayah lagi sampai bila2..."
astaghfirullah~tersentak jap..
"pastu mak dah takde kat rumah...?ayah macamana?"
"ayah hantar kami adik beradik ke asrama tahfiz sebab ayah dah tak boleh jaga kami lagi...mak dah pindah dari rumah..dia balik kampung kat grik..dia bawak adik sekali.pastu mak cakap mak tanak balik rumah tu lagi dah"
kesiannya...dalam usia yang muda macamtu kena duduk asrama dan urus diri sendiri...no wonderlah lately aku tengok amirul macam tak terurus..kasut kotor..baju pon macam tak bergosok..beza sangat dengan dia yang dulunya kemas..rambut sisir rapi dan kasut sentiasa putih..aku ada terdengar cikgu2 sekolah yang merungut sejak kebelakangan ni amirul bermasalah dalam kelas..kacau orang.suka bergaduh dan berkhayal masa cikgu tengah mengajar dalam kelas...cuma masa dalam kelas aku dia ok je..macam tak percaya plak dia berubah macamtu sekali..nak lepas tension agaknya.
skang ni baru aku tau yang dia sebenarnya ada masalah keluarga.paling aku sedih dia macam tak terurus sangat2..kasut hitam..macam2 lagilah.macam takde sapa yang tengokkan dia kat rumah.hurmmm...serius aku nak menangis sekali bila amirul cite detik2 mak and ayah dia nak berpisah...tak perlu lah aku tulis pasal tu kat dalam entri ni..aku jadi sebak dengar esakan tangisan anak murid aku yang masih kecil yang berharap suatu hari nanti mak dia akan ambil dia kat sekolah macam selalu..:((
ya Allah...Kau lindungilah anak didik ku ini...berikanlah dia kekuatan untuk mengharungi hari2 yang akan datang..
apa yang buat aku terkilan.pagi tadi amirul datang sekolah dalam keadaan tidak bersarapan..duit satu sen pon takde..sebelum ni dialah orang pertama yang angkat tangan kalo aku tanya pasal sapa2 yang dah sarapan ke belum..aku hulur RM 1 buat duit belanja..pity him..SIGH~
and now baru aku tau...dia buat2 demam and suh aku call mak dia dengan harapan mak dia boleh datang jenguk dia dan bawa dia balik rumah sekali...amirul sangat rindukan maknya...
sedihhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!T___T
sama dengan aku tulis entry ni air mata meleleh sekali teringatkan amirul..budak comel yang sangat ringan tulang.apa yang perlu aku buat??????
husna... kita nangis jugak baca entri ni.. huhu.
ReplyDeletehusna, takde ke no telefon mak dia... kalau ade, call lah mak dia... kesian sangat lah jadi cmtu.. ade tanya pndpt cikgu2 lain tak..?
Ya Allah akak.sy yg bce ni pun dah meleleh airmata.Siannye bdk tuu..kecik2 dah alami mcm tu.Asrama tahfiz tu pun xkan tak bagi duit sekolah kat budak2..aduii.Jadikan iktibar dan pengajaran..
ReplyDeletemiss sunshine::hana,takde maklumat pasal mak dia..ayah dia je ada..kite ada refer ngan kaunselor sekolah..dia kata, langkah pertama is bagi amirul selesa kat sekolah and ceria.motivate dia hari2 supaya dia semangat nak belajar macam biasa.
ReplyDeletesyafiqah nafis:takde bg duit..sarapan pon tak.sebelum ni amirul selalu cite mak dia mesti akan sediakan sarapan setiap pg walaupun dengan secawan milo..
ReplyDeletetersentuh hati umie bce.. smoga amirul kuat dan bsmangat..
ReplyDeletedear teacher husna, i used to be in his shoes when my parents leave me to oversea for job till now.I stay with my bros and sista.I cry so many time when they left me.I just 7y/o.all my friends hate me because my white kurung turn to grey.some teacher ditch me and i hate them.no one with me.I turn up being a very problem girl.the reason why i turn up like that cause i don't have anyone to share my problem and i express it in wrong way.everyone always ditch me since my siblings went to hostel.But you know what i try my best to be here as engineer after everything i past.when i red that how lucky he is to have you as teacher.you can solve this when you can hear his problem.he just need someone to hear and friends that support him.I can't have that.why don't you give that to him.
ReplyDeleteCikpingu:alhamdulillah..amirul is getting better..misi utama nk bela nasib dia je memandangkan dia student yg berpotensi dlm pelajaran..
ReplyDeleteAnonymous: insyaAllah.will try my best to cheer him up at school and give more attention to him..yg paling penting,I will ensure that amirul won't feel alone tho his parents had leaved him.tq very much for sharing ur story.at least I know what does amirul feel right now..plus, I'll try my best to help him..
ReplyDeletecdeh...kuar jugak air mata ni..hukhuk...
ReplyDeletemoga ank kecil ni dikuatkan semangat dan kepada mak ayah dia semoga dikurniakan kesedaran yang segera..napelah anak yang jadi mangsa..:"(