Tuesday, July 23, 2013

++pearl haya and me++


Assalamualaikum..

Selamat hari ahad..sedar tak sedar bulan ramdhan dah hampir menginjak ke pertengahannya.sayang je rasanya nak habis bulan al karim..huhu.

dulu pernah ada post mengenai aku dan fa***da...there's no more fa***da and me right now...it's now been me and pearl haya..:) segala-galanya bermula bila encik suami menegur secara ikhlas,
"cantiknya sayang pakai tudung macamni..ayu je..abang suka tengok.."

dan kebetulan masa tu aku baru nak cuba berjinak-jinak dengan tudung pearl haya..satu yang bagus mengenai encik suami tersayang, dia takkan cakap secara direct yang dia tak suka aku pakai tudung jenama fa***da..cuma dia once pernah tanya.."sayang tak rasa pelik ke pakai tudung ni...?tak rasa macam singkat ke?selesa tak? " masa tu aku jawab ok je..selesa je..sebab aku memang suka awning fa***da yang bila dipakai terus ngam je ngan muka..but aku sepatutnya sedar yang tudung tu memang cantik tapi singkat...uhuk2..:((

so, one day kami jalan2 kat area seksyen 7 shah alam..masa tu just nak beli botol susu untuk milk storage..kebetulan pearl haya just selang beberapa pintu je dari kedai baby tu..then encik suami tanya..
"sayang..tanak singgah ke?"
dalam hati sapelah yang tanak singgah..tapi memikirkan harga tudung yang agak ehem2 terpaksa senyumkan je..
masa tu aku dah dapat hint dari dia..'UBAH SELERA'
"ok.kalau sayang berkenan tudung2 kat situ macamana?abang belanja k" hahaha.selambe je cakap ngan dia macamtu..so, kami pon masuk..kedai pearl haya tu memang selesa.ada disediakan couch di ruangan hadapan untuk para suami berehat while si isteri sibuk memilih tudung yang berkenan di hati..haha.i loikeee!

tiba2 dalam sedang pilih tu ada satu tudung yang sangat memikat hati...aku pon amik and tunjukkan pada suami...dia cakap.."test lah dulu.tengok labuh ke singkat tudung tu..."
ok.SAH! memang suami suka tengok aku pakai tudung yang labuh...:))tapi aku sangat terharu dengan cara dia 'menegur' menerusi 'pujian'...terima kasih suamiku...

since from that day, I determine to stop buying scarves from fa***da..and slowly change it to pearl haya..alhamdulillah..berbelanja lebih sikit untuk kelihatan menarik di mata suami...:)

p/s:
untuk pengetahuan semua..terdapat banyak design yang cantik dan pelbagai jenis saiz dan labuh..jadi pelanggan boleh memilih dengan mudah..(ini bukan iklan berbayar ye..)
here are my collections of PH. love it so much!





paling kiri :bersama owner butik pearl haya ipoh (silver haya gallery) and model rasminya yang super duper cun!
he loves me wearing this scarve PH netto:)

sesuai dipakai di mana saja!





2 comments: