Monday, July 29, 2013

++surat minta cuti kepada ketua jabatan.harapnya dapatlah...++

assalamualaikum..

currently im not so happy right now...down sangat wehh..huhuhu.I was told by my husband last couple days that chances to get few days off for this coming raya is quite slim..dahla tahun ni turn beraya kat sebelah aku..ya Allah..rasa sangat berbelah bagi.nak balik pon takkan nak tinggal suami sorang2 plak beraya kat ipoh kan..to be exact beraya di hospital..tapi tahun ni jugak abang and family nak beraya kat kedah..so inilah peluang kami untuk berjumpa adik beradik setelah sekian kalinya tak bersua..hurmm..
suami penting, keluarga pon penting..cuma kalau ikut tahap kepentingan tu rasanya suami lebih perlu diutamakan..

surat kepada majikan suamiku::

dear ketua jabatan yang baik hati lagi budiman..
bolehkah kiranya jika tuan izinkan kami beraya anak beranak dengan penuh gumbira di samping keluarga dan sanak saudara di kampung halaman kami?
tahun ni giliran kami beraya di kampung saya (kedah)
ada banyak sangat juadah yang bakal dihidangkan masa hari raya nanti. untuk makluman tuan, kedua-dua kami ni kuat makan sebenarnya.haha. mak saya siap beritahu yang dia nak masak rendang ayam feveret dan serunding ikan!tambahan lagi ada ketupat palas yang sangat menggiurkan..sapa boleh tahan dengar kan?
lagi satu..kami dah sediakan duit raya untuk anak-anak buah yang ada di kedah&penang.
kalau kami tak balik maka rugilah mereka yang menunggu kepulangan kami.hikhikhik.
oleh itu, amat molek sekiranya tuan boleh memberikan kerjasama di tahap maksimum..kalau dapat bercuti direct 4-5 hari lagi bagus!haha!
saya berjanji kalau tuan bagi suami saya bercuti, insyaAllah saya akan bawa balik ole2 dari kampung halaman..tuan sebut je tuan teringin nak makan apa..insyaAllah saya akan bawakan.hehe~
oklah tuan, rasanya sampai sini dahulu surat saya kepada tuan.
fikir-fikirkanlah dan timbang-timbangkanlah..semoga tuan sekeluarga sentiasa diberkati oleh-Nya..

SELAMAT BERBUKA PUASA & SELAMAT HARI RAYA TUAN!:D


p/s:just for fun only!babai~:D




No comments:

Post a Comment