Wednesday, August 28, 2013

++hadiah istimewa buat suami++

assalamualaikum...

hari istimewa ni dah lama berlalu..tapi baru ahkak nak update harini.hohoho.
bulan Mei merupakan bulan yang agak special bagi aku..sebab Mei, suamiku dilahirkan..dan bulan Mei jugalah si jantung hati dilahirkan.memang tak disangka sangka sebab due bulan 7 tapi keluarnya 31 hb Mei..:) senanglah nak celebrate sesama ngan si ayah nanti..
even aku tak dilahirkan dalam bulan yang sama, tapi...Mei juga merupakan hari guru..yay!!jadi boleh triple celebrate..hehehe.*nak jugak tuh!*

so.seperti biasa, bila dah mai bulan istimewa ni mulalah aku pening kepala memikirkan hadiah yang sesuai untuk yang tersayang..kalau nak diikutkan memang dah lengkap barang2 dia..tapi bagi aku, pemberian isteri hatta wang syiling 1 sen pon dianggap lebih istimewa..setuju?no?last year aku hadiahkan jam tangan..:))

aku memulakan pencarian dengan membuat survey dari rakan2 sejawat..tanya apa yang biasanya lelaki akan suka..dan aku juga ada bertanya pendapat kepada pengasuh haiqal yang always bersifat membantu&memudahkan..

at first, aku survey handphone.
handphone yang dia pakai skang adalah iphone 4s.
rasanya ada phone yang lebih baik dari itu??

aku usha..

samsung galaxy note 2.
#aku sangat ketinggalan bab gadget skang ni.

then aku usha..
samsung tablet..

aku tak rasa dia nak pakai tablet jenis nih.

kendian,aku survey yang ni plak..

rasa macam too common plak..but dalam masa sama aku fikir dia leh selalu pakai g keje..bila selalu pakai makanya makin sayang kat bini.eh?

pastu aku tengok yang ni plak.

memang camera encik suami dah rosak..so, kalau nak capture gambar apa2, mesti kami akan guna phone je.sedih!;(
kalau hadiahkan kamera secara tak langsungnya dikira hak bersama..mihmihmih!
family camera gittew...

fikir punya fikir, after done surveying, aku buat keputusan untuk beli kamera..dalam banyak2 gadget dia rasanya gadget ni yang dia takde lagi..(ada pon dah rosak)
satu lagi masalah..kamera pon ada banyak jenis..dahla aku ni jenis tak pandai or peka bab gadget2 neh.lagi runsing dibuatnya.
nak beli samsung smart camera, harga boleh tahan CANTIK secantik rekaannya..
mau aku berdiet kalau terbeli kamera tuh.haha!

pastu tengok kat sony plak..design memang mantap!warna pink plak tuh!~pastu terpikir..eh!aku ni nak beli kamera untuk diri sendiri ke?terus cancel tak jadi amik sony.

next choice is canon..
jenama ni banyak kamera untuk orang hebak2!bagi beginners seperti kami ni rasa macam tak layak nak beli kamera secanggih yuna.wuwuwuuwu...cukuplah kamera yang ada basic function dah senang untuk dikendalikan.and again..CANCEL!

seterusnya, jenama nikon.
banyak good review yang aku dengar pasal nikon..kamera pon ada macam2 jenis...cuma tinggal kita je nak pilih.warna pon menarik!yang penting ada warna pink dan merah..perghhh~meleleh air mata tengok.*ok.statement ni over*

masa dok tinjau2 dalam kedai kamera, hati terpandang kat satu kamera ni..

harga ok.
bentuk menarik.
yang penting, cer tengok kat kaler dia...ohsem!!!!!!!
terus angkat yang ni in the end..hahahaha.
beria je akak kat kedai kamera tu terang pelbagai function yang ada kat kamera ni kat aku..
padahal, satu apa pon cheq tak ingat..;p

ahaa...jadinya korang dah tau apa hadiah untuk encik suami i ols tahun ni kan..
korang plak bagi apa kat suami memasing?
jangan malu, jangan segan, meh kita share sesama..:)
--teaser malam sambutan hari jadi ayah dan anak--


p/s:hadiah haiqal nanti aku update kendian..babai~


1 comment: