Thursday, August 01, 2013

++akibat kurang kasih sayang dan didikan++

assalamualaikumm...

tersangatlah bengang harini..dahla tak boleh berbuka puasa dengan sempurna sebab haiqal nangis nak tido waktu berbuka tadi..dia ni jenis kalau nak tido kena main2 ngan dia dulu then barulah nak pejam mata..huhuhuhu.(`-_-)

aku ada masalah besar dengan budak yang selalu melepak depan rumah..FYI kawasan rumah aku ni betul2 berhadapan dengan padang.so memang port yang baik untuk loitering while wasting times.disaat aku menaip entri hati tersangatlah marah bercampur geram..sekian lama dah bersabar dengan kerenah depa..huh!
most of them terdiri daripada budak sekolah menengah..rata2 dari form2-form 5.

boleh dikatakan 70% daripada jumlah budak2 sekolah menengah datangnya daripada sekolah aku..
boleh tengok kedudukan sekolah kami (menengah&rendah)

nilah kedudukan sekolah kami..padang yang memisahkan antara dua bangunan sekolah.

aku rasa bukannya depa ni taktau yang aku ni merupakan salah sorang guru kat sekolah sebelah..hari2 lalu sekolah depa.dan, setiap kali aku balik rumah setiap petang mesti budak2 tu dah ada depan rumah..melepak!yang tak boleh blahnya tu, bukan setakat budak2 laki je melepak.budak perempuan ada join skali..kadang2 aku tengok dalam 10 orang budak laki ada 1,2 budak perempuan..haiyaa.taktaula nak cakap apa..aku boleh nampak dengan jelas apa depa buat thru my sliding doors.aku tak kisah kalau depa melepak setakat bersembang or tak mengganggu orang..bab mengacau hidup ni yang aku marah sangat..

lepas je maghrib tadi a group of the kids came as usual..mula2 dengar sembang biasa2 je...lama2 aku dengar bunyi lain plak dah...main mercun betul2 depan rumah aku.dahlah haiqal nak tido..beberapa kali dia terjaga bila dengar bunyi mercun meletop. depa ni stok main mercun bola rasanya.bunyi kuat gile!last2 aku geram aku keluar rumah.aku buat2 nak angkat towel.walaupun towel tu baru je dijemur kejap tadi. kalau nak diikutkan takdan nak kering pon.huahua.aku tengok je sorang2 muka depa...memang sah.ada diantara depa tu bekas anak murid aku.cuma depa ni bila lalu depa buat tak heran jaa..

kadang2 ada je benda2 pelik depa ni buat...ada satu hari tu kan, aku balik dari sekolah then tengok ada motor penuh depan rumah sampaikan aku nak parking kete masuk dalam pagar rumah pon susah..rupa2nya budak2 tu tengah nak bergaduh..siap ada penyokong bagai lagi..pastu aku terdengar.."tunggu apa lagi...tumbuklahhh!!!!" cer korang bayangkan, depan cikgu pon masih boleh cakap macamtu..mana p respek hangpa ha budak2??masih lagi nak teruskan bergaduh.tak faham sungguh aku..slow2 je aku turun kete..buat2 belek surat dalam mailbox..macam2 lagilah aku buat.saja nak duduk depan rumah lama2.nak tengok apa depa nak buat..at the end tak jadi bergaduh pon..semua gerak balik one by one..haha.dalam hati.." awat hangpa tak gadoh?tadi bukan main lagi dok lawan gertak"

another incident, mungkin ada diantara korang yang taktau aku ada mengajar tuisyen disebelah petang untuk tahun 1,2 (english). sekali tu ada ustazah sekolah aku hantar anak dia datang tuisyen kat rumah..pastu dia tegur la budak2 yang dok melepak depan rumah sebab budak2 ni memang pernah mengaji dan belajar dengan dia masa sekolah rendah..
ustazah : " kamu tingkatan berapa dah sekarang?"
budak : dengan muka selamber toyaaaa dan tak pandang ustazah dia jawab "ntah!"
aku yang dengar dia cakap masa tu rasa nak bagi pelempang je laju2.padahal ustazah tu tanya elok2 kot..siap dengan senyuman lagi...sekali dibalas macamtu skali..sentap wehh!

kalau nak diikutkan macam2 lagi depa ni buat..cuma tak terluah je kat sini.terlalu banyak...hampir semuanya menyakitkan hati.huhuhuhu.
aku taktau lah apa yang depa dok fikirkan..yang aku perhatikan depa ni memang dah takda rasa hormat kat kawasan jiran tetangga kat sini. tak boleh ditegur langsung plak tu..masa aku mula2 pindah sini, jiran dah siap warn pasal budak2 tu..kalau boleh jangan sound or marah depa..nanti ada ja benda tak elok depa buat kat kita.

jiran sebelah pernah kena baling telur busuk..habis penuh depan rumah..tak pasal2 kena cuci.then, jiran selang beberapa buah rumah pernah tegur depa pasal depa suka dok ramp motor kuat2.dahla motor stok bunyi macam motorbot.marah tak kalau malam2 pon dok ramp???haruslah bengang kan??sehari selepas ditegur, tengok2 cermin kereta dia pecah kena baling dengan batu besar..hurmmm..apa nak jadi dengan budak2 sekarang ni..
pantang ditegur nak melenting..yang hairan, macamana depa boleh dapat motor sorang satu sesenang mcamtu jek..parents tak kisah ke???

pada pandangan aku, budak2 ni mungkin kurang perhatian dan kasih sayang gamaknya..sebab tu jadi macamtu..mudah2an Allah membuka pintu hati masing2 untuk kembali ke jalan yang sepatutnya..aminn..


p/s:bila dah jadi mak2 ni..perasaan sensitip over plak.ahahaha!semoga kita semua diberi hidayah olehNya dan seterusnya menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya..
salam..:)

4 comments:

  1. wow.. marah betul ya.. hehehe memang dorang ni..depan uma Shakira swimming pool and ada kerusi2 untuk lepak..memang dorang ramai lepak kat situ, tapi setakat ni tak pernah lagi ramp sampai bakar telinga ni.. but dorang yang macam ni memang jelas kekurangan kasih sygnya kan..hehe

    ReplyDelete
  2. remaja zaman sekarang ni susah nak cakap. terlalu sosial. hm...

    ReplyDelete
  3. nurshakira: mmg sangat marah masa tu...disebabkan dorang anak dok melalak tak bole tido. .but now dah reda marah.:)

    puteri panda: sosial yg kadang2 mcm xtreme pn ada..risau..

    ReplyDelete
  4. Biadap!!!
    Samelah kita husna.. dpn rumah kiter ni slalu jd tempat lepak... Die ingat rumah kita ni rumah kosong ke... Sekarang baru ok sikit. Kalau dulu, sesuka hati buang sampah merata2 dpn rumah org...

    ReplyDelete