Wednesday, May 28, 2014

++turun berat badan dengan cepat selepas bersalin++

Assalamualaikum..

ada diantara readers yang taktau aku pernah gemuk sebelum ni..berat hampir mencecah 60kg masa lepas SPM dulu..then bila masuk maktab slowly berat turun antara 51-52kg dengan sendirinya.adakah disebabkan pertambahan usia??ntahla..haha.cuma bila lepas kawin dan ada anak sorang berat makin turun plak..sebelum mengandung aina hannan berat aku 48-49kg.susah sangat nak cecah angka 50. memang orang asik tegur kurus sebab tinggi 162.5cm.tapi disebalik berat tu depa taktau yang aku kuat makan..hikhikhik!FYI, berat last masa bersalin pon 61.5kg.kira tak nampak naik sangat pon.siap ada kawan baik tegur kalau dari belakang tak nampak macam pregnant pon.cuma kalau tengok depan macam &%#&$*.gahahahah!

nak tau cara mekna turun berat badan dengan cepat lepas bersalin????haaa~nin dia rahsianya!hehe.

MENYUSUKAN ANAK SECARA BERTERUSAN.
aku ada masalah awal2 nak menyusukan anak.asik luka ja kat bahagian tu..sakit bukan kepalang.tapi memang dah berazam nak menyusukan anak secara exclusive so tahankan juga sakit tu.huhu.ramai ibu yang stop menyusukan anak sebab nipple luka.once kita stop susukan anak, maka production susu juga semakin kurang..that is why susu kering. kebaikan menyusu anak (direct breastfeeding), rahim kita cepat mengecut.secara tak langsung, perut yang menggelebeh lepas beranak dah makin rata.:) selain tu gak, berat badan akan cepat turun kerana badan kita bekerja kuat untuk produce susu seoalah-olah kita sedang workout selama beberapa jam.

jangan takut untuk makan banyak semasa berpantang..makan banyak dapat menyumbang untuk menghasilkan susu yang banyak dan membantu untuk memberi tenaga.then minum air secukupnya.aku faham, kalau ikut pantang tradisional, nak minum air ada sukatan, then makan tak boleh bertambah.so makan nasi kalau rasa nak makan lebih letak nasi banyak2.sebab kalau tak cukup tak boleh tambah dah. itu menurut apa yang mak aku cerita dulu2..lauk plak ikan masin atau ikan bakar.sayur takda kuah..memang totally kering. suami selalu question, kalau tak minum air banyak macamana susu nak keluar???and I totally agree with that. cuma makan tu janganlah melampau-lampau..apa yang aku maksudkan dengan makan banyak tu, mengikut keperluan badan.jangan makan kurang dari apa yang badan kita perlukan.

LOSYEN PANAS.
aku sangat suka pakai losyen sejuta khasiat daripada produk ANUGERAH..rasa hangat dan berangin (mint) bila apply kat kulit. best! everytime pas mandi aku akan make sure aku sapu losyen kat bahagian badan yang dikesan ada lemak degil.heheh.paling penting sapu kat bahagian perut, peha, pinggang,punggung dan tapak kaki..insyaAllah dapat membantu untuk membakar lelemak.:)
lepas sapu losyen terus pakai bengkung...pergh.memang terbaik.kesan dapat dilihat seawal minggu pertama.

JANGAN MAKAN LEWAT MALAM.
menjadi kepantangan aku kalau makan lewat malam semasa berpantang.I will make sure waktu makan last sebelum maghrib. tu pon bukan makan nasi..but makan biskut or roti sekeping dua. kalau lepas maghrib aku just minum kopi halia or susu.that's all.:)

MAKAN JAMU.
kalau anak ada jaundice dinasihatkan jangan ambil sebarang jamu atau ubatan panas terutamanya kalau ibu tu breastfeed anak. kalau anak minum susu FM korang nak makan lebih daripada jamu pon takpa.hehe.macam aku, anak kena kuning nak dekat 2 minggu. so, baru 3 hari start makan jamu keluaran ANUGERAH..plus, aku ada beli jamu tradisional kat mak bidan yang menngurut badan aritu. insyaAllah pengambilan jamu pon membantu untuk mengurangkan berat badan.
tapi perlu diingatkan, kalau ibu ada masalah darah tinggi JANGAN MAKAN. membahayakan kesihatan.

so far itu ja yang aku amalkan sepanjang berpantang selain dari mengurut, bertungku dan lain2. alhamdulillah dalam masa 2 minggu lepas bersalin aku dah dapat berat badan ideal.:)

jangan malas untuk menjaga badan sendiri.bukan apa, mak selalu pesan, orang perempuan ni kena jaga badan. sebab badan nak pakai lama..secara tak langsung bila badan sihat dan cergas dapat mengekalkan keharmonian rumah tangga..insyaAllah.

Tuesday, May 27, 2014

++nama anak perempuanku+++

Assalamualaikum..

anak ngah tido so kita gunakan masa ni sebaik baiknya.wehew! terasa hidupku semakin mencabar bila anak dah masuk dua.huhu.paling mencabar dengan perangai abang yang semakin sukar difahami since dah ada adik ni.mama ngan ayah sabar ja tengok kerenah anak.

nama yang diberi untuk anak kedua kami AINA HANNAN BINTI MUHAMMAD FAKHRI.

pada asalmya memang nak letak satu nama ja..tapi suami cakap macam pendek plak nama tu.at least letak lah nama pangkal bermula dengan huruf A. baru sama dengan mamanya.AINUL HUSNA...hehe.pening gak fikir nak letak nama apa bermula dengan A.tak ready pon nak letak dua nama.lari dari plan asal.haisy! last2 aku suggest letak nama AINA. sebab maksudnnya lebih kurang dengan AINUL...yakni mata.see.trademark kami anak beranak kan kat bahagian mata..baik abang dan adik sama ja mata besar.;p .
HANNAN means kesayangan. sejak dari dulu lagi aku berkenan sangat dengan nama ni. rasa macam ada aura lembut bila sebut nama tu.

dengan nama yang dah dipilih..harap sangat agar my little princess membesar jadi anak yang solehah, baik budi bahasanya, fasih baca Al-Quran, bijak dan bakal ahli syurga..aminn~

alamak.time to bf baby.tiba2 plak terjaga,bai~

Wednesday, May 21, 2014

++pelbagai macam rindu++

Assalamualaikum..

Dah 11 hari menjalani pantang kat rumah mak.at this time dah mula rasa rindu nak bekerja.tak bersedia nak cuti bersalin lagi sebenarnya sebab banyak benda nak kena settle.huhu.tapi takkanlah nak mengandung sampai 10,11 bilan kan??hahaha.doesn't mske sense at all..rindu nak dengar riuh rendah suara anak murid di sekolah.tambah2 anak murid kesayangan tahun 1.kesian kat dorang kalo aku cuti lama..they need to be guided continously.harapnya dorang pon rindu kat aku..

Paling rindu kat sebelah jiwa saya,encik suami..hari2 terfikir makan minum dia macamana.dia ni jenis kalau tak sediakan makanan memang tak makan.jenis makan jajan2 macamtu ja.bini mana yang tak risau?kang bini habis pantang makin gemok suami sendiri plak makin kurus..kesian2~ kalau kat rumah hampir setiap masa kami akan makan sama2.sometimes klakar gak bila dia dok rajin tanya mak,aku boleh tak makan itu ini dalam pantang.contohnya baru2 ni dia pergi pasar malam.then dia beli mempelam masak.tengok memang terliur.da siap dia potong semua baru dia tanya mak bini dia boleh tak makan mempelam tu..skali mak aku jawab.."tak boleh lagi chek oi...bagi lepas pantang then makanla puas2." Haha!jenuh dia nak habiskan mempelam tu sorang2.mak plak jenis tak gemar makan buah masak.ayah plak tak brani nak makan sebab dia ada kencing manis..nak bagi munammad haiqal makan,takut dia susah berhenti.satgi tak pasal2 sakit perut @ muntah..huhu.

Muhammad haiqal since dia duduk kampung memang dia banyak merap kat tokma.ngan mama ayah dia tak berapa sangat.maybe merajuk sebab tinggal dia sebelum bersalin haritu, pastu tau2 balik kampung dah bawa adik baru.kompem dia rasa insecure..sementara tokma tokwan ada, depalah tempat dia bermanja..kadang2 aku rindu nak gomol2 dia.peluk kuat2 then kiss banyak2..tapi dia tanak.setiap kali mama nak peluk dia mesti cakap "dah..dah.." *nangis* takpalah.lepas ni kita balik rumah semula ye sayang..back as 1 family with adik AH.


Saturday, May 17, 2014

++set berpantang dan penggunaan bengkung++

Assalamualaikum..

masa bersalinkan anak pertama aku agak pening nak pilih set bersalin nak pakai nanti..survet bagai nak rak tapi sampai beranak satu pon tak beli lagi.haha!last2 mak mertua yang belikan set bersalin  ibu halimah JAMU MAK DARA..kalau tak silap harganya lebih kurang 300 macamtulah..set ni datang sekali dengan beg.so senang korang nak simpan lepas korang habis guna.dia punya tablet jamu kemain banyak...boleh tahan up 4 months lepas bersalin kalau tak silap.


haritu ada terfikir nak guna set berpantang yang moden sikit ala2 omputeh, tak lain tak bukan shaklee.banyak review yang bagus2 aku dapat daripada hasil bacaan daripada internet and beberapa testimoni..kawan2 pon ada bagi good feedback after using set tu. masalahnya bila dah bersalin ni takda plak terfikir nak beli set tuh.kenapa??ntahla.aku pon tak pasti.cepat benar berubah fikiran.

lepas 4 hari bersalinkan chek mek, aku still tak beli mana2 set berpantang..chek mek plak hari2 kena bawak g klinik sebab dia ada jaundice/kuning..tapi takdalah sampai kena tahan ward. bacaan jaundice dia masih lagi bawah photo level.Alhamdulillah dari day 4 sampai ke harini bacaan jaundice dia semakin hari semkain menurun.ada petuanya..nak tau???nanti aku share dalam next entry ok.:))

on the way ballik dari klinik check kuning, kami sempat singgah kat toko jamu. macam2 jenis jamu dan set berpantang ada dijual.suami pening nak pilih yang mana satu. last2 dia datang balik kat kereta dan siap ambil beberapa gambar untuk aku buat pilihan.antaranya

set bersalin anugerah

set bersalin d'herbs ----> terlajak laris!

set bersalin jamu jelita.

mak ada pernah mention pasal set bersalin jamu jelita..tapi aku macam, eh!tak pernah dengar pon jenama ni?? terus taknak. set d'herbs plak aku reject awal2 lagi sebab tak berkenan dengan datuk terlajak laris tu.(boleh???) hahahah! hasilnya, aku minta suami belikan set bersalin jenama anugerah..nampak macam ok dan ala2 islamik gitu..;p
so far aku tak makan air herba or jamu2.sebab suami cakap selagi kuning anak tak turun paras normal, jangan makan benda2 panas.kang tak pasal2 kuning anak naik.dahla menyusu badan.skang ni aku just apply losyen panas pada bahagian perut dan part badan yang rasa menggelebeh lepas bersalin haritu. seronok sangat guna losyen sejuta khasiat ni.tak melekit.once dah sapu terus meresap masuk kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak. more over, bau losyen tu sangat best.ala2 apple hijau gitu..sedap ja pakai..:)  untuk minyak panas plak aku sapu kat bahagian degil macam peha, punggung, dan perut untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak2 degil.


aku tak pakai losyen dan minyak panas macam tu ja..lepas sapu semua tu aku akan pakai stokin dan bengkung. jangan terkejut kalau tengok bengkung aku lain dari yang lain.aku pakai ikut keselesaan badan. nak tau bengkung apa??

II

II

II

V

nin dia!

produk cosway..julian jill waist trimmer.

tak kuasa aku nak pakai bengkung badan yang berikat2 sampai ke punggung tuh.aku dah serik pakai masa anak pertama dulu..memang seksa bila hang rasa nak terkencing or nak p toilet.kalau gatal terpaksa tahankan jaa...dahla nak ikat ambik masa yang lama..mak tak sanggupp!

sudahnya ada sorang kawan mak ni yang agak moden gak.dia suggest kat aku untuk try bengkung kat cosway.actually it's not bengkunglah but boleh diguna pakai dengan konsep yang sama. just tarik ketat2 then zaaaapp~! mudah bukan?memang trimmer ni tak selebar / besar bengkung tradisional, jadinya kalau korang nak trim bahagian punggung boleh beli dua trimmer.satu untuk bahagian perut dan satu lagi untuk bahagian punggung..

bengkung yang aku pernah guna dulu...pic:ihsan dari google.

hajat di hati pada mulanya nak beli bengkung moden macamni..


tapi bila tengok harga..masyaAllah! 
terus tak jadi nak place order.tehee~
takpalah..ikut pada kemampuan la kan..

++kronologi bersalin++

Assalamualaikum and hi!

currently I'm in kedah for to complete my confinement here..mesti ada antara korang yang taktau yang dah bersalin kan?hehehe.maafkan akak ya adik2~takdan nak update cerita terkini.semuanya berlaku dengan pantas..tau2 ja dah ada baby..:)

untuk makluman sahabat-sahabat dan para pembaca semua, tuan blog telah selamat melahirkan seorang puteri pada tanggal 10.5.2014 bersamaan hari sabtu yang lalu.alhamdulillah kedua-dua ibu dan anak sihat walafiat.



pre-labour:
hari khamis minggu lepas merupakan hari last aku buat check up dengan Datin Dr. Mimin Tarmini..masa tu dia cakap baby betul2 dah berada dalam kedudukannya. means in anytime ja aku boleh bersalin..next appointment shud be on 16 Mei..tapi dia cakap itu pon kalau aku tak bersalin lagi la..hehe. suami aku dah risau sebab last time masa jumpa doktor time haiqal dulu the next day aku terus bersalin.hehe.cuak babe..this time, turun tanda darah masa pagi jumaat.masa tu aku nak bangun mandi and bersiap-siap nak p sekolah..bila dah turun tanda tu aku jadi gelabah sangat.terus call suami yang masa tu kerja shift malam.kelam kabut dia balik even aku cakap no need to rush since takda rasa sakit apa2 pon. before gerak g hospital, we had nasi lemak and kuih2 for breakfast. like seriously memang takda rasa sakit. sesampainya kat hospital pantai, nurse yang attend aku tu check.(paling tak suka seluk2 untuk check bukaan) tapi apakan daya, itulah prosedurnya. bukaan masa tu baru 1cm. so nurse tanya samada nak terus admit ward, tunggu atau nak balik dulu..aku ajak suami balik dulu sebab malas nak admit ward awal2.kang charge lebih plak.huhu.so kitorang pon balik dulu..

sempat bergambar before balik rumah..hehe.kembang tak??kembang tak??teheee~:D

lepak2 kat rumah kejap dan biar suami berehat dulu.then dalam pukul 3.30 macamtu baru decide nak keluar makan..aku teringin sangat nak makan nasi ayam hainan.suami pon ikut jaa...dah bini nak beranak kan.haruslah tunaikan apa saja yang dia teringin nak makan.hahaha!

meet the best nasi ayam in town and the best husband in the world:)

sepanjang jalan dan setiap masa tak lekang dari mulut dia tanya whether aku ada rasa sakit ke tak. dia agak pelik sebab kali ni rasa macam lama plak without any signs of contraction.aku cakap, normal lah tu..kadang2 ada yang tunggu sampai seminggu lepas bukaan 1cm baru deliver..pas puas pusing2 kat aeon 18, lepas solat maghrib baru kami balik.suami suruh aku rehat..dan tanya wether aku nak p sekolah ke tak on the next day.sabtu lepas sekolah ganti..tak sempat nak sekolah ganti pon.tehee~pukul 3.00 pagi (sabtu) dah mula rasa mild contraction.

labour:
3.30am kami terus gerak ke hospital pantai..jalan lengang betul seperti jalan tu kami yang punya!heheh. sampai ja kat hospital suami amikkan wheelchair dan suruh aku dok diam..aku cakap, boleh jalan lagilaa.bukannya sakit kuat pon.segan kot orang dok tengok..dia balas."perasan, manada orang pepagi buta nak tengok awak."-___- '
eh.lupa plak yang waktu tu masih awal pagi.orang dok nyenyak tidoq lagi kot.mihmihmih.seram gak nengok labour room waktu tu.sunyi sepi.ada pon sorang dua nurse ja.sesekali terdengar gak suara baby menangis kat dalam nursing room. masa nurse check buat kali kedua, dia cakap bukaan baru 3cm.aik????punya banyak jalan dari tengahari sampai petang, then siap cuci rumah lagi.baru bukak 3cm????takpa2..maybe belum masa baby nak keluaq kot.kali ni memang tak boleh nak balik rumah dah.nurse suruh aku berehat ja dalam bilik (bilik standby untuk bersalin) sepanjang dok dalam bilik tu, memang aku dok dengar bacaan suci ayat2 Quran. suami dah standby ipod kat aku. dalam pada masa yang sama aku dok berdoa supaya Allah permudahkan urusan aku untuk bersalin. aku dengar bacaan surah sampai tetido.siap boleh mimpi beranakkan haiqal dulu..hihi. around 7.30am, tiba2 rasa sakit yang amat sangat..dalam hati dah masa rasanya..terus picit button emergency banyak2 kali then call suami yang waktu tu berehat kat surau.berlari dia datang kat aku..masa tu air mata dah meleleh menahan sakit yang amat. nurse plak baru nak call doktor yang incharge.huhuhu.makanya terpaksa lah aku menunggu doktor lebih kurang sejam.biasalah, doktor kat private manada yang dok standby 24jam kat situ.dia memang standby kat rumah ja. suami  memang banyak main peranan untuk tenangkan aku even though dia cemas sebenarnya.dia sangat positif, dan berjaya buat aku tenang..setiap kali rasa sakit aku akan picit lengan dia sekuat hati.dia tak bagi aku bergantung kat neb, takut aku jadi lalok dan takda tenaga untuk meneran nanti. lepas tu terus ikut instruction dari suami. sangat2 membantu ok..dalam waktu menunggu tu tak terkira banyaknya contraction aku rasakan. memang dapat rasa baby kat hujung2 dah.suami kata jangan bukak kaki lagi..takut baby terkeluar..haha!bunyi macam ngeri.tapi itu kenyataan..nak buat macamana, dah main dengan sakit mana nak ingat apa dah..kadang2 tu terangkat jugak kaki..huhuhu.dalam 8.30am baru nampak kelibat doktor..terus rasa lega yang amat..dia datang, tak sampai 5 minit terus bersalin..fuhhhh~pantas betul baby meluncur keluar.terus kedengaran suara baby menangis kuat..dan sekali lagi aku menangis terharu atas kurniaan cahaya mata kedua.syukur Alhamdulillah! and I love u so much encik suami!!!!

post-labour:
baby kecik tak sampai 3kg.. jadinya luka tak banyak..kena jahit sikit ja..untuk dua2 anak syukur aku tak ambil epidural..yang first tak ambil sebab tak sempat, anak kedua ni aku tak ambil sebab aku tanak..nak bear dengan sakit konon2nya.baru real!;p
selesai keluarkan uri, (suami pergi iqamah kan baby) aku ditolak masuk ke dalam ward. sebelum tu nurse saja bawak aku masuk kat nursing room untuk tengok keadaan baby..happy sangat bila tengok anak sendiri.
rasa sakit terus hilang macamtu ja..


terima kasih kepada semua yang datang melawat dan mengucap tahniah atas kelahiran bayi kedua..itu saja yang dapat aku kongsikan dalam entri kali ni.will update about my baby soon~:))


Thursday, May 08, 2014

++dengan cepat++

Assalamualaikum..

quick update

harini balik sekolah naik kebas dan sakit satu badan dibuatnya.rehat kejap kat rumah beberapa minit then keluar g check up kat hospital pantai..ni first time aku buat follow up kat private. masa haiqal dulu langsung tak pernah jejak tempat berbayar;p mana taknya semua suami yang buatkan (kat putrajaya) 
sampai ja kat rumah tengok2 semua baju baby termasuk booties, mittens, barut dan lampin suami dah basuh.terus hilang penat dan senyum sorang2.;)

harini kandungan dah masuk 37 minggu..cantik sangat kalau tarikh lahir baby sama ngan ayahnya.15.5.hehe. masa check up tadi doktor cakap baby dah fully engaged. memang dah masuk laluan..in anytime daripada skarang aku boleh deliver..berdoa sangat pada Allah supaya permudahkan urusan bersalin anak kedua..

apa2 pon, mohon jasa baik kawan2 untuk tolong doakan aku dan baby ya...:)

babai~


Wednesday, May 07, 2014

++teguran berhikmah mengikut cara suami++

Assalamualaikum.

dulu aku main belasah je pakai tudung tak kisah lah singkat ke, pendek ke..terangkat kat belakang ke..janji bertudung.tak betul2 menghayati apa maksud sebenar menutup aurat dalam syariat islam.bagi aku, asal pakai tudung dah cukup bagus dari tak. sampailah aku kawin dengan encik suami..awal2 dulu dia takdalah tegur sangat bab2 tudung ni.tapi lepas dia banyak mendengar kuliah2 dan ceramah di surau/masjid..sikap dia berubah sama sekali.dah takda sifat kebudak-budakan like he used to be once. sifat sebagai ketua keluarga semakin terserlah.terus bini tangkap cintan dengan si suami setiap hari.*muntah!*

masa zaman mula keje aku selesa pakai shawl. konon2 dah habis stailista sangat dah gaya belit tuh.sampai setiap kali waktu rehat ada ja anak murid perempuan yang minta aku ajar dorang pakai shawl dengan gaya berlainan.hoho!


kurusnya I ols dulu..~-____-

masa ni dah bertunang..berjinak-jinak pakai tudung awning. baju hitam putih ni dah macam gaya devious maid plak.kahkah!

sebaik saja lepas kawin dengan suami, aku berjinak-jinak pakai jenama FAR**** (F)..sebab senang sarung dan tak buang masa.somemore, ada plak orang dok puji aku muka macam madam roselah.itulah.inilah..aiceh!perasan nau minah sorang ni..makin galak aku tambah koleksi F.tang mana yang sama pon taktaulah..muka macam bunga kekwa adalah.bahaha! tak dinafikan susah benar nak cari tudung F saiz labuh.kalau ada pon bukanlah warna yang aku nak..so, sudahnya pakailah tudung yang singkat tanpa rasa bersalah.jahilnya aku...T___T

tudung F pertama yang aku beli..

pada suatu hari yang permai (ayat karangan UPSR), mak mertua ajak g jalan2 kat area seksyen 7 shah alam. kat situ macam pusat pakaian dan tudung.sebut ja nak brand apa semua ada.tinggal nak sediakan duit ja untuk shopping.tsskkk~paling lemah bab ongkos.yang bertanggungjawab perkenalkan pearl haya (PH) ni mak mertua aku la..dialah orang pertama yang belanja aku beli tudung PH. aku ingat lagi, warna pertama yang aku beli was red. nak dijadikan cerita, bila aku pakai tudung PH, suami terus cakap..."sayang, abang rasa sayang nampak lagi sweet pakai tudung ni..labuh sikit daripada tudung satu lagi.abang rasa kalau sayang pakai tudung tu macam terangkat plak bahagian belakang n kadang2 sampai nampak leher kena tiup angin.lagipon yang ni takda brooch besar.tak bahaya..cantik pon cantik..selamat nak dukung baby nanti..nanti abang belikan tudung ni lagi nak???"


inilah tudung pertama yang dihadiahkan mak mertua..merah ang2 pau! design masa ni pon simple je takda berlapis-lapis.

masa tu aku tak dapat tangkap lagi apa maksud disebalik ayat dia tu.tapi orang dah nak belikan kan...sapa yang takmau???hehe.bermulalah kontrak aku dengan tudung PH..saiz yang aku pakai waktu tu SP2M..saiz sedang2 dan just nice menutupi dada. semakin lama aku tengok semakin cantik plak design2 yang dikeluarkan oleh PH. harga pon lebih kurang je dengan harga tudung (F). cuma beza dari segi saiz, labuh dan material. satu hari suami bertanya lagi..
"kain (material) tudung (F) tu mahal sangat ke?sebab jarang abang tengok yang labuh..harga lebih kurang je dengan PH...." hebat plak laki aku bagi komen.agaknya lama dia dok perati..tunggu masa nak luah.hihi.then dia cakap dia suka tengok aku pakai PH.at least takdalah nampak terangkat or terselak nampak leher.satu lagi kelebihan PH, boleh lipat dan simpan tudung dengan senang.:)
since daripada itu aku dah tak beli langsung tudung F..terus termati minat begitu saja..suami plak asik puji aku pakai tudung PH..katanya sejuk mata memandang..

sehinggalah pada pertengahan tahun lepas, suami sekali lagi bertanya.."sayang, ada lagi tak tudung yang lebih labuh dari saiz yang sayang pakai sekarang ni..?" alkisahnya, dia ternampak ada sorang cikgu sekolah aku pakai tudung PH besar..aku jawab memang ada..tapi harga lebih mahal ikut saiz..he said, never mind..harga bukan ukuran..tapi yang penting adalah coverage.hah.amik kau~kena sebiji..hikhikhik! satu hari tu, aku dapat jemputan untuk ke pelancaran pembukaan butik PH baru cawangan ipoh. terus ajak suami g sama2. masa kat sana, dia tolong pilih tudung kat aku..tudung yang dipilih kali ni lebih besar saiznya..SP3M. dia suruh aku cuba sarung..CANTIK!perkataan tu terus meluncur laju dari mulut dia.untuk haritu, dia yang belanja beli tudung untuk aku.dapatlah rembat 2,3 helai tudung PH saiz besar.


and now PH dah keluarkan design tudung yang cantik2.so boleh bergaya dengan yakin dan dalam masa yang sama menutup aurat.

aku sebenarnya bukan nak cite or emphasize on jenama2 tudung yang aku pakai. tapi aku nak cite macamana suami aku bagi hint untuk aku tukar saiz tudung aku ke saiz yang lebih besar..cara teguran dia tu sangat berhikmah pada aku..so, takda timbul rasa nak marah or nak rebel. dia nak aku pakai tudung labuh sikit, dia akan belikan terlebih dahulu dan kata-kata pujian tak lekang dari mulut dia untuk bagi aku semangat..bila mengenangkan semula apa yang dia buat tu sudah cukup untuk buat aku terharu dan berbangga untuk dapat suami seperti dia..*tahan air mata*

dan sekarang aku berazam untuk elak daripada pakai tudung yang kecik/singkat..maruah suami dan diri sendiri perlu dijaga..dan perlu kita ingat sebenarnya tudung tak wajib untuk dipakai..tapi yang diwajibkan untuk para muslimah adalah MENUTUP AURAT. aku sendiri akan rasa malu dan segan kalau pakaian yang aku pakai ketat or menampakkan susuk badan yang tidak sepatutnya..perlahan-lahan kita berubah ke arah kebaikan kerana Allah sentiasa akan membantu hambaNya dalam urusan memperbaiki diri ke arah jalan yang di redhaiNya..aminn~


p/s: minat baru.

tudung yang lebih simple dengan harga yang lebih murah..:)
abaikan muka aku macam bulan mengambang.almaklumlah..anak dah nak masuk 2.;p




Tuesday, May 06, 2014

++nama yang baik 'H' untuk bayi baru lahir++

Assalamualaikum..~

I'm writing this entry alone without the presence of my son by my side to accompany me .*crying* usually when I turn on my laptop he will sit on my laps.then his little fingers will be on the keyboard too, trying to push all the buttons as he could type an entry too.haha!btw, he's already in jitra with my parents. I sent him back to kedah last weekend and he's doing well with them. Alhamdulillah..

mukadimah tanak kalah weh..nak speaking meaking aja!;p

awalnya kami dah bersepakat nak letak nama hadif untuk anak pertama.sebab dah tau jantina dari awal lagi.kononnya hadif tu bermaksud bermatlamat..then bila dah lahir, mak angkat aku kat kedah call.dia tanya nak letak nama apa???so, bitau ja nama hadif..dia diam kejap after kami bitau nama baby.musykil gak waktu tuh.macam ada something yang tak kena.then baru dia cakap.sebenarnya nama tu taak sesuai untuk dijadikan nama pon.buku2 nama yang dikeluarkan kat pasaran skang ni kebanyakannya datang dari indonesia.depa ni main letak ja maksud tanpa memperdulikan ketepatan makna pada nama..kami adalah salah satu parents yang terpedaya lah kiranya..mak angkat aku tu dok mekah lama kot dan sangat fasih bercakap bahasa arab.even sampai skang dia cakap arab dengan anak2 dia..tengok tv pon channel 111.hahaha! awal2 haritu tanak tanya..haa..padan muka.nasib tak register lagi nama tu.

macam jadi isu plak bila nama tak sesuai..dalam masa 3,4 hari kami dok pening pilih nama apa plak yang sesuai untuk baby bermula dari huruf H.ada tanya pendapat ummi..(mak angkat kedah).dia punya cadangan nama:

HUSAM
HUZAIFAH
HUSSIN
HASSAN
HANIFAH
HASNAN
HASBULLAH
HABIB
HARRAZ
HISYAM
HASYIM
HAMID
HAMMAD
HAMZAH
HADI
dll..

kesemua nama tu memang confirm ada maksud..dan memang dalam bahasa arab yang tepat..cuma kami rasakan macam tak berapa nak kena plak dengan baby.nama ni tak boleh buat main2. sebab kita nak guna seumur hidup.orang panggil kita tu ibarat doa tau..kalau boleh janganlah terlalu taksub nak letak nama panjang2 bagai or fancy sangat sampai berbelit lidah last2 panggil nama pendek je..contohnya; marissa..nama panggilan yang lekat..marry ke..rissa ke..kan??jadinya kami memang awal2 dah set nak letak nama anak pendek dan ringkas untuk disebut. selepas perbincangan dengan semua ahli keluarga belah mertua dan keluarga aku..maka terhasil lah nama muhammad haiqal.biarlah nama tu orang kata tak moden.dah banyak orang pakai..tapi kami lebih pentingkan makna. Alhamdulillah.selepas semua setuju, suami terus pergi register nama anak dengan perasaan lega.

untuk anak berikutnya, let's say lah perempuan kan..kami cadang nak letak nama bermula huruf H gak.senang..semua anak sama huruf pangkal.sama dengan maknya nanti..hewhewhew! nama aku HUSNA.

antara nama yang tersenarai dalam carta..

HANNAN
HANI
HASNA
HAYA
HADIRAH
HUMAYRA

ntahlah..itu baru cadangan nama.selagi baby belum keluar selagi tu takda nama lagi yang diberi..insyaAllah jika diizinkan Allah dapat anak perempuan plak kali ni nama2 yang bold tu akan diberi.:)

p/s: skang ni memang menunggu masa untuk deliver ja..minta jasa baik kawan2 untuk tolong doakan untuk diri ini..semoga Allah permudahkan laluan untuk bersalin nanti dan diberi kesihatan yang baik dan kesempurnaan tubuh badan pada anak yang bakal dilahirkan.aminn~

Monday, May 05, 2014

++berak lagi++

Assalamualaikum..

it's quite tiring to get urself to school as u are way too far in pregnancy..huhuhu.I just can't move too much because of the pubic pain..it's really painful.Allah..may this pain could wash away my sins:(
baby..please be nice to mummy ok..*hoping eyes*
can't wait to meet u..and so does your brother.perhaps he can tolerate with ur presence in the house.mihmihmih.

bukan nak cerita pasal tu sebenarnya,tapi nak cerita pasal budak tahun 1 aku terberak lagi dalam kelas harini..setiap kali abis waktu rehat je mesti waktu aku..dan time tulah mereka akan "TERMELABUR"..faham2 jelah, najis budak 7 tahun dah macam orang besar kot as they eat like us too! sampaikan ada seorang pekerja, bau t**k tu dah rupa bau petai..kahkahkah!aku macam dah pasrah bila benda ni jadi..cumanya nak naik turun tangga memerlukan kudrat dan tenaga.dengan keadaan aku yang sarat.hisyh..~puas aku mencari baju, kasut dan seluar ganti untuk budak tu sebabnya habis dari atas sampai bawah kena t**k dia..baju2 spare yang dah lepas tu takda plak dorang nak pulang balik..puas aku nyanyi2 kat telinga dorang suruh bawak baju yang dorang pinjam..sampai ke sudah macam buat harta plak.geram betul..kot ye pon, parents kenalah alert..dah bukan baju anak dorang bagi la balik kat cikgu kan..at least, kalau ada budak terkencing terberak dalam seluar sekurang-kurangnya kami ada pakaian spare.


kadang2 aku terfikir, ujian ni datang kat aku mungkin sebab Allah nak uji sejauh mana prihatin dan kesabaran aku..jadinya aku kena redha dengan ketentuan..


Sunday, May 04, 2014

++checklist majlis aqiqah, berendoi dan birthday++

Assalamualaikum..

pertama kali kami sepakat nak adakan majlis aqiqah, berendoi dan majlis hari lahir serentak. masa muhammad haiqal dulu, just buat kenduri aqiqah kat masjid je.kebetulan waktu tu aku dalam pantang.so suami tanak menyusahkan aku.dia plan buat kat masjid ja.insyaAllah untuk anak kedua ni, kami bercadang nak buat kenduri kat jitra plak. kali ni nak buat sekali dengan birthday ayah dan abang haiqal:)

selepas berbincang dengan suami dan mak ayah, here's the checklist yang aku rasa perlu ada dalam majlis tu nanti.

- seekor kambing  
- ayam goreng untuk jemputan yang tak boleh makan kambing
- jemputan : 150pax
- burdah/marhabban 
- sticker untuk goodies
- decoration buai
- jemput ustaz untuk tahnik
- kurma, air zam-zam 
- baju baby  
 - jubah mama, ayah dan abang haiqal
- khemah/ cater 
- candy buffet dan kek 

rasanya kek untuk birthday haiqal dan ayah kali ni takdalah nak fancy sangat. cukup sekadar kek yang  simple dan sedap dimakan.tumpuan utama adalah lebih kepada majlis aqiqah sebenarnya..yang2 lain tu selitkan sekali sebab dah alang2 nak buat kenduri kan..

antara pilihan decoration untuk majlis berendoi nanti:



kalau boleh memang nak buat sehabis simple yang boleh.

untuk candy buffet plak, itu masih dalam perancangan samada nak buat or tak..bergantung kepada budget dan kesesuaian nanti..kalau buat pon apa salahnya kan..comel..:)

simple yet cute.

itu saja yang sempat difikirkan buat masa ni..insyaAllah ada apa update nanti aku letak kat blog ye..:D

Saturday, May 03, 2014

++hadiah untuk suami tersayang++

Assalamualaikum..

tersangat happy bila dapat luang masa dengan orang tersayang.terasa macam di awal perkahwinan.hariku seperti pengantin baru.heheh.jalan2 tengok wayang..shopping sama2, makan cendol and having lunch berdua..tapi tak bermakna kami tak ingat kat anak tersayang di kampung..muhammad haiqal sentiasa berada dalam kotak fikiran mama n ayah..even dia takda depan mata, but hampir setiap masa kami bercakap/bercerita tentang keletah dia.:)

aku gunakan kesempatan masa keluar harini untuk cari hadiah hari lahir buat suami tercinta..pas lunch terus ajak suami g jalan2 kat fossil.hasilnya..~

bukan setakat hadiah untuk suami..tapi terbeli hadiah untuk diri sendiri jugak.hahaha!saja beli sedondon..;p


he likes this pair of shoes so much.so, terus belikan untuk dia..sesuai untuk diguna pakai kat tempat keje.selesa dan katanya lubang2 angin kat kasut tu sangat membantu untuk kaki dia bernafas.hehe.

terjawab sudah hadiah apa yang nak dibeli untuk suami tersayang..seeing him happy makes me feel happy too! tak terbanding pengorbanan dan kasih sayang suami dengan hadiah2 yang diberi..sesungguhnya suami aku banyak berkorban untuk isteri dan anak..jarang tengok dia beli barang untuk diri sendiri..biasanya keutamaan dia adalah untuk kami dulu..semoga Allah rahmati suamiku..berikan kesihatan yang baik kepadanya.sesungguhnya aku sangat menyayangi suamiku.

using front camera to take selfie photo is not advisable..too blur~
P/S:I LOVE U HUBBY
happy birthday in advance..!

++movie minggu ini++

Assalamualaikum..

macam dah lama sangat ja tak p tengok wayang dengan encik suami..ada la sekali dua tengok, tu pon atas ehsan mak ayah dan pengasuh haiqal yang awesome.heheh.so, memandangkan haiqal ada kat kampung encik suami cancel semua locum kat klinik2 semata-mata nak p jalan2 dengan bini.awww...so shuweeet! takpa, biar aku jalan banyak nak bagi mudah untuk bersalin nanti.insyaAllah..



ada dua pilihan movie untuk harini which are spiderman 2 and transcendence. 

hati aku macam berat nak tengok ahbang johnny depp.hikhihikhik. pelakon spiderman tu aku tengok macam 
we'll see apa yang available nanti..kalau boleh nak jadi early bird untuk wayang harini.boleh dapat special price.:)

++susu keluar sebelum bersalin++

Assalamualaikum..

terasa sunyi bila anak takda kat rumah nak buat sepah dan buat kecoh..but I will make sure that I call him 4-5 times per day..at this time suami dah selamat sampai ke dubai agaknya leaving me alone down stairs..aku tak boleh nak tido lagi sebab rasa perut dok mengeras ja.huhuhu.semua serba tak kena.

masa awal2 bersalin dulu aku memang takda susu langsung..sampaikan at one point rasa macam dah give up dan nak bagi susu formula ja kat anak.but suami tak pernah putus asa,. dia ada ambil seorang mak bidan dari hospital putrajaya untuk urut badan supaya terbuka laluan susu.siap berurut dalam kereta lagi after bidan tu abis bekerja.:) bidan tu cakap insyaAllah susu aku banyak but laluan tersekat dan kena urut untuk melancarkan pengeluaran susu badan..aku iyekan jelah..taktau nak respon apa sebabnya takda pengalaman..

lepas 3 hari diurut oleh mak bidan tu, susu masih tak keluar lagi..masa tu haiqal memang minum susu NAN 1.mak mertua belikan..risau anak kelaparan tak minum.thanks ibu..rasa nak nangis sangat bila tengok anak nangis kelaparan dan maknya plak tak berdaya nak bagi susu..sampailah satu hari tu..(hari ke-4 kalau tak silap) aku dok cuba untuk urut sendiri tiba2 susu terkeluar..ya Allah..rasa macam nak menjerit! terus cuba untuk susukan haiqal..alhamdulillah! Allah bagi peluang kat aku macamana perasaan seorang ibu yang dapat menyusukan anaknya..
aku dapat rasakan perasaan kasih dan cinta makin menebal bila kita tengok anak kita while breastfeeding..syahdunya waktu tu.

ambil masa berjam2 gak nak bagi dia biasa untuk menyusu badan..bila dah berjaya BF, susu makin banyak.sampai aku kena pam after susukan haiqal.kalau tak pam siaplah hang..confirm bengkak punyalah.bila cita pasal bengkak susu aku jadi macam traumatize sangat..hampir demam aku dibuatnya menahan sakit yang amat.

sebelum aku bercerita panjang lebar lagi..aku nak kongsi hasil bacaan dan penerangan daripada encik suami slaku doktor peribadi.tapi aku just tanya secara umum dan takda nak mention to anybody..just pengetahuan yang rasanya boleh di share bersama.

kadangkala ada ibu hamil yang dah mula keluar susu pada usia kandungan 7 bulan or lebih awal dari tu.tapi jangan risau..ianya tidak mendatangkan masalah besar kepada kandungan or ibu. bermakna laluan susu korang dah ada dan senang lepas deliver baby nanti dah boleh terus menyusukan anak.:) anggap ia sebagai satu kelebihan yang orang lain takda. but perlu diingat, susu yang terhasil tu adalah mengikut usia dan keperluan bayi dalam kandungan.tak sesuai nak buat ebm/stok susu simpanan.

ibu yang keluar susu awal tak digalakkan untuk memerah susu terutamanya bila usia kandungan dah mencecah 7bulan.sebabnya dikhuatiri nanti akan berlaku contraction atau kelahiran bayi premature. sebolehnya kalau susu dok keluar, elok pakai breast pad ja. nanti lelehan susu yang keluar tak kena pada bra atau baju.selain tu, ibu hamil tersebut boleh urut secara perlahan-lahan untuk keluarkan susu kerana dikhuatiri susu akan bengkak..apa2 pon kalau nak lebih yakin lagi, pergilah berjumpa dengan doktor untuk dapatkan nasihat selanjutnya mengenai apa yang perlu dibuat apabila susu keluar sebelum melahirkan anak..hehe.:)

sekian daripada doktor/misi tak bertauliah ni.

Photo: Dapat gak jumpa cik enol...
latest pic of me @36weeks.
sebelah tu my bff since skolah rendah lagi. she's a doctor and pregnant too~:D

p/s::
kali ni nak berazam untuk susukan anak hingga dua tahun then nak buat stok ebm banyak2.we'll see what's going to happen then.heheh.

Friday, May 02, 2014

++event all in one++

Assalamualaikum..

hujan lebat plak petang ni..sampaikan aku tak perasan yang aku tetido while watching tv. biasanya aku jarang tido petang..susah sangat rasanya nak lelap mata waktu siang.huahua.so, bila orang kata rehat time anak tido macam tak boleh nak buat. actually aku balik jitra lagi weekend ni.kebetulan encik suami ada cuti SEHARI.ahaa~jangan memain k. sehari tu pon dah cukup bermakna. terubat rindu bila dapat jumpa anak tersayang. :))

ololo~awat mulut mencebik macamtu sayang~khusyuk sangat tengok phone ayah dia.

tengok la muka anak teruna tu..happy ja dapat keluar dengan mama n ayah.

plus, aku rasa sangat happy sebab dah masuk bulan 5, bermakna baby yang bakal lahir ni also akan lahir dalam bulan yang sama dengan ayah and abangnya..teringin sangat nak buat majlis berendoi kat kampung..sebabnya boleh buat majlis birthday ayah dan abangnya skali..bak omputeh kata, all in one event.
so dalam majlis tu nanti ada majlis aqiqah, cukur jambul, tahnik, berendoi, dan sambutan hari lahir.insyaAllah..semuanya masih lagi dalam perancangan..kena tunggu baby keluar dulu baru boleh proceed dengan plan.

everytime masuk bulan 5 je nanti mesti mama akan pening kepala..hahahha!sebab kena fikirkan hadiah apa yang dibagi kepada orang2 tersayang..but yang harus diutamakan mestilah ayahnya..hikhihkhik.
nak beli apa ye??

hadiah untuk ayah:

kasut..even dia ada kasut lain tapi dia lebih suka pakai kasut yang aku bagi masa hantaran dulu which is dah 3 tahun usianya.

wallet yang dia pakai sekarang pon dah terkoyak2..nak kata banyak duit idak pulak nampak duit berkepok dalam tu.bahahaha!tapi dia sangat menghargai pemberian isteri.kalau hadiahkan dia apa2 memang puas hati lah. so ada gak bercadang nak gantikan wallet dia dengan wallet kat atas tu.

suami ni kalau tak dibelikan untuk dia memang dia akan pakai benda yang ada je..dia sibuk siapkan anak isteri.diri sendiri dia tak kisah sangat..suami mithali sangat..hewhehwhew!

untuk muhammad haiqal:

anak teruna I obses dengan kereta, lori or bas.dah nama pon boy..daripada dok naik kat tesco kena bayar rm5 untuk 10 minit, rasanya elok beli terus untuk birthday dia.bole naik bila2 dia nak.

beli basikal macamni pon cun gak..sebab lambat laun mesti dia teringin nak naik basikal macam orang lain..

untuk baby??
tunggu sampai dia setahun dulu baru boleh bagi hadiah.:))