Monday, February 14, 2011

++erobik kasi lentik++


 
petang ni sekolah aku ada buat majlis motivasi bersama ibubapa..so.ni kiranya first program yang aku join kat sekolah la...eh?yeke??silap2..second sebenarnya.sebab sabtu lepas aku dah join LADAP..dulu2 group bebudak kelas aku yang dok handle LADAP untuk cikgu2 sekolah.kitorang buat in house dengan cikgu2 pasal subjek PSV..tapi skank ni aku sendiri yang kena join.hiks.mana mau lari haaa???;p


dan..!!petang ni gak aku ada kelas erobik.fuiyoh!!haha.FYI, masa mula2 nak bermastautin kat ipoh ni kan..perkara pertama aku buat adalah mendaftarkan diri kat kelas erobik kat area rapat setia, ipoh..dari zaman belajar lagi aku memang minat2 kalo ada aktiviti yang berkaitan dengan tarian or kesenian.so.erobik ni pon dikiran salah satu gakla dari cabang seni kan.tanpa membuang masa terus join.i loike nyah!:D
paling aku suka tengok instructor aerobic kitorang.memang voluptuous la body dia..umur sebaya ngan aunty lina.but badan dia..kalah anak dara beb.setiap movement yang dia buat memang lincah abis.aku yang baru masuk ni pon awal2 susah nak catch up sebab step dia laju sangat2..tapi lepas masuk kali kedua ok la...boleh ikot step yang diajar..:)

aku pon tak sure kenapa sejak akhir2 ni suka sangat dengan perkara2 yang boleh membawa kebaikan kepada kesihatan.amaran!hal ni takde kena mengena ngan encik tunang yang juga merupakan doktor ye..tapi inisiatif sendiri..segala suppplement aku telan skank even dulu nak makan sebijik seminggu pon bukan main susah.ahaaa~contohnya macam semalam kan..aku try buat rawatan cera gem tau..ada pernah dengar tak??cera gem tu guna infra red n katil dia kalo tak silap aku ada batu2 jed yang dikatakan boleh menyembuhkan 1001 penyakit.setiap kali session memakan masa lebih kurang 40 minit..badan kita ni ada point2 yang tersendiri taw.


ni la katil ceragem tuh..katil tu panas taw.setiap kali kita baring atas tu..kita kena gerakkan sekali bebuli infrared yang korang leh nampak atas katil tu..benda tu pon also panas.

ha..korang boleh tengok sendiri kat kawasan mana haba tu tertumpu..yang bestnya, katil ni kan, dia ikot bentuk tulang belakang kita tau.kalo sekali baring rasa nak baring lagi atas ni.cumanya bagi orang yang ada penyakit.contohnya ada penyakit breast cancer...bila bebuli dilalukan kat dada, korang akan rasa panas sangat sampai tak tahan kat kawasan yang ada penyakit tu..


nila bebuli infrared yang panas tu.setiap bebuli ada fungsi dia yang tersendiri.untuk memudahkan penyerapan masuk haba dari infrared ni...pesakit lebih digalakkan untuk memakai baju putih...semua putih lagi senang untuk proses resapan rawatan.ahaa.unik kan??


ceh.aku ni macam nak promoter plak.padahal nak cerita pasal erobik asalnya.macamana boleh melalut sampai cera gem plak..bhahahah~sengal..but seyes weyh..korang patut cuba rawatan cera gem ni..skank ni kat malaysia tak semua negeri ada benda ni.sebab katil ni harganya agak mahal.nak dekat RM10k.aku percaya.even mahal sekalipon akan ada orang yang sanggup beli katil ni untuk memastikan kesihatan sentiasa berada dalam keadaan yang paling optimum.yeah~!!

No comments:

Post a Comment