Tuesday, February 21, 2012

++9+1 tips penjagaan muka++



assalamualaikum..

ni merupakan request mengenai hal kecantikan dari sorang pembaca blog husnanerra.blogspot.com.
tak sangka ada gak yang dok mengikuti perkembangan aku even blog ni takdelah menarik sangat..
sangat2 berbesar hati..thanks adik...(u know who u are)

actually aku ni jenis yang tak particular sangat pasal hal2 kecantikan neh.
takdelah jaga macam orang yang terlalu obses dengan kecantikan diri sendiri sampaikan kalo nampak jerawat sekutil kat muka pon riuh sekampung.haha!

pada asalnya muka aku ni jenis yang tak bermasalah sangat..
dari zaman sekolah sampai masuk maktab tahun ke-3 degree muka licin jek..
bila dah masuk final year(4th year) jerawat mula naik sikit demi sikit.
aku rasa ni mesti disebabkan perubahan hormon.waktu tu kan baru berkenalan dengan encik suami...ehemm2.maybe gatai sangat kot tu yang naik abis bintik2 kat muka.
masa naik jerawat tu macam2 produk aku cuba.sebab dah rimas sangat tengok parut and bintil2 kat muka sendiri.plus, segan bila orang dah ramai yang menegur (T__T) rasa macam nak g kelas pakai sarung serkup muka.

ni muka zaman gonjeng.kalo tak silap aku masa 1st praktikal..memang takde edit apa2 coz tak reti sangat.hohoho!see???memang bersih ala2 clean and clear..

ni masa 1st year degree..rindunya time study dolu2~wuaaaa~~!!*tetiba*

bila dah start berkawan ngan encik suami tak semena satu demi satu jerawat timbul kat muka.since that memang susah nak tengok muka aku licin..:((

sampailah masa kawin, muka still tak berapa ok..cuma dapat cover dengan makeup jek.nasib baik!feewhhh~
kalo tak mesti jadi topik hangat orang gossip sebab muka encik suami memang licin and flawless.
dahla dia tu jenis yang tak pakai pencuci muka.sabar jela..

so.aku nak share beberapa tips yang dirasakan dapat membantu korang semua since isu jerawat kat muka aku dah berkurangan.hehehehe.alhamdulillah~

1. kena banyak minum air masak.badan kita memang dah sedia maklum banyak sisa toksin.dan kadang2 toksin tu keluar menerusi liang2 roma yang ada pada permukaan kulit.air yang banyak dapat meneutralkan toksin dalam badan.

2. cuci span compact powder at least sebulan 3 kali..aha..yang ni memang penting.compact powder ngan gegirls memang tak dapat dipisahkan..korang perasan tak?sometimes muka korang ngah berpeluh pon korang main sapu je bedak kat muka...(samalah ngan aku pon) bila span dah kerap kena peluh,jadinya muka lagi cepat untuk naik jerawat.

3. kalo boleh before cuci muka seeloknya tanggalkan segala make-up n kotoran pada muka guna make-up removal.rasanya kalo beli sebotol tahan sebulan lebih.harga pon takdelah mahal mana sangat..

4. cuci muka menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit sekurang-kurangnya 2 kali sehari.before beli facial foam/soap, korang kena kenal pasti dulu apa jenis kulit muka..dikhuatiri kalo tak sesuai akan menyebabkan kulit menjadi lebih teruk..

5. skang ni 2 minggu skali aku akan pakai skrub.ntah dari mana datangnya kerajinan semua tuh.sebelum ni pakai sabun muka jek..malas nak menyental muka ngan scrub.but once dah amalkan, rasanya kulit lagi bersih dan sihat berbanding waktu sebelumnya.aiceh!;p

6. jaga pemakanan..makan sayur and buah-buahan banyak2.kurangkan makanan berminyak..aku rasa ni pon menyumbang kepada berkurangnya masalah jerawat kat muka aku..biasalah ibu mengandung kena jaga pemakanan kan..

7. EMOSI...ye..emosi..yang ni pon faktor penting gak..sometimes kita tak sedar yang kiata sebenarnya tengah depress or stress.whenever u feel down or tertekan alihkan perhatian cepat2 kepada benda2 yang positif..insyaAllah hormon kita akan jadi stabil.

8. jangan pakai makeup tiruan..berlambak2 kat shopping mall yang jual barang tiruan.kot ye pon nak pakai barang berjenama toksahlah korbankan kulit sendiri..barang tiruan harganya jauh lebih murah sebab bahan yang terkandung adalah daripada bahan gantian yang mudah didapati dan tak dapat kelulusan dari KKM (kementerian kesihatan)

9. jangan tido dengan make-up masih melekat di muka.ia menyebabkan kulit muka tersumbat..

10. sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat..samada dari segi pemakanan, sahsiah, pertuturan dll.wallahualam..



selamat beramal...!:))

3 comments:

  1. weeeho~thanx byk2 kak husna dah 'makbulkan' permintaan adik tu..sape yerk? heheheh....macam nak fotostatttttt je tipsssss dari kakak ohsemmm ni ;-)

    ReplyDelete