Thursday, February 20, 2014

teraniaya@menganiaya?

Assalamualaikum..


pelik dengan perangai sesetengah orang..asik nak menampakkan diri teraniaya
padahal memang diri sendiri yang buat pasal.haisyh..bengang je!
even aku dengar macam2 cerita tapi aku tak hadam cerita tu bulat2 since aku tau benda sebenar dan aku nampak dengan mata kepala sendiri
but diri dia masih tak sedar kot.yang orang lain dah tau dan masak dengan perangai dia.
hurmm.
semoga menjadi iktibar untuk diri sendiri.
mana yang elok dijadikan teladan.
yang buruk dijadikan sempadan buat diri agar tidak hilang pedoman.

sekian.
warta berita untuk hari ini.
bai~



Wednesday, February 19, 2014

++wahai lelaki..tolonglah..++

Assalamualaikum.

fitrah dan sifat seorang wanita/perempuan memang dilahirkan sensitif, mudah tersentuh dan emotional.
kenapa bukan lelaki????kerana sememangnya kita dah sedia maklum yang perempuan dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal.jadi dia mudah terdorong oleh nafsu.


isteri ni sebenarnya banyak fungsi dalam rumahtangga..pendek cerita multipurpose. semua benda dia nak kena buat dalam satu masa. dia kena pastikan yang makan pakai anak suami terjaga..iron baju suami, masakkan untuk suami anak, kemas rumah dan sebagainya..malam plak terpaksa berjaga bila anak meragam terutamanya bagi yang ada anak kecik..bila masa untuk tido dan berehat???So, TOLONGLAH FAHAM.

kadang2 setiap wanita ada kemahuan dia sendiri.nak2 dia bekerja dan ada duit sendiri. suami memang takda hak atas duit isteri. kalau dah suami sekat dia nak beli itu ini, tak merasa la dia nak cantik, bergaya , macam wanita2 lain..kalau dah tak bagi isteri beli barang keperluan guna duit sendiri, toksah bagi keje.kan senang?
jadinya wahai para suami, TOLONGLAH JANGAN SEKAT KEHENDAK ISTERI.
 
nak bini yang sebelah kiri atau kanan??

setiap isteri atau wanita mengharapkan pasangannya agar dapat memahami perasaan dia.terutamanya waktu BULAN MENGAMBANG a.k.a PEOD. mood memang akan mudah swing..so TOLONG JANGAN CARI PASAL.teheee~


ramai lelaki yang buat2 tak faham yang orang perempuan ni perlukan pertolongan di rumah..jadi ringan2 kan tulang anda untuk membantu..tolong jagakan anak waktu isteri masak ke..tolong basuh pinggan ke..tolong basuh baju ke..dan tolonglah apa2 yang patut asalkan dapta meringankan beban kerja isteri. kalau susah sangat nak tolong dari segi kudrat, paling senang adalah TOLONG JANGAN SEPAHKAN RUMAH..aku rasa semua perempuan nak rumah mereka berada dalam keadaan kemas dan bersih.supaya bila masa kawan2 dia atau sape2 datang rumah takdalah segan sangat dengan tetamu kan..
nak2 dapat plak bini yang cerewet macam aku.hahahaha!habis semua aku nak buat..cuci toilet, masak, sapu dan mop rumah, buat keje sekolah online, lipat baju...last2 aku yang terkelepet kepenatan sebab nak semua dalam keadaan ok..at least sedap mata memandang.hehe.

keje aku kat rumah dah makin ringan sebab suami rajin tolong basuh dan sidai baju..tang lipat tu memang aku tak bagi sebab satgi jadi lipatan kuih plak.bahahah! Alhamdulillah dapat suami yang menyenangkan hati..:)

Monday, February 17, 2014

++nyamuk tegar++

Assalamualaikum...


sambil buat keje sekolah sambil aku berblog..dalam masa yang sama aku tension amat sebab nyamuk dok berterbangan depan mata aku sambil mengeluarkan bunyi nak mintak penampar ori(tapak tangan)serius aku sangat sakit  hati okeh!!!bukannya aku tak pasang ubat nyamuk tapi aku tengok ubat nyamuk pon macam tak lut dengan dorang...siap kerumun lagi tang ubat nyamuk tu..naik hairan aku dibuatnya tengok bangsa nyamuk kat simpang pulai ni..tegar sungguh nak gigit orang..hisyh~
perlu ke aku bagi warning macamni?agaknya baru depa paham kot!

aku boleh bersabar lagi kalau nyamuk tu gigit aku sorang..tapi yang jadi marah lagi bila dia gigit anak aku..
si haiqal ni plak jenis kalau kena gigit muka selamber je..macam takdak efek gatai..kebal kah anakku???

selingan..

when u feel wanna slap someone just say, hey!it's mosquito!
heheh.

Saturday, February 15, 2014

++bodoh sombong++

Assalamualaikum..

Live update dari sekolah sempena mesyuarat agung PIBG sekolah.
Makin lama duduk dalam meeting makin geram plak aku dengar usul2 yang kurang logik dan munasabah daripada ibubapa..hanya segelintir saja yang memberi cadangan yang dapat membina sekolah, ibubapa dan murid.
Apa yang aku nampak masih ramai parents yang tak faham fungsi pibg dan peranan guru.
Plak tu bermatian-matian nak pertahankan pendapat mereka umpama menegakkan benang yang basah..haisy!pantang betul aku ngan orang macamni.
Nampak benar kesombongannya..

Sebenarnya tujuan pibg ni diadakan adalah nak dapatkan persefahaman antara guru dan ibubapa bagi menjalankan aktiviti yang dapat menyumbang ke arah kebaikan bersama. Antaranya program kecemerlangan..gotong royong menceriakan sekolah..bacaan yassin perdana dan sebagainya. 
Banyak usul yang pibg terima tetapi yang jadi masalahnya, yang tukang usul tu langsung tak nampak batang hidungnya.macamana masalah hang nak selesai?tengok ayat dalam usul bukan main lagi..teringin gak nak kenal muka2 depa ni kennn~
Usul paling kelakar bila mana ada sorang parent yang cadangkan untuk ibubapa atau ajk pibg pantau disiplin guru.seorang. Amboih!besarnya pangkat hang dati pegawai JPN m KPM..sapa ntah yang nak bayaq gaji si tukang memantau tuh..lawak2!!!!

Ada juga usul yang komplen makanan rmt sikit berbanding tahun lepas.depa ni buta ka apa?tahun lepas buah dapat sepotong ja..kualiti makanan pon jauh lebih teruk dari sekarang.tahun ni buah dapat sebijik terus kot.takdak potong2 dah.aku syak anak dia jenis makan banyak.tu yang anak dia kata makanan sikit..elok ja aku tengok anak dia makin 'sihat'.hahahaha!macam2 hal!
Kadang2 aku sampai terfikir 'apa benda yang aku dengaq nehh?'

Apa2 pon ini adalah sebahagian daripada pengalaman aku sebagai guru.
Jauh lagi perjalanan bermaksud lagi banyak benda yang aku bakal hadapi.
Jaga diri.hiasi peribadi.bai!

Friday, February 14, 2014

++tips tangani anak suka mengamuk++

Asaalamualaikum..



rata-rata anak yang berumur 1-3 tahun ni suka TANTRUM..it is one of the ways to seek for parents' attention.as a mommy aku pon mengalami fasa yang sama.haiqal, kalau kita marah dia or say NO! dia akan terus guling atas lantai seolah-olah perkataan tu macam ada sign suh dia mengamuk.haha!lagi2 masa kami kat DUBAI haritu.memang itu waktu yang paling mencabar untuk aku dan suami..kami tengok anak orang lain elok je behave dalam stroller.baik laki or pempuan.haiqal plak tanak duduk lama dalam stroller.yang dia tau kalau dia tak larat jalan mama akan jadi mangsa untuk minta dukung.habislah mama anak oi..mana nak bawa adik dia dalam perut..lagi nak kendong dia ke hulu ke hilir..memang tak mampulah kan..ngan ayah tanak nak minta dukung.kalau dia nak pon dukung kejap2 je.pastu mesti dia mengamuk nak datang kat aku..huhu.
last2 ayah dia akan upset dan tinggikan suara..lagilah dia mengamuk sampai sedu sedan.paling tak menahan dia lap air mata yang kuar berjurai-jurai..kuat drama sungguh budak tu.

kalau g supermarket plak dia bukannya mengamuk sebab tak dapat barang yang dia nak..tapi mengamuk sebab aku tanak dukung.-___-'
kalau dari sudut positif baguslah sebab tak payah nak susah2 sogok dengan toys or apa2 benda dari supermarket. malu kami jadinya bila pak2 and mak2 arab tengok anak aku guling2 atas lantai.depa pandang semacam ja..yelah.depa memang jenis yang tegas didik anak.jadi anak2 macam tak berani sangat nak tantrum.selama 3 minggu aku kat sana memang langsung aku tak jumpa budak2 nangis macam anak aku.kalau kat malaysia banyak la spesis2 haiqal neh.hehe.based on my readings, anak2 orang ASIA memang sangat kuat ikatan dengan ibubapa..orang Asia ni jenis lembut hati.nangis sikit je mesti terus angkat dukung.kalau style barat, kalau anak depa nangis, memang depa buat kering je..sebab tu kita boleh tengok anak2 depa dari kecik sampai umur 6 tahun elok je dalam car seat kat tempat duduk belakang.


jeles tengok budak ni dok dalam car seat dia..siap buckle safety belt lagi.plak tu senyum keriangan!huh.

so untuk menangani anak yang suka bebai or mengamuk, ada yang suggest kat kami suruh tengok rancangan yang dikelola oleh JO FROST..mesti ada yang pernah dengar nama dia kan??she's very famous all over the world.ramai nak dapatkan khidmat dia untuk bantu selesaikan masalah tingkahlaku anak2.



she has written a lot of parenting books. but malas nak beli buku.malas nak baca ok..so tengok rancangan dia pon dah memadai di saluran 709 astro. dia ni kalau diikutkan takda anak pon.tapi dia ada kepakaran dari segi penjagaan kanak-kanak sebab dia pernah bertugas sebagai nanny di US dan Britain selama 22 tahun. hebat~!!orang putih sanggup hired dia dengan jumlah yang mahal untuk tangani masalah anak2 depa.hasilnya??PROBLEMS SUCCESSFULLY SOLVED!:)

dalam mendidik anak-anak kita tak boleh jadi terlalu lembut dan terlalu garang..kena pandai2 bertindak mengikut situasi.macam kami, aku tak garang.tapi suami memang kena tegas supaya anak tak boleh berkelakuan lebih dari had.dia perlu tau apa yang dia BOLEH buat dan TIDAK BOLEH buat. bila kita marah anak kita, (meninggikan suara tanpa sebarang sentuhan fizikal) jangan sesekali kita senyum2.after kita marah, kita kena terangkan kenapa kita marah..walaupon dia tak faham but kita kena keep explaining. lama2 kelamaan dia akan tahu juga..

bila anak nangis, alih perhatian dia dengan sesuatu yang dia suka..jangan sesekali kita angkat dia or dukung (which is aku selalu buat sebelum ni) contoh:masa anak nangis kita boleh cakap macamni...
"haiqal...jom kita minum milo...sedapp..mama buatkan milo ok??"
aku praktikkan kat haiqal and it works.:))

cuba elak dari cakap benda yang bermula dengan perkataan negatif seperti JANGAN!, NO!, DON'T, STOP! dan sebagainya. kalau nampak dia buat benda yang tidak sepatutnya, cepat2 tarik tangan dia dan bawa dia ke tempat lain.pendek cite..kita alih perhatian dia..kalau tak berjaya..cuba buat seperti contoh ni:
"auchhh..~!panas lah cawan tu..mama takutlah nak pegang" dengan mimik muka takut bersungguh-sungguh.secara tak langsung, anak akan faham..

selain tu, untuk menjadikan sesuatu perkara tu sebagai kebiasaan atau habit,kita kena buat secara konsisten selama lebih 21 hari..contohnya, kita nak ajar anak duduk dalam car seat. memang mula2 anak akan menangis..tabahkan hati wahai ibu!tak lama pon nak suruh anak biasa duduk dalam tu.dalam sehari tu kita letak baby dalam car seat lebih kurang 10-15 minit. aku dah terlepas nak ajar anak aku.sebab aku start tengok rancangan jo frost masa umur haiqal 1 tahun 6 bulan. masa tu haiqal memang dah duduk belakang sepenuhnya. tak ganggu kami drive keta.sebab apa yang kami ajar, once dia nak datang depan, dia wajib pakai seat belt.kalau nangis tanak pakai otometik dia kena duduk belakang..hasilnya skang ni, bila dia naik keta dan duduk depan, dia akan suruh kami pakaikan dia seat belt.agak2 dia dah bosan, dia akan minta kami unbuckle dan dia akan terus ke belakang..:)

alhamdulillah..skang ni aku lega banyak sebab haiqal dah banyak berubah ke arah yang lebih positif after mempraktikkan beberapa tips yang dikongsi di atas.
sebagai contoh,baru tadi.aku buka laptop untuk isi maklumat murid online..tiba2 dia datang dan nak off plague/switch.apa yang aku cakap kat dia..
"haiqal..nanti laptop mama dah penuh bateri baru haiqal tutup switch k?"

he did listen to me and understand my words very well.:))
he becomes so adorable day by day..sampaikan susah aku nak marah..kalau dia buat salah, dia akan cepat2 datang kat aku untuk bersalam..then dia akan kiss kat pipi tanda permohonan maaf.hahahaha!
terus sejuk hati mama..

p/s: haiqal masih lagi dalam proses pembentukan behaviour..masih banyak lagi yang kami perlu pelajari...dengan kami dia dah ok banyak..cuma dengan orang dia akan meragam..hurmm..
will try hard to solve this problem..perhaps haiqal dan adik dia membesar menjadi anak yang soleh dan sangat menyenangkan orang ramai..amiinnN~

Wednesday, February 12, 2014

++HI-5 vs action song++

Assalamualaikum...

semalam haiqal duduk dengan pengasuh sementara...habis waktu sekolah sebenarnya ada mesyuarat tapi aku minta kebenaran dengan pentadbir untuk balik awal sebab dah janji dengan pengasuh tu untuk ambil awal.dalam hati risau, gusar semua ada.yela, ko tinggalkan anak ko dengan orang yang dia tak kenal..agak2 apa yang dia rasa????
syuh2!!puas aku berjampi dan berusaha kuat untuk hindar perasaan negatif..tapi it kept coming...I cud not stop thinking of Muhammad Haiqal all the time.-__-
masa sampai je kat rumah akak tu, tengok2 dia tido sambil peluk ultraman dia..alahai..kesiannya anak mama...kak faridah tu kata, dia tak banyak meragam pon cuma sekali sekala dia teringat dia akan menangis.nangis kejap2 je.paling tak tahan tu bila time makan dia teringat kat mama..meleleh air mata dia sambil makan..aku dengar macam nak nangis skali plak.am I too sensitive or emotional????
maybe this is because of my pregnancy..too much thinking I guess.

haiqal's growth is superb!!
he learns a lot within this 2 years.he likes HI-5 so much..and every morning before mama and ayah go to work, he will ask us to turn on the tv just to watch HI 5.
not only haiqal loves to watch it but his mama too!!hahahaha!I just can't stop dancing and sinnging everytime listening to their songs..


my husband recorded him dancing last night..both of us laugh out loud while seeing him doing the actions..he didn't even look at the tv at all..but he seemed as he knows what to do for the actions..hahahaha. awesome baby!!
it reminds me of what I did last two years when Haiqal was still in my tummy..at that time I was too bz handling and preparing my kids for the action song competition..hahahah.I taught them to dance and sing..I guess he just inherits mom's interest.hehehe.

action song competition is about to start..I need to find some ideas..FYI, I did not start anything yet..even composing songs nor selecting kids to form a team.I just cant find times for me to all of the stuffs.SIGH~
but I think I want to do something like HI 5..something that catchy, attractive and creative..we'll see what is going to happen next..:)
do pray for me k.




@ the music room cari idea..heheheh.
siap suh suami hantarkan keyboard lagi..bila2 ada idea datang terus buat lagu..*jeling2*

Sunday, February 09, 2014

++susah tido malam++

Assalamualaikum..
Selamat petang~!!!!

While im writing this,my two sweethearts are out for buying foods..ahad biasanya aku akan masak lauk yang menarik dan mencabar(amboih ayat kau!) Tapi harini kuali maintain tergantung kat dapur.sebabnya pagi2 tadi dah keluar g breakfast ngan mak abah and keluargaku tersayang.rasa macam kenyang tersangat plak after sarapan..huhu.so tanya encik suami samada dia nak makan ke tak..dia pon cakap benda yang sama..tanak makan tengahari.kenyang melampau katanya!hihi.so sudahnya aku just masak untuk haiqal.goreng kuetiaw tonggek ja..

La ni aku susah betol nak tido malam.rasa tak selesa dan panas semacam..aku suspek ni mesti disebabkan hormon ibu mengandung..masa ngandungkan haiqal dulu pon aku rasa panas satu badan.nak2 bila perut dah masuk 6bulan.huhuhu.malam2 buka aircond and kipas serentak untuk sejukkan badan.kesian suami tido berbungkus menahan sejuk..apa yang merisaukan aku adakah prestasi keja akan terganggu..confirm!
siang mengantuk, malam berjaga.elok sangatlah bait lagu tu ngan aku skang ni.

Jeles tengok dua beranak tu tido memalam..kadang bersahutan dengkurannya sebab dua2 selsema!hahahaha!bila datang pagi je aku rasa mata aku rabak semacam.huhu.nasib haiqal tak berapa merap macam mula2 dia balik dari jitra haritu.kalau tak lagi besarlah eyebag panda.-___-

Friday, February 07, 2014

++bila perut semakin membesar++

Assalamualaikum...

rasa macam gagah giler semalam bila hanya tido dua jam ja pada malam sebelum tu.haiqal tak sihat lagi, jadinya dia ada masalah untuk tido..kesian sangat..tergaru sana tergaru sini.rasa macam nak guna penggaru kayu tu gosok2 badan dia.hikhikhikhikhik.statement kejam di situ ye..;p
pastu pengasuh plak bitau yang haiqal tido punya lama dari pagi sampai 12.30.perrghhh..memang nak qada' tido namanya tu.hasilnya bila balik rumah dia dah tanak tido..puas aku paksa.terpaksa mama dia bersengkang mata melayan kerenah dia yang semakin macam2.takpalah naakk...mama suka awak buat macamtu..cumanya jangan dok gusti mama sangatlah kot..sian adik awak nanti..huhuhu.-___-

********

aku bersyukur sejak dari mengandung anak pertama, aku tak pernah ada masalah makan.selera je memanjang..kalau tak makan banyak tu tak sah.semua orang perasan.hihi.sampaikan ada kengkawan sejawat yang risau tengok kuantiti makanan yang aku ambik.memang banyak ok!kengkadang tu terdetik gak dalam hati what if badan aku naik waktu mengandung dan tak turun2 dah??????huhuhu.so apa yang aku buat is, aku dah pesan siap2 kat suami.kalau nampak badan bini dia mengembang semacam sila cepat2 daftar nama aku kat mana2 slimming centre.kihkihkih!;p

skang ni masuk perut 6 bulan aku dah tak boleh makan sebanyak dulu..mesti kena makan sikit2.selera tu ada cuma tak boleh terlajak makan.bila lebih je mesti rasa mengah dan sesak PERUT.dulu masa time haiqal takda plak rasa macamtu.elok je makan banyak sampailah beranak. bentuk perut pon lain sikit dari dulu.
kalau time haiqal, perut nampak tajam dan runcing ke depan..badan maintain slim..cewahhh!but this time pinggang melebar dan segala-galanya nampak mengembang...sampaikan pernah sekali tu encik suami tegur..
"yangg..nape abang rasa bo***t sayang mengembang semacam je..?"
masa bertanya tu siap buat muka high curiosity yang amat..

pffftttt-____-
risau ye bang...yang mengandungnya sayang.jadinya sayang lah terpaksa menanggung kesan dan akibatnya.rasanya bukan setakat bo***t mengembang.lain2 pon ikut skali dah ni..part paling lawak tang hidung!hahahah.memang nampak nau besooooo~

I really enjoy my pregnancy..it gives me a wonderful feeling especially the moment u feel ur baby kicking inside ur tummy..sometimes haiqal pon akan gelak bila dia pegang perut mama, adik dia menendang waktu tu..gelak besar dibuatnya..:)

p/s: mommies out there, jaga diri baik2 ye..

Monday, February 03, 2014

++being pregnant and taking care of a sick son++

Assalamualaikum..
done tampal gigi masa balik kampung aritu!:D
ku sangkakan 3 je lubang..sekali check..nah amik kau~4 lubang..huhuhu.lega bila semua dah tampal...makan pun makin laju..(masa gigi berlubang pon dah makan mengketedarah.cer bayangkan skang macamana plak..hikhik)

good news, haiqal dah balik duduk ngan kami.bila dah sebulan lebih duduk kampung dia punya mengada-ngada tu lain macam je..asik nak berdukung je..nasib dapat mak yang penyabar..uhuhuhu.tapi nak dukung pon ada had..lagipon dia bukannya ringan..
elok je balik ipoh terus dia kena demam selsema..siap naik kelopak garam lagi kat all over the body.kesian sangat..asik merengek je..gatal2 tak selesa.mungkin Allah nak uji aku setelah lama dok berehat tak buat pape kat rumah..kena reset balik mind..tak boleh bermalas-malasan macam dulu dah.sangat mencabar bila kita ada anak yang masih kecil (bawah 2tahun) sakit dan dalam masa yang sama mengandung..rasa macam kudrat dan tenaga sangat terhad..tapi aku gagahkan jugak demi anak..hmmm..

semoga Allah beri kekuatan untuk menjaga haiqal sampai sihat dan sihatkanlah baby dalam kandungan..aminn~