Wednesday, February 19, 2014

++wahai lelaki..tolonglah..++

Assalamualaikum.

fitrah dan sifat seorang wanita/perempuan memang dilahirkan sensitif, mudah tersentuh dan emotional.
kenapa bukan lelaki????kerana sememangnya kita dah sedia maklum yang perempuan dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal.jadi dia mudah terdorong oleh nafsu.


isteri ni sebenarnya banyak fungsi dalam rumahtangga..pendek cerita multipurpose. semua benda dia nak kena buat dalam satu masa. dia kena pastikan yang makan pakai anak suami terjaga..iron baju suami, masakkan untuk suami anak, kemas rumah dan sebagainya..malam plak terpaksa berjaga bila anak meragam terutamanya bagi yang ada anak kecik..bila masa untuk tido dan berehat???So, TOLONGLAH FAHAM.

kadang2 setiap wanita ada kemahuan dia sendiri.nak2 dia bekerja dan ada duit sendiri. suami memang takda hak atas duit isteri. kalau dah suami sekat dia nak beli itu ini, tak merasa la dia nak cantik, bergaya , macam wanita2 lain..kalau dah tak bagi isteri beli barang keperluan guna duit sendiri, toksah bagi keje.kan senang?
jadinya wahai para suami, TOLONGLAH JANGAN SEKAT KEHENDAK ISTERI.
 
nak bini yang sebelah kiri atau kanan??

setiap isteri atau wanita mengharapkan pasangannya agar dapat memahami perasaan dia.terutamanya waktu BULAN MENGAMBANG a.k.a PEOD. mood memang akan mudah swing..so TOLONG JANGAN CARI PASAL.teheee~


ramai lelaki yang buat2 tak faham yang orang perempuan ni perlukan pertolongan di rumah..jadi ringan2 kan tulang anda untuk membantu..tolong jagakan anak waktu isteri masak ke..tolong basuh pinggan ke..tolong basuh baju ke..dan tolonglah apa2 yang patut asalkan dapta meringankan beban kerja isteri. kalau susah sangat nak tolong dari segi kudrat, paling senang adalah TOLONG JANGAN SEPAHKAN RUMAH..aku rasa semua perempuan nak rumah mereka berada dalam keadaan kemas dan bersih.supaya bila masa kawan2 dia atau sape2 datang rumah takdalah segan sangat dengan tetamu kan..
nak2 dapat plak bini yang cerewet macam aku.hahahaha!habis semua aku nak buat..cuci toilet, masak, sapu dan mop rumah, buat keje sekolah online, lipat baju...last2 aku yang terkelepet kepenatan sebab nak semua dalam keadaan ok..at least sedap mata memandang.hehe.

keje aku kat rumah dah makin ringan sebab suami rajin tolong basuh dan sidai baju..tang lipat tu memang aku tak bagi sebab satgi jadi lipatan kuih plak.bahahah! Alhamdulillah dapat suami yang menyenangkan hati..:)

No comments:

Post a Comment