Saturday, February 15, 2014

++bodoh sombong++

Assalamualaikum..

Live update dari sekolah sempena mesyuarat agung PIBG sekolah.
Makin lama duduk dalam meeting makin geram plak aku dengar usul2 yang kurang logik dan munasabah daripada ibubapa..hanya segelintir saja yang memberi cadangan yang dapat membina sekolah, ibubapa dan murid.
Apa yang aku nampak masih ramai parents yang tak faham fungsi pibg dan peranan guru.
Plak tu bermatian-matian nak pertahankan pendapat mereka umpama menegakkan benang yang basah..haisy!pantang betul aku ngan orang macamni.
Nampak benar kesombongannya..

Sebenarnya tujuan pibg ni diadakan adalah nak dapatkan persefahaman antara guru dan ibubapa bagi menjalankan aktiviti yang dapat menyumbang ke arah kebaikan bersama. Antaranya program kecemerlangan..gotong royong menceriakan sekolah..bacaan yassin perdana dan sebagainya. 
Banyak usul yang pibg terima tetapi yang jadi masalahnya, yang tukang usul tu langsung tak nampak batang hidungnya.macamana masalah hang nak selesai?tengok ayat dalam usul bukan main lagi..teringin gak nak kenal muka2 depa ni kennn~
Usul paling kelakar bila mana ada sorang parent yang cadangkan untuk ibubapa atau ajk pibg pantau disiplin guru.seorang. Amboih!besarnya pangkat hang dati pegawai JPN m KPM..sapa ntah yang nak bayaq gaji si tukang memantau tuh..lawak2!!!!

Ada juga usul yang komplen makanan rmt sikit berbanding tahun lepas.depa ni buta ka apa?tahun lepas buah dapat sepotong ja..kualiti makanan pon jauh lebih teruk dari sekarang.tahun ni buah dapat sebijik terus kot.takdak potong2 dah.aku syak anak dia jenis makan banyak.tu yang anak dia kata makanan sikit..elok ja aku tengok anak dia makin 'sihat'.hahahaha!macam2 hal!
Kadang2 aku sampai terfikir 'apa benda yang aku dengaq nehh?'

Apa2 pon ini adalah sebahagian daripada pengalaman aku sebagai guru.
Jauh lagi perjalanan bermaksud lagi banyak benda yang aku bakal hadapi.
Jaga diri.hiasi peribadi.bai!

No comments:

Post a Comment