Wednesday, May 28, 2014

++turun berat badan dengan cepat selepas bersalin++

Assalamualaikum..

ada diantara readers yang taktau aku pernah gemuk sebelum ni..berat hampir mencecah 60kg masa lepas SPM dulu..then bila masuk maktab slowly berat turun antara 51-52kg dengan sendirinya.adakah disebabkan pertambahan usia??ntahla..haha.cuma bila lepas kawin dan ada anak sorang berat makin turun plak..sebelum mengandung aina hannan berat aku 48-49kg.susah sangat nak cecah angka 50. memang orang asik tegur kurus sebab tinggi 162.5cm.tapi disebalik berat tu depa taktau yang aku kuat makan..hikhikhik!FYI, berat last masa bersalin pon 61.5kg.kira tak nampak naik sangat pon.siap ada kawan baik tegur kalau dari belakang tak nampak macam pregnant pon.cuma kalau tengok depan macam &%#&$*.gahahahah!

nak tau cara mekna turun berat badan dengan cepat lepas bersalin????haaa~nin dia rahsianya!hehe.

MENYUSUKAN ANAK SECARA BERTERUSAN.
aku ada masalah awal2 nak menyusukan anak.asik luka ja kat bahagian tu..sakit bukan kepalang.tapi memang dah berazam nak menyusukan anak secara exclusive so tahankan juga sakit tu.huhu.ramai ibu yang stop menyusukan anak sebab nipple luka.once kita stop susukan anak, maka production susu juga semakin kurang..that is why susu kering. kebaikan menyusu anak (direct breastfeeding), rahim kita cepat mengecut.secara tak langsung, perut yang menggelebeh lepas beranak dah makin rata.:) selain tu gak, berat badan akan cepat turun kerana badan kita bekerja kuat untuk produce susu seoalah-olah kita sedang workout selama beberapa jam.

jangan takut untuk makan banyak semasa berpantang..makan banyak dapat menyumbang untuk menghasilkan susu yang banyak dan membantu untuk memberi tenaga.then minum air secukupnya.aku faham, kalau ikut pantang tradisional, nak minum air ada sukatan, then makan tak boleh bertambah.so makan nasi kalau rasa nak makan lebih letak nasi banyak2.sebab kalau tak cukup tak boleh tambah dah. itu menurut apa yang mak aku cerita dulu2..lauk plak ikan masin atau ikan bakar.sayur takda kuah..memang totally kering. suami selalu question, kalau tak minum air banyak macamana susu nak keluar???and I totally agree with that. cuma makan tu janganlah melampau-lampau..apa yang aku maksudkan dengan makan banyak tu, mengikut keperluan badan.jangan makan kurang dari apa yang badan kita perlukan.

LOSYEN PANAS.
aku sangat suka pakai losyen sejuta khasiat daripada produk ANUGERAH..rasa hangat dan berangin (mint) bila apply kat kulit. best! everytime pas mandi aku akan make sure aku sapu losyen kat bahagian badan yang dikesan ada lemak degil.heheh.paling penting sapu kat bahagian perut, peha, pinggang,punggung dan tapak kaki..insyaAllah dapat membantu untuk membakar lelemak.:)
lepas sapu losyen terus pakai bengkung...pergh.memang terbaik.kesan dapat dilihat seawal minggu pertama.

JANGAN MAKAN LEWAT MALAM.
menjadi kepantangan aku kalau makan lewat malam semasa berpantang.I will make sure waktu makan last sebelum maghrib. tu pon bukan makan nasi..but makan biskut or roti sekeping dua. kalau lepas maghrib aku just minum kopi halia or susu.that's all.:)

MAKAN JAMU.
kalau anak ada jaundice dinasihatkan jangan ambil sebarang jamu atau ubatan panas terutamanya kalau ibu tu breastfeed anak. kalau anak minum susu FM korang nak makan lebih daripada jamu pon takpa.hehe.macam aku, anak kena kuning nak dekat 2 minggu. so, baru 3 hari start makan jamu keluaran ANUGERAH..plus, aku ada beli jamu tradisional kat mak bidan yang menngurut badan aritu. insyaAllah pengambilan jamu pon membantu untuk mengurangkan berat badan.
tapi perlu diingatkan, kalau ibu ada masalah darah tinggi JANGAN MAKAN. membahayakan kesihatan.

so far itu ja yang aku amalkan sepanjang berpantang selain dari mengurut, bertungku dan lain2. alhamdulillah dalam masa 2 minggu lepas bersalin aku dah dapat berat badan ideal.:)

jangan malas untuk menjaga badan sendiri.bukan apa, mak selalu pesan, orang perempuan ni kena jaga badan. sebab badan nak pakai lama..secara tak langsung bila badan sihat dan cergas dapat mengekalkan keharmonian rumah tangga..insyaAllah.

1 comment:

  1. wahh..bestnye dapat berat susah naik..betul..setuju sangat..kalau kurang minum air macamana nak produce susu kan

    ReplyDelete