Wednesday, April 30, 2014

++rumah kemas, jiwa tenang++

Assalamualaikum..

aku memang minat sangat bab2 kemas dan menghias rumah.tersangatlah mak2.hahah!mewarisi minat  mak gamaknya.aku tak suka tengok keadaan rumah yang bersepah macam rumah sewa bujang..tuala sangkut sana sini..toto/tilam depan tv..kasut tak bersusun dan sebagainya.tapi tak semua orang bujang gitu.jangan salah faham ye.

bila kekemasan rumah tak capai tahap piawaian yang aku nak,aku akan jadi tersangat lah stress..taktau nak cakap macamana.rasa macam kepala nak meletop pon ada.hamboih. hiperbola sangat kan perumpaannya.hahaha! so, daripada awal aku train anak aku untuk kemas mainan dia lepas main.lagi satu, aku suka sangat kalau rumah bau fresh dan wangi~rasa macam home sweet home.that is why every month aku akan spend duit sikit untuk beli pewangi.kalau korang datang rumah aku memang boleh nampak macam2 jenis pewangi aku letak kat rumah.hahaha!gila obses wangi pempuan ni! tapi main dengan sampah poo-poo muhammad haiqal memang tak terlawan baunya kadang2..rumah aku ni kecik je.even double storey tapi jarak pintu depan dengan dapur tak jauh mana..padahal sampah busuk2 tu selalunya aku akan ikat dalam 2,3 plastik.tanak busuk satu rumah.but still, ada gak bau kurang menyenangkan..huhuhu.

semalam, lepas lunch dengan suami aku terus shopping sorang2.beli perkakas rumah..benda pertama aku beli adalah penyapu sawang.


sawang kat rumah aku ni pelik sikit..berbulu2 kat dinding..so, every couple days memang kena buang sawang kat syiling dan dinding2 rumah..kalau tak rumah ko akan nampak macam HAUNTED HOUSE..eeeeeeeeeeeee!~

benda kedua:


aku beli two tier rack. rumah sewa aku takda pintu untuk kitchen cabinet. so apa yang perlu aku buat adalah memastikan susunan kat bawah sinki dapur tu kemas..rak ni aku guna untuk letak gelas dan cawan2 untuk tetamu datang..:)


ihsan daripada kawan baik:goole.
aku punya raga macam warna merah tu..ahaaa~yang tu aku guna untuk letak periuk2 dan dulang..still kena susun cantik2.

habis kemas dapur semua, aku pasang langsir untuk tutup kitchen cabinet takda pintu. kena kreatif lah.kalau tak daripada dining hall orang dah boleh nampak apa yang ada kat bawah sinki dan dapur gas.maluuuu~T___T

nak tengok hasil yang aku buat semalam?
satgi aku update gambar terkini k..:)

babai~
jaga diri dan hiasi peribadi..salam.

Tuesday, April 29, 2014

++hiasan rumah idaman++

Assalamualaikum..

angin apa ntah ahad malam ritu sampai je rumah terus aku pegang penyapu dan memulakan kerja-kerja pembersihan rumah. padahal kalau diikutkan aku baru je lepas drive balik dari jitra ke ipoh.then sampai ipoh terus jalan2 g dinner dengan suami plak.kami janji nak jumpa dekat aeon bercham untuk makan sesama..rasa macam pakwe makwe i ols.masing2 naik kete sorang satu.hehe. lepas makan, terus ajak suami jalan2 dengan alasan bagi makanan turun..kenyang terlajak after having dinner di secret recipe. sebenarnya ada hajat disebalik jenjalan.hehe.memang aku dah aim nak shopping barang2 rumah. aku bertekad sementara haiqal ada di kampung, boleh aku menghias rumah.lama tak hias rumah since haiqal kuat memunggah and sepahkan barang..wu..wu..wu..~:(

masuk je kat aeon bahagian accessories rumah, mata aku jadi rambang.semua nampak cantik.berjalan dok pilih itu ini sampai lupa yang aku ni mak buyong dengan perut besar.tunggu hari je nak bersalin.kuikuikuikuik.tulah namanya perempuan..when it comes to shopping memang tak hengat doniaaa~

shopping sampai xsedar aeon pon dah nak tutup..dah dapat barang terus muka tak berhenti mengukir senyuman sebab dah dapat apa yang dihajatkan. sampai je rumah, suami ingat aku nak terus tido (sebab dah solat siap2 kat aeon) tapi sebenarnya tak. aku terus gatal tangan tak sabar nak susun atur barang2 yang baru dibeli. kebetulan plak masa balik kedah ritu, mak ada bagi tikar buluh design baru.boleh lah gantikan dengan tikar lama yang dah berbulu-bulu..huahuahua. ntah daripada mana aku dapat kekuatan untuk mengemas dan menghias rumah memalam..siap basuh lagi alas sofa, lapik meja dan table runner..heheh.memang lawak. last2 suami dah tak larat nak layan bini dia, terus dia naik atas and tido dulu..;p

FYI, perabot2 kat rumah memang kami langsung tak beli.semuanya pemberian daripada family mertua..kebanyakan dah berusia lebih dari 10 tahun.masih elok lagi..nak beli baru rasa macam rugi plak.sebab kalau boleh nanti tanak bawak banyak barang untuk pindah ke rumah baru (our new house dah siap.yeay!)
tapi hati teringin gak nak bagi rumah nampak elok..at least biarlah nampak rupa rumah keluarga kan...:)
tambahan plak nak dekat raya..hehe.semangat!sambil2 basuh alas meja, sofa dan lain2 aku sapu rumah..alang2 nak kemas biar buat berhabis.last2 aku siap mengemas rumah nak dekat 2 pagi..pegh.merecik peluh mak oke~

sebenarnya banyak lagi benda nak buat.tapi suami cakap udah2 le tu.karang ada yang terberanak masa dok mengemas..sebab beria sangat..hewhew!
skang ni aku ngah survey tempat yang boleh buat sarung sofa..memang sofa kat rumah aku dah bertampuk2 dah. ada yang terkena telur lah..air mata muhammad haiqal lah..air liur basi lah..macam lagi.sudahnya aku terpaksa beli pelapik sofa untuk cover tempat2 yang ada peta.hahah!
sapa2 tau ada tempat untuk buat sarung sofa habaq na...



currently sofa L aku lebih kurang macam kat atas..tapi model lagi lama..boleh imagine tak?

untuk harini plak after having lunch dengan encik suami aku direct ke tesco. aku beli lagi barang2 rumah kat kedai D.I.Y.siap beli wallpaper lagi.tapi taktau nak buh tang mana.kahkahkahkah!kalau suami aku tau memang habis kena berletiaq~baru terasa penat dan letih badan disebabkan aku berenti buat keje..kalau buat keje non-stop takda plak rasa sakit pinggang ke apa ke..


suka sangat datang sini.sebab barang murah dah banyak pilihan..

next aim:
nak kemas bahagian dapur plak..dah dapur tu kecik comel je.boleh masuk sorang je kot..kalau lebih sorang berlanggar bontot masing2. rindu dapur dan ruang masak kat quarters putrajaya..selesa sangat.
wish me luck!

p/s: nakkan rumah macamni:



tapi buat masa ni mampu buat macamni je dulu..

carpet kegemaran haiqal.he likes to imitate the mimics..hohoho.

coffee table..and the flowers nampak sangat tak tersusun sebab kadang2 haiqal suka main bunga tu..adoiyai~T__T

ruang dining hall yang sangat limited.syukur meja makan yang parents mertua bagi just nice je diletakkan kat sini. kalau meja makan besar jenuh la..

one my my favourite places in the living room is at this corner..haa..lapik sofa yang aku cerita tu yang warna hijau tu..kalau angkat je benda alah tu memang nampak peta dunia.

jangan ditanya kenapa rumah aku macam warna warni..dinding2 kat rumah ni semuanya dah dicat oleh tuan rumah..kami sebagai penyewa redha je dengan warna2 kat bahagian rumah ni.hahaha! ruang tamu hijau.then ruang makan merah.agak kekelllllllllll~ ok.;p

ok lah..mission harini aku nak beli bunga baru.
nak letak kat sebelah tv.harap2 ada yang berkenan di hati...babai semua~


Monday, April 28, 2014

++#1..alkisahnya..pertemuan kami..++

 Assalamualaikum...

masa sekolah dulu aku kategori pelajar biasa.takda faktor wow! langsung.almaklumlah.perasaan merendah diri tu dok menebal since mak ayah bukannya orang senang.ok.fullstop.
bila masuk maktab dan ada orang bagi perhatian kat aku mula lah rasa seronok.yelah..sebelum ni takda sapa nak kat muka ni..tiba2 ada orang dok puji I itu ini secara tiba2..hahaha.tersangatlah culture shock! rasa macam nak letak kepala dalam baldi bila diingat balik cerita dolu2.tapi tu dulula..banyak sangat kenangan pahit berbanding manis yang terpaksa ditelan sampaikan aku jadi takut untuk fall for someone..padan muka sendiri pon ada gak..tapi bila difikirkan balik, Allah sebenarnya sayang aku..jadi Dia nak aku ubah cara hidup aku untuk menjadi seorang yang lebih baik..dan makayah selalu pesan, kita perlu jadi baik untuk dapat pasangan yang baik juga.so aku bertekad untuk istiqamah ketika berhijrah. 

setelah beberapa ketika Allah pertemukan aku dengan seseorang yang masa tu tak disangka langsung akan jadi suami aku skang ni..sebelum ni aku dok tengok dia dalam laman sosial friendster kawan baik aku a.k.a dr.dena..dorang ni satu kelas perubatan. ada gak tersebut kat dena, "boleh tahan gak kawan hang ni.mesti dah ada gf.tapi memang betul la masa tu dia ada gf.heheh!

masa 3rd year, time fesbuk mula femes aku jumpa balik dia.rasa jakun gila.jumpa dalam gambaq jala..masa tu depa dah final year kalau tak silap aku.aku pon saja2 la add dia dan dia approve.takda intention apa2 pon.apa yang aku perasan, dalam pictures dia masa tu ada beberapa gambaq kucing, I guess dia mesti suka kucing macam aku..hehe. so, aku pon sesajalah tag gambaq kucing aku kat dia.

klik pada gambar untuk saiz yang lebih besaq...~

daripada gambar ini lah, segalanya bermula..ehemm~;p
bila tengok cara dia reply comment terus rasa "eh, kasaqnya mamat ni...tak gentleman langsung" sapa jadi gf dia mesti makan hati.hakhakkhak!kalau tak caya kat aku korang tengok sendiri kat pic atas tu.;p

dalam pada masa yang sama, ada seorang pensyarah aku yang 'kenen'kan aku dengan anaknya..so semua lelaki yang dikenenkan tu aku buat kenkawan jala..tak berani nak lebih2 takut bagi harapan palsu. tak sangka lepas main komen2 kat gambaq fesbuk dr. F berani pm aku.kali ni kami banyak bersembang secara private..heheh.banyak perkara dan pendapat dikongsi.still takda rasa apa2 pon kat dia.setakat kawan2 gitu ja..aku fikir orang macam dia takkan nak kat aku.kat universiti or hospital2 lagi banyak girls yang cantik2 dan baik2 untuk dipilih.kan?kan??

sampailah satu hari dia beranikan diri untuk minta no fon aku..aku tak bagi.tapi dia minta kat kawan baik aku yang kebetulan gak kawan baik dia kat kolej.:) dia main miskol2 je. langsung tak mesej or apa.but instinct aku kuat mengatakan tu nombor dia.so aku beranikan diri untuk mesej dia..hahaha.apa barang tak call betul2 kan.gentleman la sikit..;p

daripada mesej, kami saling call each other or yahoo messenger. dia siap request aku untuk jumpa aku in person after few months cuba mengenali diri masing2. cuak beb! kang kalau jumpa aku tetiba kang terus reject.mana lah tau kan..~aku just address him as dr.F..dia cakap gambaq boleh menipu dan main edit.lawa dalam gambaq tak semestinya sama in person.tu yang dia nak jumpa aku..jap..jap!lawa kah???kahkahkah!berdebar sangat when he decided to meet me back in kedah..kebetulan dia dah habis belajar dan tunggu posting kat hospital mana,aku plak cuti sem..

to be continued..

Wednesday, April 23, 2014

++ubatan yang selamat dimakan ketika mengandung atau menyusukan bayi++

Assalamualaikum..

just now I was having a conversation with my husband regarding safe medicines for pregnant lady and breastfeeding mom. ramai yang tak peka akan kesan pengambilan ubat terhadap bayi yang dikandung or bayi yang menyusu secara exclusive. biasanya, bila jadi apa2 pada bayi baru nak panik dan paling parah bila semuanya sudah terlambat..nauzubillahiminzalik..aku pon taktau selama ni..ubatan yang aku makan selama ni pon semuanya disediakan oleh suami.he knows better what should and what shouldn't take. kalau ikut aku semua aku belasah je.asal boleh baik dengan segera.

petang tadi, one of my housemates in college back then asked me about is it safe to breastfeed her baby while she's down with fever?? I can't give the answer simply like that cause I need my husband's advise regarding this matter. the answer is, better not to breastfeed your baby directly. if you have ebm stocks at home, try to feed your baby using a bottle. itu adalah lebih selamat.daya ketahanan dan sistem imun baby tak sama macam orang dewasa. once dia dah berjangkit memang susah nak baik. nak makan ubat pon perlu dapatkan consultation daripada doktor yang pakar.namun demikian, terdapat 3 jenis kumpulan antibiotik yang selamat dimakan iaitu kumpulan penisilin, kumpulan erythromycin, dan kumpulan cephaloslorin.so, u better check sebelum makan apa2 ubatan.:)

kalau ibu menyusu ada ambil antibiotik ketika demam, JANGAN susukan anak secara langsung. ini boleh membahayakan nyawa baby. kesannya, dikhuatiri akan berlaku reaction terhadap baby macam alahan pada kulit, sesak nafas dan sebagainya. baru2 ni kita digemparkan dengan berita seorang bayi berusia 9 bulan mengalami kesan lecuran yang teruk setelah diberi ubat oleh doktor. dan akhirnya bayi tu meninggal dunia.sedih sangat..pastu doktor plak dituduh membunuh kerana memberi ubatan yang salah sehingga menyebabkan kematian. masyarakat yang taktau the real situation pakat dok hentam doktor ramai2. maki itu ini without knowing takda seorang doktor pon saja2 nak bagi racun kat pesakit. yang jadi doktor ni sejak dari awal lagi mereka dilatih untuk menyelamatkan nyawa pesakit..how come mereka boleh dituduh sebagai pembunuh kan????please..don't judge them dari segi tuduhan yang dilemparkan tanpa mengetahui perkara sebenar or bukti kukuh..

lemme share something..kaedah yang selamat untuk merawat selsema bagi ibu mengandung:
1. makan makanan yang seimbang.lebihkan makanan buah-buahan yang mengadungi khasiat vitamin c yang tinggi..vitamin antioksida seperti vitamin c dapat membantu melawan jangkitan.
2. minum air sekurang-kurangnya 1.5 liter sehari.tak semestinya minum air mineral tapi jus buah pon bolehhh~
3. kalau hidung sumbat, boleh sapu vicks pada hidung untuk kelegaan.takpun minyak kapak pada tisu dan hidu tisu tu..
4. kalau korang rajin, didihkan air dan wapkan muka..bila kena stim panas, rongga2 hidung akan terbuka..

ubat titik hidung tidak digalakkan untuk diambil..kalau nak guna kena dapat advise daripada doktor.

batuk/demam plak:
1. minum air suam yang dicampur sesudu madu dan perahan lemon..insyaAllah dapat melegakan gatal tekak or batuk2.
2. gula2 seperti hacks hitam(in red wrap) or strepsils pon membantu.



3. kalau kedua2 kaedah di atas tak berkesan, boleh makan ubat batuk jenis benedril.

itu saja yang boleh dikongsi.kalau ada sebarang kesilapan pada penulisan saya di atas, boleh tinggal komen ye.







Monday, April 21, 2014

++menjadi seorang ibu++

Assalamualaikum..

lagi beberapa hari je lagi mak ayah nak datang ipoh ambil muhammad haiqal.it's good to have parents yang sangat membantu dan supportive tambah2 dalam keadaan skang. my husband was not at home last night to complete his night shift at the hospital.kadang2 rasa kesian sangat dengan suami.pagi2 keluar rumah kerja dan sampai rumah pukul 2pm. an then rehat sekejap, malam sampai pagi kena keje lagi..I don't know where does he get the strength to work more than 12hours per day. pity him:(

masa aku banyak dihabiskan di rumah dengan anak teruna. makin besar ada2 je gelagat dia yang mencuit hati. sangat membahagiakan..:) but kadang2 tu ada je benda yang dia buat mengundang kemarahan.huhuhuhu.tapi sabarkan jela memandangkan dia masih dalam proses pembelajaran kan...don't act too harsh to him.tegur secara berhikmah..oh how I love my little family so much!

FYI, ada satu perkara yang mengganggu fikiran aku lately..tak lama lagi kami akan terima ahli baru dalam keluarga.yes.a new baby.memandangkan aku terlalu sayangkan muhammad haiqal as I put all of my love and affection to my son aku jadi tersangatlah takut..bukan apa takut aku tak boleh nak bahagi kasih seadilnya kat baby baru nanti.nonsense thought!!I know..tapi itulah hakikatnya..aku takut nanti aku terlalu menumpukan ke atas salah seorang dan seorang lagi terabai..samada aku terabaikan haiqal or adik dia.I would never know.hurm~
padahal aku tengok orang lain ramai anak ok je..mampu berlaku adil tanpa ada sedikit perasaan pilih kasih. I have to believe that setiap anak ada kelebihan masing-masing.

ya Allah..kuatkanlah hatiku..jadikan aku seorang ibu yang mithali yang mengasihi anak-anaknya tanpa sedikit kekurangan pada setiap seorang pon..pasti aku akan kecewa kalau tak boleh nak handle perasaan sendiri dan bersikap pilih kasih.jauhkan aku dari semua tu ya Allah..

macamana dengan pengalaman kawan2 yang dah ada anak lebih dari seorang ya????feel free to share ur experience here or email me at husnanerra@yahoo.com.

mengalir air mata bila tengok balik anak yang membesar depan mata..how time flies..~
bila dah deliver nanti mesti rindu rasa baby bergerak dalam perut.huhuhu.

jom tengok timeline aku being a mother.

first pregnancy.@ 28 weeks. baby bump was hidden behind the handbag.;p

went for baby clothes shopping..as u can see in the pic. it's all blue...so what to expect???;p

look what we've got here..excited for expecting a new baby. 

few days before delivery..at this time we were heading to putrajaya for school holiday (may 2012)
balik pagi sabtu..then hari isnin dah deliver..

inilah baby yang tak sabar nak keluar tengok dunia.sepatutnya due bulan 7, tapi dia keluar 31.5.2011. oh anak..

this little precious memang dari awal lagi dah nampak iras ayah.

first time bawa haiqal g check up. still can't believe that I'm already a mother.

@1month - waktu kecik memang dia nampak macam baby kekurangan oksigen.sebabnya bibir biru, then badan pon terus bertukar menjadi gelap.

@2months - biasakan baby dok dalam stroller. senang bawak jalan2.:)

@3months.membesar bagaikan juara.hahaha!

entering 4 months - mata dah nampak ikot mama..hikhikhik.at least ada gak 1 feature yang sama kan..

@5 months -dia dah start boleh gerak mengundur.

@6months- macam abang2 kawasan kan???:p


bersama atuk ipoh.:)

7months - dia dah boleh duduk..

entering 8 months with tokcik nassir wahab.:)

 8 months - dah belajar duduk sendiri.

@9 months - rambut makin banyak dan tumbuh sekata.

@10months - yay!rambut dah tumbuh habis..handsome!:D

@11 months - he loves to sit in his baby chair.

@1year - bila dah dapat kaki memang tak terkejar mama dibuatnya.habis celah2 dan bawah2 meja dia nak lalu.

latest pic

abang haiqal dan mama selfie dalam kereta while waiting for ayah habis kerja.


and now haiqal is entering his second year..memang cepat betul masa berlalu..
and haiqal's birthday is around the corner. kebetulan masa tu aku dalam pantang..harapnya sihat dan kuat untuk throw a party for him (doa selamat sebenarnya.hehe) dan dalam masa yang sama nak buat kenduri akikah adiknya skali..:)
seronok sebab boleh celebrate birthday 3 orang sekali dalam bulan sama; ayah, abang haiqal dan baby..yippee..~

semoga Allah melimpahkan kasih dan rahmat ke atas keluarga kami..aminn..

take care semua.jaga diri.babai~


Sunday, April 20, 2014

++tips kekal cergas dan bertenaga semasa hamil++

Assalamualaikum..

ramai yang tegur even aku dah nak masuk 9 bulan mengandung but still nampak cergas.hahah!kat tempat keja memang aku sentiasa bersemangat nak siapkan keje.when it comes to going back home, automatically aku rasa macam letih sikit..perlu untuk baring2 dan lepas tu bolehlah layan anak laki, makan pakai depa dan kemas rumah sikit2.:) actually aku ada rahsia nak kongsi ngan semua apa yang aku amalkan sepanjang pregnancy kali ni.

1. bersikap positif
-early pregnancy haritu mood memang senang sangat swing.cepat marah dan melenting.selepas buat reading dan dengar ceramah agama berkenaan dengan kawalan emosi semasa mengandung, aku berjaya kawal marah. kalau ada rasa perasaan tak puas hati kat pasangan, jangan pendam dan lepas marah secara melulu. kalau boleh, ajak pasangan duduk berbual-bual santai, then masa tu suarakan isu yang terpendam dengan cara baik supaya pasangan lebih memahami..jangan la dok menyinga sangat..satgi benda yang asalnya 1, jadi 10. Alhamdulillah, aura positif semakin memenuhi ruang rumah..:)

2. supplement
- so far aku makan iberet 500. aku dah pernah cerita in previous entry dulu.besides, aku makan supplement keluaraan shaklee..awal2 dulu macam was2 nak ambik mana2 produk masa ngandung. sebab masa haiqal dulu aku just amalkan makan obimin semata-mata. but every pregnancy is different. pregnant kali ni aku ada masalah sikit. bleeding, cepat letih dan lesu, hb rendah dll. so, need makanan tambahan untuk boost tenaga.for me shaklee is good.bole review produk kat mana2 pengedar sah.

3. tolak ansur
- ibu mengandung sangat memerlukan persefahaman dan sikap tolak ansur daripada pasangan masing-masing.jangan paksa diri untuk buat benda di luar kemampuan diri. benda ni sebenarnya tak perlu diterangkan secara terperinci sangat, itu adalah lebih kepada kesedaran suami untuk bantu isteri buat apa yang patut di rumah.tak boleh pentingkan diri sendiri..ibu mengandung tak mampu nak handle semua benda kat rumah.dan sebagai pasangan, mereka perlu tahu tu.Alhamdulillah..my spouse is very handy and helpful..:)

4. sokongan daripada yang tersayang
- apabila kita stress, kata-kata semangat daripada orang tersayang sangat melegakan..contohnya kalau aku balik sekolah lewat petang, memang rasa letih yang amat..tengok anak datang dan peluk cium kita terus hilang letih!then dapat pulak suami yang melayan kerenah isteri..tanya apa yang kita teringin nak makan..rasa satu perasaan yang sangat indah tau.:) lagi satu, aku akan telefon mak ayah hampir setiap hari..bila mendengarkan mereka sentiasa berdoa untuk anak-anak lagi rasa bersemangat. aku dikira insan yang bertuah kerana dikelilingi orang2 yang baik..baik dari segi pengasuh anak, keluarga angkat di sini..kawan2 yang prihatin dan lain2. alhamdulillah3X!

selain dari 4 tips yang dikongsi di atas, sebenarnya banyak lagi benda yang boleh buat kita kekal cergas dan bertenaga. rajin2 lah dengar ceramah agama, berzikir, berselawat dan mengaji surah2 yang dapat membantu kita semasa proses melahirkan anak nanti..pendek cerita dekatkan diri dengan Allah s.w.t. 
semoga dapat membantu kita nanti.insyaAllah..

Monday, April 14, 2014

++pubic bone pain++

Assalamualaikum...

pregnant kali ni aku diuji dengan pubic bone pain.apa tu???bahaya tak??ok.lemme explain..aku takdelah pandai sangat malah bukan doktor pon.huahua.tapi aku ada buat carian di google and beberapa website kesihatan untuk tau apa yang sebenarnya aku alami. cewahhh~selain tu ada juga bertanya 'roomate' kesayangan..

tak semua ibu mengandung akan alami kesakitan ni.macam aku masa ngandungkan haiqal dulu takda plak rasa sakit apa2.setakat lenguh pinggang sikit2 je..at first masa rasa sakit tu aku macam konfius kejap..aih.takkan nak beranak dah kot.padahal masa tu kandungan baru nak mencecah 7 bulan..tapi aku yang aku perasan sakitnya bukan kat bahagian perut tapi sakit kat tulang TUTTTT~huahuahua! ada sekali tu punyalah sakit sampai aku terpaksa telan panadol 2 biji baru boleh tido malam.kalau tak, jenuh nak menahan kesakitan.dia punya sakit tu lain macam tau.NYUT..NYUT..NYUT!nak bangun dari duduk punyalah siksa.rasa macam tak terbangun/berdiri pon ye gak..terus cakap kat suami..then dia cakap.."ni mesti berdiri banyak kat sekolah kan..."

then masa pergi buat check up kat hospital, ada tanya doktor pakar tu berkenaan dengan kesakitan ni.dia cakap it's normal..bila baby semakin besar..dia akan menekan beberapa vessel or saluran darah menyebabkan ibu rasa sakit dan tak selesa..tapi agaknya betul apa yang dia cakap.sebab start baby dah besar sikit baru rasa sakitnya. so, apa nak buat untuk hilangkan kesakitan ni????

as a teacher aku memang banyak berdiri dan bergerak ke depan, ke belakang untuk pantau murid..jarang duduk setempat sebab memang tak digalakkan buat macamtu pon kan??apa yang aku perasan bila aku berdiri lama, balik rumah je mesti rasa sakit. bila kurang berdiri sakitnya kurang..so, kawan2 yang alami benda sama, elakkan berdiri terlalu lama ok..

kalau dah rasa sakit teruk, baring dan berehat..tak payah nak buat keje apa2..sampai sakit tu reda..jenis aku plak, balik rumah tak reti nak duduk diam.mesti nak kemas2 apa yang patut and masak untuk suami dan anak teruna tu. bila dok terbaring je rasa lemah dan malas plak kekdahnya.huhuhu.tu yang suami selalu bising.hehe. kadang2 dia nak kurangkan beban aku, dia cakap tak payah masak..dia akan beli kat luar..mithali sungguh..keje2 kat rumah pon banyak dia yang buat skang ni.puncanya, dia tanak aku buat banyak keje rumah..balik berehat je..:)

selain dari tu, cer korang ambik kalsium obsermatrix dari shaklee..amalkan makan sebelum tido.esoknya korang akan rasa cargas..insyaAllah..aku ni bukannya agen shaklee pon.cuma nak share benda bagus..

k lah.nak melayan anak teruna kittew~bai!

Wednesday, April 09, 2014

++rancangan tv kegemaran masa kini++

Assalamualaikum..

aku memang bukan jenis perempuan yang romantik.aku tak pandai nak madah2 or berjiwang-jiwang sejak dari dulu lagi.hehehe.suami plak jenis yang romantik.oh.malu itteww~*rasa nak lempang pipi sendiri:p* masa awal perkenalan dengan dia macam tak percaya perwatakan dia macamtu. aku selalu bayang doktor jenis yang straight forward and takda masa nak bermadah berpujangga bagai.tapi telahanku meleset belaka..dia memang jenis yang straight forward but dalam masa yang sama berbunga-bunga gittew.hikhikhik.

skang ni kami suka spend times bersama tengok rancangan berbentuk forum or ceramah.tak kisah la sape panel or pemberi ceramah.the most feveret is ustaz kazim elias dengan rancangannya KALAU DAH JODOH..banyak betul info2 dan ilmu yang bermanfaat kami peroleh terutamanya dalam soal hubungan suami isteri.:) nak2 kalau teguran yang dibuat oleh ustaz tu betul2 terkena batang hidung sendiri memasing mesti pandang muka laki bini sambil tersengih-sengih.hoho.


banyak benda yang dipelajari since tengok rancangan-rancangan berbentuk keagamaan. masing-masing nampak lebih matang dalam pertuturan dan lebih menjaga hati pasangan.:)  yang paling best skang ni sebelum tido aku biasakan diri untuk salam suami dan minta maaf..itu yang lebih Afdhal..dulu kan aku kalau marah mesti akan ikut emosi.sampaikan benda yang kecik pon boleh jadi besar.skang ni dah pandai control perasaan marah. even ada terasa hati dengan suami aku lebih suka diam for a while dan ambil masa untuk tenangkan diri.kesannya tersangatlah positif...HAPPY sangat!

sebagai seorang muslim, jangan sombong untuk dekatkan diri dengan Allah..jangan pandang enteng terhadap rancangan-rancangan yang berbentuk keagamaan.kita perlu belajar dan ambil tahu perkara-perkara yang sepatutnya supaya kita tidak bertindak lebih dari hadnya.

p/s : teringat pesanan daripada Ustaz Azhar Idrus, kita tak perlu tunggu untuk jadi ustaz or ustazah untuk menegur benda2 yang salah dari sisi agama.renung2 kan..

Saturday, April 05, 2014

++nak jadi apa besar nanti??++

Assalamualaikum..

bila dah jadi mak2 ni aku tak terlepas untuk mensasarkan cita-cita untuk anak aku. setiap parents pastinya nakkan anak dorang menjadi someone yang bekerjaya and berjaya bila dah besar nanti.dengan harapan anak2 dapat bantu kita bila dah tua kelak.gitu lah kekdahnya kannn..memandangkan aku dan suami mempunyai profesion yang sangat berbeza, bukan tu ja..minat dan kecenderungan pon teramatlah lain.aku cikgu.minat plak seni...suami plak minat sains dan matematik..dia punya minat sampai tengok rancangan TV IQ untuk students SPM dan selesaikan soalan2 berkaitan dengan dua subjek feveret dia.fewwhhh.kalau aku dapat soalan gitu jawabnya tido tak berjawab sampai ke sudah..hahahah!

so far aku tengok haiqal memang sangat suka dengan buku dan muzik..dia siap boleh hafal step tarian dalam hi5. bab buku plak, malam2 sebelum tido dia akan mintak kami bacakan kat dia sampailah dia rasa puas dan boleh tido.kalau pergi supermarket pon dia sibuk tengok bahagian buku.tang kerepok or cokelat memang bo layan~ jadi kami takleh nak agak kencedurangan dia buat masa ni.dia amik serba sikit kat ayah dan mama dia.

SEKADAR PERKONGSIAN, dulu aku memang suka berangan anak aku jadi doktor, engineer or businessman berjaya. tapi lepas aku dengar satu ceramah dari radio IKIM tak lama dulu , terus aku berubah 360. as parents, kita seharusnya berdoa pada Allah supaya jadikan anak kita sebagai AHLI SYURGA..tak perlu nak tetapkan kerjaya mereka sejak dari kecil. menjadi ahli syurga ni merangkumi keseluruhan aspek. dari sahsiah, kemenjadian modal insan, pelajaran dan sebagainya. selalu kita dok dengar anak2 yang berjaya lupa kepada parents. sibuk kejar duniawi dan wang sampai tak sempat nak bertanya khabar mak ayah di kampung.:(  sedih je dengar..aku tanak jadi mak yang dilupakan anak..uhuhuhu.sebab tu aku cuba berbakti sehabis boleh kat parents aku berharap anak aku akan buat benda yang sama nanti.



doktor muhammad haiqal in the house!
his first patient.AYAH.bahaha.

Thursday, April 03, 2014

++hadiah buat mak ayah++

Assalamualaikum..

Alhamdulillah harini ayah dah boleh guna kereta baru..yay!!!!aku pon punyalah excited sampaikan ntah berapa kali aku call depa.hahaha!
tercapai gak hajat untuk tengok ayah bawak brand new car walaupon kereta tu biasa-biasa ja.selama ni kami tak pernah merasa untuk naik kereta baru macam orang lain since daripada kecik. dulu2 ayah cuma mampu beli kereta second hand. tapi tu pon kami sekeluarga dah cukup seronok sebab boleh bergerak ke sana ke mari.  

first time ayah beli kereta tahun 1998. masa tu aku baru nak masuk darjah 6. sebelum ni kami nak ke mana2 naik bas, basikal or motorsikal ja.tak macam orang lain.but aku bersyukur sebab ayah dan mak datang jugak ke sekolah naik kereta buat kali pertama aku masa result UPSR keluar dan terus celebrate makan tengahari kat restoren.;) waktu tu kalau makan kat luar rasa hebat sangat dah walaupon makan kat restoren biasa2 ja.jarang merasa makan kat luar sebab mak kata nanti membazir..

first car: toyota corolla KE30 warna krim.

waktu zaman sekolah dulu aku tersangatlah kurang keyakinan diri..nak2 bila dah menginjak ke sekolah menengah.dapat plak masuk sekolah elit..huhu.waktu tu ayah cuma bekerja menjual kuih dan nasi lemak. duit berniaga tu 100% sumber pendapatan kami sekeluarga.pencen takdak sebab ayah bukan kerja dengan government. kalau ayah tak sihat, memang tak berniaga la jawabnya dan income tak masuk untuk hari cuti..jadi pendapatan bulanan terjejas. hurmm..
setiap tahun dan setiap kali waktu kutip yuran sekolah aku mesti aku antara orang yang akhir bayar. kadang2 yuran bayar sikit2. rasa macam nak letak kepala bawah meja bila cikgu tanya..
"ainul..kamu sorang ja lagi yang belum bayaq yuran bla..bla..bla.."
-____-

jadinya masa sekolah dulu2 aku cari duit poket sendiri. kebetulan jiran depan rumah berniaga bawang2, ikan bilis dan ikan masin kat pasar malam.setiap kali sampai stok bawang or ikan bilis, aku akan pegi rumah dia untuk ambik upah buang kulit bawang and kopek ikan bilis(buang perut) seguni bawang=RM4, 10kg ikan bilis=RM6. selain tu, jiran sebelah rumah plak buat kuih. sehari dia jual 10-12 jenis kuih.jadi waktu cuti sekolah aku akan amik upah kelim karipap, buat ketayap dan kuih cara. sehari dapat RM3.
jadinya duit yang aku kumpul tulah aku guna untuk beli barang2 yang teringin macam orang lain. 
duit biasiswa yang aku dapat plak aku share dengan parents untuk beli barang2 dapur, beli basikal dan keperluan sekolah yang lain.Alhamdulillah walaupun tak semewah dan sesenang orang lain tapi kami selesa.

teringat dulu, aku bersungut nak makan kat mcD.tengok iklan macam2 kat dalam tv. ada bigMac lah.Happy Meal lah.budak2 hingusan macam aku waktu tu memang senang terpengaruh.hu..atas dasar kasih parents kat anak2 depa bawak kami adik beradik makan kat mcD. bila tengok price list kat board mak termenung.semua dirasakan mahal kecuali Mc Egg..RM1.70 je sebiji..so, mak and ayah cakap kami boleh order McEgg je.air plak beli 2 gelas dan kongsi sesama. rasa macam down sangat bila tak dapat Big Mac mahal!:( sau benda at least,orang lain makan mcD kami pon makan ye dok??hehe.

skang ni menu ni dah takda kat mcD.

masuk 2nd year degree kat maktab ayah upgrade kereta lain.
pic ehsan dari google.

jujurnya mak ayah bukanlah orang yang senang.but they are the best parents in the world.bersusah payah membesarkan kami semua. now aku dah ada kerja sendiri, ada gaji dan keluarga sendiri. Alhamdulillah, Allah telah menghantar seorang hambaNya yang sangat baik untuk bantu kami sekeluarga.thank u husband!love u so much!
seboleh-bolehnya aku cuba provide apa yang kurang untuk parents aku. berkat doa mereka buatkan aku dapat hidup selesa macam skarang ni..syukur ya Allah..sob..sob..sob..

nak tau model kereta yang aku cerita awal2 tadi?

tadaaa~!
brand new saga sv in brown!:D

sungguh rasa nak nangis bila tau akhirya ayah merasa drive kereta baru sendiri.
u deserve this ayah.

p/s: hargailah ibubapa anda. tanpa mereka, takkan ada kita kat dunia.

Tuesday, April 01, 2014

++cuti belajar dan bergaji penuh???++

Assalamualaikum..

cuaca agak baik lately tapi tu tak membuatkan mood aku ok.huhu.aku jadi sangat mudah emosi sebab badan tersangatlah penat.mujurlah suami dan dan anak setia menemani di sisi..merekalah yang membuat hati jadi lebih tenang..:)

FYI, my former classmates ada diantaranya yang dah sambung belajar..anything new, we will update through our group in whatssap. so boleh tau perkembangan terkini kawan2 which is good lah. then yesterday, one of my friends posted something about furthering study in MASTER. there are lots of information he shared with us. but yang menjadi masalah skang ni, yang sambung belajar tu rata-ratanya lelaki..huhuhu.aku ni anak pon dah nak masuk dua.kalau aku sambung belajar anak-anak dan suami macamana???? suami plak dah beri green light untuk sambung..dia kata better aku buat master dulu sebelum dia.sebab once dia dah commit dengan master mesti lagi sibuk..huhuhu.so skang ni peluang dah ada.cuma terpulang kat aku samada nak sambung or tak.

skang ni aku ngah survey universiti-universiti yang menawarkan program2 menarik. antaranya:
 
1) USM
2)UPSI
3) UIA
4)OUM
5)AEU

then kalau aku sambung belajar skalipon aku ingat nak cuba nasib untuk apply scholarship ataupon cuti belajar dengan gaji penuh..I know it sounds hard.kalau tak cuba manakan tau ada nasib kan??

untuk sebarang rujukan korang boleh klik kat link bawah ni,



telah diterangkan secara lengkap syarat2 dan kelayakan untuk buat permohonan cuti belajar.
dalam kepala aku, ada dua universiti yang aku rasakan ok.
we'll see then.

apa2 pon doakan aku ye kawan2.
semoga Allah permudah laluan aku untuk menjadi seorang pemegang sarjana (master)