Assalamualaikum..
ramai yang tegur even aku dah nak masuk 9 bulan mengandung but still nampak cergas.hahah!kat tempat keja memang aku sentiasa bersemangat nak siapkan keje.when it comes to going back home, automatically aku rasa macam letih sikit..perlu untuk baring2 dan lepas tu bolehlah layan anak laki, makan pakai depa dan kemas rumah sikit2.:) actually aku ada rahsia nak kongsi ngan semua apa yang aku amalkan sepanjang pregnancy kali ni.
1. bersikap positif
-early pregnancy haritu mood memang senang sangat swing.cepat marah dan melenting.selepas buat reading dan dengar ceramah agama berkenaan dengan kawalan emosi semasa mengandung, aku berjaya kawal marah. kalau ada rasa perasaan tak puas hati kat pasangan, jangan pendam dan lepas marah secara melulu. kalau boleh, ajak pasangan duduk berbual-bual santai, then masa tu suarakan isu yang terpendam dengan cara baik supaya pasangan lebih memahami..jangan la dok menyinga sangat..satgi benda yang asalnya 1, jadi 10. Alhamdulillah, aura positif semakin memenuhi ruang rumah..:)
2. supplement
- so far aku makan iberet 500. aku dah pernah cerita in previous entry dulu.besides, aku makan supplement keluaraan shaklee..awal2 dulu macam was2 nak ambik mana2 produk masa ngandung. sebab masa haiqal dulu aku just amalkan makan obimin semata-mata. but every pregnancy is different. pregnant kali ni aku ada masalah sikit. bleeding, cepat letih dan lesu, hb rendah dll. so, need makanan tambahan untuk boost tenaga.for me shaklee is good.bole review produk kat mana2 pengedar sah.
3. tolak ansur
- ibu mengandung sangat memerlukan persefahaman dan sikap tolak ansur daripada pasangan masing-masing.jangan paksa diri untuk buat benda di luar kemampuan diri. benda ni sebenarnya tak perlu diterangkan secara terperinci sangat, itu adalah lebih kepada kesedaran suami untuk bantu isteri buat apa yang patut di rumah.tak boleh pentingkan diri sendiri..ibu mengandung tak mampu nak handle semua benda kat rumah.dan sebagai pasangan, mereka perlu tahu tu.Alhamdulillah..my spouse is very handy and helpful..:)
4. sokongan daripada yang tersayang
- apabila kita stress, kata-kata semangat daripada orang tersayang sangat melegakan..contohnya kalau aku balik sekolah lewat petang, memang rasa letih yang amat..tengok anak datang dan peluk cium kita terus hilang letih!then dapat pulak suami yang melayan kerenah isteri..tanya apa yang kita teringin nak makan..rasa satu perasaan yang sangat indah tau.:) lagi satu, aku akan telefon mak ayah hampir setiap hari..bila mendengarkan mereka sentiasa berdoa untuk anak-anak lagi rasa bersemangat. aku dikira insan yang bertuah kerana dikelilingi orang2 yang baik..baik dari segi pengasuh anak, keluarga angkat di sini..kawan2 yang prihatin dan lain2. alhamdulillah3X!
selain dari 4 tips yang dikongsi di atas, sebenarnya banyak lagi benda yang boleh buat kita kekal cergas dan bertenaga. rajin2 lah dengar ceramah agama, berzikir, berselawat dan mengaji surah2 yang dapat membantu kita semasa proses melahirkan anak nanti..pendek cerita dekatkan diri dengan Allah s.w.t.
semoga dapat membantu kita nanti.insyaAllah..
No comments:
Post a Comment