Friday, March 29, 2013

++demam action song bermula lagi..++

assalamualaikum..

masuk je pertengahan penggal pertama mesti dunia akan rasa seperti chaotic sikit.but never mind, after second semester everything will be back to normal again.oh ya, mesti ramai yang tak tahu apa benda yang aku merapik skang ni kan???actually skang ni ngah busy dengan action song 2013..I love doing this especially when it comes to music and dancing.feww..terasa diri ini masih muda remaja gitteww..ahaks!sibuk ajar budak menari bagai sampaikan masa untuk anak hanya pada sebelah malam aje.ciann my baby.nasib baik dia anak yang baik..:))
he always be a good boy of mine.alhamdulillah..selalu dengar cakap2 orang, kalau kita ikhlas dengan apa yang kita buat pada anak2 didik kita insyaAllah Allah akan tolong kita dalam bentuk apa jua sekalipun.cuma kita je sedar atau tak sedar akan hal tu.

tahun lepas sekolah cuma berjaya mendapat tempat ke3 peringkat daerah.tak berjaya untuk ke peringkat negeri macam tahun sebelumnya.takda rezeki nak buat macamana.ada hikmah gak.masa tu aku ngah sarat mengandungkan si haiqal..baby nak mama dia berehat je kat rumah and tak mau buat aktiviti lasak2.hew2!:D
tahun ni tema baru untuk pertandingan dah dipilih..tapi masih lagi ragu.boleh ke aku buat tahun ni...??asal nak compose lagu je mesti ada rintangan dan cabaran kat rumah..time aku nak berilham time tu lah si kecik merengek2 nak mama dia.padahal kalau aku tak sentuh keyboard tu elok je dia aku tengok..saje la teww~!nasib baik dapat mama yang boleh tahan penyabar (sape lagi nak puji kalau bukan diri sendiri kaannnn...kuikuikuikuik!)astaghfirullah~
bangun husna!

bersyukur juga tahun ni dapat sokongan yang padu daripada pk koko dan teman2..harapan sangat tinggi tahun ni..cuma bergantung kepada rezeki aje..doa2 kan ye korang???

p/s::
akibat mama asik dengan dunia muzik.skang ni haiqal pantang dengar lagu rancak..dengar je lagu rancak mesti dia akan menghenjut2 bontot dia sambil tepok tangan.sabo jela..hahaha!anak sapo lah tu.bak kata suami.sah!memamng tang tu ikut kompem ikut mama.ahaks~

k lah.banyak merapik makin tergendala keje.nak masak jap.ada adik junior dari maktab dulu nak datang rumah~yeayyyy!!!boleh gossip.bye!
jaga diri.hiasi peribadi..

salam...


Wednesday, March 06, 2013

++bersabarlah wahai suamiku++

assalamualaikum..

panas jangan disangka akan berpanjangan hinga ke petang kerana berkemungkinan akan turun hujan pada tengaharinya.
kali ni madah jadi pembuka bicara.

agak sedih jika suasana kerja kita tak seperti yang kita harapkan.tentunya semua nak enjoy and happy dengan pekerjaan yang dilakukan..cuma, kadang2 Allah nak uji kita dengan menurunkan sedikit dugaan kepada kita..harapnya kita dapat bersabar dan redha dengan segala ketentuan..bukan senang nak deal dengan pihak atasan.orang atasan sememangnya akan rasa mereka lebih bagus kerana mereka berkuasa untuk menentukan apa yang boleh dan tidak boleh dalam tugasan yang kita perlu lakukan.
aku bercakap bukan untuk diri sendiri..luahan ini dibuat setelah melihat suami sendiri kesedihan, depress dan nampak kecewa bila pulang ke rumah.
hati isteri mana yang tidak sedih melihatkan keadaan suami begitu rupa..sekiranya si isteri ada kuasa yang boleh menghilangkan muka kecewa itu pastinya sudah lama tindakan tersebut diambil..tapi apakan daya, aku tidak punya apa2..:(

suami yang dikenali sangat bersemangat tinggi orangnya..seorang yang sentiasa positif dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan..tidak pernah merungut sebaik sahaja tiba di rumah..kelihatan seperti dia seronok dengan suasana kerjanya di hospital..walau penat macamana sekalipon tidak pernah dia tidak melayani kerenah anak yang kadang2 meletihkan mahupun meragam..semuanya ditangani dengan senyuman dan layanan baik..itulah suamiku..sehinggalah semalam, sebaik je tiba di rumah dengan muka yang suram dia merehatkan diri di sofa ruang tamu..seperti biasa suami akan disambut dengan salaman dan ciuman pipi tanda kasih dan hormat kepadanya..cuma, apa yang berbeza tentang semalam he looked really down..macam ada sesuatu yang mengganggu fikiranya..

seperti biasa akan kutanya "abang...macamana dengan kerja harini..?"
soalan tu seperti tidak kedengaran di telinganya..berkhayalkah dia???suaraku yang agak besar dan kuat itu masakan tidak kedengaran?menambahkan lagi syak ku terhadap sesuatu telah mengganggu fikirannya sehingga tidak fokus kepada soalan yang telah diajukan..tiba2..dengan suara yang agak perlahan..

"sayang, hospital ********** dengan hospital ********* mana yang lebih dekat?"

"lebih kurang je bang..kenapa?"

"kawan abang cakap, hospital district ni lagi kurang tekanan berbanding GH.."

"yela,tapi abang jugak yang cakap kalau duduk kat hospital district u wont learn anything dan takde peluang nak belajar buat operation"

"ala..abang boleh buat banyak reading..operation tu abang belajar kemudian pon takpe..bila balik kl nanti abang catch up la balik.."

"aik, abang ni kenapa?apesal plak tiba2 sebut nak ke district hospital"

--diam--

sah!!!!memang dia tertekan dengan tugasnya di GH.

lama lepas tu baru dia cerita yang sebenarnya dia tak tahan dengan one of his specialists kat sana. I dont know what happened between them but for all I know he seems unhappy with it.hurmmm.terus teringat masa mula2 dia dapat bahagian yang dia nak which is ortho department(bones) memang gembira abis..he just made a promise to himself that he will learn on how to do operation by his own within six months.tapi angan-angan tu macam makin kabur je..:(( bukan aku tak suka dengan cadangan dia untuk berpindah ke hospital lain but for me mesti ada cara untuk mengatasi tekanan dia selain dari berpindah. pindah is like the last resort kalau jalan penyelesaian masih tidak dijumpai..plus, aku takut sangat..aku takut berjauhan sekali lagi...aku tanak keadaan yang pernah jadi antara kami berlaku sekali lagi which is aku kat ipoh dan dia di putrajaya.it takes courage to travel every week to meet each other..tambahan pula sekarang ni dah ada haiqal, maka bukan senang untuk menguruskan anak seorang diri (kalau orang lain taktaulah..aku tak sanggup)
kadang2 bukan mudah untuk dapat pindah ke tempat yang kita berkehendakkan..takut dia campak kita ke tempat lain, memang nayalah kami sekeluarga..

memang semalam sikit2 dia dok cakap pasal hospital *******.
siap google tempat tu lagi..apa2 pun aku hanya mengikut sahaja apa yang menjadi pilihannya..asalkan si dia gembira dan kami sekeluarga dapat bersama.

harini seperti biasa dia mesej aku untuk jaga diri baik2.hati masih lagi bimbang dengan keputusan yang dibuat.terlalu melulu mungkin.hati tengah marah,kecewa dan tertekan memang susah untuk membuat keputusan dengan tepat.maka dengan itu, aku malas untuk memikirkan segala kemungkinan yang masih belum berlaku.sedang aku menyiapkan lesson note untuk esok, sempat mencari di GOOGLE tentang cara mengatasi masalah tekanan menurut Islam..banyak info menarik yang dijumpai..tanpa membuang masa terus berkongsikan hasil dapatan tersebut bersama suami tercinta.moga apa yang diberi sedikit sebanyak membantu untuk menangani masalahnya.insyaAllah..

aku yakin, Allah maha Pembantu dan Mendengar.adukan saja masalah kita kepada-Nya..itu adalah sebaik-baiknya.kadang2 dalam waktu yang sama,kita mungkin tidak sedar yang kita ada melakukan kesilapan sehingga menyebabkan kemarahan orang lain..who knows?
bersabarlah wahai suamiku...sesungguhnya dalam setiap pekerjaan pasti ada cabarannya..pasti akan ada hikmah di setiap apa yang berlaku.wallahualam.

p/s:
doa isteri sentiasa mengiringi suami dalam apa jua keadaan.
mode: sentimental.



Monday, February 25, 2013

++what my tummy likes++


assalamualaikum..

im back again!!!back to blog..~:D

still waiting for my hubster to get back home from work..cant wait to serve him nasi ayam penyet...choppp~!not me who made it..but it is made by haiqal's babysitter.teramatlah sedapp okeh!hehe.Im so lucky to meet the family.

Photo: menu tengah hari..homemade nasi ayam penyet.. nyum3..jemput sume :)
courtesy from: facebook kak imah a.k.a pengasuh haiqal..

it feels like half of my burden has gone away.alhamdulillah...aku berjaya menyiapkan lagu sekolah sktb..bersyukur sangat.takdelah hari2 rasa bersalah sebab lagu tak siap lagi kan.kesian dorang..huhuhu.I am so sorry..:(( 
waktu zaman bujang2 dulu yakni sebelum haiqal lahir dalam sehari aku boleh compose 2,3 lagu tanpa ada masalah..since ada anak kecik ni benda senang pon jadi susah nak buat...aku kena berebut masa dengan dia..bayangkan, tengah aku elok2 rakam lagu dan2 tulah dia menjerit2 macam menyanyi tapi dengan suara sumbang.kihkihkih.then ada beberapa kali time aku record lagu tiba2 dia datang dari belakang tanpa disedari jari2 kecik tu picit keyboard sekali..arghhh~kenapa haiqal?kenapa sayang????tak pasal2 aku kena buat dari mula..adoiyai~tu adalah antara cabaran sebagai ibu..eh.orang lain lek je..lu apa ada halll???

baru tadi my husbter call.dia odw balik dah katanya..sempat dia tanya aku nak apa2 tak for dinner..NO.im full already..petang tadi makan nasi ayam lagi since takde benda nak buat kan..satu suap aku satu suap untuk haiqal..and of course bukan nasi ayam yang aku suapkan kat haiqal..aku buatkan bubur ayam untuk si kecik tu.tak terkira berapa kali aku makan harini..semuanya heavy..nasi...nasi..and nasi..malam ni je tak makan nasi..aku just makan roti..but aku rasa kandungannya sama je..sebab aku balun roti berkeping-keping..agagagagagag!dasar perut tong!

aku teringat masa zaman2 maktab dulu..pernah one of my classmates aku tegur kat cafe maktab, 'Na....banyak gile nasi ko amik..aku dari jauh nampak nasi ko je..tak nampak muka ko sebab nasi menggunung.hihi'
-cikgu zul, if u read this entry mesti ko gelak.ahaha-

eh?kadang2 aku pon tak sedar yang aku terambik nasi banyak.tapi jangan risau, aku tak membazir..memang insyaAllah sebanyak mana nasi aku amik akan habis jua akhirnya..ohohoho~what a happy tummy...:P
jenis aku, nasi penuh lauk secoet pon cukup..aku jenis balun nasi banyak..ko bayangkan, nasi membukit tapi lauknya hanyalah bebola sambal 3 ketul..rasa macam lawak gila! ayam aku tak berapa nak gemar makan sangat..daging pon kureng..pendek cite semua lauk aku makan sikit2 je kecuali IKAN GORENG..hihihi.feveret ever!:)

oh ya..suamiku udah pulang....tapi tak sempat tegur terus berlari masuk toilet..nak terkincit lah tu.ahaks!;p kesian...keje sampai tak sempat nak kencing berak..doktor oh doktor..memang berbakti sungguh kat bangsa.eceh~

k lah.nak jamu suami makan dulu..
babai korang..
jaga diri and good nite all~







Saturday, February 23, 2013

++my precious ones++

Assalamualaikum..

Ada di sekolah skang ni sebab ada program keibubapaan. Rasa liat sangat nak bangun tido pagi tadi.Sedap je tido sambil peluk haiqal sayang.kalau peluk time tido memang dia suka..baru2 ni jelah dia manja cemtu.before this kalau kite peluk dia mesti menjerit jerit rimas..boboy kan..haruslah tough dan kental.;p.haha.saje nak amik hati mama lah teww~

Skang dia membesar dengan bijak..alhamdulillah..walaupun takde gigi lagi (9 bulan lebih dah) .haha!kuang kalsium ke ape..padahal waktu mama pregnant dulu gigih gile makan obimin plus.nak buat macamana kan..mungkin ada hikmah dia takde gigi lagi.sebab dia ni still menyusu badan.then suka menggigit..bahaya tuh!(if u get what I mean.hikhik)
suka mengusik dia skang ni..kalau kita cakap haip!Mesti bergenang air mata..kadang2 nangis tanpa mengeluarkan bunyi sebab sedih mama marah dia. Tapi lain plak kalau ayah dia marah,terus melalak dengan overnya.haisyhh..pandai sungguh..

Tengok dia..among of all things, liquid jugak yang dia nak main..memang anak cikgu sungguh.




Tengok muka notty dia teww..mama gewaammm sangat taw!!!

Haiqal tak suka main mainan dia..kalau nak dikira mainan dia penuh rumah.macam2 ayah dan mama belikan untuk dia.but in the end dia suka main marker,kertas dan buku..nak jadi cikgu ke ape?

bab makan plak.Nak masak bubur dia takyah nak blend dah.nak makan macam orang besar..so,aku masak nasi lembik untuk dia..lagi laju dia makan.heran gak aku.takde gigi tapi tak suka makan bubur yang dikisar halus..ape2 jelah haiqal,asalkan awak makan sudah..takdela mama risau kenn.~

Ayah sampai rumah lewat pagi tadi..kesian kat dia.balik macam orang ting tong..penangan tak cukup tido punya pasal..tapi encik suami memang sangat positif orangnya.maku blajar banyak benda dari dia..sentiasa bersabar dan happy dengan suasana pekerjaan kita.
Always remember that!

sebab tu even dia penat macamana sekalipon dia akan sedaya upaya untuk entertain kami anak beranak..thanks abang..we all love u so much!

dua2 ni adalah my chenta hati..doakan kami sekeluarga berbahagia selalu..aminn~

P/s:blog ni dah jadi parenting blog dah..zaman merapu dah berlalu..skang pon still merepek bagai tapi merapu cara mak-mak pulakk.kahkahkahkah!;p



Thursday, February 21, 2013

++mc lagi sehari++

Assalamualaikum..

Dah dua hari tak pegi sekolah..dapat mc dua hari sebab batuk dan selsema +demam..cadangnya kalau sihat harini memang nak g sekolah,tapi tiba2 anak plak yang demam..kesian sangat.pukul 2 pagi tadi dia jaga pastu merengek-rengek..jarang dia macamtu.biasanya dia akan bangun pon untuk menyusu semata mata then sambung tido semula..panas sangat kepala dia tengah malam tadi..huhu

My encik suami and I dua2 tak boleh tido sebab risaukan haiqal..pagi tadi cepat2 bagi makan ubat.kalau bole tanak biar demam dia melarat.but at the end,ubat tu terkeluar semula..habis dia muntah atas mama dia..and again,kesiannya anak mama ni..

semalam dia aktif,takde tanda2 nak demam pon.ntah tiba2 je tengah malam semalam panas satu badan dia..then dia tak habis main lidah letak kat gusi..aik?takkan demam nak tumbuh gigi kot..aiseyh.
Tapi elok juga tumbuh gigi waktu skang..dah nak masuk 9bulan dah bulan depan..sampai skang still licin and nampak gusi je kalau dia sengih.hohoho!

Ok.i have works to do..nak siapkan lagu sekolah.tinghal nak refine je..then boleh bagi dah kat sekolah dot.dot.hehe.
Actually nak buat lagu ni kejap je.tapi main ngan anak kecik ni benda yang kecik pon drag jadi panjang..kesian kat sekolah tu takde muzik nak nyanyi lagu sekolah dorang..taipuchi~(maaf sesangat)

korang jaga diri baik2 k..jaga kesihatan..nanti demam macam kittew and baby..uhuk2(bahasa macam minta kena lempang?)

babai.salam~

Wednesday, February 20, 2013

++unwell++

assalamualaikum..

im here all alone at home.my little baby is with his babysitter..I hope my chills caused by the fever will soon vanish. I have a lot of works to do today.SIGH..
 

Saturday, February 16, 2013

++random post++


assalamualaikum..

sedihlah bila blog feveret dah tak boleh dibaca since it was all FAKE!!!!mencik!!!I guess mesti ramai yang dah maklum pasal blog bvlgarigirl.yang cite dia ala2 fairy tale tuh.INDEED~rupanya memang dongeng semata mata.arianna memang tak wujud langsung. but I still want to know what is the ending of the love story between arianna and kevin.huahuahua.

tonight I just ate 2 slices of dominos pizza (always be my favourite) cause there's nothing I could do at home.gas masak abis..kalau tak,dok sengsorang pon aku masak okeh..bangsa pemakan memang cenggini.LOL;p  since berkahwin sampailah malam tadi, ni baru first time gas habis.punyalah tahan lama kan..setahun ko.haha.esok pagilah aku minta orang kedai runcit tu tolong hantarkan gas.

actually aku agak terkilan sebab tak boleh pergi kenduri kawan baik aku kawin baik belah laki and perempuan..rasa macam loser sangat.aiseyhh.tapi tak boleh nak buat ape sebab fakhri oncall dua kali sabtu dan tetiba plak aku kena jaga budak2 camping kat maktab ipoh arini..hadiah dah beli tapi taktau nak pass macamana.maybe aku pos terus ke..tapi lagi seronok kalau bagi by hand terus..

apa2 pon, dikesempatan ni aku nak wish, SELAMAT PENGANTIN BARU WANIE & AFIQ..


*menangis dalam hati tengok gambar ni..terharu and happy for them*

Saturday, February 02, 2013

++jatuh katil++


assalamualaikum..


another entry from me after been a while shut off...this is my first entry using my new hp pavilion lappy, a gift from my encik suami..I have a lot to share with u guys in here but then need to give priority to what is the most important first.

my little son has entered the age of 8 months.dan dalam pada masa tu macam2 dah jadi..ahaha.budak lasak kan..itulah makanannya!at the same time as a mother memang aku rasa risau setiap kali dia bergerak sana sini.macam semua tempat rasanya macam highly risk to get injured.paranoid la plak kan..huahaua! but as my mum said, no need to be over protected. sometimes we need to give our child some space and let them grow naturally. well said husna.;p

last couple days, haiqal terjatuh dari katil..actually memang tak sangka akan jadi macamtu since aku memang letak dia untuk tido kat bawah je.FYI, baby cot (playpen) memang ada.tapi everytime aku letak je dia dalam tu immediately dia akan terjaga dari tido.huhu.last2 baby cot dia guna untuk letak dia main kejap2 je. cite dia cenggini, I left haiqal with his daddy kat atas around 12 am. aku kena siapkan keje yang berlambak-lambak..masa dia dok main2 atas katil tu dia tetido.so aku biarkan jelah dia atas tu dulu memandangkan ayah dia ada skali untuk tengokkan..aku siap pesan kat ayah dia, nanti agak2 dia dah nyenyak tu, pindahkan dia kat bawah...bahaya.takut dia bergolek2 kang cium lantai kang.around 1a.m tengah syok2 makan kek kan, (MAKAN KEK PAGI2 BUTA.KAU ADA????HAHA) tetiba aku dengar bunyi berDEBUK!!!!2 kali kau! dalam kepala otak aku pon dah tak fikir benda lain.celapak aku naik atas..instinct aku kuat menyatakan haiqal jatuh.memang sah!aku dah sampai bilik aku tengok anak dah melalak teruk sampai maximum vocal. his dad looked very pale at that time.cuak maybe. 

terus cepat2 kami baringkan haiqal atas katil, buka semua baju dia and check serta merta takut ada bahagian badan yang patah or sakit..so far masa check tu memang ok.cuma dia non stop crying..jatuh dengan kuat kot.aku pon boleh dengan clear dari bawah haa.dalam masa yang sama ayah dia tak henti2 explain kat aku what was happening.dia cakap dia tetido and I asked him, where did he sleep when the incident happened?  dia cakap dia tetido kat tempat haiqal and haiqal slept alone on the bed..OMAIGOD!!!haha.what do u expect me to act huh???should I scold or yell at him??I just shut my mouth up and hoping for haiqal's condition to be ok then..it was my fault too..I should not let haiqal to sleep on the bed even for a minute..cause anything can happen within a second..and I should know that my husband came back home quite late..and he might be tired lah kan..huhuhuh.clumsy mummy...dusyh2!*sambil tumbuk2 bantal*
the best part is, lepas haiqal tido semula kan, my husband kept looking at his baby..maybe he felt guilty for letting that incident to happen..every 30 minutes dia akan jenguk sambil suluh haiqal guna torch handset.kuikuikuik.

and the ext day after the fall my husband asked for haiqal's babysitter to take a look at him kot2 ada yang nampak pelik kat haiqal ke kan..bersyukur sebab kak imah and family jenis yang sangat concern..dia pon turut check kalau2 ada bruises kat kepala haiqal.

so far, haiqal ok..untuk kepastian kami ada bawak haiqal ke hospital untuk check up..terus pergi ke bahagian kecemasan sebab dia muntah memancut2 kat rumah..aiyooo~that was a scary moment ever okeh!terketar-ketar call ayah dia.huhu.nasib baik ayah haiqal ada kat hospital.senang sangat berurusan kat sana..syukur ya Allah..the doctor put him in the observation ward selama setengah hari sebelum dibenarkan balik..they said if haiqal vomits once again they will proceed with ct scan.alhamdulillah he's getting better..makin sihat dan aktif..asik memanjat orang je kejenye..hewhewhew.:))

doa2 kanlah kesihatan kami sekeluarga..semoga korang pon sentiasa dilindungi oleh-Nya..aminn~


bye korang..jaga diri hiasi peribadi.:D

Tuesday, January 08, 2013

++umur brapa bulan baru tumbuh gigi???++


assalamualaikum..

cepatnya masa berlalu.skang dah masuk minggu kedua bulan januari dah..huhu.menandakan haiqal pon dah menginjak ke usia 7 bulan..skang ni merangkak memang laju cuma gigi je tak nampak tumbuh lagi.hahahah!sebelum ni dia macam ada tanda2 gatal gusi..ingatkan dalam masa terdekat ni nak tumbuh gigilah.tapi tunggu punya tunggu takde plak naik.haha!gatal je lebih.LOL!;p

anak korang tumbuh gigi umur berapa bulan ek??
ada tak yang tumbuh gigi nak dekat2 umur setahun?just asking..sebab tak ada experience bab2 ni.thanks for sape2 yang sudi share...:))


Sunday, January 06, 2013

++tempat perkahwinan idaman++


assalamualaikum..

this morning I did my daily routine and checked my email. I was a bit surprised of an email came from Liez Hanim..she thanked me and husband for helping her for her big day last year.I am pretty sure that all of u might not know her.actually we have never been met face to face pon. hanya berurusan menerusi alam maya jeww...first time she contacted me was somewhere in july.masa tu aku masih lagi dalam tempoh berpantang. katanya dia terjumpa blog aku dan sangat tertarik dengan venue kawin kami kat impiana club house situated in kayangan heights shah alam..awal2 tu macam terkejut gak how did she find my email kan..rupa2nya baru prasan aku ada letak address email aku kat side bar my profile.hikkks;p

dalam first email tu, liez maklumkan awal2 yang dia bakal berkahwin..and bakal suami dia adalah orang luar if im not mistaken.sebab liez ni study kat oversea.so dia minta tolong kami (aku dan encik suami) untuk beri address location.dia nak guna kesempatan ni untuk tunjuk yang malaysia ni ada tempat yang cantik untuk jadikan a wedding to remember.:)) lepas bagi alamat semua..tetiba her mum called us telling that only residents kat kayangan heights je dapat special price and benefits..orang luar susah sikit and kena go through macam2 prosedur which is so leceehhhh..oleh kerana encik suami memang tinggal kat sana with his family, jadi my husband decided to help them out to get the club house.ala..bukan kena buat ape pon..just deal dengan management sana..then done!heee~ alhamdulillah..they get the place as they wanted. mereka suka, kami pon turut gembira..yeay!

ehsan:google

sebenarnya tempat ni agak ke dalam sikit..kawasan dia pon agak sunyi..memang best for those yang berminat dengan keindahan alam semulajadi and jauh dari hiruk pikuk kota..

skang ni liez dah pon selamat bergelar isteri..semoga bahagia dunia akhirat dan dikurniakan anak2 yang comel macam mummy and daddy..


-11.9.2011 in memory-

teringat plak masa kawin dolu2.and now dah ada anak sorang dah..hehehe.



++murah rezeki++

Assalamualaikum..

minggu pertama persekolahan memang agak haru biru..skang ni budak kecik (muhammad haiqal ) ni pandai tau.aku kena tunggu dia bangun tido baru boleh g sekolah.kalau angkat dia cemtu jek mula lah nanti bad mood all day kat rumah pengasuh.kesian kak imah nanti kena hadap dia cranky.dahla skang vokal makin kuat..hahaha!

so far budak2 kelas aku macam ok sikit..cuma ada sorang budak tu macam agak special..her articulation memang out langsung.kalau dia bercakap memang kita tak faham..cara dia berjalan pon kita boleh agak yang dia ada problem..kesian plan aku nengok.but fyi, she's very cute and sweet..:))
skang ni takde streaming lagi untuk kelas2.start selasa sampai khamis ada ujian diagnostik untuk bm, bi and math.then they will be placed at the class based on their performance..

kalau siapa yang mengikuti blog aku dari mula mesti akan perasan yang aku memang suka akan seni.tak kisahla seni lukis, seni tarian, seni muzik..blaa..blaa..bla..asalkan yang bersangkut paut dengan seni memang akan jadik feveret aku.hehehe.this year aku sekali lagi ditugaskan untuk menjadi jurulatih action song bersama partner yang sentiasa menyokong dan melengkapi..kak nita..alhamdulillah.sangat seronok bekerjasama dengan dia.:)) bercerita pasal seni ni, baru2 ni aku di offer untuk menjadi hakim pertandingan hiasan makanan kat restoren yang agak well known kat area sini.cuma aku je jarang p restoren tuh..pernah g sekali jek.p other than that, aku dapat offer untuk buat lagu sekolah..not my school ..but other school.sama2 lah kita tunggu macamana hasilnya nanti..mungkin ini yang dinamakan as murah rezeki..

mudah-mudahan 2013 membawa 1001 kebaikan dan manfaat.aminnn~

Thursday, January 03, 2013

++dah boleh buka kedai stationary++

assalamualaikum..

semalam pegi tesco ngan kak ola ngan baby Haiqal..tujuannya satu je..nak melengkapkan peralatan sebagai persediaan guru tahun 1.muahaha!macam aku sorang je kan kena ajar tahun 1.orang lain pon ajar gak kennn..aku je over lebih2 beli itu ini...so semalam keluar untuk beli laminator or dalam bahasa kedah.LOL. mesin laminate dan beberapa barang lain.hehehe

I chose blue colour sebab tinggal warna ni je.SEDIH...:'( warna pink takde.uhuk.huk.
 sejak pegang kelas yang melibatkan kssr ni banyak bahan bantu mengajar kena buat..aku tanaklah aku buat teruk2 BBM untuk pakai buang.jadinya semua benda kena simpan elok2..laminate paper adalah perkara terbaik. tahan lama bahan2 kita kan kawan2..:)

other than that, aku beli.

kertas warna.aku pon taktau setiap kali aku keluar mesti gatal tangan nak beli benda ni..last2 tak terkira dah berapa banyak kertas warna terbeli.such a waste.

si penumbuk a.k.a puncher.hehehe!

files.:))

printer 3 in 1 untuk kssr pon dah sediakan.semua benda yang diperlukan aku dah beli.so pasni boleh bukak kedai stationary kot..hahaha!
lai..lai..mari2 sape nak buat keje dan memerlukan alatan, sila jumpa dengan teacher husna k.

babai!

++macam2 dalam satu entry.sila jangan jadi macam2 lepas baca++

assalamualaikum...

setiap kali nak taip new entry mesti diselubungi rasa bersalah sebab jarang sangat nak update blog.tak aktif macam dulu dah..bukan apa,rasanya time cuti ni kurang sikit cerita-cerita menarik kot.tu yang malas nak cite2 kat sini. aku tengok rata2 ambil kesempatan waktu cuti sekolah ni untuk g holiday.aku?????oh.holiday di simpang pulai ajaaa~actually rasa agak down sebab cuti sekolah baru ni takde cuti2 malaysia sangat..wuuuu...wuuuu...wuuuu...='(

oh.berkenaan dengan reader yang ada tanya aku pasal mana nak beli produk nour ain skin care tu boleh lah email kat cek naa..husnanerra@yahoo.com
nanti cek habaq kat mana cek dapat benda alah tu...insyaAllah dijamin cepat dan efisyen servisnya.hehehe.:))

lepas 53 hari bercuti rasa kekok plak nak cakap depan budak2..selalu cakap dengan Haiqal jek.muahaha! rasa macam ada jongkong emas berketul2 dalam mulut.(kan best kalau cakap je keluar emas.takyah susah2 g poh king kong or habib.LOL)
tahun ni pastinya tahun yang paling menarik untuk aku sebab tahun ni aku diamanahkan untuk memegang kelas TAHUN 1.oh yeahhh! seronok bukan???!bunyinya macam ayat sedapkan hati.ok.fine.memang pon. untuk 2 minggu pertama ni murid2 memang takde waktu P&P normal kerana mereka perlu menjalani program transisi sampai hari jumaat minggu depan. korang jangan heran kalau blog aku tetiba je bertukar menjadi blog ilmiah pasni.haha! dalam kepala otak aku ni dah plan macam2 untuk anak2 murid tersayang. mana tau BBM yang aku buat boleh share2 kat sini..sedikit sebanyak ada perkongsian boleh dibuat.ecewah!

tahun ni aku gunakan fail untuk buat lesson plan.memang sangat2 suka!credit to administrators of the school..tu yang berkobar2 nak g sekolah harini.hehehe.aku memang suka sangat tengok benda2 colourful..even aku guna buku rekod pengajaran sebelum ni pon,habis aku lukis and warna2 kat dalam tu.memang cikgu seni la sesangat kaann~

nah!lama tak tempek gambar budak tembam neh..makin hari makin panjang akal dia..agaknya cuti lama sangat kot.so most of his time memang diperabihkan dengan mengadap muka aku je 24/7..so, harini apa lagi buat perangai lah dia kat rumah baby sitter..adoi..kesian kat kak imah and abang latef. :((
kalau kat rumah pon aku kena sentiasa ada before his eyes..kalau dia tak nampak je muka aku mula lah dia kalut p dapur..kat situ je mama dia selalu p pon. credit to mummy ola for this lovely pics.taken at the chicken rice shop, tesco.

p/s:
perasan tak aku guna word menjalani kat dalam one of the paragraphs above.haha.rasa macam nak buat karangan untuk UPSR jek..hihihiks~ kalau tak nampak sila gosok mata patblas kali and cari sampai dapat.ok.bai!



Monday, December 10, 2012

++wedding cik puan Amy++


assalamualaikum..

Photo: Sarung cincin!
alhamdulillah dengan sekali lafaz sahaja, my favourite girl amelia shakirin binti abdul majid dah sah menjadi isteri orang..sampai saat ni masih terbayang-bayang kenangan kami waktu zaman belajar dulu.berkepit ke sana sini sampaikan g mana2 memang orang akan cakap kami ni adik beradik.and yes..she's really my lil sis til jannah..memang terharu sangat2. aku bersyukur sebab amy dipertemukan jodoh dengan orang yang baik dan tinggi budi bahasanya..*menangis terharu.huhu*

majlis kawin amy berjalan dengan lancar dan meriah..amy bertuah sebab dikelilingi orang2 yang sayang kat dia..:)

Photo: What a sweet couple..:))
sweet kan?kan????memang sangat berseri-seri muka amy time ni..:))

dan part yang paling best adalah detik pertemuan dengan kawan2 serumah.memang seronok.cumanya aku sedikit terkilan sebab tak boleh nak entertain dorang sebab pada masa yang sama kerabat keluarga ada kat rumah sekali.kesian sangat kat kawan2 terutamanya cik loy yang datang dengan parents dia.apa2 pon, thanks sebab sudi datang rumah ye..love u girls!!!

us!!:D
*eh.apesal dalam gambar ni aku nampak macam bam2?hahaha!if u can get what I mean by that*

macamjejak kasih aku jumpa ema..hihihi.rindu mamayana sangat2!!she used to be my roomate when I was in hostel back then.so nostalgic.

berharap untuk berjumpa dengan kawan2 lagi dalam majlis seterusnya..

p/s: kelakar betul!harini baby haiqal bangun pukul 10 pagi~~!!!tak pernah bangun selewat ni.biasanya pukul 5.30 or 6pagi memang dah jaga dah.apa yang penat sangat pon taktaula..macam dia yang sibuk buat bunga telur bagai.hahaha!
nasib baik sepanjang amy kawin dia behave..anak mama memang good boy..sayang Muhammad Haiqal banyak2!!mmuah~!





Friday, December 07, 2012

++debaran cik Amy++


assalamualaikum..

selesai sudah hari pertama untuk harini...hari apa????jeng..jeng..jeng...ceh!macm nak gempak.padahal rasanya ramai yang tahu kot yang cik amy kesayangan dah nak kawin esok.
harini ada majlis khatam quran dan bermarhaban..everything went well dan meriah..best!:))

esok pada pukul 10 pagi insyaAllah cik amy sah menjadi isteri orang..wah..terharu plak aku bila membayangkan majlis pada esok hari..mudah-mudahan cik amy menjadi isteri yang solehah kepada pasangannya dan berkekalan kebahagiaan hingga akhir hayat.aminnn~love u babe!!!!
pesanan dari diriku yang sudah menjadi bini dan mak budak:

jangan nervous2 tau..kalau boleh harini tido awal dan dapatkan rehat yang cukup supaya esok muka fresh je.:)

actually memang banyak gambar nak share ngan korang kat sini.tapi bluetooth notebook masalah plak.aku ni dahla dasar pemalas nak guna cable bagai.so, gambar2 tu jadi kenangan kau dan aku sendirik2 je.hikhihikhik!tengoklah macamana nanti.mana tau tetiba bluetooth notebook tetiba ok boleh lah aku share gambar hari2 bahagia my dear babe cik Amelia Shakirin ok~~??!!.:))

semalam Haiqal tak tido dengan elok. I mean dalam tido tu tetiba melalak.then susah nak tido balik.jenuh aku nak pujuk dia suh tido semula..last2 aku jadi mummy owl..huhuhu.harini haruslah kepala weng2 sikit kan..pening.huhuhuhu.hopefully esok semuanya berjalan dengan lancar.

sayangku intan payung Muhammad Haiqal bin Muhammad Fakhri, malam ni please tido dengan elok ye sayang.tak mau nangis2 tau.mama ada keje esok.mmuah!!pp kiri dan kanan~

Thursday, December 06, 2012

++nour ain++


assalamualaikum...


alhamdulillah..dah cukup seminggu aku guna pakai produk nour ain.. memang macam testimoni cakap.even baru je pakai tapi dah boleh rasa perbezaan pada kulit..aku dapat rasa kulit makin lembut dan liang pori kian mengecil..kulit tak mengelupas langsung.memang best pakai produk ni.
sebelum ni pernah try beberapa produk.tapi kebanyakkannya masa minggu pertama dan kedua penggunaan mesti rasa kulit pedih2 sikit even tak mengelupas. dengan nour ain, korang akan rasa kulit lembut je.

aku bukan nak menjual produk ke ape..cuma nak share pengalaman pakai nour ain.seronok u ollzz!!!:))
nak post gambar tapi kulit ngah burn lagi sebab sibuk train budak2 bola jaring..
daripada pagi ke tengahari dok kat tengah padang.rasanya pakai ibu kepada apa2 jenis produk pon tak jalan kot..aku sarankan.kalau nak bersukan cukuplah sekadar pakai sunblock je..tak payah nak pakai krim or foundation bagai.

sapa2 yang nak cuba pakai nour ain dipersilakan..try lah sendiri.insyaAllah selamat dan suci..cewaahhh~:!!!
k lah.nak nyusu anak jap.
babai!

mmuah!!!kiri* kanan*


Monday, November 26, 2012

++gatal gusi++


assalamualaikum...

aku syak Muhammad Haiqal ni gatai gusi kot...sikit2 nak jelir lidah.pastu mesti dia nak apa2 untuk masuk dalam mulut then gentel2...so aku bagi jelah teether kat dia.

yang membuatkan aku lagi runsing kan, puting botol dia dahla ada satu je..kalau lah dia tetiba tumbuh gigi boleh bocor puting tu kena gigit.huhu.disebabkan haiqal menyusu badan, aku taknak lah beli puting banyak2.dia cuma minum botol bila letak dekat rumah pengasuh je..bila dengan aku baru bagi direct susu.

fyi, currently my baby guna botol susu medela..itu pon dapat masa beli breastpump medela freestyle..alang2 dah ada botol susu malaslah kitorang nak beli baru kan..guna apa yang ada dulu. pernah sekali tu Haiqal tanak minum susu dari botol..jenuh aku carikan dia puting dan botol..puting memang berlambak-lambak kat rumah then ada satu botol susu extra, jenama yoomi..

[Image: yoomi-bottle.jpg]

ingatkan dah abis canggih beli botol cenggini yang putingnya ala2 puting ibu..sudahnya tanak jugak botol ni..after two weeks tanak minum botol, kami cuba bagi susu guna botol medela semula..tetiba dia nak plak..since that memang tak tukar botol dan puting dah..
yoomi ni kami simpan je..mana tau dia besar sikit dia tak memilih botol..standby je.

back to the main issue.
aku google cari sapa2 yang jual botol susu medela..sampai skang tak jumpa lagi..huhuhu.yang ada cuma breastpump je.agaknya tak ramai yang guna botol jenis tu kot.aku perhatikan kebanyakan orang prefer guna avent and tommee tippee. kalau botol yoomi aku tau nak cari puting kat mana yakni kat anakku shah alam.
kat situ je yang ada jual macam2 alat ganti untuk botol dan breastpump termasuk medela..habis macamana kalau puting susu haiqal bocor???have to find it sooner!!!!

korang2 yang comel lagi jelita, kalau ada info pasal puting medela tolong inform eh..jasa baik korang sangatlah dihargai..sayang aunties!!!*from haiqal*
tetiba plak anak aku pandai menaip eh..oyeaaa..sangatlah celik it kan...hakhakak!
ok.dah start merapu dah.
sebelum aku merapik panjang lebar lagi baik aku end kan entry ni skang..

Photo: Apa tengok2?!!:P
tolong eh korang.sian kat budak kecik kat atas neh..*muka baru bangun tido*
tq.
have a nice shool holiday bagi yang bercuti.babai!!:S


++wanita dan kecantikan++


assalamualaikum...

wanita dan kecantikan memang tak boleh dipisahkan..ok.arini aku nak jadi perunding kecantikan tak bertauliah.hehe! saje nak berkongsi information sikit..:))
sejak bersalinkan muhammad haiqal ni aku perasan badan makin kurus.mungkin disebabkan aku menyusukan haiqal sepenuhnya kot..kalau kurus sihat ok lagi..tapi masalahnya badan rasa lesu dan cepat letih..kulit makin kering dan tak bermaya..tak sama masa sebelum bersalin..huhuhu. bila perubahan makin ketara aku bertekad untuk melakukan sesuatu sebelum nampak berusia sebelum masa. dahla aku dan encik suami sebaya..dan nampak2 gaya, encik suami ni jenis yang awet muda..kulit dia memang elok cerah+licin!!! jika nak dibandingkan dengan si isteri memang berkilo kilometer jauh ketinggalan.so, dalam masa cuti ni aku survey2 produk yang bagus untuk skincare and health care. meh aku nak share hasil dapatan aku..

1. collagen
ada satu masa tu, collagen memang sangat meletop pop pop!!! sana sini semua nak jual produk yang ada collagen.tak kiralah dalam bentuk makanan (pil), minuman (jus/kopi), spray/sprinkle, dan macam2 bentuk lagi lah.sampaikan orang pening nak pilih yang mana satu..tapi rasanya khasiat collagen ni sama je kot.tak kisahlah dari brand mana sekalipon.. kebaikan collagen?
- anti-ageing
- menghidratkan kulit atau dalam erti kata lain, melembapkan kulit.
- mengembalikan keanjalan kulit
- meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
- menyuburkan (untuk kuku, rambut yang sihat dan lebat, dan bersinar)
- mencerahkan kulit kerana dapat mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit.

2. vitamin c
sekarang ni semua kecoh nak kulit putih gebu kemerah-merahan macam ADIRA ombak rindu..

actually aku pon perasan perubahan dia sebelum dan selepas..masa dalam af dulu takdelah putih gebu macamtu.skang ni perghhhh~macam snow white beb!!!!katanya adira mengamalkan vitamin c beutskin essence..hajat di hati ni teringin gak nak kulit secerah dia...so, terus google harga benda alah tu.sekali tengok price....ternganga kau!!!!hahahahah!untuk orang tak yang berapa kaya macam aku akan cakap harga dia agak mahal..tapi bagi orang yang tak kisah pasal price dan nak kelihatan cantik meletop, dorang akan beli...:)) terpulang kepada masing2 lah kan.. faedah vitamin c:
- membentuk kolagen
- meningkatkan sistem imun
- memerangi kanser
- mencantikkan kulit..ahaaa...yang ni aku cakap kalau amalkan vitamin c insyaAllah kulit akan jadi putih pinkish or reddish. tak pakai blusher pon boleh cantik.

 
cantekkkk!!!!!

3. skincare product
tengah belajar nak cuba produk nour ain..sebelum order, aku tanya pendapat kawan2 kat fesbuk dulu untuk dapatkan testimoni dari pengguna tu sendiri.kebanyakannya cakap ok dan selamat untuk digunakan..so aku pon order lah.secara kebetulan, arini parcel nour ain sampai..tak sabar untuk guna...yeehoo!!


nanti kita tengok macamana pas sebulan pakai produk ni..

Tuesday, November 13, 2012

++dengki sampai mati++


assalamualaikum...

aku sangat sedih dan marah bila ada orang yang cuba memporak perandakan keluarga kami yang dibina hampir 30 tahun..selama ni ayah dan mak dah banyak bersabar dan berkorban demi menyelamatkan keluarga..huhu.Allahuakbar..sungguh besar kuasa-Mu ya Allah..sehingga sekarang masih utuh lagi ikatan mereka sebagai suami isteri..alhamdulillah..
yang aku tak faham..orang yang dengki tu tak abis2 nak pedajal orang lain..sampai ke tua tak boleh nak tengok orang lain bahagia..agaknya ko memang dah takde keje eh???*buat muka garang sambil tunjuk penumbuk* sampai sekarang memang taktau la sape punya angkara..tanak tuduh sesapa..sebab nanti kalau salah tuduh jadi fitnah..cuma aku tak sanggup tengok mak ayah aku sengsara dari mula kawin sampai sekarang..tapi aku yakin Allah tu maha pelindung..apa2 perkara yang terjadi sekalipon adalah dengan izin-Nya..semoga Allah sentiasa melindungi kami sekeluarga dari hasad dengki sesama manusia..

aku berdoa semoga orang yang takde hati perut tu kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat..

kepada kawan2..jaga diri k.
jangan biarkan diri terjebak dengan permainan syaitan..semoga dirahmati Allah semuanya..

babai..
(sedikit tenang selepas sesi meluahkan perasaan kat blog.:)))


Tuesday, November 06, 2012

++berpuak++


assalamualaikum...

I hate racism..I hate being partial like seriously!!!!