Monday, March 31, 2014

++opt: getting a maid++

Assalamualaikum..


apa yang berlaku pada negara lately memang sangat terkesan di hati..sememangnya Allah itu maha berkuasa dan hanya Dialah sahaja yang berlaku apa sebenarnya yang berlaku.sentiasalah berdoa agar Allah lindungi kita dari bala bencana, fitnah dajjal, dan azab di akhirat..

entering 8 months of pregnancy already
im getting weaker and weaker each day. memang tak larat sangat..kadang2 gagahkan badan ni untuk buat benda2 or keje2 rumah sebab anak dan suami..who's going to cook for them?takkan nak biar rumah berselerak macam sarang tikus kan?tambahan plak haiqal baru kena asthma..so rumah tak boleh dibiarkan berhabuk..hurmm..kadang2 terfikir gak nak upah orang untuk tolong buat kerja rumah seminggu skali or 2 kali sminggu.tapi kalau boleh tanak ada maid..teruk kot!I don't think staying with a stranger that we never know her details could be a kind of help.sebab macam2 dah benda yang tak elok kita dengar kan?

once, my husband suggested that we should get a maid..dia kesiankan aku as a working mother yang perlu buat semua kerja rumah sendiri. I know that his intention is good.but I said..'NO'
I'd rather do all sort of housework on my own. aku pon bukannya berasal dari anak orang senang..hidup penuh dugaan sejak dari kecik which taught me to be independent. biarlah aku susah skarang daripada susah kemudian..anak2 dibawah jagaan sendiri..makan minum aku sediakan..suami pon aku uruskan..at least ada sentuhan seorang ibu dan isteri dalam keluarga..:)
yakin kita boleh!!!!!



oh ya..harini dah kembali mengajar seperti biasa.Alhamdulillah..kesihatan bertambah baik.rindu sangat dengan anak2 murid aku..terutama kelas sendiri..they seemed like missing me too~hikhikhikhik.;p
even one of them said that ..
"teacher, kita janji tanak nakal2 dan buat bising.sebab kalau kami bising nanti teacher pening..sapa nak ajar kami nanti kalau teacher sakit???"
aaaawww~how sweet is it?
the fact is teacher dorang tak datang sekolah disebabkan kesihatan tak mengizinkan during pregnancy.huhu.

apa2 pon.jaga diri semua..love u all.

Monday, March 17, 2014

++new stuffs for a new baby++

Assalamualaikum..

still not getting any news regarding the missing aircraft..it's really saddened the family and us as well as Malaysian people.hopefully all of them would be found soon..

yesterday my husband and I went to have our breakfast nearby tesco station 18..along the way to the tesco, suddenly my husband saw a new baby store at the corner of the building..what a huge shop with triple storeys! he said he wanted to go there right after we finished having our breakfast.at first we wanted to survey haiqal's diaper. but once we got in there, we changed our mind 100%.huahuahua..there were lots of cute things offered.how could you resist all that, huh?

unfortunately, there were no diapers sold in that store..only baby stuffs like clothes, bags, toys, and etc..
since my pregnancy has entered 29 weeks, so I think it's time for me to buy new baby's stuffs  for my baby.
so lets see what I have bought.

tadaaa!
all in pink...*blush*blush*

at first I felt weird to buy these cute things..hahaha!yelah..my first child is a boy and most of his things are in blue.only few clothes and things can be used such as napkins, white clothes, white blanket and etc.

and Alhamdulillah..Haiqal's babysitter still wants to accept his soon to come out little sister..hehe.
for delivery place, there's still no decisions made. but I think this time maybe we will go to private hospital (pantai) since I do my monthly check up there..hopefully everything goes well as planned. I really want female doctors to attend my delivery time then. insyaAllah...as we have plans, Allah has His own plans for us too.we'll see..:))

Sunday, March 09, 2014

++pray for MH 370++

Assalamualaikum..

semalaman tak bole tido menunggu updates tentang pesawat MAS yang hilang 8/3/2014 yang lalu..
Allahurabbi, tak boleh dibayangkan perasaan ahli keluarga apabila dapat berita yang menyedihkan ni.
banyak andaian dan spekulasi bodoh yang dibuat oleh wartawan tak bertauliah semata-mata nak melariskan akhbar dan blog page masing..aku anggap orang macamni memang jenis tak reti nak menjaga perasaan orang lain.

apa2 pon marilah sama sama kita mendoakan agar diberikan petunjuk agar tidak lagi menjadi tanda tanya kepada semua.
aminn..~

p/s:sentiasa berharap supaya semua yang berada dalam kapal pulang ke pangkuan keluarga dan orang tersayang dengan selamat...:((

Thursday, February 20, 2014

teraniaya@menganiaya?

Assalamualaikum..


pelik dengan perangai sesetengah orang..asik nak menampakkan diri teraniaya
padahal memang diri sendiri yang buat pasal.haisyh..bengang je!
even aku dengar macam2 cerita tapi aku tak hadam cerita tu bulat2 since aku tau benda sebenar dan aku nampak dengan mata kepala sendiri
but diri dia masih tak sedar kot.yang orang lain dah tau dan masak dengan perangai dia.
hurmm.
semoga menjadi iktibar untuk diri sendiri.
mana yang elok dijadikan teladan.
yang buruk dijadikan sempadan buat diri agar tidak hilang pedoman.

sekian.
warta berita untuk hari ini.
bai~



Wednesday, February 19, 2014

++wahai lelaki..tolonglah..++

Assalamualaikum.

fitrah dan sifat seorang wanita/perempuan memang dilahirkan sensitif, mudah tersentuh dan emotional.
kenapa bukan lelaki????kerana sememangnya kita dah sedia maklum yang perempuan dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal.jadi dia mudah terdorong oleh nafsu.


isteri ni sebenarnya banyak fungsi dalam rumahtangga..pendek cerita multipurpose. semua benda dia nak kena buat dalam satu masa. dia kena pastikan yang makan pakai anak suami terjaga..iron baju suami, masakkan untuk suami anak, kemas rumah dan sebagainya..malam plak terpaksa berjaga bila anak meragam terutamanya bagi yang ada anak kecik..bila masa untuk tido dan berehat???So, TOLONGLAH FAHAM.

kadang2 setiap wanita ada kemahuan dia sendiri.nak2 dia bekerja dan ada duit sendiri. suami memang takda hak atas duit isteri. kalau dah suami sekat dia nak beli itu ini, tak merasa la dia nak cantik, bergaya , macam wanita2 lain..kalau dah tak bagi isteri beli barang keperluan guna duit sendiri, toksah bagi keje.kan senang?
jadinya wahai para suami, TOLONGLAH JANGAN SEKAT KEHENDAK ISTERI.
 
nak bini yang sebelah kiri atau kanan??

setiap isteri atau wanita mengharapkan pasangannya agar dapat memahami perasaan dia.terutamanya waktu BULAN MENGAMBANG a.k.a PEOD. mood memang akan mudah swing..so TOLONG JANGAN CARI PASAL.teheee~


ramai lelaki yang buat2 tak faham yang orang perempuan ni perlukan pertolongan di rumah..jadi ringan2 kan tulang anda untuk membantu..tolong jagakan anak waktu isteri masak ke..tolong basuh pinggan ke..tolong basuh baju ke..dan tolonglah apa2 yang patut asalkan dapta meringankan beban kerja isteri. kalau susah sangat nak tolong dari segi kudrat, paling senang adalah TOLONG JANGAN SEPAHKAN RUMAH..aku rasa semua perempuan nak rumah mereka berada dalam keadaan kemas dan bersih.supaya bila masa kawan2 dia atau sape2 datang rumah takdalah segan sangat dengan tetamu kan..
nak2 dapat plak bini yang cerewet macam aku.hahahaha!habis semua aku nak buat..cuci toilet, masak, sapu dan mop rumah, buat keje sekolah online, lipat baju...last2 aku yang terkelepet kepenatan sebab nak semua dalam keadaan ok..at least sedap mata memandang.hehe.

keje aku kat rumah dah makin ringan sebab suami rajin tolong basuh dan sidai baju..tang lipat tu memang aku tak bagi sebab satgi jadi lipatan kuih plak.bahahah! Alhamdulillah dapat suami yang menyenangkan hati..:)

Monday, February 17, 2014

++nyamuk tegar++

Assalamualaikum...


sambil buat keje sekolah sambil aku berblog..dalam masa yang sama aku tension amat sebab nyamuk dok berterbangan depan mata aku sambil mengeluarkan bunyi nak mintak penampar ori(tapak tangan)serius aku sangat sakit  hati okeh!!!bukannya aku tak pasang ubat nyamuk tapi aku tengok ubat nyamuk pon macam tak lut dengan dorang...siap kerumun lagi tang ubat nyamuk tu..naik hairan aku dibuatnya tengok bangsa nyamuk kat simpang pulai ni..tegar sungguh nak gigit orang..hisyh~
perlu ke aku bagi warning macamni?agaknya baru depa paham kot!

aku boleh bersabar lagi kalau nyamuk tu gigit aku sorang..tapi yang jadi marah lagi bila dia gigit anak aku..
si haiqal ni plak jenis kalau kena gigit muka selamber je..macam takdak efek gatai..kebal kah anakku???

selingan..

when u feel wanna slap someone just say, hey!it's mosquito!
heheh.

Saturday, February 15, 2014

++bodoh sombong++

Assalamualaikum..

Live update dari sekolah sempena mesyuarat agung PIBG sekolah.
Makin lama duduk dalam meeting makin geram plak aku dengar usul2 yang kurang logik dan munasabah daripada ibubapa..hanya segelintir saja yang memberi cadangan yang dapat membina sekolah, ibubapa dan murid.
Apa yang aku nampak masih ramai parents yang tak faham fungsi pibg dan peranan guru.
Plak tu bermatian-matian nak pertahankan pendapat mereka umpama menegakkan benang yang basah..haisy!pantang betul aku ngan orang macamni.
Nampak benar kesombongannya..

Sebenarnya tujuan pibg ni diadakan adalah nak dapatkan persefahaman antara guru dan ibubapa bagi menjalankan aktiviti yang dapat menyumbang ke arah kebaikan bersama. Antaranya program kecemerlangan..gotong royong menceriakan sekolah..bacaan yassin perdana dan sebagainya. 
Banyak usul yang pibg terima tetapi yang jadi masalahnya, yang tukang usul tu langsung tak nampak batang hidungnya.macamana masalah hang nak selesai?tengok ayat dalam usul bukan main lagi..teringin gak nak kenal muka2 depa ni kennn~
Usul paling kelakar bila mana ada sorang parent yang cadangkan untuk ibubapa atau ajk pibg pantau disiplin guru.seorang. Amboih!besarnya pangkat hang dati pegawai JPN m KPM..sapa ntah yang nak bayaq gaji si tukang memantau tuh..lawak2!!!!

Ada juga usul yang komplen makanan rmt sikit berbanding tahun lepas.depa ni buta ka apa?tahun lepas buah dapat sepotong ja..kualiti makanan pon jauh lebih teruk dari sekarang.tahun ni buah dapat sebijik terus kot.takdak potong2 dah.aku syak anak dia jenis makan banyak.tu yang anak dia kata makanan sikit..elok ja aku tengok anak dia makin 'sihat'.hahahaha!macam2 hal!
Kadang2 aku sampai terfikir 'apa benda yang aku dengaq nehh?'

Apa2 pon ini adalah sebahagian daripada pengalaman aku sebagai guru.
Jauh lagi perjalanan bermaksud lagi banyak benda yang aku bakal hadapi.
Jaga diri.hiasi peribadi.bai!

Friday, February 14, 2014

++tips tangani anak suka mengamuk++

Asaalamualaikum..



rata-rata anak yang berumur 1-3 tahun ni suka TANTRUM..it is one of the ways to seek for parents' attention.as a mommy aku pon mengalami fasa yang sama.haiqal, kalau kita marah dia or say NO! dia akan terus guling atas lantai seolah-olah perkataan tu macam ada sign suh dia mengamuk.haha!lagi2 masa kami kat DUBAI haritu.memang itu waktu yang paling mencabar untuk aku dan suami..kami tengok anak orang lain elok je behave dalam stroller.baik laki or pempuan.haiqal plak tanak duduk lama dalam stroller.yang dia tau kalau dia tak larat jalan mama akan jadi mangsa untuk minta dukung.habislah mama anak oi..mana nak bawa adik dia dalam perut..lagi nak kendong dia ke hulu ke hilir..memang tak mampulah kan..ngan ayah tanak nak minta dukung.kalau dia nak pon dukung kejap2 je.pastu mesti dia mengamuk nak datang kat aku..huhu.
last2 ayah dia akan upset dan tinggikan suara..lagilah dia mengamuk sampai sedu sedan.paling tak menahan dia lap air mata yang kuar berjurai-jurai..kuat drama sungguh budak tu.

kalau g supermarket plak dia bukannya mengamuk sebab tak dapat barang yang dia nak..tapi mengamuk sebab aku tanak dukung.-___-'
kalau dari sudut positif baguslah sebab tak payah nak susah2 sogok dengan toys or apa2 benda dari supermarket. malu kami jadinya bila pak2 and mak2 arab tengok anak aku guling2 atas lantai.depa pandang semacam ja..yelah.depa memang jenis yang tegas didik anak.jadi anak2 macam tak berani sangat nak tantrum.selama 3 minggu aku kat sana memang langsung aku tak jumpa budak2 nangis macam anak aku.kalau kat malaysia banyak la spesis2 haiqal neh.hehe.based on my readings, anak2 orang ASIA memang sangat kuat ikatan dengan ibubapa..orang Asia ni jenis lembut hati.nangis sikit je mesti terus angkat dukung.kalau style barat, kalau anak depa nangis, memang depa buat kering je..sebab tu kita boleh tengok anak2 depa dari kecik sampai umur 6 tahun elok je dalam car seat kat tempat duduk belakang.


jeles tengok budak ni dok dalam car seat dia..siap buckle safety belt lagi.plak tu senyum keriangan!huh.

so untuk menangani anak yang suka bebai or mengamuk, ada yang suggest kat kami suruh tengok rancangan yang dikelola oleh JO FROST..mesti ada yang pernah dengar nama dia kan??she's very famous all over the world.ramai nak dapatkan khidmat dia untuk bantu selesaikan masalah tingkahlaku anak2.



she has written a lot of parenting books. but malas nak beli buku.malas nak baca ok..so tengok rancangan dia pon dah memadai di saluran 709 astro. dia ni kalau diikutkan takda anak pon.tapi dia ada kepakaran dari segi penjagaan kanak-kanak sebab dia pernah bertugas sebagai nanny di US dan Britain selama 22 tahun. hebat~!!orang putih sanggup hired dia dengan jumlah yang mahal untuk tangani masalah anak2 depa.hasilnya??PROBLEMS SUCCESSFULLY SOLVED!:)

dalam mendidik anak-anak kita tak boleh jadi terlalu lembut dan terlalu garang..kena pandai2 bertindak mengikut situasi.macam kami, aku tak garang.tapi suami memang kena tegas supaya anak tak boleh berkelakuan lebih dari had.dia perlu tau apa yang dia BOLEH buat dan TIDAK BOLEH buat. bila kita marah anak kita, (meninggikan suara tanpa sebarang sentuhan fizikal) jangan sesekali kita senyum2.after kita marah, kita kena terangkan kenapa kita marah..walaupon dia tak faham but kita kena keep explaining. lama2 kelamaan dia akan tahu juga..

bila anak nangis, alih perhatian dia dengan sesuatu yang dia suka..jangan sesekali kita angkat dia or dukung (which is aku selalu buat sebelum ni) contoh:masa anak nangis kita boleh cakap macamni...
"haiqal...jom kita minum milo...sedapp..mama buatkan milo ok??"
aku praktikkan kat haiqal and it works.:))

cuba elak dari cakap benda yang bermula dengan perkataan negatif seperti JANGAN!, NO!, DON'T, STOP! dan sebagainya. kalau nampak dia buat benda yang tidak sepatutnya, cepat2 tarik tangan dia dan bawa dia ke tempat lain.pendek cite..kita alih perhatian dia..kalau tak berjaya..cuba buat seperti contoh ni:
"auchhh..~!panas lah cawan tu..mama takutlah nak pegang" dengan mimik muka takut bersungguh-sungguh.secara tak langsung, anak akan faham..

selain tu, untuk menjadikan sesuatu perkara tu sebagai kebiasaan atau habit,kita kena buat secara konsisten selama lebih 21 hari..contohnya, kita nak ajar anak duduk dalam car seat. memang mula2 anak akan menangis..tabahkan hati wahai ibu!tak lama pon nak suruh anak biasa duduk dalam tu.dalam sehari tu kita letak baby dalam car seat lebih kurang 10-15 minit. aku dah terlepas nak ajar anak aku.sebab aku start tengok rancangan jo frost masa umur haiqal 1 tahun 6 bulan. masa tu haiqal memang dah duduk belakang sepenuhnya. tak ganggu kami drive keta.sebab apa yang kami ajar, once dia nak datang depan, dia wajib pakai seat belt.kalau nangis tanak pakai otometik dia kena duduk belakang..hasilnya skang ni, bila dia naik keta dan duduk depan, dia akan suruh kami pakaikan dia seat belt.agak2 dia dah bosan, dia akan minta kami unbuckle dan dia akan terus ke belakang..:)

alhamdulillah..skang ni aku lega banyak sebab haiqal dah banyak berubah ke arah yang lebih positif after mempraktikkan beberapa tips yang dikongsi di atas.
sebagai contoh,baru tadi.aku buka laptop untuk isi maklumat murid online..tiba2 dia datang dan nak off plague/switch.apa yang aku cakap kat dia..
"haiqal..nanti laptop mama dah penuh bateri baru haiqal tutup switch k?"

he did listen to me and understand my words very well.:))
he becomes so adorable day by day..sampaikan susah aku nak marah..kalau dia buat salah, dia akan cepat2 datang kat aku untuk bersalam..then dia akan kiss kat pipi tanda permohonan maaf.hahahaha!
terus sejuk hati mama..

p/s: haiqal masih lagi dalam proses pembentukan behaviour..masih banyak lagi yang kami perlu pelajari...dengan kami dia dah ok banyak..cuma dengan orang dia akan meragam..hurmm..
will try hard to solve this problem..perhaps haiqal dan adik dia membesar menjadi anak yang soleh dan sangat menyenangkan orang ramai..amiinnN~

Wednesday, February 12, 2014

++HI-5 vs action song++

Assalamualaikum...

semalam haiqal duduk dengan pengasuh sementara...habis waktu sekolah sebenarnya ada mesyuarat tapi aku minta kebenaran dengan pentadbir untuk balik awal sebab dah janji dengan pengasuh tu untuk ambil awal.dalam hati risau, gusar semua ada.yela, ko tinggalkan anak ko dengan orang yang dia tak kenal..agak2 apa yang dia rasa????
syuh2!!puas aku berjampi dan berusaha kuat untuk hindar perasaan negatif..tapi it kept coming...I cud not stop thinking of Muhammad Haiqal all the time.-__-
masa sampai je kat rumah akak tu, tengok2 dia tido sambil peluk ultraman dia..alahai..kesiannya anak mama...kak faridah tu kata, dia tak banyak meragam pon cuma sekali sekala dia teringat dia akan menangis.nangis kejap2 je.paling tak tahan tu bila time makan dia teringat kat mama..meleleh air mata dia sambil makan..aku dengar macam nak nangis skali plak.am I too sensitive or emotional????
maybe this is because of my pregnancy..too much thinking I guess.

haiqal's growth is superb!!
he learns a lot within this 2 years.he likes HI-5 so much..and every morning before mama and ayah go to work, he will ask us to turn on the tv just to watch HI 5.
not only haiqal loves to watch it but his mama too!!hahahaha!I just can't stop dancing and sinnging everytime listening to their songs..


my husband recorded him dancing last night..both of us laugh out loud while seeing him doing the actions..he didn't even look at the tv at all..but he seemed as he knows what to do for the actions..hahahaha. awesome baby!!
it reminds me of what I did last two years when Haiqal was still in my tummy..at that time I was too bz handling and preparing my kids for the action song competition..hahahah.I taught them to dance and sing..I guess he just inherits mom's interest.hehehe.

action song competition is about to start..I need to find some ideas..FYI, I did not start anything yet..even composing songs nor selecting kids to form a team.I just cant find times for me to all of the stuffs.SIGH~
but I think I want to do something like HI 5..something that catchy, attractive and creative..we'll see what is going to happen next..:)
do pray for me k.




@ the music room cari idea..heheheh.
siap suh suami hantarkan keyboard lagi..bila2 ada idea datang terus buat lagu..*jeling2*

Sunday, February 09, 2014

++susah tido malam++

Assalamualaikum..
Selamat petang~!!!!

While im writing this,my two sweethearts are out for buying foods..ahad biasanya aku akan masak lauk yang menarik dan mencabar(amboih ayat kau!) Tapi harini kuali maintain tergantung kat dapur.sebabnya pagi2 tadi dah keluar g breakfast ngan mak abah and keluargaku tersayang.rasa macam kenyang tersangat plak after sarapan..huhu.so tanya encik suami samada dia nak makan ke tak..dia pon cakap benda yang sama..tanak makan tengahari.kenyang melampau katanya!hihi.so sudahnya aku just masak untuk haiqal.goreng kuetiaw tonggek ja..

La ni aku susah betol nak tido malam.rasa tak selesa dan panas semacam..aku suspek ni mesti disebabkan hormon ibu mengandung..masa ngandungkan haiqal dulu pon aku rasa panas satu badan.nak2 bila perut dah masuk 6bulan.huhuhu.malam2 buka aircond and kipas serentak untuk sejukkan badan.kesian suami tido berbungkus menahan sejuk..apa yang merisaukan aku adakah prestasi keja akan terganggu..confirm!
siang mengantuk, malam berjaga.elok sangatlah bait lagu tu ngan aku skang ni.

Jeles tengok dua beranak tu tido memalam..kadang bersahutan dengkurannya sebab dua2 selsema!hahahaha!bila datang pagi je aku rasa mata aku rabak semacam.huhu.nasib haiqal tak berapa merap macam mula2 dia balik dari jitra haritu.kalau tak lagi besarlah eyebag panda.-___-

Friday, February 07, 2014

++bila perut semakin membesar++

Assalamualaikum...

rasa macam gagah giler semalam bila hanya tido dua jam ja pada malam sebelum tu.haiqal tak sihat lagi, jadinya dia ada masalah untuk tido..kesian sangat..tergaru sana tergaru sini.rasa macam nak guna penggaru kayu tu gosok2 badan dia.hikhikhikhikhik.statement kejam di situ ye..;p
pastu pengasuh plak bitau yang haiqal tido punya lama dari pagi sampai 12.30.perrghhh..memang nak qada' tido namanya tu.hasilnya bila balik rumah dia dah tanak tido..puas aku paksa.terpaksa mama dia bersengkang mata melayan kerenah dia yang semakin macam2.takpalah naakk...mama suka awak buat macamtu..cumanya jangan dok gusti mama sangatlah kot..sian adik awak nanti..huhuhu.-___-

********

aku bersyukur sejak dari mengandung anak pertama, aku tak pernah ada masalah makan.selera je memanjang..kalau tak makan banyak tu tak sah.semua orang perasan.hihi.sampaikan ada kengkawan sejawat yang risau tengok kuantiti makanan yang aku ambik.memang banyak ok!kengkadang tu terdetik gak dalam hati what if badan aku naik waktu mengandung dan tak turun2 dah??????huhuhu.so apa yang aku buat is, aku dah pesan siap2 kat suami.kalau nampak badan bini dia mengembang semacam sila cepat2 daftar nama aku kat mana2 slimming centre.kihkihkih!;p

skang ni masuk perut 6 bulan aku dah tak boleh makan sebanyak dulu..mesti kena makan sikit2.selera tu ada cuma tak boleh terlajak makan.bila lebih je mesti rasa mengah dan sesak PERUT.dulu masa time haiqal takda plak rasa macamtu.elok je makan banyak sampailah beranak. bentuk perut pon lain sikit dari dulu.
kalau time haiqal, perut nampak tajam dan runcing ke depan..badan maintain slim..cewahhh!but this time pinggang melebar dan segala-galanya nampak mengembang...sampaikan pernah sekali tu encik suami tegur..
"yangg..nape abang rasa bo***t sayang mengembang semacam je..?"
masa bertanya tu siap buat muka high curiosity yang amat..

pffftttt-____-
risau ye bang...yang mengandungnya sayang.jadinya sayang lah terpaksa menanggung kesan dan akibatnya.rasanya bukan setakat bo***t mengembang.lain2 pon ikut skali dah ni..part paling lawak tang hidung!hahahah.memang nampak nau besooooo~

I really enjoy my pregnancy..it gives me a wonderful feeling especially the moment u feel ur baby kicking inside ur tummy..sometimes haiqal pon akan gelak bila dia pegang perut mama, adik dia menendang waktu tu..gelak besar dibuatnya..:)

p/s: mommies out there, jaga diri baik2 ye..

Monday, February 03, 2014

++being pregnant and taking care of a sick son++

Assalamualaikum..
done tampal gigi masa balik kampung aritu!:D
ku sangkakan 3 je lubang..sekali check..nah amik kau~4 lubang..huhuhu.lega bila semua dah tampal...makan pun makin laju..(masa gigi berlubang pon dah makan mengketedarah.cer bayangkan skang macamana plak..hikhik)

good news, haiqal dah balik duduk ngan kami.bila dah sebulan lebih duduk kampung dia punya mengada-ngada tu lain macam je..asik nak berdukung je..nasib dapat mak yang penyabar..uhuhuhu.tapi nak dukung pon ada had..lagipon dia bukannya ringan..
elok je balik ipoh terus dia kena demam selsema..siap naik kelopak garam lagi kat all over the body.kesian sangat..asik merengek je..gatal2 tak selesa.mungkin Allah nak uji aku setelah lama dok berehat tak buat pape kat rumah..kena reset balik mind..tak boleh bermalas-malasan macam dulu dah.sangat mencabar bila kita ada anak yang masih kecil (bawah 2tahun) sakit dan dalam masa yang sama mengandung..rasa macam kudrat dan tenaga sangat terhad..tapi aku gagahkan jugak demi anak..hmmm..

semoga Allah beri kekuatan untuk menjaga haiqal sampai sihat dan sihatkanlah baby dalam kandungan..aminn~


Wednesday, January 29, 2014

++masalah kerosakan gigi ketika hamil++

Assalamualaikum..


gambar kek gulung yang baru siap packed by kak ola..hewhewhwhew~cantik kan?rasanya pon secantik rupa.hehehe.untuk tempahan boleh terus g ke SINI

patutnya mukadimah letak gambaq gigi rosak..barus sesuai dengan tajuk post kali ni.tapi disebabkan tadi ternampak kak ola baru update facebook n post gambaq kek ni haruslah ai tempekkan dulu kan..
but jangan salah faham!!bukan disebabkan kek ni gigi aku rosak ok.

alkisahnya, aku rasa gigi aku makin lama makin rapuh...sebabnya kerap kali bila aku makan something yang keras sikit je mesti terasa ada serpihan gigi yang terkeluar..bahagian gigi yang menyerpih is gigi geraham kiri dan kanan.sebelum ni gigi aku memang takda masalah berlubang langsung.but during this pregnancy 3 geraham aku berlubang.wuaaaa~gigi aku!!apa dah jadi ni??
so I ask for my husband's opinion..mari kita dengar pendapat dia.

kebanyakan ibu mengandung memang selalu hadapi masalah gigi reput or senang menyerpih. SEBAB nya baby ni umpama parasit..dia akan absorb semua nutrien yang ada pada ibunya untuk tujuan tumbesaran..so ibu memang HARUS makan benda2 berkhasiat untuk menggantikan segala nutrien yang telah diambil oleh bayi.salah satu nutrien / garam mineral tersebut adalah kalsium..selalu kita dengar masalah osteoporosis kebanyakannya dihidapi oleh pesakit wanita..yelah.lelaki tak pernah mengandung.jadi takda masalah kekurangan kalsium kecuali disebabkan masalah2 tertentu..wanita setiap kali mengandung memang kalsium semakin berkurangan..that is why ibu-ibu mengandung digalakkan untuk minum susu..

demikianlah penerangan serba sedikit daripada suamiku tersayang..:)

cuma aku agak confuse, dalam iberit atau obimin nape takda kalsium sekali eh?kan senang kalau ada 5 in 1 terus.takyah dah minum susu.heheheh.(dasar pemalas minum susu;p)


gigi depan aku ok lagi macam gambar cik kak kat atas ni...but bila nganga sangat scary ok nampak lubang2 kat geraham!*nangis*

Tuesday, January 28, 2014

++obimin dan iberet.mana lebih bagus??++

Assalamualaikum..

encik suami datang jemput aku seperti biasa di sekolah tenghari ni..kami dah pakat tanak lunch dulu because nak g appointment dengan specialist o&g kat hospital pantai, ipoh.aku risau kalau aku makan kang kompem2 waktu timbang berat akan bertambah sekilo dua..jenis aku ni tak reti nak makan sikit2.nampak makanan depan mata macam kucing nampak ikan..konon2 malu, tapi last2 semua sapu..hewhewhew..~
but berat memang sedia maklum bertambah even tak lunch for a day -___-


perkenalkan specialist di klinik pakar wanita hospital pantai, ipoh ...Datin Dr.Mimin Tarmini..

Dr Mimin ni memang dapat good reputation.kalau sebut je nama dia insyaAllah orang akan cakap, oh doktor tu bagus...memang pon!!!doktornya lemah lemut dan sangat humble even dia ber'title' DATIN.oleh kerana kawan2 husband yakni doktor2 perempuan banyak buat pregnancy check up dan bersalin dengan kat sana maka terus husband pon termakan umpan untuk pergi bawak bini dia ke private sekali..oh.u curang dengan gov ye!!!!takpelah.pucuk dicita ulam mendatang..
Dr Mimin ada bitau untuk hasil scan terbaik, korang better buat 4D scan semasa kandungan berusia 18-22 minggu.
jangan jadi macam aku..mengandung nak dekat 8 bulan baru terhegeh-hegeh nak buat scan 4D..kompem2 tak nampak sebab masa tu kedudukan baby dah fully engaged..doktor tu siap cakap dengan aku in anytime aku boleh beranak..errrr....*face palm*

Dr.Mimin tanya apa vitamin yang aku makan sepanjang pregnancy.so aku jawab obimin plus dan ferrous(iron tablet) rupanya cara pengambilan vitamin yang aku makan selama ni salah..once u makan obimin tak perlu dah makan iron tablet sungguhpon kita tau yang iron tu elok untuk increase hb dalam darah..apa yang perlu aku buat adalah makan obimin+vitamin c.itu yang sebaiknya..now I know..:)
aku memang bermasalah dengan hb sejak dari mengandung anak pertama.jadinya, doktor M cadangkan aku untuk ambil IBERET...kandungan iron memang lebih tinggi berbanding obimin.untuk pengetahuan, tak semua klinik kerajaan or gov hosp ada sediakan obimin sebab harganya mahal sikit.kalau nak biasanya kita kena beli sendiri which costs about RM1 lebih kalau tak silap..

ini yang biasa kita dapat kalau g klinik kesihatan.sekali makan 4 biji. ada vitamin c, folic acid, vitamin b and iron tablet..

ni plak obimin..ada dua jenis.satu biasa dan satu lagi obimin plus.yang aku makan skang ni obimin plus..warna merah pekat.dalam sebiji ada 4 benda sekali gus..senang kan??

yang doktor M suggest plak is iberet 500..


sangat baik untuk ibu2 yang mengalami masalah hb.

esok insyaAllah encik suami akan cuba dapatkan iberet daripada farmasi hospital kalau ada stock.kalau dah dapat iberet aku nak bagi secara percuma kepada sapa2 yang nak..just inform je kat aku ye..:)
stock obimin masih banyak dengan aku.makan masa berbulan-bulan gak nak habiskan..hehehehe.

sebelum balik, Dr Mimin ada bagi cadangan untuk makan neurogain..elok untuk perkembangan otak bayi..cuma bau dia ada sesetangah orang tak lalu makan dek hanyir katanya.wallahualam..aku takdala try lagi kan..

klah.mengantuk.nak tido.
babai~esok kitewww hapdet lagy yeww~;D


Monday, January 27, 2014

++mind your words++

Assalamualaikum..

aku dah berazam tahun ni nak kurang tengok fon during in school...tapi takdala buat taktau terus.sebab kadang2 ada call penting daripada parents ke..pejabat ke..kecemasan ke..so far aku dah berjaya kurangkan untuk benda2 yang tak penting.yeayyyyy~!!!*joget2*
tamat bab 1.

bab 2.
baru je lepas tengok satu video pasal sorang perempuan yang mengamuk sehingga mengeluarkan kata2 yang kurang enak didengar..dengan bangganya boleh upload video dia tu dalam facebook.tujuan apa???ntahlah.untuk memalukan orang yang dimarah tu ke or maybe nak bagi kesedaran kat orang ramai gamaknya..kesnya macamni, ada orang tinggalkan kucing dalam kereta dalam cuaca yang agak panas.tingkap plak tertutup rapat.of course takda ventilation yang baik untuk kucing tu.orang yang dok luar pon peluh berbakul-bakul, apatah lagi kucing yang terkurung dalam kereta tu kan..ololo..kesiannya.


sambung...
caring girl tu tunggu je sape owner kete tu datang sebab risaukan keadaan kucing tu..dah boleh nampak dengan jelas yang niat caring girl tu memang sangat murni.sayangkan kucing.but after waiting quite some time owner kete tu tak kunjung.so apa yang dia buat adalah pergi buat announcement kat bahagian information counter supaya owner cepat2 datang ke kereta dan tengok keadaan kucing tu.dalam waktu tu mungkin peluh dia dah habis basah satu badan kot..itu yang buat dia bertambah HOT..bukan hot gorgeous tu..heh.

20 minit kemudian barulah owner kete tu datang..
setibanya owner tu (dua orang ladies) ke kereta dia, terus caring girl tu SEMBUR depa dua orang..terkebil2 akak tu kena jerit depan2 muka..sambil marah sambil rakam.haa..elok sangat la tu kan..sepanjang MAKIAN tu berlangsung ntah berapa kali dia sebut BODOH...BAB* dan macam2 lagi kata2 makian..dari aku respek kat minah tu terus aku rasa annoyed by her action..awal2 tu dah macam angel..nak selamatkan kucing kononnya..tapi cara dia tu tak kena lah.
kalau u pandai sangat, janganlah nak sesuka hati membodohkan orang..I think it's better to say nice words rather than saying harsh words..u boleh marah dorang..but please MIND YOUR WORDS..jangan sampai orang lain dengar terus rasa nak SEMBUR kat u skali..ahaaaa..~


ok.ini adalah pendapat aku..
nak ke link video tu???
nah.aku tempek sini dan korang nilaikan sendiri..

https://www.facebook.com/photo.php?v=10203281512828724&set=vb.1536846191&type=2&theater

p/s:yang ladies dua orang tu pon satu hal..yang p tinggal benda hidup dalam kete tengah panas tu buat apa???taktau ke rakyat malaysia ni mempunyai keprihatinan yang sangat tinggi..kan dah kena bertingkek-tingkek..lepas ni beringat..jangan lagi buat benda yang sama..gamak nak g mana2 toksahlah bawak kucing tu skali.elok je tinggalkan kat rumah.bebas berlari sana sini..ok?

++tipu maklumat untuk dapat bantuan kewangan++

assalamualaikum..

pagi2 buta waktu perhimpunan mingguan nazir dah menjengah ke sekolah kami..welcome nazirs~hikhikhikhik.harap2 redha lah dengan segala kekurangan yang ada pada waktu ni..insyaAllah akan diperbaiki nanti.agak kemengantukan pagi2 ni sebab semalam tido lambat dek teruja sangat tengok budak hafiz nyanyi dalam AJL.rezeki ko ye dik..menang besar lagi taun ni..akak lagi teruja tengok hyperact sebenonya.meremang bulu roma i ols waktu dorang perform.ok.tamat bab AJL.titik.

awal2 tahun kebanyakan cikgu sekolah terutama guru kelas mesti sibuk menyiapkan data murid.banyak betul kena isi online termasuk apdm, smm,sps dan macam2 lagi..lebih pening kalau guru kelas tahun 1.sebab they have to start from the beginning..antara cikgu yang pening tu akulah!hehehe.takda lah pening sangat pon.cuma kena pandai manage masa dan siapkan tugas ikut priority.tugas terkini yang aku kena buat skang ni adalah kena kira jumlah pendapatan berkapita bagi setiap murid untuk tujuan KWAPM.mujur dalam kelas aku tak ramai.tapi yang memeningkan kepala adalah bila ada parents yang ambik mudah bab isi borang..dorang isi borang ikut suka hati je..kadang2 banyak bahagian yang tak dilengkapkan..-___-
dah jadi keje plak bila cikgu terpaksa bertukar jadi investigator untuk tahu latar belakang keluarga..kadang2 bila aku edar borang dalam 10 keping rasanya yang hantar balik 2, 3 macamtu je..yang lain2 simpan jadi pekasam agaknya.hewwww~

aku punya risau bab2 duit ni..sebabnya kalau boleh aku tanak terlepas pandang murid yang betul2 layak dan berhak dapat bantuan dari kerajaan..tapi parents yang lain2 tu ada yang ambil kesempatan.bila diedarkan borang KWAPM ada yang tipu maklumat pendapatan..so apa yang aku buat adalah semak kembali borang  SMM yang pernah dihantar masa hari pendaftaran dulu..tu pon ada beberapa orang yang takda maklumat..hisyhhh..nak duit..tapi tak berusaha..pening aaa..~*gaya shuib* 
ada plak yang terlebih berusaha untuk dapatkan duit...lagi PENING AAAA~hahahahak!
macam hal!
so aku tempel skali syarat kelayakan untuk dapatkan bantuan KWAPM untuk rujukan..harap2 membantu.

SYARAT DAN KRITERIA KELAYAKAN

Murid penerima bantuan KWAPM mestilah mematuhi kriteria kelayakan seperti berikut:-
  1. Murid miskin warganegara Malaysia Tahun 1 hingga Tingkatan 1/ Peralihan yang bersekolah di Sekolah Rendah/Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan
  2. Murid miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH dan disahkan status kemiskinannya sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR
  3. Murid miskin yang pendapatan keluarganya berada di bawah *Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional seperti tertera di bawah:-
    WILAYAHMISKINMISKIN TEGAR
    ISI RUMAHPER KAPITAISI RUMAHPER KAPITA
    Sem. M'siaRM 720RM 180RM 430RM 100
    BandarRM 740RM 185RM 420RM 100
    Luar BandarRM 700RM 160RM 440RM 100
    Sabah & LabuanRM 960RM 200RM 540RM 110
    BandarRM 970RM 200RM 540RM 110
    Luar BandarRM 940RM 190RM 540RM 110
    SarawakRM 830RM 190RM 520RM 115
    BandarRM 860RM 190RM 530RM 120
    Luar BandarRM 810RM 190RM 500RM 110
    *Sumber: Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.

Tuesday, January 21, 2014

++jangan dipandang rendah mereka yang kurang berkebolehan++

 Assalamualaikum..

masuk minggu ke empat persekolahan aku semakin mengenali anak-anak murid ku..tak ramai pon dalam kelas, semuanya ada 24 orang..kelas hujung tak boleh nak letak ramai2 supaya memudahkan guru untuk memantau keadaan murid dari semasa ke semasa.

seperti yang sedia maklum murid kelas akhir ni kebanyakannya memang berkeupayaan rendah.tapi kita sebagai guru tak boleh pandang rendah kebolehan yang mereka ada..sebab ini baru permulaan persekolahan..anak2 tu masih jauh perjalanannya..cuma aku kesian sangat dengan mereka kerana bila ditanya masih ramai yang tidak mengenali huruf dan bunyi setiap huruf..ada yang jenis menghafal..seperti lagu ABC...

contohnya.#situasi 1:
aku tunjuk flash card huruf..
A, B, F, I etc..
tapi yang dibaca murid..
A, B, C, D, dan seterusnya..
mereka just menghafal urutan huruf..:(

koordinasi tangan dan mata juga lemah..mereka tak boleh nak agak garisan untuk memulakan tulisan.
A 
               A    A    
                         A

semakin lama semakin ke bawah tulisannya.

memikirkan keadaan anak-anak murid yang agak merisaukan, aku kena buat sesuatu supaya mereka dapat menguasai huruf serta bunyinya..cuma cabaran buat aku adalah, mereka perlu tahu untuk membezakan bunyi huruf dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris.

kalau kawan2 kat luar sana yang ada idea bagaimana untuk mereka mengenali huruf, mohon untuk share pengalaman di sini ye..tak pon email je di husnanerra@gmail.com
aku nak sangat bantu anak2 didik ku..taknak berlaku keciciran dalam pelajaran.hurmm
semoga Allah permudahkan niat.
aminn~

Monday, January 20, 2014

++susu formula yang bagus untuk anak++

Assalamualaikum

penat semalam masih terasa..tapi penat2 pon aku tetap rasa gembira bekerja pada hari Isnin..mesti ramai yang mengeluh setiap kali hari isnin tiba..hehehe.MONDAY BLUES lah katakan..:)
ini semua disebabkan bertemu anak kesayangan..cuti minggu lepas aku manfaatkan dengan sepenuhnya..petang khamis after school terus bertolak balik.weew!


vroom!!!!kalau naik motor dengan tokwan memang tak nampak orang lain dah.haishh..anak..anak...;)

terkejut sangat bila balik kampung baru2 ni...sebab tengok muhammad haiqal makin TEMBAM!!!!!subhanallah..cepat betul badan dia naik.baru 2 minggu tinggal dengan tokwan dan tokma..kalau berbulan-bulan lagi rasanya lagi tak larat nak dukung dia.

so, balik haritu aku dan suami keluar untuk cari baju baru untuk dia..bukan main seronok lagi dia dapat g jalan2 dengan kami..rindula teww..~hehe.kebanyakan baju dia dah tak muat especially seluar..jadi kami belikan dia baju dan seluar yang saiz 4 tahun punya..senang!tahan lama..badan dia menjadi-jadi since dia stop menyusu badan dan minum susu kambing karihome.bayangkan 600g harga dah Rm90++..tahan 5 hari je.tak larat nak angkut weh.ahahaha!maafkan mama dan ayah ye nak...


babai kambing...sob..sob..sob...:'(

lepas survey beberapa jenis susu yang ok selain susu kambing, kami setuju untuk try enfagrow..first time try bagi kat dia memang takda masalah cirit apa..elok je dia minum.dan dia minum berterusan selama sebulan..pastu terpaksa bertukar susu ke S26 plak..sebabnya masa kat dubai haritu takda susu enfagrow.puas pusing satu dubai tapi langsung takda brand tu..kebanyakan pak mak arab bagi susu S26 kat anak depa..eh?pelik kan?even susu kambing pon takda jual wehh..confuse kami dibuatnya.


hye S26.be nice to muhammad haiqal okeh!

masa bagi haiqal minum susu ni memang tawakkal je..ayah dia risau sesangat takut anak kena cirit birit..
masa hari pertama bagi tu memang dia cirit..tapi tak kerap..2 kali je..after that ok je poo2 dia..alhamdulillah..alang2 dah minum susu ni kami continue je belikan untuk dia sehingga sekarang...tu yang badan makin menjadi-jadi..
masa minum susu kambing dulu takda plak badan naik..minum banyak mana pon badan dok maintain je..maybe khasiat lain2..yang tu goat's milk base dan yang ni cow's milk base.takpala..mana2 pon ok asalkan anak mama membesar dengan sihat dan bijak..aminn~

tips nak tukar susu anak ke jenama lain:
menurut ahli farmasi, kita kena slowly bagi kat anak kita susu jenama baru..bagi sikit2 dulu in small amount.awal2 tu campurkan susu yang dia minum dahulu dan susu baru..then lama2 baru bagi susu baru sepenuhnya..ini nak tengok kesesuaian perut anak terhadap susu baru.