Monday, January 27, 2014

++tipu maklumat untuk dapat bantuan kewangan++

assalamualaikum..

pagi2 buta waktu perhimpunan mingguan nazir dah menjengah ke sekolah kami..welcome nazirs~hikhikhikhik.harap2 redha lah dengan segala kekurangan yang ada pada waktu ni..insyaAllah akan diperbaiki nanti.agak kemengantukan pagi2 ni sebab semalam tido lambat dek teruja sangat tengok budak hafiz nyanyi dalam AJL.rezeki ko ye dik..menang besar lagi taun ni..akak lagi teruja tengok hyperact sebenonya.meremang bulu roma i ols waktu dorang perform.ok.tamat bab AJL.titik.

awal2 tahun kebanyakan cikgu sekolah terutama guru kelas mesti sibuk menyiapkan data murid.banyak betul kena isi online termasuk apdm, smm,sps dan macam2 lagi..lebih pening kalau guru kelas tahun 1.sebab they have to start from the beginning..antara cikgu yang pening tu akulah!hehehe.takda lah pening sangat pon.cuma kena pandai manage masa dan siapkan tugas ikut priority.tugas terkini yang aku kena buat skang ni adalah kena kira jumlah pendapatan berkapita bagi setiap murid untuk tujuan KWAPM.mujur dalam kelas aku tak ramai.tapi yang memeningkan kepala adalah bila ada parents yang ambik mudah bab isi borang..dorang isi borang ikut suka hati je..kadang2 banyak bahagian yang tak dilengkapkan..-___-
dah jadi keje plak bila cikgu terpaksa bertukar jadi investigator untuk tahu latar belakang keluarga..kadang2 bila aku edar borang dalam 10 keping rasanya yang hantar balik 2, 3 macamtu je..yang lain2 simpan jadi pekasam agaknya.hewwww~

aku punya risau bab2 duit ni..sebabnya kalau boleh aku tanak terlepas pandang murid yang betul2 layak dan berhak dapat bantuan dari kerajaan..tapi parents yang lain2 tu ada yang ambil kesempatan.bila diedarkan borang KWAPM ada yang tipu maklumat pendapatan..so apa yang aku buat adalah semak kembali borang  SMM yang pernah dihantar masa hari pendaftaran dulu..tu pon ada beberapa orang yang takda maklumat..hisyhhh..nak duit..tapi tak berusaha..pening aaa..~*gaya shuib* 
ada plak yang terlebih berusaha untuk dapatkan duit...lagi PENING AAAA~hahahahak!
macam hal!
so aku tempel skali syarat kelayakan untuk dapatkan bantuan KWAPM untuk rujukan..harap2 membantu.

SYARAT DAN KRITERIA KELAYAKAN

Murid penerima bantuan KWAPM mestilah mematuhi kriteria kelayakan seperti berikut:-
  1. Murid miskin warganegara Malaysia Tahun 1 hingga Tingkatan 1/ Peralihan yang bersekolah di Sekolah Rendah/Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan
  2. Murid miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH dan disahkan status kemiskinannya sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR
  3. Murid miskin yang pendapatan keluarganya berada di bawah *Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional seperti tertera di bawah:-
    WILAYAHMISKINMISKIN TEGAR
    ISI RUMAHPER KAPITAISI RUMAHPER KAPITA
    Sem. M'siaRM 720RM 180RM 430RM 100
    BandarRM 740RM 185RM 420RM 100
    Luar BandarRM 700RM 160RM 440RM 100
    Sabah & LabuanRM 960RM 200RM 540RM 110
    BandarRM 970RM 200RM 540RM 110
    Luar BandarRM 940RM 190RM 540RM 110
    SarawakRM 830RM 190RM 520RM 115
    BandarRM 860RM 190RM 530RM 120
    Luar BandarRM 810RM 190RM 500RM 110
    *Sumber: Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.

1 comment:

  1. betui tue cikgu ... ibu bapak sekarang ambik mudah je ;)

    ReplyDelete