Sunday, January 05, 2014

++ujian second preganancy++

assalamualaikum..

cukup 1 jam haiqal tinggalkan mama sorang2 kat ipoh...sob..sob..sob...;(
ayah keje..lewat malam baru balik..terasa sangat sunyi kat rumah..hurm.selalu mesti dengar riuh rendah suara dia yang skang ni memang banyak cakap.
actually haiqal ikut tokma n tokwan balik kampung.
semuanya pon untuk kebaikan bersama..

mungkin ramai yang taktau..untuk second pregnancy ni macam2 ujian yang diberikan..tak sama dengan masa mengandungkan muhammad haiqal dulu..benarlah orang kata, setiap anak lain2.tak sama..jadi kami redha dengan ujian ni.cuma minta kawan2 doakan semoga semuanya dipermudahkan hingga ke proses kelahiran nanti.

anak yang sedang membesar tambah2 lagi anak lelaki memang lasak..once dia tau yang mama ada baby lain dia akan nak perhatian yang lebih lagi..dalam masa tu macam2 dia buat untuk dapatkan attention.tapi nak salahkan anak pon tak boleh sebab dia taktau pape..masih tak faham proses mengandung ni macamana..for all he knows, mama is going to have another baby soon.
till now masih lagi bleeding..non stop..huhuhu.

oh ya mungkin ramai yang taktau lepas je balik dari dubai haritu aku mengalami bleeding (macam first day period) sehingga membuatkan aku cemas dan risau. terus gerak suami dan dia bawak ke hospital sg.buloh bahagian kecemasan, kemudiannya aku dirujuk ke bahagian wad bersalin untuk berjumpa dengan doktor o&g for further check up.hurmm...nasib bleeding tak berlarutan haritu..just for few hours..then stop.
masa scan doktor kata baby ok..alhamdulillah..dan tak kena tahan wad..(nasib baik)
so kami terus balik dan berehat sebelum memulakan perjalanan balik ke simpang pulai.

hari sabtu adalah hari pendaftaran tahun 1 sekolah.manakala isnin dan selasa ada mesyuarat kurikulum&kokurikulum..aku pergi seperti biasa.dalam hati masih risau kalau turun darah lagi..huhuhu.
alhamdulillah..hari berlalu tanpa sebarang masalah..

hari khamis dah mula sesi persekolahan 2014.
faham2 jelah kalau baru buka sekolah ni banyak benda nak kena buat..tambahan pula aku kena pegang tahun 1 dan mengajar tahun 4...jadinya blok kelas berlainan..tahun 4 di tingkat atas sekali.memang ada rasa sengal2 kat bahagian bawah perut.terus g pergi toilet.sekali tu check memang ada spotting (tompokan darah). so i told my husband about this and he brought me to do scan and check up kat klinik daerah. sekaligus jumpa doktor..nasihat yang sama diterima..
harus mengurangkan pergerakan dan jangan buat kerja berat..dalam hati dah risau, kalau tak buat kerja kat rumah, maka anak dan suami mesti terabai makan, minum, mandi, pakai.
aku tanak macamtu..as a mother and a wife, tanggungjawab tetap tanggungjawab.
haiqal memang suka wrestling dengan ayah..kalau ayah g keje, mama yang akan jadi mangsa.
huhuhuhu.kadang2 tak sempat nak elak dia dah lari menerpa kat mama.huaaa..~senak perot...

kebetulan pula, suami kepada pengasuh anak masuk ward -masalah jantung. pengasuh terpaksa temankan suami di hospital for moral support. kesian sangat kat dia...ujian besar untuk mereka sekeluarga..harapnya abang latef (suami pengasuh) cepat sembuh dan menjalankan kehidupan seperti sediakala..amin..
cumanya masalah haiqal takda pengasuh..terkial2 gak nak cari sapa boleh jagakan haiqal.nasib ada opah dekat2 ngan rumah yang sanggup jaga haiqal sehari..the next day, encik suami keje petang, so pagi dia jagakan haiqal..we need to think afterwards..sape yang nak jagakan haiqal lepas ni?hurmm..
lepas fikir masak2 kami terpaksa minta tolong mak ayah jitra untuk jagakan haiqal buat sementara..kebetulan haiqal ngan tokma tokwan memang ok..harap2 dia tak meragam sangat nanti..dalam masa yang sama aku harus fikir kesihatan diri sendiri..buat masa ni aku kena berehat dari buat keje berat2.harap2 bleeding yang dialami akan berhenti.

cuma mama jela yang rasa sedih terpaksa berpisah buat sementara dengan anak kesayangan..after 10 minutes dia naik kereta ngan tokma n tokwan aku dah meleleh2 air mata..
yelah..suami selalu sibuk kat hospital.sunyi sepi mesti terasa..diala yang selalu temankan aku setiap hari..even penat macamana sekalipon bila tengok haiqal depan mata, aku rasa semangat dan kuat.

semuanya demi kebaikan bersama..
ya Allah, kuatkan semangat ku ya Allah..
peliharakanlah anak-anak ku dalam jagaanMu ya Allah..
kurniakanlah kesihatan yang baik kepada ku..
berikalan kemudahan dalam segala hal kepada kami sekeluarga..

amin..ya rabbal alamin..~

i love u my son..behave well k..
nanti mama balik ambil haiqal..

No comments:

Post a Comment