Tuesday, January 21, 2014

++jangan dipandang rendah mereka yang kurang berkebolehan++

 Assalamualaikum..

masuk minggu ke empat persekolahan aku semakin mengenali anak-anak murid ku..tak ramai pon dalam kelas, semuanya ada 24 orang..kelas hujung tak boleh nak letak ramai2 supaya memudahkan guru untuk memantau keadaan murid dari semasa ke semasa.

seperti yang sedia maklum murid kelas akhir ni kebanyakannya memang berkeupayaan rendah.tapi kita sebagai guru tak boleh pandang rendah kebolehan yang mereka ada..sebab ini baru permulaan persekolahan..anak2 tu masih jauh perjalanannya..cuma aku kesian sangat dengan mereka kerana bila ditanya masih ramai yang tidak mengenali huruf dan bunyi setiap huruf..ada yang jenis menghafal..seperti lagu ABC...

contohnya.#situasi 1:
aku tunjuk flash card huruf..
A, B, F, I etc..
tapi yang dibaca murid..
A, B, C, D, dan seterusnya..
mereka just menghafal urutan huruf..:(

koordinasi tangan dan mata juga lemah..mereka tak boleh nak agak garisan untuk memulakan tulisan.
               A    A    
                         A

semakin lama semakin ke bawah tulisannya.

memikirkan keadaan anak-anak murid yang agak merisaukan, aku kena buat sesuatu supaya mereka dapat menguasai huruf serta bunyinya..cuma cabaran buat aku adalah, mereka perlu tahu untuk membezakan bunyi huruf dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris.

kalau kawan2 kat luar sana yang ada idea bagaimana untuk mereka mengenali huruf, mohon untuk share pengalaman di sini ye..tak pon email je di husnanerra@gmail.com
aku nak sangat bantu anak2 didik ku..taknak berlaku keciciran dalam pelajaran.hurmm
semoga Allah permudahkan niat.
aminn~

2 comments:

  1. Salam kak...
    Akk boleh gunakan kaedah fonetik utk bezakan huruf..ianya lbh efektif sbb mrd akn bezakan huruf mll bunyinya..boleh guna lagu abu ada ayam....dlm utube ada lagu tu guna kaedah fonetik...kaedah fonetik utk alphabets english pon ad jgak...kalau dari segi btk boleh surih huruf atas kertas pasir then bg diaorg rasa...antara terapi terbaik..tiru huruf guna stensil...menulis di udara atas pasir..bila. Dh ok br apply pd kertas..mulakan pd kertas kosong then br bergaris 4 to 3 akhir skali br garis st...

    ReplyDelete
  2. salam...t.ksh atas kesudian utk share ur idea here.insyaAllah akan di praktikkan dalam kelas bahasa inggeris saya nnt..:)

    ReplyDelete