Tuesday, January 14, 2014

++kelebihan air tangan isteri dan masakan di rumah++

Assalamualaikum..

selamat menyambut kelahiran nabi junjungan besar Muhammad S.A.W..:)
sama sama kita berselawat tanda kasih dan ingatan kepada rasulullah~

bangun awal pagi tadi suami ajak bersarapan kat mcd.dah lama kami tak makan kat sana..konon2 nak boycott lah sangat kan..;p tapi tak kesampaian boycott tu since dari balik keje semalam suami ngidam nak breakfast kat mcd.huhuh.sape yang ngandung ntah..bini ni layankan jelaa...hehe.


we had egg mcmuffin pagi tadi..nyummehhh~

encik suami jenis family man.dia prefer makan kat rumah dengan anak bini daripada makan kat luar.katanya lebih selesa dan puas makan masakan bini..awwww~so sweet..tu saje je nak puji bini nak suroh bini dia lagi rajin masak ye dok???hikhikhikhik.cuma bab p pasar memang fail.penggeli sangat dia ni ok.kalau g market, dia akan senteng seluar seolah-olah nak g masuk bendang.hahahaha!memang funny!
aku pon taktau apa yang digelikan sangat sedangkan dia hari2 ngadap darah kat spital..confused -__-

terus terang aku cakap, aku ni bukanlah jenis yang pandai masak.stakat lauk simple2 boleh lah...tapi aku akan cuba yang terbaik untuk masak apa2 jenis masakan yang suami teringin nak makan..cuma kari, dia prefer kari mak dia or mak mertua masak..aku tak pernah buat kari kat rumah sejak kawin sampailah ke harini.hihihihi.bukan pasal tak reti masak kari (backup diri sendiri;p) tapi dia kata akan makan kari sekali sekala je..once dia dah start makan kari,dia tak boleh nak berenti makan!memang selera habis..rosak diet katanya.hahahha~so.suami pesan, takyah lah masak kari kalau sayang kat dia..anyonyooo~

aku dah terikut cara suami makan.banyak makan roti dan sayur.sebelum ni aku paling tak suka makan sayur.kalau g kedai dan makan nasi campur sayur mesti awal2 aku tolak.huhuhu.since kawin, suami banyak pengaruh dari segi pemakanan.
dia suka makan sayur dalam kuantiti yang sangat banyak!tak kisah lah sayur apa pon asal boleh terima tekak katanya..perlahan2 aku blajar makan sayur..even haiqal pon aku terapkan untuk makan sayur dari kecik.so far dia ok je.boleh makan.:)


eh.apesal dalam banyak2 sayur, kangkung gak yang di tempekkan kat sini?kuikuikuikuikikui

banyak kelebihan kalau isteri memasak di rumah..

1. dapat memikat hati suami..suami akan luangkan masa lebih banyak bersama keluarga..dan acara makan adalah salah satu contoh aktiviti bersama keluarga.
2. mengikat kasih sayang suami isteri dan anak-anak.bila isteri masak dengan ikhlas, secara tidak langsung isteri mencurahkan sepenuh kasih sayang pada suami menerusi makanan yang disediakan.
3. kebersihan terjamin. yang ni memang jadi isu. kadang2 restoren memang masak sedap.tapi pernah terfikir cara penyediaan makanan tak? kuku tukang masak panjang ke pendek? telur dibasuh sebelum digoreng atau tak?macam persoalan sebenarnya when it comes to cleanliness.
4. kurang ajinamoto dan MSG. mengikut pengalaman yang diceritakan oleh tukang masak restoren, depa banyak bergantung kepada ajinomoto untuk menyedapkan makanan.dalam seminggu. kalau tak guna pak aji pon depa akan guna bahan perisa yang mengandungi MSG tinggi.not good for our health. kat rumah, aku memang tak guna aji..
5. kurang berminyak. suami selalu tekankan pasal ni..so, untuk menu lauk aku akan cuba seimbangkan masakan. hanya satu menu bergoreng.dan yang lain rebus or kukus.contoh lauk; ikan siakap 3 rasa, bendi kukus dan sambal belacan.tu je.sangat simple kan?
6. makan tak bersulam dengan air. kalau makan di restoren, kita mesti makan berselang selikan dengan air.kalau kat rumah, kami akan makan dulu.selang beberapa minit baru kami minum.

contoh masakan simple kami di rumah: asam pedas ikan pari, sotong goreng tepung dan sayur rebus.

antara kelebihan2 yang diterangkan kat atas aku paling suka point ke-2.
semoga sama2 kita manfaat kan kelebihan memasak untuk keluarga ye.babai~


3 comments:

  1. rara sampai rasa naik muak tgk kankung ni.hehehe

    ReplyDelete
  2. cik puan rara: kan??balik2 cite kangkung je..lame~;p

    nayfatimah rashid: tak rajin pn, cuma jalankan tnggungjawab as isteri mithali,*konon2* hehehe.

    ReplyDelete