Tuesday, June 14, 2011

++betul ke dah sedia nak berkahwin??++

PERHATIAN::GUYS!DO TAKE NOTE FROM THIS ENTRY.:)

assalamualaikum~

rajin plak malam ni aku nak menaip entry kedua dalam keadaan internet yang asyik dok reset connection.ceit!ampess...dahla dalam kepala otak ni banyak cerita nak kongsi.satgi pas lama sangat dok peram kompem lupa..haisyh~takleh jadi neh.perlu ditulis gak.

tadi encik ilebiu call,dia bitau kad kawin dah siap.alhamdulillah..minggu depan boleh amik n start edarkan. skang ni pon aku ngah cari masa yang sesuai untuk buat pre-wedding photoshoot.masa skang ni memang sangat2 lah pack plus ekonomi yang baru nak belajar jadi lebih stabil. nguehehehe.biasalah, awal2 keje memang memerlukan perancangan yang sangat teliti untuk membina keluarga bahagia.ecewaahhh!!aku ke tu??;p

actually aku nak share pasal satu ceramah yang aku pernah dengar sebelum ni kat radio setiap pukul 2pm siaran radio kedah.fm.ehem2..bukan aku yang sangat klasik ok.but radio kat rumah tu cuma hidup bila ayah aku pasang.dia memang suka dengar..anaknya??wa fikirlah sendiri.hikkksss..kadang2 je aku tumpang dua kaki.kalo tak salah aku tajuk ceramah aritu pasal tanggungjawab suami.gile aaahhhh...tajuk pon macam nak bikin gempak jek.lalalala~
sememangnya aku dah sedia maklum yang suami wajib memberi nafkah kepada isteri dan menyediakan tempat perlindungan(rumah n jadi pelindung) dan pakaian yang secukupnya dan sebagainya.sure korang pon tau gak pasal ni.but ramai yang keliru tentang kedudukan suami isteri yang masing2 mempunyai kerjaya yang tersendiri. sampaikan ada sesetengah yang berpendapat bila isteri dah kerja, maka suami tak perlu bagi pocket money setiap bulan untuk si isteri memandangkan si isteri tu dah ada sumber kewangan yang kukuh. baginya tanggungjawab dia dah lepas dengan membayar sewa rumah, kereta or segala bil yang sampai kat rumah.S.A.L.A.H konsep ok.kalo korang takde bini pon korang still kena buat semua tu kan??kan?kan???;p
menurut islam..
Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia(iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.”

  Riwayat Ibn Majah
 Huraian
Pengajaran hadis:
i) Allah S.W.T mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada pasangan suami isteri. Ia merupakan ibadat yang mesti ditunaikan oleh pasangan.
ii) Si suami wajib memberi nafkah kepada keluarga yang mengikut kemampuannya. Dalam erti kata yang lain, berdosalah bagi suami yang menahan nafkah ke atas orang-orang yang di bawah tanggungannya.
iii) Nafkah terbahagi kepada dua iaitu nafkah batin dan nafkah zahir. Nafkah batin adalah tuntutan naluri semula jadi dalam mengadakan hubungan seks manakala nafkah zahir pula adalah meliputi perkara-perkara berikut: i) perbelanjaan keluarga ii) makan minum dan pakaian iii) tempat tinggal iv) keselamatan dan perlindungan.
iv) Dalam masyarakat hari ini, meskipun didapati kedua suami isteri sama-sama bekerja, namun tanggungjawab memberi nafkah masih tetap terpikul di bahu suami. Walau bagaimanapun isteri boleh membantu di mana yang sesuai. Sumbangan isteri kepada keluarga ini dikira sebagai sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T.
v) Selaku umat islam kita hendaklah mencontohi rumah tangga Rasulullah s.a.w ke arah menjadikan keluarga sebagai syurga dunia. Untuk itu perjalanan hidup berumah tangga mestilah berpandukan ajaran Islam dan dijadikan tempat untuk merealisasikan ajaran tersebut secara menyeluruh.
akan ada orang yang cakap, "ahhh~kalo macamni..botaklah kepala suami..nak kena bela bini n anak2..bayar itu ini.." or rasa tak puas hati sebab nampak seakan-akan menyebelahi pihak isteri/perempuan. korang kena fahamkan betul2 hadith kat atas tu..isteri kan amanah Allah..kena jaga sebaik yang mungkin.dan isteri pula, mentang2lah ada kemudahan macamni,jangan nak amik kesempatan nak jadi kaki cukur ye..NO~NO~NO~sebab apa2 yang jadi pada suami nanti tempiasnya kena kat korang gak kan..renung2kan~:)
dan menurut ceramah tu jugak..jika si suami izinkan isteri keluar bekerja, nak diikotkan minyak kereta n duit poket p kerja tu pon si suami kena tanggung..please jangan salah tafsir entri ni plak.
senang cerita..islam ni kan agama yang memudahkan semua..si isteri BOLEH membantu meringankan beban si suami dengan membantu apa yang patut..macam bayar bil letrik ke..bil tepon ke..ianya dikira sebagai sedekah kepada si suami..besar pahalanya nanti..:) awas.harus diingat,jangan terlebih baik plak yek..contohnya::
"ala..takpe la bang..ayang dah ada duit.takyah bagi pon takpe.duit rumah, bil2 kat rumah semua ayang dah bayarkan."

mulianya hati..maunya laki lari dari tanggungjawab biar kita tanggung sorang2 mau????

lepas je dengar ceramah tu, aku jadi kesian kat encik ilebiu.terus aku text dia..

"salam..abang betul ke dah sedia nak jadi suami?besar tanggungjawabnya tau..."

lama gaklah nak menunggu dia reply..almaklumlah.dia kan ngah keje.aku plak dok umah je..

respon dia positif je.macam agak yakin dengan apa yang dia nak buat lepas ni.hehe.bagus.nampak dia dah ready nak jadi encik suami.~


kat kaki ada nota::
tu pasal lah kalo nak kawin, orang lelaki terutamanya kena betul2 kukuh dari segi kewangan n kerjaya serta bersedia untuk menjadi ketua sebuah keluarga..laki kena bela anak orang taw..ahaa~

kalo ada salah maklumat mengenai entry ni harap dapat diperbetulkan.terima kasih kerana sudi membaca.

4 comments:

  1. Hmm.. betul tu.. bagi nafkah memang tanggungjawab suami.. kita pernah terbaca kat mane ntah, suami tak boleh mintak duit isteri sebab tu hak isteri. tapi isteri digalakkan membantu suami dalam keadaan yang terdesak... takkan lah isteri kejam sangat tengok suami melarat kan...

    ReplyDelete
  2. miss sunshine::tulah...ada yg amik kesempatan berdsarkan ayat kt atas tuh.sgt tak patut..kesian suami~

    ReplyDelete