Thursday, December 30, 2010

++operation++


sedang menjalankan operation untuk penambahbaikan blog cik husna...harap maklum~

++amanat tu merosakkan mood pagi aku..benci!!!!++



pagi ni mood aku memang happy gila..tambah2 bila dapat dengar suara ala2 manja pussycat doll encik ilebiu before dia g keje.hikhikhik.terus rasa macam nak pitam.*gatai*LOL.

BUT....!(siap ada tanda seru sebab nak tunjuk penegasan kat situ)
kegembiraan tu tetiba termati macamtu jek sebab just now aku dapat call dari my one of my close relatives yang banyak berjasa untuk family kitorang. dia mintak tolong aku tengokkan anak dia which is i tak suka!!urghhh.apa perasaan korang bila berhadapan dengan situasi ni? anak dia dah banyak menyusahkan mummy dia..sangat2 menyusahkan sampaikan mummy dia tak larat nak berendam ngan air mata dah..adik beradik dia yang dulunya rapat (bukan sekadar rapat tapi sangat2 close) semuanya dah tanak kat dia disebabkan masalah yang dia buat..
aku bukan nak jadi kak nam ke ape ke..but to be honest im so sick of her n her husband...tapi yang aku paling menyampah is her hubby lah..sangat tak bertanggungjawab.amik kesempatan atas kebaikan mak mentua yang memang seorang yang lembut hati. ko tak malu ke asik dok mintak kat orang tua tu even dia dah pencen?mana kejantanan ko as lelaki???sampai sekarang ni aku memang takleh tengok jantan tu..rasa macam nak lempang jek. ko tu dahlah taknak keje..yang ko tau cukup bulan ko hello mummy ko n mintak duit...buat anak pandai plak..tapi taknak cari nafkah..si bini plak yang bersusah payah g keje..macam vavi jek..
tapi mengenangkan mak mentua ko tu baik takde manusia dah..aku terpaksa buat...bukan sebab ko ok..kalo boleh tengok muka ko pon aku tak hingin la jantan..such a loser n useless!!

aku bila dah marah macamnila..nak express out depan2 tak reti..so thru diz blog je aku boleh meluahkan perasaan aku...


kepada suami2 n bakal2 suami kat luar sana..

ingat..once ko dah kawin.ko bertanggungjawab sepenuhnya ke atas anak bini ko..sebab akhirat nanti semua tu akan dikira..jadinya beringat sikit ok..ko bukan kawin dengan anak ayam or lembu..ko kawin ngan anak orang yang perlukan kasih sayang n nafkah n also bimbingan as well...sebagai ketua keluarga ko tak boleh nak lari dari semua tu..ada faham??!!
apa2 pon aku doakan semua ni akan berakhir dengan kebaikan..kesian kat anak2 kecik yang tak berdosa menjadi mangsa akibat kelalaian ibubapa..insyaAllah...Allah tu maha kuasa..
sapa tau jantan tu akan jadi manusia yang lebih baik nanti?wallahualam..~




++jalankan tanggungjawab apabila ditag++



hye peeps...i've been tagged again n diz time it is from aina athirah darling~
scroll down sampai bawah boleh tahan banyak gak soalan dia..so.as a blogger yang bertanggungjawab (errmmpphh)..lets answer all da questions given..

1. namakan 3 makanan yang korang paling suka dan bagi spesifik nama makanan tersebut dan da way u like it..
-- bebola, sosej n ikan (kecuali keli). 3 makanan ni really drive me crazee!but aku bole gila kalo nampak keli.hahaha.

2. jenis air apa yang korang paling suka?
-- of course yang kurang manis such as milo suam without gula n susu..

3. which type of food yang korang paling prefer? pilih 3 malay, chinese, japanese, western, italian, mexican or arabian?
-- apesal siamese takde dalam senarai kat atas ni ha?aku dahla minat makan tomyam n kerabu mangga..huhu.but apa yang jadi pilihan aku tentunya makanan melayu, western boleh tahan la n lastly arabian..yang lain tak lalu..bluwekkk!;p

4. apa makanan yang korang paling expert masak? dalam kata lain takyah tengok resipi tapi at da same time bila orang lain rasa orang lain akan kata..."wah, sedap gila~!!"
--bihun goreng ala mekna..heheheh.cepat siap dan sedap dimakan.ececeah.

5. semahal mana korang bayar makanan korang?
--RM100.toing2.

6. beri nama restoren feveret. apa nama makanan paling sedap kat situ.
--sanThai restoren..tomyam dia terbaik wa cakap lu..haha.

 7. ayam, kambing, lembu, itik, burung puyuh, burung wak2, landak, ayam denak, mana satu yang korang suka? kalo ada lain yang korang suka aku tak list korang bitau jelah.
--aku suka IKAN..FISH dan IKAN kembali..lol.;p

8. restoren/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda. dan makan minum apa? kalo korang ingatla..
-medan selera kat tasik darulaman..haha.first time jumpa n dating..kitorang tak makan but minum jek..MILO.

9. apa makanan yang selalu remind korang terhadap pasangan korang. kenapa?
-- ayam. asal tengok ayam jek terus teringat kat encik ilebiu.asal teringat encik ilebiu jek terbayang ayam..sebab benda alah tu dah jadi macam makanan ruji dia.pendek cite anything about ayamlah dia suka.Alhamdulillah..senang bela macamni..tehee~:D

10. kalo korang pergi rumah orang, korang harap tuan rumah tu hidang apa?
-- milo suam takde gula n susu with puding trifle..tak pon cheese cake..sumpah sedap dow..

11. makanan yang korang tak boleh telan langsung..samada tak sedap or tekak korang dah kembang..
-- KELI+DURIAN..jadi KELIAN..ahahahaha.

12. menu raya paling disukai?
-chocolate chip biscuit n chocolate cake...dasar hantu kek punya minah.

13. jajan or cekedis feveret?
-suka makan bika chipster..tambah2 yang perisa bbq.perrgh..masyuk!

14. beri 2 makanan yang emak korang masak korang suka.
--daging bakar ala makcik lina n nasi lemak.

15. makanan paling pedas korang makan..sapa masak?
--nasi goreng cili api kat kedai 24JAM, terengganu...nama tukang masak dia tak sempat plak aku nak interview..tapi yang aku tau nasi goreng tu memang tak nampak nasi sebab cili padi bertimbun..sekali suap sekali terjelir cari air.bhahahah.~

16. kalo korang jumpa orang yang tag ni apa yang korang nak beli/belanja?
-- aku nak belanja bebola ayam..hahaha.baru boleh geng...hihi.

17. sila tag 5 orang yang dipaksa untuk buat tag ni. 
--ana
--ousna90
--fatin nurul
--suraya
--fahim' n alin


sekian,trimasss....
SAYA YANG BERKHIDMAT UNTUK BLOG..

urs faithfully,
cik husna.

Wednesday, December 29, 2010

++argh..resdung!++



pagi ni sangat2 best memandangkan cuaca yang sangat redup dan angin sepoi2 bahasa..
pergh,macam nak menulis novel plak ayat2 gramatis bagai.haha.tetiba rindu plak kat kawan baik aku cik dena..sayang betul dia takleh datang masa kenduri bertunang baru2 ni..erm..nak buat macamana kan..dia kena lapor diri kat hospital langkawi at da same time of my engagement day..but its ok..
she contributes a lot for my big day back then.thanx babe...
to all of my friends yang datang masa haritu..mekasih bebanyak lah ye..:))

aku rasa nak g buat rawatan resdung lah arini..sebab makin lama makin gatal muka aku nih.pantang silap makan sikit mesti rasa merenyam semacam taw.itu tak makan ketam lagi..sekali aku gigit ketam..(even kulit luar yang keras tu) mulut aku otometik akan bertukar menjadi mulut megan fox..takyah susah2 nak cucuk botox or collagen.haha.
actually semua orang ada resdung..cuma yang membezakannya adalah banyak n sikit..kalo banyak..korang boleh tengok berdasarkan beberapa tanda:

1. muka penuh dengan jerawat besar2 sampaikan kat dalam telinga pon naik...eww..seram plak aku membayangkan.sebab aku ada kawan jenis yang ni..sian plak tengok.nampak sakit..
2. muka, mata or mana2 part of our body terasa gatal2 kalo makan seafood..or naik biji2 kat atas kulit pas makan benda alah macam sotong, kerang, udang, ketam n etc.
3. setiap pagi korang akan bersih lebih daripada 20 kali sampaikan hidung n mata berair..ouh,yang ni paling rimas ok.sebab aku pon antara orang yang mengalaminya..

4. rambut gugur..(ini pun berpunca daripada resdung gak)

5. bila sejuk sikit korang akan rasa hidung tersumbat.




so.untuk langkah pertama..aku bukak google then search kedai2 yang buat rawatan resdung berdekatan dengan kawasan rumah..kena tengok gak kaedah apa yang dorang guna.ada yang buat jenis wap..ada yang buat guna asap ala2 rokok gulung..ada yang guna ubat titik..kalo yang guna asap tu aku dah pernah buat..tapi rasanya tak berapa nak berkesan sangat..nak trylah guna ubat titik tu..katanya lebih mujarab.cuma kena tahan sikit la..once dia dah titik dalam hidung..air or lendir2 dari hidung akan keluar non-stop selama beberapa  minit..lendir2 tu yang akan buang resdung..

k lah..takleh nak merepek panjang2...have to go now for sinus treatment..
babai~

Tuesday, December 28, 2010

++pengumuman tergempar~!!++


bismillahirrahmanirrahim..dengan ini saya mengumumkan bahawasanya saya telah sah menjadi tunangan orang..:))
minta maaf kepada mana2 yang tak dijemput ke kenduri bertarikh 26.12 baru2 ni..harap anda jangan berkecil hati ye..bukan terlupa tapi memang niat nak buat kenduri secara kecil-kecilan jek n low profile..memandangkan pic tunang dah tersebar meluas kat laman fb..makanya terpaksalah saya membuat entry khas bersempena dengan my engagement day..

(waddehel..pehal aku macam skema plak malam ni..?mentang2la buat pengumuman..terus mukadimah guna perkataan 'saya')

tema pada hari pertunangan sepenuhnya dipilih oleh my mum..sebab dia nak colour yang nampak fresh n gloomy!
so.we decided to use red n white for da theme..

 --budak ini paling sibuk time aku nak siapkan hantaran..dia ingat bakul tu tempat tido dia..silap2 haribulan aku ikat dia letak dalam bakul n jadikan hantaran baru tau.haha--

--tengok tu..gebu2 kesayangan tanak berganjak selagi bakul tak penuh berisi dengan barang..--

--pelamin ni sebenarnya takde dalam plan asal pon..tapi dah ada orang sponsor..duduk jelah..haha--

--tadaa~!!nilah hantaran yang dah siap..semua bunga tu guna bunga hidup.pagi2 before bertunang baru i bercucuk tanam bunga2 tu sebab tanak kasik layu cepat.haha--

--baju ni n make-up done by lia florist n boutique..cepat cakap cantik.kalo tak i'll shoot u rite to da head--

--nervous gila sementara menunggu rombongan meminang sampai..tapi sempat aje posing ngan my school mate since sekolah rendah.cik liza--

--with my schoolmates..cik amy was not in da pic sebab dia yang jadik tukang gambo--

--cik amy jadik 'mata2' aku..dia tunggu kat luar rumah sambut rombongan ngan diktam..u guys did a really good job!--

--rombongan yang baru tiba..(toksah dok imagine bunyik2 kompang segala bagai..ini baru bertunang ok.pfft~)--

--hantaran daripada pihak lelaki..5 berbalas 7..--

\
--the rombongan--

--highlight of da day...THE RING..ting!!--

--gambaran secara keseluruhan..masa ni tengah rancak berpantun..heheh.rugi aku takleh dengar sebab waktu tu aku kena perintah berkurung dalam bilik buat sementara waktu--

--abaikan pemandangan yang kurang best kat belakang tuh sebab bilik ni bilik serbaguna..time kenduri semua guna bilik ni buat bilik persalinan n macam2 lagi lah.masa ni tinggal aku ngan cik amy jek sebab yang lain2 ngah exchange barang hantaran--

--peace to da world yaw~--



--akhirnya..aku dipanggil untuk duduk atas pelamin..huahua..nervous gila bab satu lah.sebab semua orang fokus kat sini.malu ai~!!!--

--saat cincin disarungkan kat jari manis tangan kanan...menggeletar beb.nasib maktok encik ilebiu sporting habis~--

then...sahla aku kami menjadi tunang..hehehe.

kesian sangat kat encik ilebiu sebab dia takleh nak masuk rumah sekali n he had to wait outside till da discussion came to an end..aku terpikir gak.macamana la dia kat luar sorang2..bukan dia tunggu kat khemah.tapi tunggu kat parking kete alone all by himself..ololo~ciannya~

tepat kul 1.30 baru dia boleh datang ke khemah n makan2..



tambahan::

--aiceyh.silap2.terletak plak..haha.heip.korang ni..mana boleh amik gambar berdua.tak manis.;p--

--cik ana n syisha..orang yang bertanggungjawab bawak aku g make up..thanx aunty--

--my maklang n i--

--the moms..u guys are really great..i love u!!--

--with aunties--


sekian pengumuman untuk arini...harap anda di sana enjoy seeing da pichas shown..have a nice day..salam..

Monday, December 27, 2010

Tuesday, December 21, 2010

++meet my cat..nama kucing saya AKO MARTOPO..++


sekarang ni aku tengok bloggers bukan main gigih lagi adakan GA n contest...asal log in jek kat blog mesti ada GA baru..motif?maybe nak tambah kenalan baru..but who cares kan?itu hak masing2 la..kalo ade orang tag aku sekalipon..aku tetap tunaikan tanggungjawab aku even lambat sikit.peace u all~:D


sedar tak sedar...masa dah menginjak ke penghujung bulan december..ouh.still getting no good news from BPG about when we'll be posted..macam2 version yang aku dengar..ade yang cakap lambat..ade yang cakap akan dapat on 27th ni.ntahla..lantaklah labu..aku pon dah tak kuasa nak layan semua tu..fade up maks..fade up tau i nyah!

well...saat aku dok menulis entry nih..kucing aku sibuk melilau ke hulu ke hilir cari adik aku..nampak sangat dorang rindu kat diktam..memang kedengaran pelik.hanya bagi orang2 yang memang sukakan kucing tau macamana kucing ni respon ngan tuan dia..sampaikan AKO MARTOPO malam2 akan naik atas katil diktam n golek2 atas tilam sambil meow2...bukan sebab dia gatal nak berbini ke ape ke..lagipon dia mana ada 'toot'..kena sunat dah..hoho.kesian plak aku tengok dia dok cari tuan yang selalu manjakan dia..

--ok.aku surrender..jangan diganggu aku nak tido..kroh..kroh...(kata si ako martopo)--

--tengokla dia duduk kat diktam aku..kadang2 aku pon konpius mana tangan adik aku n mana kucing aku..haha.kalo adik aku ada bulu2 macam AKO mesti serupa..serious~wakakaka...matikla kalo diktam tau aku dok sedap kutuk dia skank ni..--


jangan ditanya nape kucing aku macam gambar kat atas tu..dah rupa kena tembak dah aku tengok setiap kali dia tido..dia suka tido malam macam manusia.siang dia akan berkawat keliling rumah n selang sejam jek mesti makan.agaknya da taktau nak buat ape kan.huhu.satu je yang aku suka pasal kucing2 aku kat rumah..mereka ni sangat berdisiplin taw.hahahah.selain dari AKO, ada 2 ekor lagi kucing kat rumah..masing2 sangat takutkan cik puan veto a.k.a aunty lina..kalo ko letak ikan depan hidung masing2 sekalipon dorang takkan suka ati nak amik makan..dijamin ikan tu tak diusik.kecuali kita hidangkan kat dorang tu secara proper.i mean letak makanan dalam pinggan..

setiap hari mak aku (now aku amik alih tugas tu) akan rebus lebih kurang 5-6 ekor ikan kembung.pas ikan tu masak aku akan asingkan isi dan tulang n simpan dalam bekas yang kemudiannya dimasukkan dalam peti ais.sekurang2nya sehari sekali kucing aku akan makan makanan kucing (ROYAL CANIN-boleh didapati di petshop or klinik haiwan) yang dicampurkan dengan isi ikan rebus..selebihnya tu dorang makan sendiri makanan yang diletakkan dalam mangkuk..ada dua mangkuk yang kitorang sediakan untuk kucing2 kat rumah.satu mangkuk berisi ROYAL CANIN..n satu lagi berisi air R.O...hahaha.boleh macamtu?memang layanan first class untuk kucing2 kat umah neh.;p
biasanya pas dorang makan, dorang akan minum terus air yang diletak kat sebelah mangkuk makanan dorang.pandai kan?

kat kaki ada nota::
mak aku ni dahla asthma.tapi ngan kucing dia memang tak boleh buat apa dah..nak buat macamana kan..sayang sangat kat kucing sampai diri sendiri melarat.

Monday, December 20, 2010

++tula..dah biasa hidup selesa kat rumah..++


rindu plak kat diktam aku..wuu~wu...~biasanya kalo tak bebel kat dia sehari rasa macam pelik plak...;p
pagi2 tadi lagi aku dah temankan dia daftar masuk ke KUIN..he was offered to further his study in diploma of IT n science..aku pon macam pelik macamana nak carry dua subjek yang agak janggal to be combined..

oh.untuk arini masih belum call encik burn untuk confirmation gambar.waargh..pening2...sebab taktau nak decide macamana..sebab skank ni ada dua pilihan samada pilihan aku atau mak aku..tapi yang pastinya aku kena dengar cakap mak aku by hook or by crook..kalo tak jadik anak durhaka...tak cium bau syurga kang..takmo2..:((
dahla nombor encik burn hilang aritu..sebab enset terpaksa kena format..(beselah..kene virus sebab dok rajin sangat on9 guna phone.padan muka)
n arini masa kat dewan dengar taklimat pasal status pelajar2 kat KUIN aku dapat mesej dari burn kot..sebab dia tanya pasal program minggu depan macamana..nak call balik tak boleh.pasal aku kat dewan.kang mengganggu plak makcik2 kat kiri kanan aku.haa..tak pasal2 kena siku kang ngan depan.
aku tak suka cancel last minute.but dapat tau pon baru2 ni gak..so.nak buat macamana kan..terpaksala...eh.ape aku merepek ni?abaikan jek kalo korang tak faham.huh.

berbalik pada cerita pendaftaran adik aku pagi tadi.aku kiranya macam warisla menggantikan mak ayah aku yang ada hal kat spital.masing2 ada appointment arini.nasibla diktam still ada aku yang dia boleh rely on.
orang ingatkan aku yang nak daftar masuk...HELLO...saya dah abis belajar ok..dah boleh kawin dah pon..erkk?

masa nak daftar masuk kolej kediaman..kami diberi peta untuk ke hostel KUIN..ok..aku sebagai perempuan kompem2 tak boleh masuk hostel laki kan...so.terpaksa la hantar adik aku kat pagar asrama jek..waktu tu.adik aku da buat muka seposen..*takpe2..aku faham.mesti dia sedey sebab nak berpisah ngan akak dia yang cun tuh.hakhakhaktuih!*
masa dia turun kereta..aku tunggu je dia sampai dia masuk asrama...pastu kan.masa aku baru nak gerak balik tetiba dia keluar pagar balik...


"awat plak dah?tertinggal apa plak kali ni?"


"bukan tertinggal barang kak...ni hostel perempuan..huhuh"


"what?wakakakakkakakaka!"


"nasib baik akak tak tunggu tadi..kalo dak jenuh hang nak jalan kaki sampai asrama laki..hahaha."


"isk.jum2 gerak p hostel laki..cek dah malu dah ni.."


aku dah sengih2 sambil geleng kepala..adoiyai..sengal betul la..patutla masa park kereta kat luar pagar aku tak nampak pon budak2 laki yang pakai baju kemeja putih n seluar hitam.pfft...nasib baik baru nak masuk..kalo semua da register matikla..orang cop diktam aku intruder a.k.a penceroboh.

ok.so we drove to da actual location of KUIN's hostel...kali ni baru betul asrama lelaki...aku plak yang jadi segan sebab semuanya boboyz u..awwww~

sampai situ je aku hantar..n banyak pesanan aku bagi kat dia...n again muka dia memang nampak sedey.cet,poodah..bajet ko belajar jauh dari rumah..padahal tak sampai 30 minit je dari rumah.hahaha.ko nak ulang alik setiap hari pon takde hal..kalo dapat terengganu macam aku kotla nak feeling2 sedey kan..ahaa~


pas hantar dia aku balik sengsorang..memang rempit abislah.sebab perut aku dah grrr...grrr...lapar!nak kena balik cepat nak makan...on da way balik tu, adik aku call..

"assalamualaikum kak...dok kat mana dah?"


"w'salam..dah sampai tanah merah dah..awat?"


"kak....asrama dia terok sikitla...huhu.."


"ala..belajar2 la duduk kat tempat macamtu..tula.besa sangat dok selesa kat rumah kan..kakak dulu pon sama gak..lagipon hang bukan duduk lama..4 hari ja untuk orientasi.."


"hurm..cek kena duduk ngan foreigner..dua orang.."


"haa..elok la tu...hang pon foreigner gak kan..hahaha.(merujuk kat kulit dia yang memang agak kelam.nguehehe)


"isk kak ni...dan lagi mengata cek tuh.."


masa sampai je rumah.aku terus cerita kat mak ayah aku..tergelak2 dorang dengar..:))

kat kaki ada nota::
wondering macamana keadaan adik aku kat sana..yolah..dia tu kinda passive sikit..kena ada orang push baru dia buat..

Sunday, December 19, 2010

++muda ke?++



pening kepala betul la..keluar arini cuaca panas terik yang teramat sangat sampai aku nampak bintang2 kat depan mata.(oh.pasal bintang tu tipu je;p) tapi sungguh pening nih.T__T

pening tu pening gak..but seronok sangat bila keluar dengan adik aku yang 6 tahun lebih muda dari aku n kami dikatakan sebaya..ceceaahhh~kembang jap..nguehehe=D

contoh 1:

baru2 ni rumah aku ada buat renovation sikit2..pastu cina tukang rumah tu tanya kat mak aku..

"hang buat lumah ini jam pasat nak kenduli ka?"

"hala..nak kenduri la ah sia..."
(mak aku saje je...hehehe.takde sape nak kenduri lagi pon..lambat lagi)

"anak hang yang mana satu?yang laki2 tu ka?" (sambil muncung menunjuk kat adik aku)

"dak aih...anak perempuan aku la mau kawin..." (isk.mak ni memandai jek..lambat lagi kot..)

"aiyaa...aku ingat anak hang balu umoq 18 tahun itu pasat aku tanya sama dia sekolah mana...."

"heheh.dia ni dah nak kerja dah..umoq pon da 20+++"

"yaka...haha."

aku kat belakang mak aku dah habis kembang kempis tahan nafas sebab bangga orang kata aku still nampak muda even umur yang sebenarnya dah tua...boooo~

contoh 2::

ada sorang kawan mak aku datang rumah baru2 ni..then aku memang tak kenal langsung ngan makcik tu sebab macam tak pernah nampak pon sebelum ni..tapi dia kenal aku...siap tau aku ni anak lina..

tetiba dia tanya pasal mamat sebelah aku which is adik aku sebenarnya..

"ni abang ka?"

"eh..bukan..ni adik saya..."(sambil sengih2 macam kerang busuk...adik aku muka dah lain.haha)


kesimpulan...aku rasa ada dua sebab nape orang ingat aku muda..satu,mungkin sebab diktam aku yang nampak tua or aku yang memang nampak muda...mwahahahahahah!!!!

sekian laporan untuk arini..need rest nak hilangkan sakit kepala...babai~^___^

++hikayat merong mahawangsa++


semalam bukak youtube n terjumpa trailer hikayat merong mahawangsa produced by KRU production..
pergh..memang kagum gile aku tengok..mantap beb.dorang boleh buat filem ala2 cite epik omputeh nun..
kalo tak silap aku pelakon utama dia steven rahman..n lain2 pelakon..ada dato rahim razali..khir rahman..wan hanafi su..pastu pelakon pempwan dia aku tak kenal sangat..sebab muka ala2 cina..


at least filem melayu kita takdela nampak macam loser sangat kan..satu percubaan yang baik dari KRU group after they produced magika..tapi satu je..filem ni lambat lagi nak ditayangkan...dengar khabar it wud be screened on march kot...bukan ape..takot filem hebat macamni orang dah berkobar2 nak g tengok..bila dah lama sangat..semangat tu makin down.


kat kaki ada nota::
tak sabar nak tengok wayang macamni..last aku tengok filem epik rasanya cite 10 000 BC kot..ahaa.~lama kan?sebab epik ni biasanya macam bosan sikit.hehe.jom pakat ramai2 kita sokong filem melayu macamni..mana tau boleh reach 40JUTA ke..ops.heheh.babai~

Saturday, December 18, 2010

++selamat berbahagia++



selamat pagi dunia..~hujan pagi2 sedap untuk sambung tido balik.but peluang untuk aku sambung tido balik memang takdela..hahaha...tu namanya ko nak mampus dengan serangan kuasa semburan air liur dari cik puan veto..kihkihkih.;p
walaupun penat semalam tak abis lagi..tapi kerja2 rumah arini tetap berjalan seperti biasa..well.takkan nak suruh mak aku buat plak kan..kalo tak sia2 la aku balik bercuti kat rumah tak buat pape..arini my one of my besties nak kawin..wuuu~wuu~sedey + tersangat la happy...
sedey sebab dia da tukar status jadik cik puan..teringat balik time kitorang kat maktab dulu.sama2 keluar g shopping n jalan2.aku dah bertukar pakwe..dia tetap maintain dengan yang satu.memang betul la..dia dah jumpa jodoh dia.n im so happy for that..:))
n aku plak tak boleh nak pergi akad nikah dia malam ni...hari yang paling bahagia untuk dia sebab banyak hal yang tak boleh nak dielakkan kat sini..pape pon..aku doakan cik puan fazz n encik yeop bahagia hingga ke akhir hayat..





style jek gambar pre wedding dorang..lain daripada yang lain...:))

Thursday, December 16, 2010

++ayah cakap..++


masa ngah dinner ngan aunty lina n uncle hamid..kitorang sembang2 kosong..antara diktam,aku n encik bapak..

"makcik ani hashim baru2 ni p pulau aman..depa kata filem cerita petang2 yang main kat tv tu buat penggambaran kat sana la..cerita alisa...eh,apa tu..aleesya..akasha."

"alisa?filem?"
(aku n adik aku tergaru-garu kepala memikirkan cerita yang mana satu yang dimaksudkan oleh encik bapak)

"ayah..manada filem main petang2...kalo cerita indon tv3 tajuk alissa adala.."


"alaa...bukan2...yang ada kamal berlakon tuh.."
(ewah..kenal plak bapak aku ngan mamat pelakon tuh..)

"kamal adli?"


"hala..~"
(dia mengiayakan seolah2 bimbang yang kami ni was2 dia kenal nama pelakon yang dimaksudkan)

"lorh~tu bukan filem la ayah..tu slot akasia...ayah ni..."


"haa..yang tula ayah nak cakap..aleesya macam nama cucu sendiri plak..hehehehe"


pfft...-___-


kami memang dah biasa berdepan dengan keadaan macamni..dat is so uncle hamid..huhu.
motif dia nak cerita tu sebabnya kamal adli hero "Seribu Kali Cinta' tu anak buah kawan dia..tu yang eksaited nak bitau..mentang2la anak dia minat kat mamat bionik tu..isk.