Tuesday, January 31, 2012

++I HATE TUESDAY++



assalamualaikum...

dalam seminggu mesti ada sehari yang korang akan rasa macam -----------------------------------------
kalo tanya aku mesti laju jek aku jawab hari SELASA/TUESDAY...

sebab????

hari selasa kelas aku full sampai pukul 1.00pm.so.nak makan pun time rehat jek.tu pun kena sumbat makanan laju2.nasib tak tercekik.huhuhuhu..
then pukul 2 kena ada di SKRC untuk attend english workshop.kira-kira pukul 5lebih sampai rumah.rehat2 jap n solat asar.
pastu pukul 6petang g sekolah semula ada latihan bola jaring sampai pukul 7.
dan baru skang aku boleh duduk dengan tenang depan laptop n meluahkan rasa ketidaklaratanku dalam blog.

nak merungut lebih2 tak boleh.sebab dah memang tanggungjawab..apa nak buat.sabo jela..

Friday, January 27, 2012

++oh encik suami++


assalamualaikum..

bestnye sape yang bercuti seminggu sempena raya cina..hurmm.sekolah aku je tak.hari khamis dah start sekolah.then esok(sabtu) ada rombongan cikgu2 dari daerah kerian nak datang sekolah..so.haruslah tak balik harini kan...buhsannnnnT__T
rasa baru je sampai 2 hari lepas dari putrajaya dah start rindu-rinduan kat encik suami..sabar yek encik abang.esok adindamu pulang ke rumah.hehehe.

minggu lepas aku dah boleh rasa pergerakan dalam perut.tapi takdelah kuat mana..cuma boleh rasa sikit2 jek.terus bitau kat encik suami..hehehe.
waktu aku dok diam2 santai baru boleh rasa..normal eh???
yang encik suami plak kalo boleh setiap hari dia nak scan perut aku..dia eksaited semacam bila nampak baby dok gerak2..pastu mulalah start bersembang potpet2..tapi bukan sembang ngan aku ok..dia sembang ngan baby like there's no one in there..ermmm...
macam2 hal betul.tu dikira ok lagi..ada pernah sekali tu aku dah tetido kot,dia boleh dok pegang perut aku n bercakap.at first aku ingatkan dia mengigau..rupa-rupanya ngah bersembang.almaklumlah..encik suami aku ni  kan pernah ada sejarah mengigau beberapa kali.wakakakakakaka!;p
sumpah kelakar gile..
even aku sedar, aku cuma membatukan diri and and buat2 tido...*padahal dok dengar gak apa yang dia dok cakap tu.hehe!*

oh.dah masuk waktu asar.nak solat then terus bertolak g setiawan.jalan2 cari makan.

just a simple me...!:))

have a good day ladies..babai..






Wednesday, January 18, 2012

++saya merupakan seorang isteri,guru dan merangkap bakal ibu..harap maklungg!!!++



assalamualaikumm..

just got back from having lunch with cik amy even though i know it is already late in the afternoon but still got to call it as 'lunch'..actually i've had my lunch back at school...but i coudnt resist to eat egg noodle once i've stepped into oldtown white coffee..makanan tu memang feberet aku ever since!!hew2..so.aku makan tengahari buat kali kedua dan bermaksud juga untuk harini saja aku dah makan 5 KALI!!!!!!OMG!!!!aku taktau apa kena dengan aku..since aku pregnant makan memang banyak.ok2.tipu.memang aku makan banyak dari sebelum kawin lagi.hehehe.


keluar je dari oldtown cik amy cakap dia nak tapau dominos pizza which is next door to da restaurant..dalam hati...*hurmmm..makan lagi ke?*
so.cik amy minta tolong aku orderkan pizza tu memandangkan aku pernah makan cheese burst sebelum ni..untuk makluman.even nama dia cheese burst tapi takdela banyak cheese pon..iklan je over taw.buat orang terpengaruh jek.terutamanya orang macam aku.T__T dang! nasib baik rasa pizza dia tu sedap..

nak take away pizza kena tunggu 15 minit..so.kitorang tanak tunggu macam tunggul kat situ and decided pergi ke kedai kasut sebelah pintu lagi..aku nak cari kasut yang tak tinggi n lembut kat bahagian tapak kaki.pendek cerita sesuailah dengan ibu mengandung kannn..ntah kenapa, harini ada promotion kat bata taw.kasut BATA COMFIT beli dua cuma dengan harga rm68 jek.kalo beli satu rm 59.90...konpius kejap dengan harga tuh pasal murah gile~nyesal plak beli kasut kat primavera aritu dengan harga rm150.keselesaan lebih kurang sama jekkk..ini siap dapat dua okeh.doesnt matter lah pasal brand ke ape ke.aku jenis tak kesah.janji selesa dengan kaki..

ok.back to a story.alkisahnya...pas puas bershopping kat kedai kasut, kami pon g balik kat dominos pizza tuh nak amik pizza yang dah siap..masa nak amik tu..aku macam pelik sebab amoi yang jaga kaunter tu tersengih-sengih macam kerang busuk..

here was our conversation just now..

"ermm.dah siap dah pizza saya?"

"nama cik husna kan..?"

"ye saya..."

"kejap ye..."

"ok"

"ni pizza cik..."

"eh...?nape ada 3 ni??saya order satu je.tu pon pizza yang paling kecik je.saya tak order banyak2 neh"

"ouh.yang lain tu free ya miss.."

"huh??????free???"
(sambil dalam kepala otak dok mikir sengsorang..apesal arini aku nengok banyak yang buy one free 1...maybe dominos pon ngah buat promotion kot...)

amoi tu dok terjenguk2 kat dapur...macam ngah nengok seseorang sambil tersengih-sengih.kat dapur tu aku tengok semua pekerja laki.yang perempuan jaga kaunter depan.

"takpe miss..arini ada orang belanja u...thanx for coming k..enjoy ur meal.."

"errrrr...k.thanks.."

aku pon keluar sambil muka konpius..sampai jek kat pintu..cik amy hairan napa aku bawak banyak pizza.ordernya 1 je tadi.tapi yang dapat 3..aku pon citela kat dia...tergelak2 dia..siap cakap kat aku..

"len kali...ko tunjuk sikit perot ko tuh..kasik tau dorang yang ko tu pregnant..hahaha."

sebelum makan pizza tu terkumat kamit mulut memasing baca doa..takut gaklah kan..haha.macam kelakar pon ada..muka aku ni tak macam orang dah kawin ke?SEDIH!
n tadi maybe sebab pakai baju kurung.so perut yang makin membesar tu tak berapa nampak sangat..padahal dah 4 bulan dah.hurmmm..


what to do..have to act more mature i guess..pfffttt~



Tuesday, January 17, 2012

++ingat senang ke keje cikgu..++



assalamualaikum..

what a tiring day..harini kelas full dari pagi sampai tenghari..tepat jam 2 terus kena g english workshop kat sk raja chulan.sampai rumah nak dekat pukul 5..jam 6 petang plak kena train budak2 netball..can u imagine that??
aku rasa akulah ibu mengandung yang paling aktif dalam abad ke 21 neh.huhuhu.sometimes aku macam terlupa yang aku pregnant..sebab masa latih bola or bila mana aku kena ajar PJ aku berlari2 ke sana-sini buat demonstrasi kat budak2 macamana nak main dengan cara yang betul...T__T
harap2 lah baby dalam perut sihat seadanya..

do not ask me why i have to do all this..sobbsss...sobss...:((

p/s::semoga Allah pelihara kami berdua..amminnn...

Monday, January 16, 2012

++kenapalah datang waktu sekarang????++



assalamualaikum...

dari semalam asik taip then delete...taip n delete semula...aku pon taktau nak tulis ape kebenda ntah untuk entry kali ni.
pernah tak korang dengar pasal native speaker yang akan datang kat beberapa sekolah terpilih.then dia *kononnya* dikatakan akan membantu guru2 bahasa inggeris untuk memantapkan lagi bahasa inggeris terutamanya bagi tahap 1.

sekolah aku antara sekolah yang tersaaaaannggggaaatttt lah bertuah sebab dapat sorang.haha!korang faham2 jela nape aku tulis panjang macamtuh.;p
okeh.FYI, this year aku kena ajar english tahun 2.nak2 plak kelas yang aku dapat kelas hujung2.aku tak kisah pon sebab budak2 tu semua behave and ada semangat nak belajar.itu pon dah cukup memadai.Alhamdulillah~
aku rasa seronok setiap kali aku masuk mengajar kelas dorang..even penat tapi rasa macam dapat satu kepuasan taw.i dun know where does it comes from..but teaching them really makes my day.

sampailah ke hari ni..tetiba aku didatangi oleh sorang omputeh..she's originally from england and for sure korang boleh bayangkan dia punya slangga macamana kan??naik kecut perut aku dibuatnya..english aku dah campur rojak n belacan.huhuhu.
can u imagine?on da first week of schooling, i have to distribute text books and also activity books to my fella pupils..and guess what?few of them did not know which one is english book and which one is bahasa melayu textbook.it shows that they cant read n write in both languages.kesian kan???


skang ni memang negara kita banyak buat rujukan dari UK punya stail pengajaran...such as implementing singing in every lesson, games that can generate pupils' thinking skills and etc.
tapi bagi aku budak2 aku masih lagi perlu diberi bimbingan sikit demi sikit.bukan main terus baca macamtu jek..bagi omputeh memangle senang.sebab dah bahasa tu bahasa ibunda dorang.ape ade hal kan???cerr ssuh dorang cakap melayu loghat perak ade boleh??hahaha!kompem tak!

e.g#
"owhh..teman so sorry...tandeh kat mane..(tandas)?"

im not trying to point my finger to anybody because the sweet lady who is sent by our government is only doing her job as a native speaker.
dia hanya menjadi 'saya yang menurut perintah'.so.tak guna gak aku merungut...i'm suppose to take this as a challenge n try to use all of da suggested modules given in my lesson notes i guess.what would it that be after this?who knows...wallahualam...


Wednesday, January 11, 2012

++bila berjauhan..++



assalamualaikum..

lately jadi sangat blur nak update pasal apa..nak kata sekolah sibuk sangat tak jugak..but kalo duduk dalam bilik je mesti sibuk buat benda lain..feveret aku waktu lapang skang bukak youtube.
kadang2 layan ustaz azhar idrus..kadang2 layan cite kung fu..kadang2 layan shila amzah n sometimes gak aku bukak telemovie..hurmm..memang kebanyakkan daripada masa aku dihabiskan macamtu jek.

mood pon tak menentu.rasa malas nak buat semua benda..even telefon pon malaih nak tengok.malam2 tido awal sampaikan encik suami nak gayut dengan aku tapi aku dah hanyut dalam mimpi.huahuahua!kesian dia kan???

tulah..nak buat macamana.ibu mengandung ni faham2 jela..tambahan plak, keje macam encik suami ni tak menentu.aku pon taktau waktu bila yang dia betul2 free..setiap kali call dia mesti dia ngah ngan patient..pastu leh dengar bunyi life machine..tittt...tiitt....tittt...time dia nak cakap ngan aku plak,mesti aku ngah buat keje lesson plan bagai benda alah semua tu..KESIAN KAMI..T__T

baru kejap tadi try call encik suami tapi tade jawapan.rasanya bz la kot..takpon dia kena oncall malam ni.
semalam tak sempat nak borak panjang2 ngan dia cuz aku tetido.wuahaha!
kitorang cuma sempat hantar mesej waktu pagi pas bangun tido /call..then dah sampai tempat keje masing2 pon akan anta mesej..ahaa...lepas tu memasing buat hal sendirik sampailah ke petang..

tapi biasanya aku ade je hantar mesej kat dia..ingatkan dia untuk lunch.dia ni bukan boleh..kang sibuk2 langsung tak ingat pasal makan..haiisyhhh..susah hati plak aku dibuatnya kang.

hurm..bila fikir2 balik tak sangka aku boleh harung semua ni..rasa macam perempuan gagah berjiwa kental pon ada.hikkkss..;p
awal2 kawin tu kan, memang akan rasa rindu yang amat2 darab doploh kali..nak makan teringat..nak tido teringat..pendek cite buat semua benda mesti nampak muka laki kita.tapi lama2 aku dah boleh control perasaan tuh.
aku jadi kuat since aku tau yang aku pregnant..ibu mengandung ni tak boleh stress.tak elok orang cakap...jadinya bilak kita rindu kat suami kite je..eloknya kita doakan untuk dia..semoga dia sentiasa berada dalam lindungan Allah S.W.T..:))
aminnn~




Monday, January 09, 2012

++penangan kerang++



assalamualaikum..

kecintaanku terhadap kerang memang tidak dapat disangkal lagi..asal jumpa mesti terliur nak makan..
semalam plak mak ipoh buat kerang rebus..bukak je tudung lauk..perghhhh~menitik2 air liur*over expression semata*
takkan aku nak tengok lauk feveret aku cemtu jek kan????harus kaut sebanyak mana yang boleh and letak dalam piring asing.(kat rumah ni aku je yang makan kerang..yang mak abah n cik amy tak berapa nak makan sangat) plus nasi sepinggan ngan sos.itu pon dah cukup mabeles!takyah ada lauk lain pon takpe.tambah2 lagi encik suami cakap makan kerang ni elok untuk ibu mengandung yang mengalami masalah hb low.aisyh..makin galok la aku makan dehh..hehe.*gelak galokkk*



--suspek utama::kerang inilah yang dikatakan menjadi punca kegatalan puan husna menjadi-jadi--

satu demi satu kulit kerang aku kopek.memang feeling abislah layan kerang cicah sos depan neelofa.syahdu plak rasa...T__T
kebetulan waktu lunch tuh nona ke udara..memang aku tunggu sebab nak tengok cek mek lofa tu lah..cantiknya dia~

after a couple hours eating kerang jahat terus rasa gatal2 kat hidung..nak garu tapi tak boleh pasal rasa gatal tu kat dalam lubang hidung.so camno tuh???
apa yang termampu buat cuma gosok2 hidung sampai penyek2 hidung dibuatnya.huhuhuhu.
siannya kat hidung sendiri..tersiksa owhh...

sampailah ke waktu malam.gatal hidung ni menjadi2 plak.pastu dah start bersin2 non-stop.aaaaa...aku dah agak..mesti bersin ni berterusan punya.penyakit allergy aku terhadap seafood dah datang.haisyh!!takde kompromi langsung.dan2 tu rasa nak demam selsema.:((

makan kerang tengahari semalam.kesannya sampai ke hari ni.nasib engkolah mak labu..sape suh makan sampai tak hengat..sendiri yang susah..tetiba plak teringat kat encik suami nun jauh di sana..biasanya kalo badan tak sihat terus jek cakap ngan dia dalam nada yang ngada2 nak perhatian.alaa...macam kucing manja tuh..but at the same time memang betul2 sakit arr..kompem pastu dia cakap macamni..

"olololo~ciannya isteri abang neh.."
sambil bangun n terus ambikkan ubat apa2 patut suh aku makan..suweeetttt kan??kan???

p/s::kalo bukan time sakit jangan harap aku nak manja2..biasanya dia yang manja lebih dari aku..hahahaha!what happen to da world momma??!aku ni kan kental orangnya.tak reti nak romantik2.geli geleman rasanya.biar encik suami sorang yang romantik..baru boleh saling melengkapi.


Sunday, January 08, 2012

++blank++



assalamualaikum..


blank macam kotak kat atas ni...nak buat ape aaaaa....???

any meletopss suggestions???



Friday, January 06, 2012



assalamualaikum...


***chapter 1::bab sekolah***
tahun ni buat kali pertama pegang kelas.nasib baik tahun 2..ok lagi la..masih boleh dibentuk..
even aku dapat kelas yang so-so aku still bersyukur sebab nampak gaya budak2 tu macam ada semangat nak belajar.memang aku berazam sangat supaya budak2 kelas aku akan jadi lebih baik setanding dengan kelas pertama.insyaAllah..

so far, aku dapat kesan ada beberapa orang murid yang masih lagi terkial2 nak membaca dalam bahasa melayu apatah lagi bahasa inggeris macamana kan???
aku terpaksa kerja lebih sikit buat bahan bantu mengajar yang berbentuk gambar berwarna-warni n pelbagaikan gaya teknik mengajar semata-mata nak tarik perhatian murid-murid sampai ke akhir waktu pembelajaran..insyaAllah semoga Allah permudahkan usaha murni aku..aminn..

pengalaman hari ketiga mengajar:

"teacher..ayah cakap dapat gaji nanti baru boleh balut buku..sebab duit ayah dah abis"

ya Allah...takpela amir(nama anak murid aku)..
bukan teacher paksa pon..teacher cakap..kalo boleh semua buku teks balut ye untuk bagi tahan lama..buku pon tahan lama.

untuk pengetahuan..amir ni baru je aku lantik jadi ketua darjah..aku pilih dia sebab dia nampak sangat tenang n naif..pendek cerita muka dia kalo kita nak marah pon tak jadi nak marah..kesian sangat..

oh ya.minggu ni aku tak dapat jumpa encik suami.sedih!wu~~wu~~minggu ni sekolah buat LADP.takpelah.redha jek..

MySpace

***life issue***

lama betul tak menjejakkan kaki ke pasar malam area rumah(ipoh).mana taknya setiap minggu mesti balik putrajaya.dahla pasar malam berdekatan hari jumaat n sabtu jek.langsung tak berkesempatan nak g.thanks cik amy sebab temankan..
alhamdulillah..rasanya takde masalah hipo dah skang..sebab makan semakin sempurna..setiap masa n cukup waktu je mesti makan.heheh.lebih2 lagi kantin sekolah skang ni dah tukar tokey..masakan tokey yang baru ni pon boleh tahan sedap..n semalam jek aku makan nasi kat kantin 2 pinggan.hahaha!matiklah kalo encik suami tahu..dia selalu pesan makan jangan ikut nafsu..ikut keperluan jek..then pas dia cakap cenggitu mesti aku jawab..ala...sayang kan makan untuk dua orang.errr...agak2 relevan tak?hikkksss..;p

MySpace

nak tanya pendapat korang...kenapa masa pregnant ni kan, jerawat makin melata kat muka ek???runsing aku dibuatnya.hurmm..sebelum ni takdela macamni..even pakai ubat jerawat pon macam tak berkesan jek...
SIGH~
ke memang normal untuk ibu mengandung????sc


Wednesday, January 04, 2012

++mengidam kuah durian++



assalamualaikum...

bangun pagi terasa malas je kaki nak turun katil.biasanya ada orang kat sebelah yang perlu dikejutan setiap hari.tapi hari ni encik suami yang kejutkan aku bangun.huhuhuhu.masih lagi rasa sedih bila memikirkan kedua-duanya terpaksa duduk berasingan kerana tuntutan kerja.hewwww~*rasa macam buat karangan novel plak.haksss!;p*
tapi seyes.memang sedih ouh...dahla ngah pregnant.kalo bole nak la suami ada dekat2 ngan kita.so senang sikit nak mengada-ngada ngan dia bila nak makan itu ini.hehe.

aku ada satu kemusykilan yang nak dikongsikan ngan korang.macamni..sebelum ni aku memang pantang bau durian.bukan pantang jumpa nak makan tapi tak boleh bau langsung sebab busuk sangat.apatah lagi nak makan kan..hahaha.memang jangan haraplah.tapi harini balik je dari sekolah aku ada terbau satu bauan yag sangat menusuk hidung.sampai ke dapur aku cari bau tu..cari punya cari rupanya abah ngah buat kuah durian..perrghh..ntah nape aku rasa macam teringin sangat nak rasa.bau macam sedap(memang totally berbeza dari sebelum mengandung)
aku diamkan je benda ni.sebab semua orang tau yang aku memang tak makan durian.
kalo mak aku tau abislah~hahaha.cumanya aku belum lagi rasa durian tu macamana.cuma bau je membuatkan aku teringin nak makan.


sumber::google

abang....!!!!nak makan kuah durian...wuaaahhh...
perlu makan sesegera yang mungkin.hiskk.

++back to normal routine++



assalamualaikum...

rindunya nak guna internet yang berkelajuan tinggi..lega bila balik ipoh aku dah bole main click je terus keluar apa2 carian yang kita nak..nak hapdet blog pon mudah..kalo kat putrajaya aku lebih banyak guna internet mobile which is way slower than streamyx..kadang2 tu tension aku dibuatnya.huhu.tu yang jarang2 ada entry baru kat blog.

esok bermulalah tanggungjawab aku sebagai guru..tsskkk...tssskkk...:((sian encik suami kena tinggal kat putrajaya.jadinya banyak benda aku dah buatkan siap2 untuk dia.iron baju untuk 2 minggu terus.(weekend ni ada LADP)
then masakkan apa2 yang bole dia panaskan lepas ni.untuk harini dia mintak aku buatkan maggie goreng jek.how easy it is.ceh!cakap nak berlagak jek kan.hehehe.tapi memang betul.maggie goreng sangat simple untuk disediakan n tahan lama.so, esok encik suami cuma perlu panaskan jek before g keje.itu pon kalo dia sempat buatlah..yela..selama sebulan lebih pagi2 aku yang sediakan semua.dari pakaian keje,air minuman sampailah ke bekal nak bawak g spital.kompem lepas ni encik suami akan kelam kabut sikit sementara nak dapat rhythm yang betul.heheheheh.takpe..pelan2 ye bang..lama2 biasa balik lah..;p

aku pon tak sure samada aku ready ke tak nak g sekolah esok..rasa berat jek.hehe.malas sebab lama sangat cuti.tapi keje tetap menjadi tanggungjawab utama.azam tahun baru ni:

nak kurangkan garang sebab orang pregnant tak elok marah2.teheee~
nak lebih sistematik dalam apa jua keje sekalipon..semoga tahun 2012 ni aku lebih sukses.yeaahh!semangat!!jom tido~mengantuk.....

kat kaki ada nota::
aku rasa bersyukur sangat dapat suami yang sangat penyayang.harap2 berkekalan macamtu selamanya..amin~terima kasih ya Allah..:))