Showing posts with label wish. Show all posts
Showing posts with label wish. Show all posts

Saturday, February 16, 2013

++random post++


assalamualaikum..

sedihlah bila blog feveret dah tak boleh dibaca since it was all FAKE!!!!mencik!!!I guess mesti ramai yang dah maklum pasal blog bvlgarigirl.yang cite dia ala2 fairy tale tuh.INDEED~rupanya memang dongeng semata mata.arianna memang tak wujud langsung. but I still want to know what is the ending of the love story between arianna and kevin.huahuahua.

tonight I just ate 2 slices of dominos pizza (always be my favourite) cause there's nothing I could do at home.gas masak abis..kalau tak,dok sengsorang pon aku masak okeh..bangsa pemakan memang cenggini.LOL;p  since berkahwin sampailah malam tadi, ni baru first time gas habis.punyalah tahan lama kan..setahun ko.haha.esok pagilah aku minta orang kedai runcit tu tolong hantarkan gas.

actually aku agak terkilan sebab tak boleh pergi kenduri kawan baik aku kawin baik belah laki and perempuan..rasa macam loser sangat.aiseyhh.tapi tak boleh nak buat ape sebab fakhri oncall dua kali sabtu dan tetiba plak aku kena jaga budak2 camping kat maktab ipoh arini..hadiah dah beli tapi taktau nak pass macamana.maybe aku pos terus ke..tapi lagi seronok kalau bagi by hand terus..

apa2 pon, dikesempatan ni aku nak wish, SELAMAT PENGANTIN BARU WANIE & AFIQ..


*menangis dalam hati tengok gambar ni..terharu and happy for them*

Tuesday, May 15, 2012

++selamat hari lahir abang..++

assalamualaikumm..


entry kali ni maybe membuatkan korang2 berasa loya atau geli geleman gitteww..hehe.sebab harini aku nak feeling2 romantik dengan suami gitu..awwawawawww~

who is my encik suami?????

romantic& loving:
aku mengaku aku memang tak pandai nak romantik or lebiu2 sangat dengan suami.sebab rasa macam pelik semacam bila aku tiba2 nak gatai2 ke..or cakap benda2 yang boleh buat suami cair berhingus.haha!atau dalam bahasa sainsnya...buang tebiat.maybe=p
tapi apa yang buat aku kagum dengan dia adalah, setiap hari dia tak pernah jemu mengungkap kata sayang dengan isterinya..aku dapat rasakan keikhlasannya menyayangi kami (mummy and baby) for these days.dia tak pernah malu or segan2 untuk memanggil aku dengan panggilan 'sayang' tak kira kat mana dia berada waktu tu..kalau dia nak perkenalkan aku kat kawan2 dia, dengan slumber dia akan genggam tangan aku dan introduce dengan penuh bangga..
"this is my wife"
that makes me love him even more.


responsible:
setakat kami berkahwin tak pernah dia abaikan tanggungjawab dia sebagai suami..alhamdulillah..memang cukup segalanya..:))
untuk makan, minum, pakaian memang sangat mencukupi..alhamdulillah..rasa macam diri ini sangat dimanjakan suami..terngiang-ngiang di telinga..
"abang nakkan yang terbaik untuk sayang..abang nak tengok isteri abang sentiasa cantik.."


obedient:
apa yang buat aku tertarik untuk berkawin dengan suami pada mulanya adalah, dia menjaga solatnya dan menjaga batas pergaulannya. aku yakin dia mampu bimbing keluarga ke jalan yang diredhai-Nya..tanpa ragu aku terus terima lamaran dia untuk menjadi isteri dan menghabiskan masa sepanjang hayat dengannya.
bab2 solat dia memang sangat particular..cukup je waktu dia akan terus buat..aku pon kadang2 tu kena bebel ngan dia sebab kadang2 tu ter'ghalit' gak.lepas tau aku pregnant, aku tengok dia lebih banyak meluangkan masa dia dengan membaca Al-Quran dan buku2 agama..dan yang paling penting dia tak pernah segan untuk bertanya sesuatu yang dia tak tahu sebab dia kata dia masih lagi jahil bab2 agama..takpe abang..kita sama2 pertingkatkan amal ibadat ok?


sebenarnya banyak lagi good qualities yang nak disenaraikan but I pick a few to be shared with u guys.

SELAMAT HARI LAHIR SUAMIKU..~!!!!
semoga Allah merahmati kamu, menjaga keselamatan dan berada di dalam lindungan-Nya sentiasa..
ya Allah..panjangkanlah jodoh kami..dan berkatilah perkahwinan kami sepanjang hayat.
panjangkanlah usia kami ya Allah..jadikanlah kami pasangan suami isteri yang mendapat keredhaan daripada-Mu..

aminnn..
I LOVE U SO MUCH!!
my beloved husband in his favourite red t-shirt..:)

p/s::tak sabar nak jumpa dia hujung minggu ni..maybe we can have a small celebration together.perhaps so...=D



Monday, May 14, 2012

++ok.dah settle hadiah encik suami..=D++


assalamualaikum...

baru2 ni balik putrajaya-shah alam..sebab kebetulan sabtu lepas ayah mertua (FIL) dah nak kena balik dubai.nilah namanya berkorban demi menyara keluarga...terpaksa berjauhan dengan family untuk bekerja..so.aku amik contoh daripada situ dan belajar untuk menyabarkan hati setabah hati ibu mertua..:))

esok adalah merupakan hari lahir suami tercinta..alhamdulillah..tadi dah beli hadiah dan harap2nya dia sukalah nanti..aku cuma beli setakat yang termampu je..lagipon gaji permulaan cikgu ni takdelah besar mana pon.
oh ya!haritu aku ada sebut pasal nak bagi jam kan?sebagai ganti kepada jam dia yang hilang baru2 ni.hehehehe..

jeng..jeng..jeng...!!!dah beli dah hadiah untuk husband !!!!yeayyyyy~!=D

aku berani pos entri macmni sebab tau dia memang takkan baca blog aku memandangkan untuk online sekalipon dia takda masa apatah lagi nak meluangkan masa untuk baca blog aku.hohoho.so.dengan dia je jadi rahsia, tapi ngan korang non hadoo rahsia..muahaha!*eh.buleh ke macamtu????*

ni gamba tengahari tadi before keluar shopping ngan my best colleague a.k.a kak ola..nampak tak perut yang makin meninggi tuh??

sampai je rumah terus keluarkan kotak hadiah dan letak atas katil..best beli kat fossil adalah sebab kotak kita boleh pilih sendiri.so aku pilih kotak yang sweet and romantic..L.O.V.E..


hasil tangkapan hari ni...:))

tadaaaa~!!!nila isinya.hehehe.saje tak beli bracelet warna hitam sebab dia dah pernah ada jam warna tu sebelum ni..which is....yang hilang tu~hikhikhikhik.

apa yang penting aku beli jam ni dengan hati yang ikhlas untuk menggembirakan suami tersayang..selalunya dia yang belikan itu ini kat aku..jadi, apa salahnya kalo aku berbelanja sejumlah duit untuk belikan dia sesuatu...hurmmmm...

p/s: otak tengah dok plan untuk buat small celebration this week.maybe nak tempah kek comel,then beli coklat sikit since dia memang hantu coklat..and then buat kad yang kasik dia leleh sampai berhingus..amacam?ok tak idea aku?


buat kejutan untuk dia dengan menghantar a bouquet of flower choc yang skang ni dah jadi macam trend je..yelah.bunga mana boleh makan.last2 layu jek..kalo bagi coklat bunga boleh ngaaapp~








Friday, January 28, 2011

++takpelah,syukur..janji utara gak++

 
Alhamdulillah...
saya dapat posting perak.kat mana still taktau lagi..insyaAllah 3 hb baru tau penempatan kat mana.doakan saya ye kawan2.

Tuesday, January 11, 2011

++mimpi yang seolah-olah bawa maksud..bad feeling..:((--


entah kenapa kebelakangan ni kan,asik rasa tak sedap hati je.memang la tak baik kalo kita fikir bukan2.tapi banyak sangat dah SIGNS menunjukkan yang something is going to happen.but what is it?what da 'something' looks like?sentiasa berdoa agar keluarga..orang2 tersayang terpelihara oleh-Nya.


1.aku ada ceritakan pasal adik aku mimpi gigi patah.

2. encik ilebiu plak mimpi aku sakit leukemia n only have 6 months to live on.

3. bapak aku plak mimpi bukan2 semalam.mimpi kena tahan polis.taktau plak sebab ape dia kena tahan.

sesetengah orang mungkin beranggapan yang mimpi tu semua stok mengarut..tapi macamana kalo aku kata ayah aku ni jarang mimpi?memang sangat2 jarang.last dia mimpi pun lebih belasan tahun dahulu..tu pon dia mimpi ayah dia sakit n meninggal.secara kebetulan.arwah tokwan memang sakit n then meninggal. teringat plak cik maria elena pernah cakap kat dalam one of her entries pasal kita kena percaya instinct atau kata hati sendiri..Ya Allah..permudahkan segala urusan hamba-Mu di muka bumi ini..jauhkanlah segala malapetaka dan musibah dari keluarga ku..peliharakanlah kami Ya Allah~amiinnn...

Saturday, December 18, 2010

++selamat berbahagia++



selamat pagi dunia..~hujan pagi2 sedap untuk sambung tido balik.but peluang untuk aku sambung tido balik memang takdela..hahaha...tu namanya ko nak mampus dengan serangan kuasa semburan air liur dari cik puan veto..kihkihkih.;p
walaupun penat semalam tak abis lagi..tapi kerja2 rumah arini tetap berjalan seperti biasa..well.takkan nak suruh mak aku buat plak kan..kalo tak sia2 la aku balik bercuti kat rumah tak buat pape..arini my one of my besties nak kawin..wuuu~wuu~sedey + tersangat la happy...
sedey sebab dia da tukar status jadik cik puan..teringat balik time kitorang kat maktab dulu.sama2 keluar g shopping n jalan2.aku dah bertukar pakwe..dia tetap maintain dengan yang satu.memang betul la..dia dah jumpa jodoh dia.n im so happy for that..:))
n aku plak tak boleh nak pergi akad nikah dia malam ni...hari yang paling bahagia untuk dia sebab banyak hal yang tak boleh nak dielakkan kat sini..pape pon..aku doakan cik puan fazz n encik yeop bahagia hingga ke akhir hayat..





style jek gambar pre wedding dorang..lain daripada yang lain...:))

Friday, December 03, 2010

++makan nasi minyak lagi.yahoo~!!++


hello earthlings~
bila semuanya dah ok kan..mula la gatal tangan nak hapdet blog selalu..bole ke cenggitu?
mak aku cakap...baik laptop ni rosak..sebabnya aku rajin sikit buat itu ini..bila laptop dah dibaiki aku rajin banyak.hoho.eh.takla..dia bising sebab aku asik ilang jek...bila dah hilang haruslah tau aku kat mane kan?duduk dalam bilik n main tenet..muahaha! rasa macam jakun pon ade.semua dah di upgrade..biar rupa buruk di luar asalkan isinya mantop.jangan jelesh diktam..pasni hang buleh la guna notebook hang puas2..dah tak ada orang nak berebut n sebok2 nak tengok blog la..fesbuk lah..kan?kan?suka la tu.cehh.tak simpati langsung kat kakak hang noo..

well..esok tak sabar nak attend kenduri kawen kawan aku kat alor star..amboi..cik yan..tak tunggu aku no..
bukan u kata nak kawin sama2 ngan i ke..?hakhakhaktuih.
mesti comel cik yan.esok aku hapdet pasal kenduri kawin tu wokeyh?


ni gambo aku hambik dari fesbuk dia..cunnya pengantin..naik seri betol..

ucapan untuk cik yan..
drum roll...drrrr...drrr...dong!

"skank ni takleh panggil cik yan...sebab title dah tukar ke cik puan yan..hopefully ur marriage will get blessed from Allah...may both of u live happily ever after..amiin~"

Friday, November 12, 2010

++sahabat-sahabatku yang dikasihi...++


salam..seperti yang aku janjikan..aritu aku ada cakap yang aku akan buat entry khas untuk kawan2 kan..
jadinya arini aku nak tunaikan janji aku..
hurmm...sebak sangat tatkala menulis entry ni..bergenang air mata kat kelopak mata.tak boleh nak tahan2 dah.aku rasa kawan2 lain pun rasa benda yang sama.semalam memang da best nyte out ever...untuk kali terakhir kami berkumpul sama-sama kat kedai makan sama macam mula2 kami sampai di IPG ni or dulunya dikenali as maktab.
mula2 semua gelak2 bila teringat balik peristiwa2 sepanjang berada kat sini.memang lawak abes.tambah2 dengan adanya asip.dia memang diiktiraf sebagai pak lawak kelas kitorang.hehe.dah memang kelas aku ni dah macam adik beradik dah.
even setiap seorang ada kelemahan n kekurangan disebalik kecemerlangan yang ditunjukkan..tapi itulah faktor sebenar yang menceriakan hari2 kami..gelagat yang pelbagai lagi mengukuhkan ikatan persahabatan kami baik lelaki dan perempuan..
paling aku sebak semalam bila orang yang paling kuat dan tabah dalam kelas aku turut menitiskan air mata.shidi..sopie..kechek..semua kelihatan bergelinang dan tersedu-sedu menahan kesedihan yang amat sangat..aku?memang takyah cerita la..terkedu tak terkata apa..masing2 diberi peluang untuk meluahkan apa yang ingin disampaikan buat kali terakhir bersama rakan-rakan tersayang..aku nak ucap terima kasih bebanyak sebab jadi kawan aku yang terbaik selama ni..
di saat aku jatuh..korang tak pernah putus2 bagi semangat..terima kasih juga atas nasihat2 yang diberikan..
kerana korang...aku jadi macam skank ni..alhamdulillah...

1: budi suffian
--budak laki pertama dalam kelas yang aku kenal...die partner aku masa sama2 jadi JPP(but aku tolak)..masa die jadi ketua unit..aku jadi penolong..bersifat penyayang dan sangat berhemah tinggi orangnya sesuai dengan nama yang diberi 'berBUDI'..antara orang yang banyak bagi support dan nasihat time aku jatuh..susah nak tengok die marah..n da best thing about him..tak pernah die bahasakan diri sebagai 'AKU'..hehe.--

2:alif bahari a.k.a burn 
Alif Abu Bakar
--masa dulu2 kami ni geng scoot n layan muse.hehe..quite sempoi..sangat berterus terang sampai kadang2 boleh buat orang terasa..but sangat2 nice..suka memerhati gelagat orang dan betokoh orangnya.sapa2 yang bercakap dengan dia ni mesti rasa macam cakap ngan ahli politik.tak mustahil dia boleh jadi pemimpin dalam dunia pendidikan mahupun pemimpin malaysia..:)--

3: hafiz helmi
--mendapat jolokan 'ustaz' dalam kelas even inside sebenarnya dia sangat meminati rock!!yeah~haha.orangnya cool dan sesuai kalo panggil dia mr nice guy.susah nak marah..sukakan makanan.heheh.hulur je ape pon insyaAllah disambut dengan senyuman.kehkeh.selalu tumpang dia nak balik kampung,sebab kami sekapal..lagi satu dia ni senang untuk membantu kalo ada sape2 yang bermasalah--

4: rashidi a.k.a shidi
--sapa2 pon yang tengok dia mesti ingat dia ni garang.memang garang pon.ceaa...heheh.tapi berjiwa lembut n penyayang.sangat bertanggungjawab dalam tugasan.tak suka menyusahkan orang lain..sangat tabah.tapi semalam turut menangisi perpisahan kami sekelas...:(( even dia ni jenis yang cakap lepas..tapi dia cepat sedar.dan cepat2 minta maaf kat orang yang terasa..:)) kalo satu grup ngan dia ni memang senang.rajin sangat.sapa2 nak no fon dia.leh hubungi aku k..hahaha.--

5:hasif
--gile kelakar mamat nih.keje die buat orang gelak.ade2 je nak buat orang pecah perot but sometimes quite gelabah gak.bhahaha..kalo die tak datang kelas terasa gak sunyinya..yela.die paling banyak cakap kan.banyak gak kenangan ngan dia nih.tapi paling tak boleh lupa time kasut aku kena curik.diala yang temankan sampaila kedai kasut bukak.sebab kebetulan kami naik bus yang sama.tehee~dia ni gak berbakat dan kreatif orangnya...terutama dari segi grafik.rasanya dia leh g jauh dalam bidang ni..goodluck!--

6: azizi a.k.a buntaq
Muhammad Azizi
--masa mula2 ingatkan dia ni macam anti perempuan tau.sebab gaya dia cakap langsung tak menunjukkan minat kat perempuan.terutama dengan budak2 perempuan yang hanya ada 6 orang dalam kelas.tapi ternyata tanggapan tu salah..dia ni seorang abang yang penyayang..dah last2 terserlah sifat penyayang dia.dia ni kelakar gak orangnya.tapi kadang2 dia tak sedar pon dia buat lawak.hehe.diberi jolokan 'ahli pujangga'.dia ni pon rajin gak orangnya..mungkin dia ni antara cikgu feveret dalam kelas..:))

7:farizal a.k.a kechek
--paling kecik dalam kelas..sebab tu panggil 'kechek' ikot longhat orang ganu...kuat mengusik..kadang2 tu laser gak..ahahaha.suka sangat main bola..terer lukis figura orang..dia pon jenis yang pengemas..sebab apa aku cakap macamtu?dia ni kalo main bola pon still menjaga.pakai sarung lengan..takot sunburn.hahaha.sangat sinonim ngan cik nuri.muka pon dah ala2 adik beradik;p--

8.waqiuddin a.k.a wakedondon
Waqiuddin Wahab
--dia ni pon sama macam asip.lawak...kadang2 gelagat dia pon dah buat orang gelak..jenis family man..walaupun culas nak g kelas tapi dia ni senang untuk dijadikan kawan..erti kata lain dia ni sangat friendly..sangat sukakan bidang fotografi sama macam burn.--

9.rizzman
Love Irizz
--sangat bijak.always dapat pointer tertinggi dalam kelas..sedang berusaha untuk mencari kesempurnaan dalam hidup*sama macam aku gak*.kalo nak notes n soalan spot..dia nila sumbernya.hehe.ibarat library bergerak..sentiasa ada idea2 yang bernas dan cintakan seni.sinonim ngan love..aku suka pau dia kek batik.sebab dia buat sedap ok.thanx man..--

10.zulhida a.k.a zul a.k.a mozuba
Mohd Zulhida
--dah nak sem2 akhir baru rapat dengan dia..kami panggil dia mr perfect sebab dia ni jenis yang teliti buat keje..bijak gak dan selalu dapat idea lain dari yang lain.die ni geng karoke aku..hehehe.dan juga geng blogger.kami kongsi hobi yang sama.aku suka dengar dia bercerita tentang pengalaman n kawan2 dia..bagi aku dia ni banyak pengalaman yang menarik dan sangat concern akan kawan2 dia.besides, die ni tegas n tak suka kalo orang buat keje main2..bagus~-

11.saufi (die pakai baju hitam)
--aku kenal die dari zaman dia gemuk sampai dia slim macam skank.hehe.sangat berterus terang orangnya.dia akan direct bagi teguran kalo dia rasa bende tu macam tak kena di mata dia..suka berbual n senang dibawak bersembang.paling minat dengan seni mempertahankan diri...terutama silat..semalam buat kali pertama dia nangis.sangat terharu n touching ok.;D--

12:khairan
--sangat baik orangnya..suka senyum n tak banyak cakap..asalnya dia kelas sains..tapi kehadiran dia masuk dalam kelas kami sentiasa dialu2kan..:)aku rasa dia ni memang tak banyak kerenah.sangat mudah.:))--

13:adly zil ikram a.k.a dely
Adly Zil Ikram
--ni ni mamat kelate..sama ngan khairan.die punye artwork memang tahap terbaiklah!senang untuk mintak tolong ngan dia..bagi aku..dia ni balance la..seni+bijak dalam akademik+kuat sukan..bagus bukan?aku rasa pasni dia boleh buat duit dengan lukisan dewa mural dia.n perkara penting korang kene tau.aku ngan dia selalu kena duduk depan dalam exam hall.adoi..sebab nama kitorang mula2 sekali.nasib badan.--

14:remy
Remy Kenyer
--mamat ni sebijik gayanya macam jepun.mata sepet macam ala2 onizuka.hahah.anak tunggal dalam family..senang untuk mintak tolong dengan dia.jenis yang lebihkan kawan2..kuat main futsal.paling aku suka.setiap tahun mesti dia akan buat open house n majlis berbuka puasa.hehehe.:D--

15:shafik
Mohd Shafik Abdul Rahman
--paling pendiam..susah nak dengar suara dia dalam kelas..dia ni abang dalam kelas kami.hehe.walaupun dia ni nampak diam tapi bila sesekali bersembang best gak..die ni gak sepupu kepada ziana zain.orang melaka..kalo nak mintak sain..sila la jumpe die ni.hehe--

ok2.cukup pasal 15 orang budak laki dalam kelas..
skank kite review pasal budak2 pempwan dalam kelas aku lak.jom.layan~

1:hanira a.k.a nurie
Norhanira Bt Mokhtar
--kawan paling rapat dengan aku..dari mula2 masuk maktab lagi aku dah baik ngan die.ke mana2 g pon ngan die.even die ni agak sensitif sometimes tapi marah die tak lama.sebab jenis hati lembut n pemaaf...die akan tolong orang selagi die mampu.dat is so nuri..aku senang bercerita apa sahaja dengan die.aku taktau macamana dengan aku esok memandangkan tinggal aku je nanti.memandangkan semua roomate aku beransur2 pulang..die ni selalu back up aku dengan ape jua sekalipon.kalo ade sapa2 yang cakap bukan2 pasal aku.dia akan g kat orang tu n terangkan keadaan macamana.kesedihan aku.kesedihan bagi die gak..kalo aku happy die pon happy.begitu gak sebaliknya.suka duka kongsi bersama.
pelengkap kami adalah cik ika.selalu bertiga ke mana2.masak sama2.makan sama2.n tido pon sama2(of course la.sebilik kan).die selalu ceriakan hari2 aku dengan lawak die.sememangnya die jenis lawak n suka bergurau...paling aku takleh lupa.di saat aku menghadapi peristiwa getir dalam hidup.die ade sama2 ngan aku.nuri..apa yang pasti aku mesti rindu semua tu.--

2:ika
--paling tak banyak hal antara semua sebab die tak banyak cakap.memang dari dulu lagi baik ngan die n nuri..ibarat three musketeers.n selalu jadi penunggu rumah tetap dan berpencen.hoho. lepas ni dah tak boleh solat jemaah dengan die lagi..biasanya  waktu maghrib n isya memang kami solat sama2.n gilir2 jadi imam.hurm..dari dia...aku belajar untuk jadi lebih istiqamah dan bukan sekadar hangat2 taik ayam jek..die banyak berubah..dulu kami sama2 hang gak kepala..hehe.suka cuba pelbagai gaya..n die ni gak paling muda antara semua sebab die lompat kelas dulu.untung.
skank die lebih tawaduq n berubah ke arah menjadi muslimah sejati...aku suka dengan perubahan tu dan berusaha ke arah tu gak.kekalkan sifat ni ka..
p/s::ala...ika..pasni kalo aku tengok bedak sejuk je mesti teringat kat ko.huhu.masak pon mesti teringat kat ko.sebab ko paling banyak tolong aku kat dapur...uhuk.uhuk...;((

3:wanie
--banyak2 perempuan dalam kelas.die ni paling garang.hehe.kadang2 tu tak berani gak nak buat main ngan dia.bukan ape..die sebenarnya diasuh untuk jadi tegas n berdikari.kalo die buat ape2 biasanya die tak bergantung kat orang lain..she can do it by her own.aku paling banyak habiskan masa dengan die sepanjang berpraktikum n internship.campur tolak bahagi adela lebih kurang 7 bulan bersama.n die ni pon one of my dearest roomate...maknanya 4 orang sebilik.die ni ade sifat rajin n bertanggungjawab..ko bagila keje ape pon.insyaAllah die akan buat dengan baik..lago satu.die ade satu kelebihan.die pandai berbual dengan orang yang lebih tua.maknanya boleh jadi menantu yang baikla..hehe.tapi sorila.die dah ade yang punya ok.;p

4:izzah a.k.a loy
--die ni yang paling faham aku macamana.tak cepat melenting.lebih suka mendengar dulu n dapat kepastian baru die buat keputusan.senang untuk meminta pertolongan n seorang yang tak berkira.die sangat sensitif n manja dengan keluarga..sebab die dibesarkan dengan kasih sayang dari keluarga yang sangat melimpah ruah.sangat bertuah mempunyai family yang sangat sempoi.:D
pernah sekali tu..aku sedih sangat.die datang kat aku.die usap belakang aku mintak aku beristighfar n bersabar..jadinya aku dengar nasihat tu..jenis die ni..kalo ade orang kata ape2 kat die.die langsung tak amik kira.tak simpan dalam hati pon..cepat mesra dengan orang.loy.aku doakan kebahagiaan ko loy sebagaimana ko doakan aku.--

5.mira
--die jenis yang sendirian berhad.jadinya jarang abiskan masa bersama.tapi bila dengan dia.aku bole all out cakap utara.heheh.sebab kami sealiran.ceceaah~jenis yang berdikari sebab die anak sulung dalam keluarga.semua die boleh buat.aku ngan dia banyak abiskan masa di padang bermain bola jaring sama2.n wani also.paling akul kagum ngan kebolehan die berenang gaya macam2.well.orang pulau kan..pasni aku teringat die punya sate ikan fresh dari pangkor.sedap woo..lagi satu.die ni geng erobik n geng tarian..kami sekufu dalam bab2 tu.sebab minat yang sama.--



rasanya dah cukup korum kot 21 orang termasuk diri aku sendiri...memang da best friends i ever have..susah nak cari kawan2 macamni.susah senang harungi bersama2..dan sampai satu ketika.aku rasa aku tak patut menyesal dengan keputusan ayah aku untuk suruh aku masuk maktab n jadi cikgu..sebab aku jumpe satu benda yang tak ternilai...erti persahabatan membuatkan aku lebih matang.dengan korang gak aku mengenal siapa diri aku.halalkan makan minum aku kawan2..minta maaf andai ada salah dan silap, terkasar bahasa n tersalah laku..kenangan yang diperolehi akan sentiasa tersemat dalam sanubari..ya Allah..Kau permudahkanlah segala urusan kami..Kau kurniakanlah keberkatan kepada kami..Kau kuatkanlah hati kami dalam menempuh cabaran yang bakal mendatang..semoga persahabatan kami tersimpul mati sampai bila2..
SEKALI KAWAN...SELAMANYA KAWAN...sayang korang semua..aku sentiasa doakan kebahagiaan korang.amiin~

Saturday, November 06, 2010

++selamat pengantin baru++


wow~sangat excited housemate aku kat utem dulu dah nak kawin dah bulan 12 ni..tahniah2..
antara kami ni nampaknya cik yan yang lead dulu.hehe.tak sangka tol.
dulu ingat lagi masa zaman mula2 masuk utem..time tu dok berhinguih lagi ala2 kanak2 ribena.kepala pon tak tune betul lagi.baru nak belajar macamana nak handle duit sendiri..baru nak belajar berjauhan ngan family n segala-galanya barulah pendek kata..
i love u lah cik yan..
masuk ni dah taun ke-6 aku kenal hang..:D

akhir kata..
tahniah..semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..dikurniakan anak-anak yang soleh n solehah..
insyaAllah kenduri hang nanti aku attend.


Friday, October 29, 2010

++MQA vs EXAM++



dah lama macam teringin sangat nak makan char kue tiaw.alih2 arini teibe je cik amy ajak g makan kat chabang tiga.pergh.memang terbaiklah.rasa macam nak nyanyi lagu mizz nina jek.whatchu waiting..whatchu waiting for..lalalala...*sambil hangguk2 kepala*;p
so.pas isya berjemaah tidak haji dengan kawan2..terus keluar umah n memecut kereta mengahala ke kedai makan idaman perot.feww..nasib kedai bukak.so.dapatla melepas rindu dendam nak makan char kue tiaw tu.

balik je dari makan.terus bukak buku.tengok2 ape yang patut.tengok je ok.tak baca pon.hohoh.
rasa nak study malam ni.but kepala otak macam jam plak.so.stop kejap n layan blog..tehee...~
minggu ni sangat2 pack..semua bz buat preparation nak mengadap POKCIK MQA.jadinya otak rasa penat semacam jek.tu yang takde mood nak study tuh.*eh.salah sendiri sebenarnya.hoho*.mintak2 la usaha kami ni berbaloi n mendatangkan hasil yang memuaskan.amiinn~

aku respect gile ngan seorang pensyarah nih.even die baru..but cara die handle kerja sangat2 cool!!tambah2 hal2 berkaitan dengan MQA.
at first aku memang sangat cuak pasal hal2 audit n interview nih.tapi disebabkan lec nih aku jadik lebih yakin n banyak bende yang die taklimatkan memudahkan aku n da selected peoples untuk berhadapan dengan panel nanti.die selalu gak pesan kat kitorang...buat keje ape2 sekali pon kene ikhlas n lillahita'ala...insyaAllah Dia akan balas berlipat kali ganda ganjaran nanti.
patutla aku tengok die cergas jek ke sana sini..tade pon aku dengar die merungut.langsung tak tunjuk muka masam.always ceria.dat is so her...very impressed by her.
oh.lupa nak mention.lec nih perempuan.memang aku nak jadikan die as a role model aku bila aku dah keje nanti.:))



nak ambil peluang ni nak ucap terima kasih kepada semua pensyarah yang terlibat secara langsung n tidak langsung sepanjang kami berada di IPG..
halalkan segala ilmu n minta maaf andai ada salah dan silap,terkasar bahasa.salam~


kat kaki ada nota::
--encik ilebiu suh aku tinggikan goal sem ni.die kata buat ape target lulus jek.target la 4.0 ke..baru ade semangat motivasi diri.
errr...macam tinggi jek.aku tinggi2 ni tak buleh.gayat.LOL.--

Wednesday, October 27, 2010



hola...bueno peeps~:)
rasa seronok plak arini bila belajar semuanya masuk dalam kepala otak.actually it was more to discussion.
lagipon exam dah nak dekat kan...mak aji tanak cakap merapu dah...nak kurangkan bercakap.hakhaktuih.yo yo ooo je...hohoho~31hb MQA nak datang..then 1 hb exam.memang nampak macam terkejar2.but kami anggap bende tu sebagai cabaran..kalo tak mampu nak handle..u better quit since from da start..

ok.tutup bab study.aku tau..bukan aku sorang jek nak exam..orang lain pon nak pekse gak..tapi nak gak amik kesempatan kat sini nak wish goodluck to all readers yang bakal menghadapi peperiksaan...gambate!aja ja fighting...*bajet macam great teacher onizuka*



kat kaki ada nota::
--mamat hampeh yang aku cite tu tetibe jek tukar nama profile..guna nama lain plak n pic pon orang lain..siot jek.nampak sangat die guna fesbuk just untuk fooling around.aiyark..ape2 jela.aku rasa mungkin die alami burn out or distress.tak pon die mengalami kecelaruan identiti.muahaha!tu yang jadi gitu tuh.yang penting aku gumbira kat sini.perempuan2 out there,berhati-hati ye ngan laki macamtu..take care..salam.~--

Thursday, October 14, 2010

++hepi besday mak!!++


alhamdulillah..keje yang diusahakan selama ni dah boleh dijilid.
malaih sungguh nak mengadap bende yang sama setiap ari..boleh muntah ijau aku dibuatnya.huhu.
arini dah khamis.memikirkan ape la nak dibuat minggu ni kan?
hurm..budak umah aku minggu ni ramai yang nak g kursus kawin.aku dah grad awal lagi..haha.boleh panggil aku cik senior k.peace u olz :))

ade yang ajak g tengok wayang minggu ni..sounds interesting..
but tempat pulek jauh sangat..belanja pon haruslah lebih gak..ape2 pon kene lepaskan dulu duit jilid.kang tak cukup malu pulek nak buat suara kesian cakap ngan encik daddy ku cool mintak elaun sara diri.hoho~
arini pagi2 dah call my mak...besday dia yang ke 44...i heart u mum!!
semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.
paling tak buleh blah...masa aku cakap ngan die pagi2 buta pas celik mata..

"mak...semoga dimurahkan rezeki on ur 44th birthday....~"

--diz pic was taken masa majlis berbuka pose--



"ha la...cek kena mintak murah rezeki sebab kot mana pon nak bagi kat cek gak kan?kan?"


hahahhahaa...mak nih..malu ai taw..time tu rasa nak benam kepala bawah bantal banyak2 jek..
aku ni dahla tido kene bantal banyak2..rasa macam orang peluk jek...sedap tido~lalala.
k lah.nak p kelas nih..nanti lec carik i plak..buhbye~salam..:))

Sunday, October 10, 2010

++selamat berkonvo++


arini pelajar-pelajar upm berkonvo...
tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya.:))
syabas!

Saturday, September 11, 2010

++hari esok yang sangat mendebarkan...++


sangat nervous menantikan hari esok.
owh ya..sekarang sudah pandai berahsia dengan korang semua.sebab taktau atau yakin dengan apa yang bakal terjadi nanti.
mungkin hasilnya baik..dan mungkin juga sebaliknya.
so guys.wish me luck ok?;)