Showing posts with label niang merapik. Show all posts
Showing posts with label niang merapik. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

++1001 ragam murid++

assalamualaikum..


wargh..beberapa kali menguap sebab cuaca yang agak redup2 enak gitu..this weekend nak g kenduri kat kl..tak sabar nak jumpa kakak angkat yang bertahun tak jumpa.anak dia pon dah masuk dua orang.bukannya jauh pon kalau nak diikutkan ipoh dan kl..but setiap kali balik shah alam or g kl mesti ada keje nak dibereskan..mudah mudahan sabtu ni semuanya berjalan seperti yang dirancang..moga pertemuan kami nanti memberi 1000 hikmah..amin..:)

even aku agak kemengantukan harini tapi seronok sangat mengajar..terutamanya mengajar murid-murid tahun 1.ntahlah.maybe dose kopi aku cukup kot harini.hahahaha~!
hari aku diserikan lagi dengan perangai murid yang kadang2 buat aku terburai gelakkan mereka..nak tau?meh sini ahkak nak buka cerita..

#ragam 1-darjah 1
teacher : "awie...tuck in ur shirt properly.."
awie: "ok teacher"
terus dilondehkan seluarnya sampai paras lutut then dimasukkan baju yang terkeluar tadi elok2..dan tarik seluar macam biasa.-___-
agaknya bagi dia tak salah buat macamtu.pada peringkat umur ni, perasaan malu murid masih belum berkembang..sebab tu dia londehkan seluarnya dengan selamberrr..hahaha.
mujoqlah hang baru darjah 1 nak oii..kalau tingkatan 1 lari bertaburan cikgu dibuatnya,
tapi aku sempat pesan kat budak tu, jangan londeh seluar macamtu lain kali.sebab tak sopan..:)

#ragam 2 - darjah 1 kelas hujung
situasi : ada sorang murid kelas yang aku ajar ni, dia sangat susah nak datang sekolah.stiap hari kena paksa dengan mak dia untuk masuk kelas..kalau mak dia balik mulalah dia menjerit dan melalak sampai pening kepala cikgu yang mengajar waktu pertama..harini budak tu buat hal lagi.lepas kena tinggal ngan mak dia, dia melalak sambil hantuk kepala kat pintu kelas(pintu belakang)
puas kawan aku pujuk dia jangan buat macamtu.tapi tetap tak makan saman..last2 ada sorang lagi kawan aku naik kelas..dia masuk dan guna lontaran vokal yang paling nyaring dan tinggi terus budak tu berhenti hantuk kepala..haaa..baru kau tau nak...
so, masa waktu kedua adalah waktu aku mengajar.ada beberapa orang murid ni..

murid 1: "teacher, TAK sakit tau kalau dia hantuk kepala dia kat pintu"
teacher :"ape plak tak sakit..mesti lah sakit.boleh benjol dahi kamu tau"
murid 2 : "betul teacher..rasa kebas2 sikit je..lagi sakit kena cucuk ngan nurse haritu"*sambil buat muka selamberr..*
teacher :"buat apa nak hantuk2 kepala..banyak lagi benda berfaedah lain kamu boleh buat.betol tak?"
murid 1 : "betol teacher..tapi kalau tak sakit pon jadi benda berfedah juga.."
tak sempat aku nak cakap JANGANN~ terus dia ngan kawan dia hantukkan kepala sesama sendiri tanpa ada perasaan bersalah atau sakit.
what derrrrrrrrrrrrrrrrr?????????????
terkejut aku dibuatnya!!buat depa hantuk kepala kuat2 tak pasal2 je parents datang jumpa aku sebab kepala / dahi anak benjol2..kadang2 budak ni memang suka buat perkara diluar jangkaan..sebagai ibu bapa, kita tak boleh nak expect cikgu tengok anak setiap masa.dalam kelas tu katakanlah ada 40 orang..ramai kan??kadang kadang tak sempat nak tengok sebab setiap murid berlainan fe'elnya..tambah2 pula kalau korang kena ajar murid tahun 1.harap maklommmm...
*risaunya kalau time aku mengajar ada murid jadi apa2..minta dijauhkan dari sebarang musibah*

#ragam 3 - darjah 1

perlukan pemerhatian lebih budak neh..hahahhaa!
if U notice something, there's one word been misspelled. guess what??

#ragam 4 : masih berpandukan gambar rajah di atas..

murid : "teacher, kalau kerbau bukan ke kita panggil dia cow ke?"
murid 2 : "eh..bukan cow la...tapi bull.." murid ni cuba membtulkan kawannya..
murid 1 : "abis tu, nape gambar ni dia cakap kerbau tu yak? maksud ayat kat sini, kerbau ni suka berak ke..?"
FYI, murid tu muka dia sangat serius masa tanya soalan..
teacher : "nape kamu cakap macamtu?"
murid 1 : "yelah..mak kita suka tanya adik kita nak yak ke tak..sebab kalau mak tak tanya nanti adik berak merata-rata.."
ok.fine..baru aku faham..T__T

kalau nak diikutkan setiap hari ada je perkara yang meggelikan hati berlaku..
ini yang membuatkan aku lebih sayangkan kerjaya aku..hehehe

Wednesday, August 28, 2013

++facebook status++

assalamualaikum..

tengok tang tajuk tu macam boleh buat tajuk pidato ataupun karangan PMR kan.sebab taujuk itu sangat HOT.hikhikhik.semenjak dua menjak ni aku asik panas telinga  dengar orang bercakap tanpa isi.maksudnya percakapan lebih kepada merapu merepek niang rapik.#mulut tahap longkang.kalau merapu dalam blog lain cerita lah kan, hihi.i ols lah tu..;p.
sapa tanak baca pon cheq peduli ape kan..haaa..ini masalahnya bercakap hingga buat orang terasa, terkecik hati..tanpa menjaga batas dan adab tatasusila..adoi.pening kepala dibuatnya.*mata ke atas tanda annoyed*

sebagai contoh..kita selalu meluahkan perasaan kita kat dalam facebook mahupun dalam blog. friends list korang katakanlah ada 1000++..pastu korang ada marahkan sorang daripada kawan korang..pastu p tulis laguni..
" bo*** punya orang! kalau tak pandai tu janganlah buat2 pandai.menyusahkan hidop je!"
(#ini contoh je k)

ape.ko dah pandai sangat ke sampai boleh membodohkan orang???hahahaha!setakat pandai nak merampuih kat status facebook ape lah sangat~apa pon tak boleh!;p kita ni secara sedar atau tak sedar suka sangat guna facebook sebagai medan untuk melepaskan perasaan marah dan geram kita. kadang2 kita nak habaq kat tak suka orang tu dan nak block..
contohnya...~
"haisyh..napelah dot dot ni dok menyemak kat dalam friend list I..sorry dot dot..I terpaksa delete u..kenang daku dalam doamu."
*okeh.ayat yang last tu aku saje menambah sendiri.hikhikhik*

jap.yang ni aku confuse kejap...nak block orang perlu ke nak canang bagi semua orang tahu????
hang nak delete dot dot tu dari friend list hang, terus buat jelah..takyah susah2 nak up status macamtu kat facebook..ini salah satu status yang buat aku sakit jiwa.hohohoho.

budak2 yang baru nak up zaman le nim pon boleh tahan gak fe'elnya.jiwang sesungguh!tengok budak yang buat video janji bagai tu udahle,berani kan??kadang2 aku plak yang naik meremang baca status yang depa up..contohnya..

"sesungguhnya ku tak ingin yang lain selain dirimu sayang...kau membuatkan diriku berada di awangan...aku berjanji akan setia mencintaimu selama-lamanya.."

ohsemnya janji2 manis dia..padahal baru tingkatan 1 atau 2 cenggitu..agaknya kalau aku mati idea nak tulis ayat jiwang apa kat encik suami bolehlah minta idea kat depa ni kot.eh??
kot ye pon nak bercinta dik non, make sure u dah mampu beli spender sendiri...hahahah.ini spender pon mak ayah yang belikan lagi..*drooling eyes*

macam2 lagila yang aku baca kat status facebook orang...kadang2 aku pon ada gak yang tulis merapu2..tapi kalau boleh tu janganlah up status yang boleh menyinggung perasaan orang yang membacanya..
sekalipon kita marah dengan seseorang, better tulis direct kat orang tu secara private.tak pon jumpa terus ke..senang..tak yah nak kecoh2 satu malaya..secara tak langsung orang boleh judge u dari segi percakapan u tu..hurmm..renung2 kan ye..

k lah..nak g mydin jap.nak beli bendera hias kelas..SEMANGAT!
babai~

jaga diri hiasi peribadi.
salam.

Monday, July 29, 2013

++surat minta cuti kepada ketua jabatan.harapnya dapatlah...++

assalamualaikum..

currently im not so happy right now...down sangat wehh..huhuhu.I was told by my husband last couple days that chances to get few days off for this coming raya is quite slim..dahla tahun ni turn beraya kat sebelah aku..ya Allah..rasa sangat berbelah bagi.nak balik pon takkan nak tinggal suami sorang2 plak beraya kat ipoh kan..to be exact beraya di hospital..tapi tahun ni jugak abang and family nak beraya kat kedah..so inilah peluang kami untuk berjumpa adik beradik setelah sekian kalinya tak bersua..hurmm..
suami penting, keluarga pon penting..cuma kalau ikut tahap kepentingan tu rasanya suami lebih perlu diutamakan..

surat kepada majikan suamiku::

dear ketua jabatan yang baik hati lagi budiman..
bolehkah kiranya jika tuan izinkan kami beraya anak beranak dengan penuh gumbira di samping keluarga dan sanak saudara di kampung halaman kami?
tahun ni giliran kami beraya di kampung saya (kedah)
ada banyak sangat juadah yang bakal dihidangkan masa hari raya nanti. untuk makluman tuan, kedua-dua kami ni kuat makan sebenarnya.haha. mak saya siap beritahu yang dia nak masak rendang ayam feveret dan serunding ikan!tambahan lagi ada ketupat palas yang sangat menggiurkan..sapa boleh tahan dengar kan?
lagi satu..kami dah sediakan duit raya untuk anak-anak buah yang ada di kedah&penang.
kalau kami tak balik maka rugilah mereka yang menunggu kepulangan kami.hikhikhik.
oleh itu, amat molek sekiranya tuan boleh memberikan kerjasama di tahap maksimum..kalau dapat bercuti direct 4-5 hari lagi bagus!haha!
saya berjanji kalau tuan bagi suami saya bercuti, insyaAllah saya akan bawa balik ole2 dari kampung halaman..tuan sebut je tuan teringin nak makan apa..insyaAllah saya akan bawakan.hehe~
oklah tuan, rasanya sampai sini dahulu surat saya kepada tuan.
fikir-fikirkanlah dan timbang-timbangkanlah..semoga tuan sekeluarga sentiasa diberkati oleh-Nya..

SELAMAT BERBUKA PUASA & SELAMAT HARI RAYA TUAN!:D


p/s:just for fun only!babai~:D




Saturday, July 20, 2013

++make over++


assalamualaikum...

rasanya dah lama tak tukar design blog..macam bosan plak bila tengok..last tukar masa pregnant 3 bulan dulu..and now anak dah setahun okeh...bagi sesetengah orang mungkin ok je ngan layout sekarang...but not for me.need to do something to change the look of my blog.hooo~semangat2!

babai..

selamat berbuka semua..

Thursday, April 26, 2012

++it's over..ohoooiii~++

assalamualaikum

rasa tenang pegi skolah harini...boleh masuk kelas seperti biasa dan yang penting dapat beri sepenuh tumpuan dengan murid2 kesayangan dengan lebih dekat lagi..sebelum ni asik sibuk dengan latihan action song je. then terpaksa tengok dua benda dalam satu masa.so,faham2 jelah kan..tak boleh nak bagi sepenuh komitmen kat kelas..pity them...jadinya ada hikmah sekolah aku tak menang..hanya mendapat tempat ke-3 je peringkat daerah..apa2 pon.well done kids!

senyuman pagi bersama one of my team members.auni..:)

bergambar kenangan bersama wakil PPD unit kokurikulum and guru besar SKSP yang sentiasa cool..:)


sebenarnya ada hikmah sekolah aku hanya mendapat tempat ke-3 even budak2 bersemangat n berusaha keras untuk jadi johan..cuba bayangkan kalo sekolah aku tetiba announced as the first winner, agak2 larat lagi tak aku nak latih???dan kalo tak silap aku, pertandingan perinkat negeri akan diadakan somewhere in JUNE...waktu tu aku dah sarat sangat dah dan tunggu masa untuk deliver baby jek.sebab tu aku tenang and redha je dengan keputusan yang diumumkan..cuma selepas pertandingan tak sanggup nak tengok muka budak2 aku yang terlalu berharap untuk menang.huhuh.sebab tahun lepas dorang berjaya menempatkan diri ke peringkat negeri..sweet memory betul.

tahun depan kami akan berusaha lebih lagi untuk kembali merampas takhta johan.hehehehe.#TTDMKA#
rasanya macam nak buat tema M.DAUD KILAU...kompem kostum berkilat-kilat kalah penyanyi asal.muahahahaha!*evil laugh*


terbaik ah kostum macamni..hahahaha!I loike!kita gelek sakan pasni yek.


Thursday, April 19, 2012


assalamuaalaikum...

bestnye harini bercuti sehari sempena hari keputeraan sultan perak.:)
oleh kerana harini cuti, so banyak benda yang aku nak buat..antaranya kemas bilik sendiri yang rasanya dah semakin berserabut disebabkan terlalu bz dengan action song.then siapkan lesson plan untuk esok sampai Isnin. mengemas bilik sampai semput2.hehehe.aku memang tak boleh nak duduk lama2..bila duduk je rasa perut ditekan...that's why rasa mengah..makan pon tak boleh banyak2 or kalo berdegil ko akan end up macam sloth.hehehe.

diam tak diam, pertandingan action song makin hampir which is going to happen on diz coming Wednesday..OMG..am I ready for this?are the kids ready too??? perhaps so..I put a lot of my efforts on this competition and expecting for a good result with Allah's will..if the sustenance is with us..then no one can change it ~ just pray for the best..aminnn~

yesterday, I painted all of the kids's shoes with polka dots pattern.a bunch of thanks to few of my colleagues for willing to help me painting the shoes..what's the use of the painted shoes?you must be wondering what was I doing rite? ahaaa~let's keep it as secret..or maybe as a secret weapon.hahahahahaha!poyo!!dont take my statement seriously.well.just joking tho~..;p
since we don't have enough budget to buy a pair of  fancy shoes for each kid, so I bought the plain white one..then I designed the shoes by myself..tho It may take a lot of time to complete it.but if there's a will there's a way right????I believe in that so much.

sometimes when it comes to competition, I am really sure that the instructor or the coach might feel nervous more than the kids do.hehehe.

aren't this polka dot shoes cute??but ours not exactly look like this..it was designed based on my own taste.

I drew big polka dots on my kids's shoes..so.it would ease me to insert the colours though. somehow I am so worry about the accessories for the girls..I don't know what to be used for the performance later. takkan nak biar kepala budak tu togel je kan??please help me!!


hurmmm...which is cuter?

nak try buat dulu lah..then baru boleh proceed untuk buat yang lain2..k lah..nak mandi manda dulu.babai~
have a nice day gang~
hehe.


Monday, March 26, 2012

++disebalik rupa++


assalamualaikum..

baru2 ni aku tengok kat blog2 hiburan tempatan semua dok update pasal kpop...apa???SNSD???WONDERGIRLS?SUJU???
yang aku kenal2 cuma WG je...tu pon sebab lagu dia famous.yang laen..maafle..memang taktau.hahaha!!
dah jadi macam satu phenomenal plak bila dorang datang ke m'sia...
konpius...best sangat mereka2 tu???
bersandarkan rupa2 yang comel and ala2 barbie doll dorang menjadi kegilaan ramai..rata2 remaja skang semua nak ikot trend kpop and nak jadi macam dorang..but do u know who they really are?

nah...tengok sendiri..

Thursday, February 23, 2012

++saya makin gemukss!!sekian++


assalamualaikum..

baru pas makan n ngah tunggu makanan turun sikit then baru g mandi..
aku perasan skang ni badan makin naik sebab selera pon dah makin membabi buta..huhuhu.(ada ke ayat macamtu)
ada orang cakap normal untuk ibu mengandung.tapi masalahnya takkan jadi normal kalo berat badan naik mendadak.
encik suami tersangatlah risau sebab haritu masa trimester week badan keding sangat..dalam masa 3 bulan cuma naik 200g.apa celoopppppp???
skang ni naik berkilo-kilo...dasat betul.sampaikan aku rasa seram sejuk naik atas penimbang.
bukan apa..kalo berat badan naik mendadak takut suspek kena kencing manis jek.

last buat check gula dalam darah masa pregnant 3 bulan..masa tu gula sangat low = hipo..
hb = low..
berat badan pon = low..

bila dah ok, makan pon ok jek...segalanya naik mendadak..fuhhh semangat!

sebelum balik dari putrajaya baru ni,bersungguh-sungguh encik suami pesan suh jaga makan..jangan makan nasi malam2..makan benda yang berkhasiat macam buah-buahan ke..oat ke..biskut gandum ke...masalahnya skang ni aku duduk dengan orang.apa yang orang masak, itu yang aku makan.takkan nak demand lebih2 plak kan?kang orang kata besar kepala plak...huiysh..tanaklah macamtu.
nak beli buah n benda2 alah semua tu takde tempat nak letak...*ok.tanak cite kenapa aku cakap macamtu.tak baik*

perut makin ke depan...buntuit plak makin ke belakang.adoila..bila jalan rasa menonggek semacam jek nak balancekan badan punya pasal...arrghhh..!!!!rasa macam tak percaya bila tengok diri sendiri kat cermin.hahaha!
kadang2 sedapkan hati sendiri...ouh.takpe..biasalah ibu mengandung postur badan macamni.hehehe.

so.buat masa ni aku nak alihkan tumpuan aku kepada benda lain.kalo boleh tanak fikir pasal hal kegemukan aku.
banyak benda aku nak fokus tambah2 keje yang makin menimbun kat sekolah..faham2 jela.bulan MAC ni banyak pertandingan yang akan diadakan.akut terlibat secara langsung untuk melatih budak2 aku.
minta2 semuanya berjalan dengan lancar..

p.s: berharap sangat baby dalam perut ni sihat dan baik je seadanya..mama sentiasa doakan yang terbaik untuk baby.mmuah pipi kiri dan kanan.:)

cerr tengok aku betul2..haaa..nasib baiklah gambar ni diambik separuh badan jek.kalo tak..kantoi i dh bergendut sana sini.kihkihkih.babai!

Thursday, October 27, 2011

++having another good weekend++



assalamualaikum...

akhirnya ada jugak kesempatan untuk hapdet blog..skang ni slalu bz taw.rasa macam stress pon ada.
*padahal takdela bz mana.sendiri yang buat2 bz.pang sedass!*

seronok sangat cuti kali ni sebab berpeluang berjalan ke sana n ke sini ngan mak mertua n adik ipar.hehe.
kebetulan encik suami sibuk ngan oncall dia.so,dia tinggal aku kt shah alam then return to putrajaya to continue his work.what to do..as life goes on we have to follow the flow aite??

this was my first experience being left over alone with my family in law..at first i was so afraid that i cud not suit myself well in their house because i am too shy.errkk...!-___-
but everything turned to a very good one whichever we cud get along goodly..alhamdulillah...but do not get me wrong okeh.still try my best to be equal to everybody especially to my parents..:))
i love my parents very much!!!!

during that time i had a golden opportunity to know my family in law very well.
i am so grateful to have them in my life as a new family.SYUKUR YA ALLAH!!.they are so nice and generous..nowadays, it's hard for people to find good parents in law.most of people think they got married with the daughter/son only as they assume parents do not important that much rather than the person we've married.(ibaratnya pas kawin hal ko laki bini takde kena mengena ngan keluarga pasangan)hurmmm..this perception is totally wrong.kalo nak kawin kita kena kawin dengan keluarga sekali ok.jangan pandang remeh pasal hal ni.


tanak merapu panjang2.nak iron baju untuk esok..sekolah!!!
wuaaaa!mood skang dah nak masuk mood bercuti..maklumlah, cuti sekolah makin dekat kan..so hati dok melekat kat rumah sendiri jek..
lagi bersemangat nak balik rumah sebab barang2 dapur dah lengkap.alhamdulillah..
gas stove, new fridge, blender,wok, pan, bla...bla...bla...n washing machine.eh???tu termasuk skali ke?ahahhaa!=p

need to sleep now.
goodnyte my fella babes.

jaga diri, hiasi peribadi..cececeh~:))

thanks for reading my entry.
babai~





Wednesday, October 05, 2011

++rasa macam nak buat bisnes...++



assalamualaikumm...~

mood nak berbisnes ni datang since last few weeks..sebelum ni pernah nak buat tapi takot tak berhasil.rugi ja nanti...so aku intai2 peluang berbisnes di laman2 blog n web2..aku survey apa yang menjadi kegilaan orang2 skang ni termasuk diri sendiri.and guess what?

here are some of da survey outcomes:

1. tudung
aku mengaku yang aku memang gila tudung sejak aku bergelar cikgu.pantang ada design terbaru mesti nak beli.tak kisah lah jenis syria ke...shawl ke...or yg ada visor/awning..n tudung2 yang menjadi kegemaran aku skang ni HAJRA, D'HAJA, PEARL HAYA n FAREEDA..arianni aku tak minat..huhu.

tudung visor/awning: model tudung tak berbayar..cenggini lah ghope..~ngeee~snap gambo sendirik jek..tehee~:D

shawl....

2. brooch/pin
ermm..yang ni aku rasa tau nak amik kat mana..bila dah ada tudung mestilah kena accessories yang menarik kan?so,brooch and pin comel memang sangat sesuai digayakan bersama...tapi yang ni takdelah dapat untung mana pon.


nampak tak rama2 yang hinggap kat kepala saya??

mesti korang tak perasan kan??sebenarnya ada pin rama2 kat tepi kepala saya yang sangat comel.n again...RAMA2 lagikkk!!haha.i am so liking it~yeahhh~;D


3.original branded handbag with cheaper price

ceh.cakap macam senang...bukan senang nak dapat barang ori memandangkan banyak barang tiruan yang hampir menyerupai yang sebenar..for sure i wud not go for the LV stuffs, BONIA..GUESS or COACH..senang sangat kena tiru..kalo beli mahal2 pon, at the end mesti orang ingat macamni...
"ko beli kat petaling street eh??"

"choi..."

kalo yang ori punya.cer tengok beg macamni..

ni produk FOSSIL..kalo korang g kedai harga dia mesti RM 300++..tapi aku boleh kasik murah..haha!kemain lagi ko nyah..

ha..itu jelah kot..baju macam tak berapa nak minat sangat sebab ramai orang dah jual..
aku ni je berangan je lebih..hahaha.nak buatnya ntah jadi ntah idak..hihi.


takpe.kejayaan seseorang bermula dari angan2 kan...?

till then.jaga diri semua..bye2~:)



Thursday, September 29, 2011

++wedding NORMEY++


assalamualaikum...

huh.terasa lega bila masuk tengahari kepala aku dah ok sikit..tak macam pagi tadi.rasa mual gile..makan ape benda skalipon rasa nak termuntah balik.
aku rasa aku ada tersilap makan malam tadi and dapat kesan arini..phewww~

oh ya.rata2 blog hiburan yang aku baca semua dok publish pasal cite M**** ngan N*****.
cite pasal gaun n wedding yang berjuta-juta tu.
bukan ape, as one of not-so NORMEY fans aku nak gak tengok baju macamna yang mahal sangat tu kan...
tapi bila klik je kat entry blog tuh aku jadi sangat terkejut..
sebab aku expect baju dorang mesti sangat class n mewah..dah harga pon berjuta-juta kan..tapi jangkaan meleset sama sekali...

kalo orang luar tengok wedding ni pasti akan terkejut giler~
or they wud be saying this..
"oh.there's no difference between the malay's marriage and our marriage tradition...it all looks the same..."

kesianlah...ciri-ciri melayu takde langsung.
ngan wedding gown yang agak seksi..then baju flower girls yang rasanya macam over dress plak.sorry..i have no intention at all of offending anybody.

sekadar luahan sahaja.dorang kawin ke tak kawin bukan masalah aku pon.hahaha.
cuma just wanna give some points of view.

p/s::suka tengok wedding farah.cantik~!!:))


Thursday, September 22, 2011

++nak tukar layout and header blog++



assalamualaikum~

masuk kali ni dah 4 kali aku delete apa yang aku tulis.banyak benda sebenarnya nak cite.tapi last2 stuck kat kepala otak ni.hehehe.maafkan blogger cabuk ni ye..

aku dah boring guna layout blog yang sama je..
masa lagi beberapa bulan nak kawin, aku tukar template blog aku bersesuaian dengan title bakal berkahwin.but after berkahwin aku rasa macam tak sesuai nak guna template yang sama.
so.perancangannya nak tukar...any idea?????


Thursday, July 21, 2011

++pendrive 256 gigabyte!!!+

assalamualaikum~
sepanjang aku duduk kat ipoh ni banyak benda aku belajar.terutamanya dari rakan2 sekerja..a lot of tips given.haha.i loike!tapi perlu diingatkan tak semua yang kita anggap indah tu akan berakhir dengan keindahan jugak.itulah lumrah kehidupan yang kita kena belajar untuk diadaptasi:))
isnin haritu, salah sorang cikgu sekolah aku terima parcel dari pos laju.kebetulan meja dia betul2 belakang meja aku je.bila dia bukak, aku tengok ada benda yang bentuknya macam pendrive.
sekali tengok 256G beb!!!!tak pernah lagi aku tengok kapasiti sebuah pendrive sebanyak tu.gempak gile ahh..dah macam rupa external hardisk plak saiz kapasitinya.hohohoh!jakun jap*

aha..nilah pendrive tu.jenama kingston.
kalau harga di pasaran, RM 2000++..
kalau tak caya, g google sendiri..

dulu2 aku bajet pendrive paling besar pon lebih kurang 16G..nampak sangat aku ni SO YESTERYEARS!!haha!
cikgu sekolah aku tu sangat bernasib baik sebab dia dapat beli dengan harga rm 200++ je..beza banyak kot harga dia..dahla kecik.senang nak bawak ke hulu ke hilir.tak perlu nak bawak external hard disk yang saiznya macam buku teks sekolah ngeheeee~(exaggerate betul!;p)

so.aku pon tanya la cikgu tu mana dia dapat cool stuff macamtu dengan harga yang murah like crazee~his answer was like this..
"kat mana lagi....main bid ah kat lelong.com..haha"

eh??semudah tu je?
dia siap bagi tips lagi macamana nak bid untuk barang2 dengan harga permulaan at rm1.isnt it cool?memang skang ni ngah cari gadget baru pon.tapi tanak dinyatakan kat sini.sebab nanti tak gempak.poyo~blurghhhhhh!!muntah*

skang ni pon ngah berdoa n berharap yang takkan ada orang letak harga tinggi kat barang yang aku bid tuh.sebab tarikh tutup dia hari sabtu neh.
*pray hard (-____-*)*


kat kaki ada nota:;
vongoks lah..ada orang yang bid lg tinggi dari aku punya price.nak challenge ea.we shall see who's da boss..may da best win.:))

Saturday, June 25, 2011

++tahniah rumah hijau!:D++


assalamualaikum~

alhamdulillah..akhirnya acara sukan tahunan dah habis.legaaa~
walaupon secara kasarnya perjalanan hari sukan kali ni agak kelam kabut.tapi aku tetap nak ucap tahniah kepada guru2 dan semua yang terlibat dalam menjayakan hari sukan pada tahun ni.(eceh.cakap pon macam nak ikot dalam skrip.muahahah!) mentang2 jadi emcee harini dengan kak nita.tetiba plak cakap jadi  formal.booooorrrrinngggg~BOO husna!!first time jadi emcee rasa macam hampehh je aku cakap arini.insyaAllah tahun hadapan kalo diberi peluang sekali lagi.teheee~

ok.dah tune.
dalam previous entry aku ada mention pasal rumah aku berada dalam kedudukan tercorot kan???ahaa..memang sampai ke hari ni pon kedudukan tak berubah.haha!tapi takpe.at least terubat sikit duka lara cikgu2 n murid2 sebab dalam acara perbarisan rumah sukan, rumah HIJAU MENANG! tak sia2 cikgu2 rumah hijau bertungkus lumus membuat persiapan.:))

malangnya, aku takde gambar nak di upload kat sini.sebab meja pengacara jauh sikit dari tempat acara.nak tangkap gambar pon kompem tak clear.
k lah.tu je nak cite untuk hari ni.ngantuk.
gtg.babai~

thanx for reading this entry.



Saturday, June 18, 2011

++budak2 sekarang..gatai!++

assalamualaikum~

budak2 sekolah zaman skang ni advance betul..banyak benda dorang dah terkedepan..sampaikan benda2 yang dorang patut taktau jadi tau..hal ni adalah berkaitan dengan..
setiap kali aku on fesbuk mesti ada status daripada budak2 sekolah yang tak masuk form 1 lagi pon dok tulis pasal cintan-cintun..contohnya..

"sampai hati kau melupakan diriku setelah berjumpa dengan orang yang lebih cantik.."

"i love u so much sayang~" 
pastu kat hujung2 tu siap ada tulis nama budak laki yang dorang suka sangat tuh.i mean waddehel??

tak cukup dengan itu, ramai yang suka pos gambo syok sendiri..pastu caption tulis kat pp..
♥♥sayang syeman♥♥

hello~umur awak tu baru belasan taun yank oi..tak sampai 13 tahun pon lagi..sibuk dok tulis itu ini macam dorang tu faham sangat makna berkasih ngan orang yang berlainan jantina..apa2 pon belajar dulu..gatai2 ni kemudian pon takpe.bukannya rugi pape pon.
waktu aku kecik2 dulu masa sebaya dengan dorang, aku tak reti lagi nak suka2 kat orang tu ke orang ni ke..kot ye pon dik, tunggu la sampai awak tu umo dah matang sikit 18++ masa tu kalo cakap soal ni pon orang dah tak heran sangat.ok girls???

Tuesday, June 07, 2011

++pelakon hebat : part 2++

 
assalamualaikum~
 selamat pagi..kaifahalukum??
(sambil sedut udara segar)

kisah bersambung...part 2..

kita memang suka bila tengok orang yang cantik macam nora elena, encem macam seth tan, n kaya macam syed al-bukhari n berbudi bahasa macam budi suffian.ehh??!!bhahahah!*drooling eyes* but not all of them are for real..korang nampak dorang dari segi luaran.but belakang cite ade korang tau???sebenarnya cite pelakon hebat part 2 ni takde kena mengena dengan nama2 yang aku petik kat atas pon.hehe.

frankly speaking, skang ni ramai yang suka bermuka-muka.depan lain, belakang lain.kalo dulu orang suka cakap talam dua muka kalo nak merujuk kepada orang yang suka berlakon or hipokrit..dah tak boleh pakai dah pepatah tu.rasanya lebih sesuai kalo kalo kita address orang tu as muka heksagon ke..muka pentagon ke..muka oktagon ke..baru kena dengan banyak muka.muahahah!

sungguh cepat lupa asal usul bila dah jumpa someone yang berkenan di hati..sampaikan ada yang sanggup berbohong cakap yang bapak dia tokey balak n mak dia tokey butik kecantikan semata-mata nak tarik minat pasangan.setiap kali berjumpa..tanak kalah woh!pakaian memang tiptop.dari kepala sampai ke kaki memang branded semuanya.makan kat restoren2 yang mahal jek.warung tepi jalan memang sebelah mata pon tak pandang beb.padahal bila kat rumah.rumah dia terpaksa ikat perot makan biskut kering or megi pasal kenyataannya, ayah dia hanya bekerja as pemandu bas kilang n mak dia tak berkerja.kasihan mak ayah dia kan?n dia pon beli barang2 branded guna duit ptptn.ade ke patut??pastu cukup bulan call mak ayah suh bank in duit.iskkkk~

moreover, bila cakap tanak jatuh sepatah pon.contohnya kalo orang dok sembang pasal beli keta baru..si jeman pon menyampuk sekali.malah lebih daripada tu..kencang gila kalo bersembang.

"ala...itu baru kete fairlady..aku pon baru je order keta baru..keta ferrari sport full spec..ape barang fair lady..sekali tekan minyak memang tak sempat korang nak kata hai pon."

see???!
kete sorong pon si jeman takde ada hati nak sembang pasal kete ferrari.cita2 tinggi tu bagus.tapi kalo cakap tinggi memang tak bagus.

wallahualam~
sekian, bersambung....

kat kaki ada nota::
just be yourself.biar orang terima kita dengan seadanya.no need to be other person semata-mata nak memenuhi kehendak orang yang kita sayang.:))

Monday, June 06, 2011

++pelakon hebat :part 1++



assalamualaikum~

bagus sekiranya seseorang tu ada self confident yang sangat tinggi.tapiiiiiii, yang jadi tak bagusnya bila terlebih confident sehingga orang lain yang tengok jadi meluat n menyampah.macamana tu???

contohnya, kita dah sedia maklum ngan perangai seseorang tu..sebab kita dah kenal dia since dia tadika.(contoh jela kan..)jika kat rumah..masyaAllah~memang pemalas, baloq liat nak mampusss.nak suh buat keje sikit pon tanak.tapi bila kat luar...perghhh!memang kalah wanita melayu terakhir wa cakap lu.tambah2 bila p umah orang ada anak lelaki ensem kacak bergaya terus jadi rajin secara tetiba.selama ni pinggan mangkuk kat rumah pon jarang diangkat basuh.tapi bila g umah orang lain, boleh plak kutip2 gelas or pinggan orang tu n terus p basuh kat dapur.tuan rumah perhatikan sahaja gelagatnya..kemudia tuan rumah tegur...

"amboi...rajinnya milah...~"

sambil tersipu2 malu (konon) si milah pon jawab..

"eheh...ermm.saya dah biasa buat keje kat rumah makcik..kalo kat rumah, milah lah yang dok kutip pinggan n cawan2 g basuh.alaaa...laipon sikit je ni pinggan gelas ni.."

terus tuan rumah rasa kagum melihat anak dara yang begitu tertib dan sopan plus tersaaannngaaatttt lah rajin.dalam hati tuan rumah tu..

"untungnya dapat menantu macamtu...aman damai rukun tetangga harmoni rumah tangga nanti"

OMG!!
(tangan kat dada mata ke atas)

terus rasa pening2 macam awal2 pregnant.bahahah!
terus rasa kasihan dengan tuan rumah tu sebab tertipu dengan lakonan si milah yang tersangatlah hebat~
kita sebagai kawan yang memang sejak azali tau fe'el si milah tu takkan nak cite benda2 tak elok plak kat tuan rumah tu kan???
contohnya...
"makcik tau tak..si milah tu kan...pemalas gilerrr kalo kat rumah..kat rumah dia mana pernah buat keje..ala..dia berlakon je tu makcik..jangan mudah tertipu taw.."

ewah.berani sangat ke ko nak cakap macamtu???
ahah!memang takla kan..??!!terpaksalah duduk tengok je n telan bulat2 lakonan yang mantopp!huahua.

perangai si milah tu menjadi buah mulut makcik2 yang mengidam nak dapat menantu serajinnya setelah dia pulang ke rumah..padahal...dot...dot...dot..muahaha!

wallahualam~
sekian, bersambung...

thanks for reading this entry..:))

Sunday, June 05, 2011

++kenduri deli++


assalamualaikum~

alhamdulillah..aku n diktam selamat sampai rumah dengan jayanya.a big thanx given to en.buntaq a.k.a azizi sebab sudi tumpangkan kami ke kelantan n hantar balik sampai depan pintu rumah.*susah2 je..:)hikksss!padahal happy~syukur!*
 dalam masa yang sama, sampai skang ni dok risau kat kawan2 yang still on da way nak balik rumah masing2.driving waktu malam ni bahaya..terutama buntaq.dahla sorang2 balik parit buntaq.dia terpaksa patah balik n jalan jauh..terharu plak sebab dia sanggup hantar kami (aku n diktam) balik rumah semata-mata risaukan keselamatan kami kalo naik bus malam2.baiknya dia..dahla jarak rumah aku n dia nak dekat 3 jam..huhu.kesiannya..terima kasih daun keladi.alang2 dah tau rumah, pasni senang nak datang kenduri kawin aku ye.hehehe.insyaAllah~

apa2 pon nak amik kesempatan ni nak ucap selamat pengantin baru buat classmate; deli n isteri.seronok aku tengok dorang..sweet je betul2 kan butang baju.awww~:))
malam kami sampai kat kelantan, deli sanggup tinggalkan isteri dia buat sementara semata-mata nak luangkan masa ngan kawan2 even sekejap.*terharu*
bukan senang nak jumpa kawan2 pas masing2 bawak haluan ke tempat yang berlainan.
seronok sangat dapat borak2 semeja cite perkembangan terkini.

update::
tahniah!welcome to da club ye budi..sebab anda baru bertunang khamis lepas n dijangka berkahwin hujung taun ni.

coming soon:ika bakal bertunang ngan amin bulan depan..insyaAllah..minta2 dipermudahkan segala urusan majlis pertunangan nanti.:))


kat kaki ada nota:

second meeting point, kenduri kat jitra plak.hehehe.


Saturday, May 21, 2011

++outing ngan former classmates++

assalamualaikum~
setelah masing2 membawa haluan diri mengikut tempat posting yang telah ditetapkan, semenjak itu gak kami dah tak pernah jumpa dan keluar sama2 like we are suppose to do few years back.
semalam wakudin call aku..dia cakap boringlah tak buat pape kat sini (ipoh) since first time posted in here.jadinya dia pon ajakla aku n cik amy keluar..cik amy takleh nak join arini sebab dia ada program kat sekolah..at first aku macam berat nak g.takot takde geng.bila dah diberitau keluar ramai2 aku jadi ok sikit..tak jadi hal pon.cumanya aku kena inform kat semua.termasuklah encik tunang n mak abah kat sini.i have to get their permission dulu ok.bukan simply n blah gitu je..itu memang nak kena mintak pelempang namanya.*ambuih.exaggerated sungguh* padahal encik ilebiu tu orang yang lembut n penyayang.oh yeah.errk?olololololo~ ;p
awalnya memang nak tengok cite nur kasih da movie.tapi bila sampai jusco.tengok2 tiket sold out sampai ke malam.kesudahannya kami beli tiket cite pirates of da carribean 5..ok what???abang johnny depp kan ada.haruslah tak mengecewakan i kan.kan.huhik..;p
 --abang johnny depp memang ensem.tapi encik ilebiu saya laaaggiiii ensem.hakhakhak!puih!--
wayang start pukul 3.30.so before masuk cinema, kitorang g shopping n isi perot dulu kat pizza hut.situ je yang tak ramai orang..yang lain penuh dengan manusia!!yelah.takkan penuh ngan kucing plak kan?waddehel..T___T

kitorang order yang set banyak.sebab tau semua ngah lapar n need extra foods to be eaten.rasa macam risau gak takot makanan tak abis.sebab yang ada cuma 4 orang jekk.siap ada side order beb.lantaklah.makanlah puas2.bukannya selalu dapat keluar sama2 macam harini.yang kelakarnya semua makanan yang kitorang order takde berbaki sikit pon.LICIN!!!hebat!makan ramai2 memang dapat menaikkan nafsu serakah terhadap makanan.aku rasa boleh buat record peribadi weh.mana taknya tadi aku boleh habiskan 3 keping pizza kurang dari seploh minit.biasanya kalo 1 pon aku makan nak dekat 10 minit.huahuahuaua!macam orang kebuloq!buruk lantak sungguh.padahal before tu aku dah makan nasi 2 pinggan plus roti telur n sup bebola semangkuk besar.

-muka gembira kat pizza hut-

--nila cikgu wakudin.single n available.berminat?PM me okeh?hehehe--

--first pizza--

--second pizza--

tu tak termasuk lagi bolognese meatballs yang super yummy tuh.tak sempat nak amik gambo.pasai tak sampai 5 minit makanan tu cerah.kahkahkah!

all in all,segalanya menarik harini..cite best!outing best.cuma yang tak bestnya takleh nak bergambar banyak2.bateri kamera encik wakudin abis.sedih..wuu~wuu~.T__T
baru nak feeling2 model.posing2 ayu gitu.awww~paangggggGG!sedar diri mekna.


k lah..tu je nak cite arini.
thanx for reading this entry.babai.take care.
jaga diri hiasi peribadi...:))



Friday, May 20, 2011

++tahniah deli++



assalamualaikum~

sepanjang minggu aku dok fikir macamana nak attend kenduri one of my classmate memandangkan waktu tu ramai benar yang buat kenduri kawin.masa memang betul2 pack.tapi harus diingatkan.nila kenduri yang julung2 kali diadakan oleh budak kelas aku.maknanya deli a.k.a adli zil ikram orang yang first kawin dalam kelas.memang sangat tak disangka2..i thought i wud be da first in da wee day list.;p
 
waq n deli(berbaju biru) time raya kat maktab
 
pagi tadi sempat dok main komen2 ngan cik nuri thru fesbuk.dia dok tanya aku nak g ke tak kenduri deli tuh..mula2 aku jawab tak.pasal aku takot takleh nak bahagi masa time tuh.terlalu banyak kenduri yang kena attend.adoiyai~last2 setelah cik nuri kipas aku banyak2.last2 aku pon cakap kat diri sendiri.*haisyh.takleh jadi neh.budak pempwan g..aku mesti g gak* cuma masalahnya kawan2 pempwan semua dari arah selatan..takkan aku nak turun sana plak kan?tu namanya takde keje mencari keje.muahaha!
tatkala diri sendiri abis bermonolog berseorangan.aku terus capai phone..orang pertama aku call was encik hafiz.umah die je yang paling dekat dengan aku.senang nak tumpang.wahaha.

3 kali call.NO ANSWER.
mood terus bertukar from berkobar2 to kecewa.:(( wuaa!rasa nak nangis..

takpe.cuba lagi.orang kedua yang aku call ialah encik burn..nak tanya dia g dari perak or dari terengganu r dari perlis.recently his parents is at dungun..mana tau dia balik sana dulu then terus g kelantan ke..or dia g perlis then gerak g kelantan ke..heheh.ekkk??first ringing je burn dah angkat.mood bertukar ceria kembali.aku diberitau dia akan gerak dari perak..plus dia nak gerak awal 1hb and kenduri tu 4hb...hurmm.dia ngan adik dia kan photographer.haruslah bersedia awal.takpe2..do ur job first my friend..
 
alaa...nak tumpang sape ni??tanak naik bus!!huhuhu.takot sorang2.
da next call is buntaq...dia pon 50-50 samada nak g kenduri deli ke tak..so.dia akan bagi keputusan before cuti nih.harus bersabar lagi..then.tergerak hati nak call encik hapiz again..alhamdulillah.kali ni dia angkat..tadi dia ada kelas.that is why phone tak berjawab..ooooo..i see.apiz nak g!!yay!!boleh tumpang!!
g ramai2 meriah sikit kete tu..hehehe.
 
akhirnya aku memberi kata putus untuk attend kenduri deli lepas mintak permission dari family aku..syukur~boleh jumpa ngan kawan2 sekelas lagi nanti after beberapa bulan tak jumpa.RINDU sangat!
what am i suppose to buy for da wedding's present??

peti ais?
mesin basuh?
tv?
or set pinggan mangkuk??

hahaha.nantilah fikir..
kawan2..jaga kesihatan ye..nanti leh jumpe..insyaAllah~

thanx for reading this entry.babai!