Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Wednesday, September 24, 2014

++femmemodenhaus++

Assalamualaikum...


setiap kali nak mulakan menulis entri mesti aku akan termenung dulu.kalau ada laser dekat mata aku memang dah tembus dah skrin laptop aku agaknya.hahaha.dasar pengaruh superman!(-___-')
ni semua gara2 anak dara I ols yang buat hal masa hari last kat kampung ritu.langsung tanak direct feeding ngan mama dia..apa2 pon aku tetap takkan berputus asa. aku akan cuba sedaya upaya untuk pujuk hannan untuk kembali menyusu dengan aku seperti biasa.

BUT! harini bukan nak cerita pasal anak aku tanak menyusu..actually nak share dengan kawan2 yang suka kelihatan menarik, cantik dan dalam masa yang sama sopan.ehemm! aku tak terkecuali suka bershopping seperti mana2 kaum hawa yang lain.tapi lately aku tak berkesempatan untuk pergi ke mana2 mall untuk jamu mata, apatah lagi nak try pakaian dan beli. semuanya disebabkan anak2 yang masih kecik..kesian sangat kalau nak bawa depa pi bershopping..satgi depa cepat boring dan terus mengamuk..terpaksalah mama balik sambung layan kerenah anak kat rumah.hailaaa..~gamaknya kena tunggu depa besar baru boleh ajak shopping sesama!hihihihik~ takpalah..harapnya mama haiqal and hannan dapat bersabar.so, bagi penyelesaian kepada masalah yang macam aku alami ni, aku lebih gemar untuk membeli barangan secara atas talian or dalam bahasa omputehnya ONLINE. jimat tenaga,tapi tak jimat duit.KAHKAHKAHKAH!

FYI, aku suka tengok orang yang berniaga dan berjaya dalam bisnes yang dijalankan..salute betul dengan semangat dan determination tu.bukan senang nak buka bisnes and maintain.perlu ada minat dan rajin berusaha baru bisnes akan membuahkan hasil..so kalau ada kawan2 yang baru nak start bisnes, aku bagi sokongan padu kepada mereka untuk terus berjaya.:)

tanak mukadimah panjang aku direct jalah ya..actually aku nak perkenalkan salah satu butik kafe yang baru beroperasi tahun ni iaitu #femmemodenhaus.
nama pon menarik tertarik da bomb kan??aku rasa ramai yang boleh agak apa yang dijual di femmemodenhaus..yes dear!absolutely pelbagai jenis pakaian dan skirt yang cantik2 boleh diperolehi di sana.sebelum ni aku just tengok kawan aku (owner) upload pic dresses, blouses and skirts kat fb or virtual boutique..and now dia dah ada kedai sendiri!!sungguh berasa kagum~ *sambil mengenang pengalaman mengunjungi kedai dia.heheh*
bila tau kawan dah ada kedai terus kaki rasa tergedik-gedik nak pi.hikhikhik.kebetulan kedai dia pon tak jauh dari rumah mak ayah.so apa lagi.aku pon pasang plan awal2, bila balik jitra nanti memang nak pi singgah kedai dia..Alhamduillah..rancangan dipermudahkan dan berjalan lancar.:)

jejak ja kaki masuk kat dalam kedai..mata aku dah tak boleh tengok setempat.habis sekeliling aku tengok..terus adrenaline mengalir laju.shopping time!!!!kat butik tu ada pelbagai jenis dress, skirts dan blouse cantik2..shawl, tudung dan accessories pon ada~bak kata pakteh all in 1..macam2 ada!hehehe. for ur information, this boutique masih belum dibuka secara rasmi.still dalam proses untuk memenuhkan ruangan and i was informed that they will launch the grand opening somewhere in October.:)
tadi aku dah mention, itu nak, ini nak.semua nak!kalau ikut nafsu kang tak pasal2 kopak aku di hujung bulan nanti.-_____-

jom layan pics sepanjang berada di butik kafe femmemodenhaus.. 

cik patung yang setia menanti kedatangan pengunjung butik..hikhikhihik.
in the pic:the dummy model is wearing tutu long skirt and sequin blouse.

antara sudut yang ada di butik..baju kurung moden and jubah dress..

kalau nak shopping berjam-jam kat sini pon takda hal sebab ruangan untuk menunggu sambil bersantai turut disediakan..:)

there are few  branded shoes for sale! let's grab a pair!:D

 antara barangan kecantikan yang terdapat di femmemodenhaus..FYI, di sini turut terdapat CCO and TCS yang quite phenomenal di pasaran skang..she's one of the agents too~

fewwittt...awek cun mana ni??sekali tengok tak macam dah kawin kan???bergaya sungguh.sesuai dengan title pemilik butik kafe..:D 
nilah owner butik kafe femmemodenhaus...will reveal her sikit sikit..hehehehe.saja bikin saspen!kuikuikui;p


antara blouses and cardigans yang terdapat di butik..
I bought a dark blue blouse and a sequin chiffon cardigan for myself..

 tadaa~!!presenting u the owner of femmemodenhaus!cik jijah..a.k.a azizah.:)
I know..korang nak cakap dia cun kan??memang tak dapat disangkal lagi.hakhakhakhak..
she matched the lacy blouse with pink long tutu skirt.

this dress is so fine~jijah with electric blue sequin dress..as u can see in this pic, there are various colours of modern kurung and maxi dress..tinggal nak pilih dan beli mana yang berkenan ja.:)

le skirts..sangat gorgeous dan meletop!boleh fefeeling ayu jelita gitteww pas pakai floral pattern long skirt nih..hehehee.

pic mekna u ols haruslah ada dalam rentetan cerita ni kan.. FYI, this baby boy is not her first child..she is a mother of 4 children..unbelievable! nak tau tips macamana nak maintain macam dia..pi tanya dia sendiri.hikhikhik.
pssst~im wearing instant shawl by sarung anggun.also available in her boutique.

danial and mama jijah..dua2 pon comellsss!see?I told u, she doesn't look like having 4 children at all..I'm so adored!

sedar tak sedar haritu ja aku beli sepasang blouse, sequin chiffon cardigan, lacy skirt dan shawl instant by sarung anggun..

haaa...masa isnin ritu dari tudung sampai ke skirt hasil belian aku dari butik femmemodenhaus..
sangat berpuas hati dan in shaa Allah akan pergi mengunjungi butik tu lagi..

close up pic...sangat suka dengan baju ni..simple, selesa dan tak panas langsung material dia..sayang tak ambik pic skirt skali..cheq malu nak ambik pic sorang2..huhuhuhu.

thats all for today.lama betul aku peram entri ni sebab lambat betoi nak upload pic..internet macam siput.haisyh..
apa2 pon thanks to azizah a.k.a jijah ;p atas layanan yang mesra..so kalau kawan2 nak dapatkan maklumat lanjut atau rasa na membeli secara online boleh klik kat link fb #femmemodenhaus
selamat menjamu mata~

p/s:
skang depa tengah buat sale..p serbu cepat!!


mermaid skirt

sequin modern kurung


maxi dress..


2 pieces cardigans.


serius skirt ni sangat cantikkk~*in love*


ada banyak lagi.rajin2 lah g jenguk ye.:)



Friday, January 10, 2014

++tips kecantikan:product review++

assalamualaikum..
--perhatian!ini bukanlah iklan berbayar..sekadar perkongsian apa yang dirasakan terbaik--

rata2 kat fb, instagram or mana2 social website semua sibuk dok promote produk memasing untuk dijual..semuanya berlumba nak putih, gebu n kurus dengan cepat wihout knowing that barangan2 tersebut mungkin mempunyai kesan sampingan..hurmm..memang takut sangat nak cuba kecuali ada kelulusan KPM.
kadang2 aku naik rimas jugak bila orang asik dok tag fb aku untuk promote barangan depa..penuh timeline aku!
apa2 pun minta kawan2 semua berhati-hati dalam memilih barangan kesihatan dan kecantikan..kalau boleh baca dulu descriptions yang diberi sampai khatam dan yang paling penting ada kelulusan KPM!

harini akak korang nak share produk yang berjaya menambat hati ku..memang jatuh cinta habis!hikhikhikhik.:D

dan produk tersebut adalah..

jeng..jeng...jengg...*drumroll*

MISTINE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

sekali borong barang2 mistine memang banyak sebab semua best!dan untuk pengetahuan semua mistine merupakan produk daripada korea yang menawarkan barangan dengan harga yang pasti membuatkan semua tersenyum puas!:)

actually aku mula guna produk mistine 2 tahun lepas masa mula2 diperkenalkan oleh one of my former schoolmates..cik wan rohani a.k.a wan mistine. kulit muka aku memang bermasalah untuk disesuaikan dengan mana2 foundation or bb cream..each time aku guna foundation or bb cream mesti akan naik jerawat besar dua tiga ketul lepas tu..memang upset sangat setiap kali tengok cermin..sampailah aku tergerak hati untuk cuba bb cream from mistine.ni semua gara2 cikwan dok promote kat fb dia..hahahaha!terus termakan promote dan beli.hasilnya?alhamdulillah!terbaik!

ni adalah produk pertama aku pakai dari mistine which was BB GOLD..tekstur memang ringan.bila pakai kat kulit, krim ni senang sangat disapukan dan senang rata.the best part is kalau tak pakai bedak pon kulit nampak cantik especially time berpeluh..

and then mistine upgrade product dia dan kotak pon dah bertukar jadi warna pink. kali ni extra perlindungan dan coverage.kadang2 aku pakai bb cream ni without applying any powders on my skin but still nampak radiance and natural.love.love.



dan!!!yang paling baru adalah bb baby face cream..yang ni lagi superb..seolah2 kita tak pakai bedak or krim kat muka..so natural..suami pon selalu tegur, sayang tak make up pon nampak cantik..padahal dia taktau kalau bini dia nak keluar mesti pakai benda alah ni.hikhikhikhikhik..hebakkk~!sampaikan suami tak prasan yang aku pakai something kat muka..punyalah nampak semulajadi kan..:))

and currently im using these two , which are
bedak tu pon syok..sekata dan tak bertampuk2 macam tepung gomak.

lepas try bb cream, aku beranikan diri untuk cuba barangan dia yang lain such as celak mata, lipstick, blusher dll..sabar ye kawan2.let me review one by one..hey ho!

aku memang suka pakai eyeliner.rasa lebih confident bila keluar rumah dengan eye liner..before this aku pakai celak clarins.harga toksah cite lah berganda-ganda mahal dari mistine.then untuk berjimat aku pakai silky girl gel eyeliner.but asal cuci muka ja mata jadi macam beruang panda.sekali tu aku nampak kawan aku post item baru daripada mistine..apa lagi.terus rebut peluang untuk mencuba eye liner ni..2 in 1 okeh!
jenis liquid dia memang akan tanggal sekeping-keping masa kita nak cuci muka.say NO to PANDA EYES~


selain dari 2 in 1 stardust tu, aku pon beli yang jenis macam marker pen (sila rujuk no 2 dari atas) .sangat senang guna macam pen je.

4 items yang ada dalam gambar kat atas tu aku cuma tak guna mascara because I don't really like to wear mascara..trauma..pernah termasuk mata okeh.pedihnya hanya Allah je tau..since tu, tak pakai maskara dah.hehe.

selain daripada tu, aku turut menggunakan celak kening mistine yakni proshape..


tak payah susah nak keluarkan duit beli jenama mahal..within small budget u can still get this gorgeous eyebrow.

mak encik tengah berusaha pakai celak kening during the make up party haritu..kihkihkihkih!

tak lengkap rasanya kalau make up without applying any lipsticks on ur lips bukan?
nah!mistine offers various colours mengikut kesukaan masing2.:)

nilah tokey misz wan shoppe yang comel:)see?banyak kaler lipstick yang cantik2..

saat diriku menenyeh lipstick kat bibiaq~

produk mistine bukan terhad kepada make up semata-mata..skin care pon ada..


seminggu 3 kali mak encik akan pakai mask ni..bila u peel off, kulit muka rasa firm dan bersih je..
i lobve this teloq so much..kikikikkiki..;p

happy dapat borong mistine.yippee~
abaikan gambaq I sebelah kiri tu..mata sepet sebelah macam kena gigit semut plak.hahaha!

so, la ni nak p mana2 rasa lebih yakin dengan diri sendiri..

masa berkursus di langkawi hujung november aritu..:)

g dubai pon bawak mistine kesayangan..even cuaca kering kat sana but kulit still ok..alhamdulillah...:)

jadinya sebarang info lanjut korang boleh g jenguk sendiri barangan mistine di link yang tertera di bawah

harap2 nya review kali ni dapat membantu kawan2 yang sedang mencari produk yang sesuai dengan kulit sendiri..
babai~

Tuesday, August 16, 2011

++gila butang++


assalamualaikum~

semenjak dua menjak ni kegilaan ku terhadap butang/pin/brooch sangat menjadi-jadi.
semalam masa baru sampai dari jitra, singgah GIANT.then nampak booth orang jual keronsang.terus rasa gatal tapak tangan nak beli.

then, harini seorang cikgu sekolah aku bawak macam2 jenis brooch yang cantik2 pada harga yang sangat murah.then BELI LAGI....T__T
nak tengok hasil tangkapan aku harini?

jom review~
wahahaha!!sangat suka!

sampai terfikir bila masa nak pakai semua benda kat atas nih?
yang sebelum2 ni pon ada yang tak terpakai lagi.

isk.nilah perempuan.pantang nampak!mesti nak beli aje...heeee~:D
jadinya encik ilebiu please take note about my craziness of buying brooches.

hahaha.k lah.nak siapkan lesson plan untuk esok plak.take care semua.

salam ramadhan yang ke-16.
babai~


thanx for reading this entry...:))

Saturday, February 06, 2010

++TUDUNG OH TUDUNG...++

tudung oh tudung...
bru beberapa minit lepas si so n kak anis datang umah bwak tudung n shawl yg cantik2..sape yg berminat bole la kontek aku..aku juz tolong jual bg pihak so jek..hehe..
b4 ni aku x barapa minat sgt beli tudung..tp sejak praktikum ni rasa nk bgaya mcm cikgu2 lain2 meluap2..asalkan tak lebih gaya dahla kan..hehehe..lecturer aku da pesan jgn over sgt 'jangok'
'jangok' = melaram/melawa
nnti potong markah...
apakah makna semua ini ha labu..(*___*)

sambil2 jamu mata smpat gak aku men ngan facebook..adei..smpai ke sudahla aku x wat lesson plan aku..huhuh..ape nk jadik neh..isk..
masa dorang dtg aku juz jamu dorang milo 'o' n biskut jek..sungguh tak patut kn?
tp nk wat mcmana ada itu je kt umah ni..lgpon aku x kuar g mana pon satu ari ni..
kwn2 len ade gak y kua 2,3 kali..
yg aku mkn arini pon juz bihun goreng yg aku masak pg td 4 breakfast..
emph..eku pon xtau nape sejak2 skank rasa mcm mls sgt nk kua..
kalo org ajak pon mcm liat sgt nk g..huhu..
aku lg rasa selsesa kt umah..wat ape yg patut mcm kemas2 ke..masak or basuh baju..
hurm..beza sgt ngan aku yg dlu..
kalo dulu nk nmpak btg hidung dalam sehari pon susah..
ini menunjukkan aku ada peningkatan...in other meaning aku dan makin matured...hohoho(puji diri sendirik)
yela...sape lg nk puji kn..

***************************
mlm da getting late..
tp mata still x nantok ag..yela..da dpt tenet mana nk nengok jam dah.sengal...
sedar2 dah nk dekat matahari terbit..(ya Allah..teruknya cikgu nih)
b4 ni aku susah sgt nk update blog aku sbb line kt cni x brape nk bagus..
so after cuba mcm2 line..rasanya maxis broadband la da best..
then aku ngan beberapa housemates aku pakat2 beli broadband maxis..
smpaila skank aku guna mende alah ni..
xtually hobi aku baca blog org bila ada masa free..aku suka ngan lifestories yg best..

*****************************
skali tengok da mcm office da umah sewe aku..
mana xnya..masing2 tercongok kt depan laptop surfing tenet..isk2..
takpe, esok kita pakat wat lesson plan sama2 ek..
mujo la ari ahad ni aku ada satu kelas je..tu pon bahasa melayu di sebabkan ahad ni ada perhimpunan mingguan sekolah..so rilex skit nk wat RPH..
tp rilex x smestinya keje cincai..keje kne bagus..kalo x mcmana nk dpt mrkah bagus..tol x?