Assalamualaikum..
lama betul tak bercoret apa2 kat blog usang ni..bila buka tadi pon masih ada lagi yang sudi komen kat entri2 sebelum ni.sedar tak sedar hari persekolahan dah nak habis minggu pertama.huhu.betapa cepat masa berlalu,dan harini jugak baru prasan yang tinggi anak teruna ceq dah nak sama paras pinggang mama..-____-
secara tak langsung ia menunjukkan I'm growing old lagi setahun.huaaa~tsssk! wondering how Encik suami masih lagi nampak awal 20-an..faktor genetik plus hati bersih mungkin!??kikikiki.but serius kalau dari jauh aku nampak dia pimpin tangan haiqal macam abang adik okeh.hahaha!sampaikan ada sekali tu aney kedai mamak siap tanya dia macamni..'adik ka....???' *krik..krik..krik...*
a'ah..adik lah sangat kan..adik ada dua orang tu..laki pempuan.;p
*******************
tahun ni bermula dengan semangat dan feel yang sangat berbeza dari tahun2 sebelum ni.aku harap tahun ni aku dapat buat yang terbaik untuk sekolah dan anak2 didik.in shaa Allah.selain tu, apa yang dapat aku rasakan, aku semakin matang dalam menghadapi sesuatu perkara dan lebih peka terhadap orang2 sekeliling terutamanya dari segi percakapan.kerana mulut badan boleh binasa. I've learnt a lot since the first day working as a teacher til today..you cannot please everybody to like you and accept you for who you are, but you can give your best in everything you do to show who you really are..;)
*********************
aku masih lagi memegang jawatan sebagai guru bahasa inggeris dan guru kelas tahun 2..seronok budak2 kelas aku knowing that their teacher is still their class teacher for 2015..hehehe. cuma bilangan bertambah sedikit berbanding dulu.ada hikmahnya la tu kan..lebih sedikit jumlah murid lebih senang fokus kat permasalahan depa.maklumlah murid2 with low ability need extra care and attention. depa ni macam diamond tau..kalau betul cara asuhannya tak mustahil depa boleh jadi lebih berjaya daripada orang lain satu hari nanti.I do pray hard for them and tak pernah sekali kali aku pandang rendah keupayaan mereka.love them so much. cuma nakal sikit tu adatlah bagi budak2 kan.:D
selain tu title ibu kepada dua orang anak tersandang sejak tahun lepas lagi.now hannan is getting smarter while abang haiqal is getting clingy..huhuhuhuh.kadang2 bila dua2 buat perangai serentak dan nangis kuat2 aku pon rasa nak menangis sama.hahaha!sometimes benda yang buat depa menangis tersangatlah ridiculous! sebagai contoh, bancuh susu untuk haiqal, then letak straw siap2 dalam botol susu.itu pon boleh buat dia mengamuk tau.sebabnya dia nak ambik straw sendiri dari dalam laci dan letak sendiri dalam botol.(FYI, HAIQAL MEMANG JENIS MINUM SUSU GUNA STRAW SEJAK UMUR SETAHUN) di kebanyakan masa aku menguruskan rumah dan anak2 sendiri..suami makin sibuk lately..ditambah pula dengan new hobby (cycling) so aktiviti semakin bertambah..;( I can't complaint sebab itu hak dia..mungkin tu ja cara dia untuk melepaskan tekanan selepas penat bekerja..who knows?? seeing him happy makes me feel ok. cumanya tulah,ada satu perasaan terbuku di hati tapi tak terungkapkan.(wah!dah macam ayat novel ja).simpan sendiri dalam hati..mengadu dengan DIA saja..hmmmm..
******************************
besides, tahun ni aku dan suami ada target yakni nak kumpul duit sebanyak mungkin dan nak hantar ayah mengerjakan haji seperti mana yang diidamkan oleh ayah sejak dulu..ayah ngan mak bukannya orang yang senang. meniaga kecil-kecilan ja..kalau tak berniaga memang income 0. so ayah memang takda simpanan dan akaun tabung haji langsung sebelum ni..memang dah jadi tanggungjawab aku sebagai anak dan suami sebagai menantu untuk bantu ayah capai cita2 dia pada umur yang dikira agak lewat untuk daftar haji. sedih bile mengenangkan nasib ayah dan mak.semoga Allah permudahkan urusan kami untuk bantu ayah jejak kaki ke tanah suci..aminn..! jadinya aku dah bertekad untuk tidak boros @ membazir..
apa2 pon cabaran yang bakal mendatang, aku harap Allah beri aku kekuatan dan kemudahan semoga segala apa yang dilakukan jadi menjadi senang. doakan aku ya kawan2..:)