assalamualaikum~
hye korang semua..ape kabar..
ceh.tanya orang.tapi diri sendiri tak berapa khabar baik..huhuhu.
buat pengetahuan semua harini aku baru je selesai interview untuk sah jawatan DG41.harap2 semuanya ok lepas banyak dugaan yang aku kena tempuh sebelum ditemuduga.
persiapan temuduga aku agak kelam kabut berbanding orang lain.
aku dapat surat SPP pagi hari khamis lepas.dahlah hari rabu tu baru balik dari kursus.
kelam kabut aku hari tu.sebab masa tu sijil2 ada lagi yang tak lengkap especially sijil SPM.FYI.aku dah buat permohonan untuk mendapatkan salinan sijil kat lembaga peperiksaan dah nak dekat sebulan since aku sedar aku takde benda tu.huhuhu.biasanya kalo sijil hilang.paling lambat, korang akan dapat balik salinan tu dalam masa 2 minggu.itu yang paling lama.tapi kalo cepat.dalam masa seminggu dah dapat.tapi aku pelik kenapa sijil aku tak sampai2 lagi..itu yang membuatkan aku gusar dan risau.bukan ape.nak hadir interview ni agak cerewet.sape yang takde salinan asal kena penalti.silap2 haribulan tahun depan baru ko kena panggil temuduga semula.rugi wohhh!
nak tanak, aku call kat bahagian lembaga peperiksaan.aku tanya pasal sijil aku..
"akak, kalo nak cepat, akak datang sini terus..."
aku pegang cakap budak yang jawab call tu.masa dah tak banyak.lagipon sabtu ahad dah cuti..jumaat plak macam dah suntuk sangat.terus aku call abah n cik amy..ajak g putrajaya tengahari tu jugak.disebabkan abah ada keje..jadinya kami pergi berdua..dis is our first time travel ke kl sendiri tanpa mak abah..nak pergi amik sijil je pon.then terus balik.
on da way ke putrajaya, bukan main seronok lagi kami berdua.rasa macam orang dah besar(err...memang dah besar pon) eksaited sangat pasal tak pernah g sana sendiri.rasa terrel bila tau jalan2.nasib baik jalan2 kat sana aku tau.so.takde masalah pon.cik amy drive..aku jadi pemandu arah.alhamdulillah..kami sampai ke parcel e kompleks kerajaan, putrajaya dalam masa yang tepat..risau gak tak sempat sampai sebelum waktu pejabat tutup.huhuhuhu.dalam masa setengah jam.sijil aku dah siap n boleh diambil..syukur~maknanya settle hal spp.boleh balik ngan tenang..yippeee!!bersorak kegirangan.
waktu nak balik tu..kami sempat singgah kat hospital (dewan bersalin) sebab nak jumpa dengan encik ilebiu even dia ngah sibuk ngan orang yang nak beranak.sambil menunggu encik ilebiu keluar, sambil2 tu dok bilang orang mengandung yang dah nak terberanak masuk dewan bersalin sorang demi sornag.hahaha.macam tu rupanya orang nak beranak.T__T'
dapat jumpa dengan encik ilebiu pon sekejap je..10 minit.sebab his patients need him..fine.amiklah.tanak berebut.hukkss..;(
lebih kurang pukul 5 lebih kami keluar dari putrajaya..n heading straight away to shah alam..nak singgah tesco n makan kat situ..malas nak masuk kl ke ape ke.leceh arr..
tesco shah alam tu senang nak g.dekat ngan highway.(tujuan nak jumpa ngan aunty.KONON!)
lepas singgah makan sempat sambar baju kurung cotton kat situ.murah gilerr weyh.dahla comel!rugi kalo tak beli.kalo kat ipoh tak dapat harga yang aku beli tuh.tergelak-gelak kami sebab dah menyimpang dari tujuan asal.rasa bangga dapat jalan sendiri macam orang yang dah expert jalan2 selangor n KL.
sepanjang dalam kereta asik dok gelak2 je.satu, happy sal dapat sijil..second, dapat dua pasang baju cotton yang comel2...huhu.tapi betul la cakap orang tua2..seronok tu jangan over sangat even berbuih mulut baca doa naik kenderaan n keselamatan diri.odw balik ikot nkve highway heading directly to ipoh jalan sangat2 jam..time orang balik keje n semua berasak-asak nak balik rumah kejar maghrib. kami pon nak berkejar balik nak buat preparation untuk mengajar esok harinya.
masa tu aku ngan cik amy masing2 dah penat...(aku yang drive.sebab cik amy dah flat n needs rest) dahla baru balik dari kursus.tak sempat nak rehat terus shoot ke putrajaya.
kami plan nak singgah r&r untuk solat tapi hajat tak kesampaian.sebab lepas 10 minit azan, tetiba...BUMMMM!!!!!!!!!!!
ya Allah...macam tak percaya yang aku baru je terlanggar bontot kereta orang dalam keadaan jalan sesak tuh.huhuh.
cepat2 aku ubah kereta ke tepi jalan n get ready to make a bog appologize to da car's owner.for the very first time aku accident lepas memandu selama 8 tahun.ce korang bayangkan perasaan aku time tu.memang cuak gile babeng ah..kecut perot semua ada.
uncle kereta depan yang aku sodok tu turun.mula2 gaya macam nak marah.tapi tengok muka aku ngan cik amy, tetiba dia plak yang tenangkan kami n siap suh kami relax..huuhuhu.dalam keadaan cemtu, sape yang boleh relax beb.dah buat salah harus minta maaf.dahla langgar orang.dalam kepala otak aku dah tebayang macam2.muka mak abah...mak ayah kat kedah..encik tunang n da most important things my SPP interview.
lagi parah, aku kesiankan amy..dahlah kereta tu baru je dia cat masa dia g umrah..memang rasa bersalah sangat2..aku akui memang salah aku.cuai!!!
-keadaan si putih selepas kemalangan.call man ni menyibuk je.sampai aku ngan cik amy takot..dahla sekali datang nak dekat 7 orang.haisyh.naya kami kalo depa buat apa2.--
--masa buat report kat IPD shah alam..tengok tangan cik amy kat mana..dia tersangatla bertenang--
at the same time, aku call encik ilebiu..kesian dia.risaukan aku..dahlah masa tu dia ngah busy ngan patient yang agak ramai.dia siap call mak dia..bitau pasal ni n his mum offered us to stay for a night at their resident..but fortunately, abah cakap dia nak datang amik kitorang.so we just have to wait till they came in to fetch us.
aku marah sangat ngan diri sendiri..kalo tak disebabkan sijil spm tuh.semua tu takkan jadi.
berulang kali aku minta maaf ngan amy n mak abah..tapi dorang sangat memahami.semua tak salahkan aku sebab benda dah nak terjadi nak elak macamana pon tetap akan terjadi..hurmmm..pape pon aku bersyukur sebab dua2 selamat..dahla accident kat kl..
fikir nak buat report lagi..kebetulan ada polis berhenti kat kami..dia cakap..
"kamu patut bersyukur sebab area ni biasanya kemalangan maut...bawak kete ke depan sikit..risau plak saya tengok"
ya Allah..bersyukurnya kami berdua takde ape2 yang luka.mau patah riuk jenuh aku bersanding esok pakai tongkat n berbalut2 bagai.kami buat report kat IPD shah alam.n settle lebih kurang pukul 12 tengah malam.n malam tu jugak mak abah datang jemput kami lepas kereta di tow ke workshop area subang jaya.tak lupa juga ada yang berpesan..aku ni darah manis.dalam tempoh beberapa hari lagi nak kawin sepatutnya aku lebih berhati-hati.wallahualam~
f i cud turn back time..this things wudnt be happen..but i dont have any powers to stop all da things from being happened.all i do just pray hard n hoping for the best.SIGH~
kat kaki ada nota::so, to all my friends out there please be more careful while u're driving..