Thursday, December 26, 2013

++tdeparture moment++

assalamualaikum...

agak lama menyepi dari berblogging since I was off to Dubai with my beloved small family.
Alhamdulillah, percutian ke sana sangat menyeronokkan even encik suami kehilangan suara and batuk2..overall we really had fun time.:)

dah lama aku tak keluar negara...paling jauh aku pernah pergi pon brunei je kot.tu pon sebab ayah keje kat sana.then perjalanan tak mengambil masa yang lama pon.so this time pengalaman naik flight agak berbeza kerana it took about 7 hours to reach there. fewh...agak adventurous gak memandangkan ada bersama aku adalah si kecik yang semakin banyak akal..huhuhuhu.
here's the story of FROM DUBAI WITH LOVE..<3 p="">

take off:
aku terpaksa minta permission balik awal daripada pegawai yang bertugas untuk kursus induksi.alhamdulillah.dorang izinkan. on the 28th nov morning, I left the hotel with the provided transport straight to the jetty just to catch the earliest ferry..sampai je jeti kuala perlis ayah dah tunggu dan kami tak buang masa dan terus balik rumah (jitra).rindu yang teramat dekat anak tersayang muhammad haiqal.mak cakap sepanjang seminggu aku berkursus dia behave je..that's my boy.:)
agak penat after 5 days attending course then u have to pack ur stuffs and get ready for the next trip..at first, I wanted to go back to ipoh right after maghrib.but my body couldnt take it anymore..so I need to rest and planned to go back in the next morning..flight ke dubai pukul 7.30pm..and we need to be in KLIA 2 hours before departing. barang2 nak ke dubai satu apa pon tak kemas lagi...hubby cakap takyah pening2 bawak banyak baju.sebab we were going to stay in our parent's house.boleh basuh baju without any problems. sampai je kat rumah ipoh around 11am. so roughly ada lebih kurang 2 jam paling lama untuk kemas barang..gila laah!memang terkejar-kejar.nasib baik haiqal tak banyak ragam..tokma ngan tokwan handle dia.jadi kami bole pack baju dengan aman..lepas siap pack, lebih kurang ada 3 bag..1 bag besar, 1 backpack, and satu cabin bag.memang tak banyak... lepas packing barang, suami paksa buat check up and scan baby kat klinik swasta..sebab dia risau keadaan mummy and baby sebelum berlepas naik flight..ololololo~aku ikutkan je..tapi terpaksa tunggu lama untuk sampai turn kami..itu yang masa habis kat situ je..hurmm.lunch apa pon dak lagi..haiyoo..
dalam pukul 2 kami terus gerak ke shah alam and hubby called adik dia untuk stand by hantar kami ke KLIA. nasib baik sempat sampai on time.jalan smooth and takde jam apa.
ngam2 pukul 5 sampai airport..Alhamdulillah...terus check in, solat and makan!lapaq sangat..huhuhuhu.
jalan punya laju sampai terlupa, eh.aku mengandung kan?hahahahaha!

dalam pukul 7.30 pm waktu malaysia, kami berlepas ke dubai menaiki emirates airbus380.:)
nak tau what happened in the plane?
to be continued...

the apartment that we had been staying for 3 weeks.:)

Tuesday, November 26, 2013

++cabaran datang berkursus++

assalamualaikum..

while others are talking to their spouse and kids through phone, I just do nothing.just looking at the laptop with empty feeling.what am I gonna do..? 
my son has slept already with his tokma and tokwan..tonight is the second night he sleeps with my parents..mama is away and ayah also not around..pity son..hopefully he's doing fine in jitra..:((

kalau nak dibandingkan dengan orang lain, ada orang yang lagi teruk keadaanya daripada aku.sakit merindu adalah perkara biasa bagi seorang ibu yang bekerja.bukan aku sorang je yang berkursus dan berjauhan dengan anak tapi ramai lagi yang terpaksa meninggalkan anak kecik demi kursus ni. yang paling membuatkan aku rasa semakin bersemangat bila ada ibu2 muda yang masih dalam pantang (hari ke-27 dia dah datang sini)..sorang2 datang naik bas daripada kelantan dengan luggage yang agak banyak..beg pakaian, laptop, bekas untuk simpan susu dll. cekal sangat adik tu..have to call her adik because she's just 25.
 bila dah buat kursus kat pulau mesti la kena datang sini naik bot/feri..cer korang bayangkan adik tu kena bawak beg banyak2..heret sampai ke jeti..pastu nak naik feri bukan senang..ada kena panjat turun tangga..ya Allah..semoga Allah permudahkan urusan dia..

selain itu, ada yang datang berkursus dalam keadaan anak warded kat spital..macam2 lagi lah yang aku perhatikan sepanjang nak berkursus di langkawi.jadinya aku rasa tak patut aku merungut..sepatutnya aku redha je kerana kursus ni pon melibatkan masa depan..

ok lah.esok nak kena bangun awal..another 3 days more to go..
chaiyok!!mama husna and baby boleh!

doakan kesihatan kami ye di sini..semoga dapat menyempurnakan kursus dengan jayanya..

nite all..
selamat malam kesayangan mama..
good night my dearest hubby.love u both.

Thursday, November 21, 2013

++rushing++

assalamualaikum..

sekejapnya masa berlalu.harini dah masuk hari khamis..tinggal beberapa ari je lagi aku nak pegi kursus selama seminggu..ya Allah..boleh ke berjauhan dengan anak ni??tak pernah berenggang langsung dengan dia selama ni..hurmm.tapi kalau nak difikirkan, aku tinggalkan anak bukan dengan sapa2 pon.dengan mak ayah sendiri.insyaAllah haiqal berada dalam jagaan terbaik..
be good ye sayang..jangan nakal2.

setakat harini aku tengok haiqal macam takda masalah kalau kena tinggal duduk ngan tokma.elok je dia.cuma merap and mengada-ngada tu adalah juga sekali dua..heheh.biasalah..ada orang back up kuat kat kampung..kalau dok rumah aku dok berdua je ngan dia..kalau aku buat keje pon dia mesti main sorang.so takde masa nak layan mengada-ngada dia tuh.buahaha!kalau nak nangis pon mesti dia rasa rugi air mata pasal mama dia memang malas bab2 pujuk memujuk nih.;p

kursus start ari isnin ni sampai jumaat..habis2 je kursus terus kena bertolak ke kl sebab right after kursus tu aku akan bertolak ke dubai selama 3 minggu..doakan perjalanan kami ye kawan2..
semoga selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air.aminnn...

gambar diambil masa jamuan pengawas sekolah haritu..:)

oklah kawan2..nak g melayan anak I dulu..
baru tadi je dia terlentang main kereta kayuh sebab sibuk dok up macam orang up motor tu..hahahah!
lasak sungguh.
selamat bercuti semua~
manfaatkan cuti anda dengan sebaik mungkin..

Wednesday, November 20, 2013

++ajal datang tidak diduga++

assalamualaikum..

masih lagi diselubungi kesedihan atas pemergian suami kepada sahabat baik di sekolah..saat aku dimaklumkan oleh isteri arwah, seakan tidak percaya apa yang telah didengar. arwah meninggalkan seorang balu dan 6 orang anak yang masih lagi bersekolah.allahurabbi...:(

kak suhayani, if u are happen to read this..

Allah sangat sayangkan suami akak.sebab tu dia jemput suami akak menemuiNya lebih awal...sepanjang kita kenal tak pernah sekalipon saya dengar akak merungut pasal suami akak...segala apa yang disampaikan dari mulut akak mengenai arwah semuanya yang baik-baik dan indah belaka..jelas menunjukkan yang arwah merupakan suami yang terbaik untuk akak, ayah yang sangat penyayang dan anak yang baik memandangkan arwah sangat bertanggungjawab menjaga kebajikan ibunya..
sebagai seorang sahabat, saya melihat akak sebagai seorang isteri, ibu dan anak yang baik..maka sesuailah dengan istilah saling melengkapi.."suami yang baik adalah untuk isteri yang baik"
dikala Allah menguji mu dengan ujian yang paling berat, maka ingatlah wahai sahabatku ..Allah takkan menurunkan ujian kepada hambaNya melainkan hambaNya itu mampu..
tidak dapat dibayangkan sekiranya saya yang berada di tempat itu..tabahkah saya seperti mu wahai kakakku??mampukah saya menempuh ujian sebesar ini??
*tears*

moga arwah cikgu ghazali ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
ya Allah ya tuhanku..Kau permudahkanlah segala urusan sahabatku dalam membesarkan anak2nya seorang diri..keluarkanlah segala rezeki dari langit dan bumi untuk mereka sekeluarga..
kuatkanlah semangat sahabatku dan setiap anaknya untuk menempuh cabaran2 yang bakal mendatang..
amin ya rabbal alamin..~


Sunday, November 17, 2013

++terpaksa berjauhan dengan anak++

assalamualaikum...


banyak perkara yang perlu disiapkan sebelum berangkat ke kedah esok.thanks to my coolest daddy on earth sebab sanggup datang dan ambil anak cucu balik.:)
terpaksa balik sendiri meninggalkan suami kerana cuti kali ni aku terpaksa pergi ke langkawi dan berkursus selama 6 hari.
persoalannya, mampukah aku tinggal anak duduk dengan mak ayah nanti?
tak pernah berjauhan dengan anak teruna tu.huhuhuhu.:(
tak dapat bayangkan nanti macamana.hopefully segalanya berjalan dengan lancar.aminn~

to muhammad haiqal kesayangan mama, please behave at ur very best..jaga tokma n tokwan elok2.
jangan nakal2. nanti mama balik bawa balik coklat banyak2 k.:)
love u sweet heart.


Monday, November 11, 2013

++jenjalan yok!++

assalamualaikum..

sejak dari berkahwin sampailah anak nak masuk dua orang, aku tak pernah rasa nak pergi jenjalan makan angin or g honeymoon.so, bersempena dengan cuti sekolah penggal kedua tahun ni my husband plans to bring us one family to Dubai..
rasa teruja dan dalam masa yang sama terharu pon ye gak sebab tak pernah g sejauh itu.luar negara yang aku pernah jejak kaki hanya brunei dan thailand.lain dari tu memang tak pernah..
actually plan ni pon asalnya dari keluarga mertua gak.sebab kebetulan ayah mertua keje kat sana dan mak mertua duduk sekali.inilah peluang kami untuk jengok negara orang sementara ibu ayah masih ada kat sana.
dari segi penginapan dan pengangkutan dah save cost.:)

so, insyaAllah by the end of this Nov kami akan berangkat ke sana satu family.
hopefully muhammad haiqal akan behave dan beradab sopan sepanjang perjalanan nanti.7jam tuu...
mau kena sedate sikit bagi dia tido sepanjang jalan.hehehe.tengoklah macamana.
kena ikut khidmat nasihat doktor juga..

oklah.nak goreng keropok lekor tengganu dulu.
babai.
take care kawan2.
salam..



Wednesday, October 30, 2013

++apa ntah++


assalamualaikum...

sedar tak sedar kandungan dah mencecah 9 minggu..alhamdulillah.
semoga Allah memelihara kesihatan ibu dan anak.

lama tak update blog.asal balik rumah mesti lembik macam sotong..huhu.
asik muntah je.
kalau nak makan pon kena makan siap2 kat luar before sampai rumah.
apa kena ntah dengan aku.bila kat rumah mesti selera makan terbantut.
berat makin turun..hurmm..need to do something to gain some strength..kalau tak kesian baby dalam tummy.

doakan aku ye kawan2.
bai~


Sunday, October 13, 2013

++second pregnancy++

Asslamualaikum.

Just a quick update for today..as for ya'll know,im pregnant for a second child.
Very grateful to have this precious gift.alhamdulillah..:)

Therefore, the challenges are quite different.i mean,during the first pregnancy,i didnt have morning sickness at all..i was quite energetic, active and strong like non preggy lady.but this time, i frequently vomit..:(
I even cant eat like i used to. How sad..uhukuhuk.

Dizziness all the time is like my best friend now. When im at home, i would lye down on the couch for hours.i feel so weak like seriously.
I asked my husband to prescribe the best suppliment for this pregnant mummy..but then he said, i better eat more. Small portion but frequently.hurm.OK hunny..
i shouldn't be depending on the suppliment only..have to eat healthy foods.

Luckily, haiqal seems to understand his mama's condition..he's behaving at his best.Less cranky and always tries to cheer me up by landing his palms on my face.sometimes he kissed me on my cheek and my forehead and drew the sweetest smile on his face just to make me feel more relief..oh dear..so sweet...
I feel blessed for having him as my son.


my husband is such a big help too.
He's like a charming angel that eases my housework at home..
When he's at home, he will take charge to babysit haiqal..change his diaper, take him to shower and feed him..:D 
He treats me like a queen. Love my husband so much..!!

P/s:sangat2 bersyukur kerana dikelilingi oleh orang2 yang baik dan sangat caring.
Semoga Allah membalas jasa baik kalian semua.aminn..doakan saya dan baby sihat k.


Thursday, October 03, 2013

++dah rezeki Allah bagi...++

assalamualaikum...

masih terasa tekak mengembang.
mual.
sentiasa nak muntah...:(
early stage of the first trimester symptoms.

pengalaman yang sangat berbeza kali ni..
masa mengandungkan haiqal dulu badan segar bugar..
sihat dan tak letih sangat..sampaikan orang luar yang tengok hairan.
tak macam orang mengandung pon.

takpela..
apa2 pon aku redha..
bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah.
semoga Allah memelihara my second baby sebaiknya.
aminn..

Thursday, September 26, 2013

++demam lagi++

assalamualaikum..


dah lama rasanya haiqal tak kena demam..last haritu masa umur dia genap setahun.hebakk~
skang ni dia dah nak masuk umur 1tahun 4 bulan..
kesnya berjangkit..
normal lah bila kita hantar budak kat pengasuh atau nursery mesti senang dijangkiti penyakit.
sebabnya bukan anak kita sorang yang diasuh.
ada orang lain lagi.so,jangan nak paranoid sangat ye bila anak2 korang sakit ye cik kak sekalian..

haiqal bila demam memang merunsingkan hati.
nama je bapaknya doktor.
tapi anakkk...punyala susah nak makan ubat!haisy~
setiap kali nak suap ubat mesti kena berkuntau bersilat.
silap2 haribulan muka ko kena sembur ubat.hahahhaha!
tapi dah nama mak2 kan..anak macamana sekalipon tetap bersabar.
itulah kelebihan sorang ibu.
redha ajeee...:))

harini nampak gaya dia macam ok sikit.
pagi tadi ceria je(sebelum aku g sekolah)
tapi lepas je aku bergerak pergi keje..mula lah dia buat drama swasta.
melalak macam anak yang kena dera teruk2.ish.
harapnya dia oklah kat rumah pengasuh harini.

to haiqal:
if u were able to read this.
mama loves u so much!
thanks for be a good son of mine.
love u nevertheless..



Tuesday, September 24, 2013

++badan sejuk hati pon sejuk++

assalamualaikumm...

lately cuaca sangat panas..kadang2 pagi redup disangkakan nak hujan kemudiannya..tapi sampai ke sudah hujan tetap tak turun..
rumah aku ni jenis panas membahang..sape yang pernah datang rumah aku mesti akan rasa benda yang sama.
tido malam pon asyik terganggu disebabkan anak susah nak tido..asik berpeluh je dia..(kompem ikot genetik bapak.mueheheh!) last2 habis tengkuk dia naik ruam.kesiannya kat anak I sorang tu.hurmm.
sebelum ni pernah suarakan hajat untuk pasang air cond dalam bilik.tapi suami diamkan aje..huhuh.
aku faham..sebab dia jenis yang tak tahan sejuk plak..kalau tido mesti nak membungkus satu badan dengan comforter even hari panas sekalipon.'-__-

kekurangan tido semakin berlarutan..aku dah jadi macam mama panda okeh!
ruam anak semakin berkerak kat leher dia.kadang2 sampai malu takut orang kata
tetiba satu hari..
"sayang..nak pasang air cond ke?"
si isteri dengan mudah dan slumber menjawab..
"takyah kot"
mulut menjawab pantas kerana hati panas..hahahaha!
tula perempuan kan?cakap main ikut sedap mulut tanpa berfikir..padahal memang hati terkinja-kinja cakap NAK.

ada sekali tu encik suami kesayangan tu(harus puji lebih) keje petang..so aku taktau yang dia ada tanyakan kat pengasuh haiqal kat mana jual air cond dengan pilihan yang banyak..
lepas depa bitau terus dia keluar jalan2 cari air cond.
masa aku balik aku taktau langsung yang dia g survey aircond sampailah the next day aku ternampak brochure and pamphlets aircond atas coffee table.nak tanya macam segan sebab aritu jual mahal sangat keennn..hahah!padan muka!
aku tunggu je dia cakap dulu..
last2 dia buka mulut yang dia nak pasang air cond dalam bilik..
mata terus bersinar2.dan secara tetiba ntah dari mana datangnya kekuatan dan kerajinan..habis rumah aku berkemas tanpa membebel.
then masak best2 even sebenarnya penat baliks sekolah..;p

in the end..kami berjaya mendapatkan air cond untuk bilik kami..
semalam buat pertama kali kami merasmikan aircond.yelah baru pasang semalam kan..hehehe.
pergh...anak aku tido sampai berdengkur..langsung tak jaga untuk menyusu seperti kebiasaan.
punyalah best tido sejuk2..

so.pendek cite.
memang air cond diperlukan untuk menyejukkan hati.
sekian.
bai! 

p/s:credit to encik suami kesayangan sebab memahami isteri..
bukan setakat dapat air cond.dia siap belikan oven bakar kek dan blender baru.wehew!!
alhamdulillah..:))

Thursday, September 19, 2013

++nukilan perasaan++

assalamualaikum..

#luahan rasa yang tidak mampu diurai dengan cara kebiasaan...:(

bila duit mula mengaburi mata..
mulut makin riak dan bongkak berkata-kata..
orang disekeliling tidak dihiraukan terasa..
hurmm..apa yang perlu dibangga?

daku tak punya kuasa untuk menegur..
diri sendiri masih belum dirasakan cukup umur..
makanya semakin dia bersikap takbur..
hati perasaan semakin hancur..
dek kata-kata yang tajam menghambur..

jika dulu riang bergelak ketawa..
sekarang memendam perasaan menjaga hatinya..
terpaksa berlagak seperti biasa..
jiwa sengsara ini siapakan nak jaga..?
begitulah lumrah hidup di dunia..
di mana saja ada risikonya..


hasil nukilan :
-AHAH-
9.52pm
khamis


Wednesday, September 18, 2013

++kerjaya dan keluarga++

assalamualaikum...

peningnya nak bahagikan masa antara kerjaya dan keluarga..
tambahan lagi skang ni permintaan untuk buat tuisyen bagi tahun 1 dan 2 semakin meningkat.
alhamdulillah..rezeki Allah bagi..
ingat nak tanya pengasuh untuk minta extend masa jaga haiqal..
kalau ikutkan memang tak sampai hati.tapi nak buat macamana..
terpaksa..
kadang2 dia ok.
kadang2 ada masa dia cranky..unpredictable budak tu.
kalau dia kacau, budak2 aku memang takleh nak fokus.
kalau nak diikutkan konsep aku bukanlah maca tuisyen sangat.
but more to home guidance.
oh haiqal.
mama buntu.
mama sayang awak.
tapi dalam masa yang sama terpaksa mencari rezeki untuk awak dan bakal adik2 awak juga.
sorry.
tai pu chi.



Friday, September 06, 2013

++tak pasti apa yang dilihat~++

assalamualaikum...

ceria di hari jumaat..
without makeup sebab tak sempat.heheh.

dua minggu sebelum UPSR bermula, sekolah mengadakan kelas pecutan untuk murid-murid tahun 6.dan kelas tu diadakan pada waktu malam.
nak dijadikan cerita, untuk dua minggu berturut-turut iaitu hari khamis merupakan hari aku bertugas untuk membancuh air.cikgu sekolah aku ni kan jenis yang penyayang...jadinya kami nilah yang jadi tukang buatkan air untuk budak2 kelas malam..hehehe.*puji diri sendiri.APTB*

sekolah aku ni agak ke belakang sikit dan berdekatan dengan kawasan lombong..dan berdekatan dengan juga dengan kawasan kampung.aku takde masalah pon kalau sekolah aku tepi or depan lombong..janji bukan dalam lombong kannn...yang menjadi masalah adalah, jalan nak ke sekolah aku ni agak gelap okeh..kalau nak diikutkan aku ni bukanlah jenis penakut sangat.tapi kalau dah gelap gulita cuak jugak akak korang neh.kahkahkah!

minggu pertama g sekolah, aku bawak haiqal sebab encik suami kerja.alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan lancar. rasa lagi berani bila ada peneman..padahal anak kecik lagi kot.;p
minggu kedua bertugas, aku g sekolah awal sikit sebab encik suami keje shift malam semalam.then haiqal plak tido waktu tu.takkan aku nak kejut dia and angkut g sekolah skali kan?g awal, siap keje then balik tukar shift jaga haiqal plak..
so aku tinggalkan je dia ngan ayahnya dulu..dua2 membuta sudahnya..hahahah!

masa on the way ke sekolah semalam, hujan boleh tahan lebat gak..membuatkan jalan lebih sukar untuk dilihat dan gelap yang amattttt....eeeeee...
aku ni dahlah rabun, tertinggal spek plak semalam,hadoiyai.
sampai je kat selekoh sekolah menengah tu, aku tengok macam ada kelibat seseorang dengan payung putih berjalan dengan agak slow..muka memang tak nampak.takde keja aku nak teropong tengok sape plak orang tu..dalam hati ingat mungkin murid-murid sekolah menengah pon ada kelas malam kot untuk PMR. sampai je kat depan pagar sekolah menengah (FYI,sekolah rendah and menengah sebelah menyebelah je)  aku tengok kawasan sekolah tu sunyi sepi je...gelap..!!cuma ada cahaya kat pondok guard je. hhokaaayyy...sekali lagi aku fikir, mungkin yang jalan bawak payung putih tu guard yang tengah meronda sekolah kot...see?positif gilerr ahkak nih.hahahha.padahal nak sedapkan hati sendiri.kuikuikuik~

aku jadi bingung sangat sebab baru teringat yang kawasan selekoh yang aku lepasi tu gelappp sangat kot dan tempat tu agak kebelakang bangunan sekolah..takda apa pon kat situ kalau nak diikutkan.rajin plak guard tu nak meronda dalam hujan lebat..fuuhhhh..memang tabahlah guard tu in bracket -- kalau betul guardlah kan..huahua.boleh tercalon dan terima APC kot (anugerah perkhidmatan cemerlang)

sampai je kat bilik operasi buat air..aku terus buat keje aku..takde plak nak citer2 kat rakan setugas..sebab tak pasti apa yang aku tengok..hurmmm..tambahan pula, si rabun ini semalam tak pakai spek mata..jadinya memang tersangat lah tak pasti apa kebenda yang aku tengok semalam..wallahualam..

tu je nak cite.bai~
salam jumaat semua.:)

Wednesday, September 04, 2013

++on the 2nd anniversary++

assalamualaikum..

makin menjadil-jadik jerawat kat muka aku sejak raya nih..gara2 over sangat makan kuah kacang..since raya sehingga sekarang aku macam ada ketagihan kepada kacang tau.kalau nak diikutkan memang alah sangat dengan kekacang neh tapi disebabkan rasanya yang lazat melampau tak boleh nak elak atau tengok je benda makanan tu terhidang depan mata..mesti nak makan.uhuhu..amik kau.kan muka dah menggerutu..sedih!wuuu~wuuuu~

I ols tanaklah cite pasal jerawat mawat harini..kite nak cerita pasal anniversary kite dua hari lepas..hehehehe*mata kelip-kelip*
tanggal 2 september merupakan tarikh bersejarah buat kami berdua..saat itu kami diijabkabulkan menjadi sebagai sepasang suami isteri yang sah.rasa terharu dan gembira sangat kalau nak dikenang semula.ditambah dengan rasa tak percaya pon ye jugak hihi.
nak dijadikan cerita, aku memang agak sibuk minggu ni..so langsung tak ingat tarikh keramat tuh..sehinggalah pada satu malam encik suami balik dari keje dan bisik kat telinga happy anniversary..nak tau apa respon aku???
eeeeeeeeeeeeeeeeeeee~~~apa seri seri nih?laa...ish! kroh..kroh..kroh..zzzzz~
itulah aku sebenarnya..bila dah start tido jangan dikacau singa betina yang sedang nyenyak..silap2 haribulan boleh kena kungfu aku..kahkahkahkah!tak romantik langsung.eeeiii..

-gambar kawin dolu2-

masa 2hb tu jugak encik suami kena bekerja sebenarnya..dan aku plak bz dengan open house..hihihi.nothing special we did on that day..
the next day on the 3rd, aku pergi sekolah macam biasa..dan pagi tu encik suami temankan breakfast..as usual aku kalau nak g sekolah kena isi perut dulu..kalau tak memang boleh merosakkan mood..huahua.*kuang ajo kan perut aku*
back to the topic. aku memang tak expect haritu akan jadi hari yang sangat sweet.sebab biasanya dia ni kalau dah keje memang tak ingat pape dah..dan menjadi satu kepelikan jugak sebab dia yang ingat anniversary kami..selalunya aku yang wish dulu..
balik dari sekolah aku janji nak jemput dia kat rumah then g lunch sesama..
masa sampai je depan rumah, dia tersengih-sengih dah..aku still tak bajet dia akan beri sesuatu.
memang aku tak perasan waktu dia nak jalan keluar dari pagar rumah tu kat tangan dia ada 3 kuntum bunga ros..hehe.tiba je kat kereta..."nahh...ambik ni..HAPPY ANNIVERSARY SAYANG~"
awwwwww...aku rasa macam aku ni the happiest living woman on earth.
tersipu-sipu i ols amik bunga tu..3 kuntum means I LOVE U okeh..so sweet...:)
hihihihi.siap ada kad ucapan comel dalam bunga tu says "u in my heart"
bila pandang je bunga tu mula lah nak nangis sebab terharu..tapi tahankan je sebab nak g makan kan..kang tak pasal2 muka comot.;p

nilah bunga tu..:)

sampai habis makan aku tak benti sengih macam kerang busuk.hehehe.lepas lunch encik suami terus g keje..

pada belah malamnya, lepas encik suami balik keje..tetiba encik suami cakap kat haiqal.."let's surprise mama" 
yang budak kecik tu pon mengikut je ayahnya ke dining hall..
e'eh?ada kejutan lagi ke?ingatkan bunga je..*dalam hati*

tadaaa~

ada kek comel beserta dua lilin menandakan 2 tahun perkahwinan.
dia siap belikan kek feveret creme brule kat secret recipe

and again akak korang ni terharu..huhuhuhu.T__T
terfikir bila masa dia buat dan beli semua tu dalam kesibukan keja dia..bersyukurnya ya Allah..

apa-apa pon aku memanjatkan setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat-Mu Ya Rabbi kerana mengurniakan seorang suami dan anak yang sangat baik dan dicintai.
perjalanan kami masih lagi panjang...setiap perkahwinan pasti ada masam manisnya..sedangkan lidah lagi tergigit..apatah lagi kita suami isteri..
tapi yang penting kami akan sentiasa mencuba untuk menjadi pelengkap yang terbaik kepada satu sama lain..
dan aku juga berdoa semoga Allah memanjangkan jodoh kami hingga ke syurga..kerana dia adalah satu satunya suamiku yang terbaik dunia akhirat..lindungiNya dalam peliharaan-Mu..
limpahkan kasih dan sayang-Mu kepada suamiku..
jadikanlan kami pasangan suami isteri yang mendapat keredhaan-Mu ya Allah.
aminnn ya rabbal alamin..

ps: if u are reading this (yes u encik suami), tak pernah terdetik perasaan menyesal berkahwin dengan abang.
sesungguhnya abang yang terbaik.ketua keluarga yang sangat bertanggungjawab.dan maafkan segala kekurangan sayang sebagai isteri..LOVE U TILL JANNAH...:)



Thursday, August 29, 2013

++1001 ragam murid++

assalamualaikum..


wargh..beberapa kali menguap sebab cuaca yang agak redup2 enak gitu..this weekend nak g kenduri kat kl..tak sabar nak jumpa kakak angkat yang bertahun tak jumpa.anak dia pon dah masuk dua orang.bukannya jauh pon kalau nak diikutkan ipoh dan kl..but setiap kali balik shah alam or g kl mesti ada keje nak dibereskan..mudah mudahan sabtu ni semuanya berjalan seperti yang dirancang..moga pertemuan kami nanti memberi 1000 hikmah..amin..:)

even aku agak kemengantukan harini tapi seronok sangat mengajar..terutamanya mengajar murid-murid tahun 1.ntahlah.maybe dose kopi aku cukup kot harini.hahahaha~!
hari aku diserikan lagi dengan perangai murid yang kadang2 buat aku terburai gelakkan mereka..nak tau?meh sini ahkak nak buka cerita..

#ragam 1-darjah 1
teacher : "awie...tuck in ur shirt properly.."
awie: "ok teacher"
terus dilondehkan seluarnya sampai paras lutut then dimasukkan baju yang terkeluar tadi elok2..dan tarik seluar macam biasa.-___-
agaknya bagi dia tak salah buat macamtu.pada peringkat umur ni, perasaan malu murid masih belum berkembang..sebab tu dia londehkan seluarnya dengan selamberrr..hahaha.
mujoqlah hang baru darjah 1 nak oii..kalau tingkatan 1 lari bertaburan cikgu dibuatnya,
tapi aku sempat pesan kat budak tu, jangan londeh seluar macamtu lain kali.sebab tak sopan..:)

#ragam 2 - darjah 1 kelas hujung
situasi : ada sorang murid kelas yang aku ajar ni, dia sangat susah nak datang sekolah.stiap hari kena paksa dengan mak dia untuk masuk kelas..kalau mak dia balik mulalah dia menjerit dan melalak sampai pening kepala cikgu yang mengajar waktu pertama..harini budak tu buat hal lagi.lepas kena tinggal ngan mak dia, dia melalak sambil hantuk kepala kat pintu kelas(pintu belakang)
puas kawan aku pujuk dia jangan buat macamtu.tapi tetap tak makan saman..last2 ada sorang lagi kawan aku naik kelas..dia masuk dan guna lontaran vokal yang paling nyaring dan tinggi terus budak tu berhenti hantuk kepala..haaa..baru kau tau nak...
so, masa waktu kedua adalah waktu aku mengajar.ada beberapa orang murid ni..

murid 1: "teacher, TAK sakit tau kalau dia hantuk kepala dia kat pintu"
teacher :"ape plak tak sakit..mesti lah sakit.boleh benjol dahi kamu tau"
murid 2 : "betul teacher..rasa kebas2 sikit je..lagi sakit kena cucuk ngan nurse haritu"*sambil buat muka selamberr..*
teacher :"buat apa nak hantuk2 kepala..banyak lagi benda berfaedah lain kamu boleh buat.betol tak?"
murid 1 : "betol teacher..tapi kalau tak sakit pon jadi benda berfedah juga.."
tak sempat aku nak cakap JANGANN~ terus dia ngan kawan dia hantukkan kepala sesama sendiri tanpa ada perasaan bersalah atau sakit.
what derrrrrrrrrrrrrrrrr?????????????
terkejut aku dibuatnya!!buat depa hantuk kepala kuat2 tak pasal2 je parents datang jumpa aku sebab kepala / dahi anak benjol2..kadang2 budak ni memang suka buat perkara diluar jangkaan..sebagai ibu bapa, kita tak boleh nak expect cikgu tengok anak setiap masa.dalam kelas tu katakanlah ada 40 orang..ramai kan??kadang kadang tak sempat nak tengok sebab setiap murid berlainan fe'elnya..tambah2 pula kalau korang kena ajar murid tahun 1.harap maklommmm...
*risaunya kalau time aku mengajar ada murid jadi apa2..minta dijauhkan dari sebarang musibah*

#ragam 3 - darjah 1

perlukan pemerhatian lebih budak neh..hahahhaa!
if U notice something, there's one word been misspelled. guess what??

#ragam 4 : masih berpandukan gambar rajah di atas..

murid : "teacher, kalau kerbau bukan ke kita panggil dia cow ke?"
murid 2 : "eh..bukan cow la...tapi bull.." murid ni cuba membtulkan kawannya..
murid 1 : "abis tu, nape gambar ni dia cakap kerbau tu yak? maksud ayat kat sini, kerbau ni suka berak ke..?"
FYI, murid tu muka dia sangat serius masa tanya soalan..
teacher : "nape kamu cakap macamtu?"
murid 1 : "yelah..mak kita suka tanya adik kita nak yak ke tak..sebab kalau mak tak tanya nanti adik berak merata-rata.."
ok.fine..baru aku faham..T__T

kalau nak diikutkan setiap hari ada je perkara yang meggelikan hati berlaku..
ini yang membuatkan aku lebih sayangkan kerjaya aku..hehehe

Wednesday, August 28, 2013

++hadiah istimewa buat suami++

assalamualaikum...

hari istimewa ni dah lama berlalu..tapi baru ahkak nak update harini.hohoho.
bulan Mei merupakan bulan yang agak special bagi aku..sebab Mei, suamiku dilahirkan..dan bulan Mei jugalah si jantung hati dilahirkan.memang tak disangka sangka sebab due bulan 7 tapi keluarnya 31 hb Mei..:) senanglah nak celebrate sesama ngan si ayah nanti..
even aku tak dilahirkan dalam bulan yang sama, tapi...Mei juga merupakan hari guru..yay!!jadi boleh triple celebrate..hehehe.*nak jugak tuh!*

so.seperti biasa, bila dah mai bulan istimewa ni mulalah aku pening kepala memikirkan hadiah yang sesuai untuk yang tersayang..kalau nak diikutkan memang dah lengkap barang2 dia..tapi bagi aku, pemberian isteri hatta wang syiling 1 sen pon dianggap lebih istimewa..setuju?no?last year aku hadiahkan jam tangan..:))

aku memulakan pencarian dengan membuat survey dari rakan2 sejawat..tanya apa yang biasanya lelaki akan suka..dan aku juga ada bertanya pendapat kepada pengasuh haiqal yang always bersifat membantu&memudahkan..

at first, aku survey handphone.
handphone yang dia pakai skang adalah iphone 4s.
rasanya ada phone yang lebih baik dari itu??

aku usha..

samsung galaxy note 2.
#aku sangat ketinggalan bab gadget skang ni.

then aku usha..
samsung tablet..

aku tak rasa dia nak pakai tablet jenis nih.

kendian,aku survey yang ni plak..

rasa macam too common plak..but dalam masa sama aku fikir dia leh selalu pakai g keje..bila selalu pakai makanya makin sayang kat bini.eh?

pastu aku tengok yang ni plak.

memang camera encik suami dah rosak..so, kalau nak capture gambar apa2, mesti kami akan guna phone je.sedih!;(
kalau hadiahkan kamera secara tak langsungnya dikira hak bersama..mihmihmih!
family camera gittew...

fikir punya fikir, after done surveying, aku buat keputusan untuk beli kamera..dalam banyak2 gadget dia rasanya gadget ni yang dia takde lagi..(ada pon dah rosak)
satu lagi masalah..kamera pon ada banyak jenis..dahla aku ni jenis tak pandai or peka bab gadget2 neh.lagi runsing dibuatnya.
nak beli samsung smart camera, harga boleh tahan CANTIK secantik rekaannya..
mau aku berdiet kalau terbeli kamera tuh.haha!

pastu tengok kat sony plak..design memang mantap!warna pink plak tuh!~pastu terpikir..eh!aku ni nak beli kamera untuk diri sendiri ke?terus cancel tak jadi amik sony.

next choice is canon..
jenama ni banyak kamera untuk orang hebak2!bagi beginners seperti kami ni rasa macam tak layak nak beli kamera secanggih yuna.wuwuwuuwu...cukuplah kamera yang ada basic function dah senang untuk dikendalikan.and again..CANCEL!

seterusnya, jenama nikon.
banyak good review yang aku dengar pasal nikon..kamera pon ada macam2 jenis...cuma tinggal kita je nak pilih.warna pon menarik!yang penting ada warna pink dan merah..perghhh~meleleh air mata tengok.*ok.statement ni over*

masa dok tinjau2 dalam kedai kamera, hati terpandang kat satu kamera ni..

harga ok.
bentuk menarik.
yang penting, cer tengok kat kaler dia...ohsem!!!!!!!
terus angkat yang ni in the end..hahahaha.
beria je akak kat kedai kamera tu terang pelbagai function yang ada kat kamera ni kat aku..
padahal, satu apa pon cheq tak ingat..;p

ahaa...jadinya korang dah tau apa hadiah untuk encik suami i ols tahun ni kan..
korang plak bagi apa kat suami memasing?
jangan malu, jangan segan, meh kita share sesama..:)
--teaser malam sambutan hari jadi ayah dan anak--


p/s:hadiah haiqal nanti aku update kendian..babai~


++facebook status++

assalamualaikum..

tengok tang tajuk tu macam boleh buat tajuk pidato ataupun karangan PMR kan.sebab taujuk itu sangat HOT.hikhikhik.semenjak dua menjak ni aku asik panas telinga  dengar orang bercakap tanpa isi.maksudnya percakapan lebih kepada merapu merepek niang rapik.#mulut tahap longkang.kalau merapu dalam blog lain cerita lah kan, hihi.i ols lah tu..;p.
sapa tanak baca pon cheq peduli ape kan..haaa..ini masalahnya bercakap hingga buat orang terasa, terkecik hati..tanpa menjaga batas dan adab tatasusila..adoi.pening kepala dibuatnya.*mata ke atas tanda annoyed*

sebagai contoh..kita selalu meluahkan perasaan kita kat dalam facebook mahupun dalam blog. friends list korang katakanlah ada 1000++..pastu korang ada marahkan sorang daripada kawan korang..pastu p tulis laguni..
" bo*** punya orang! kalau tak pandai tu janganlah buat2 pandai.menyusahkan hidop je!"
(#ini contoh je k)

ape.ko dah pandai sangat ke sampai boleh membodohkan orang???hahahaha!setakat pandai nak merampuih kat status facebook ape lah sangat~apa pon tak boleh!;p kita ni secara sedar atau tak sedar suka sangat guna facebook sebagai medan untuk melepaskan perasaan marah dan geram kita. kadang2 kita nak habaq kat tak suka orang tu dan nak block..
contohnya...~
"haisyh..napelah dot dot ni dok menyemak kat dalam friend list I..sorry dot dot..I terpaksa delete u..kenang daku dalam doamu."
*okeh.ayat yang last tu aku saje menambah sendiri.hikhikhik*

jap.yang ni aku confuse kejap...nak block orang perlu ke nak canang bagi semua orang tahu????
hang nak delete dot dot tu dari friend list hang, terus buat jelah..takyah susah2 nak up status macamtu kat facebook..ini salah satu status yang buat aku sakit jiwa.hohohoho.

budak2 yang baru nak up zaman le nim pon boleh tahan gak fe'elnya.jiwang sesungguh!tengok budak yang buat video janji bagai tu udahle,berani kan??kadang2 aku plak yang naik meremang baca status yang depa up..contohnya..

"sesungguhnya ku tak ingin yang lain selain dirimu sayang...kau membuatkan diriku berada di awangan...aku berjanji akan setia mencintaimu selama-lamanya.."

ohsemnya janji2 manis dia..padahal baru tingkatan 1 atau 2 cenggitu..agaknya kalau aku mati idea nak tulis ayat jiwang apa kat encik suami bolehlah minta idea kat depa ni kot.eh??
kot ye pon nak bercinta dik non, make sure u dah mampu beli spender sendiri...hahahah.ini spender pon mak ayah yang belikan lagi..*drooling eyes*

macam2 lagila yang aku baca kat status facebook orang...kadang2 aku pon ada gak yang tulis merapu2..tapi kalau boleh tu janganlah up status yang boleh menyinggung perasaan orang yang membacanya..
sekalipon kita marah dengan seseorang, better tulis direct kat orang tu secara private.tak pon jumpa terus ke..senang..tak yah nak kecoh2 satu malaya..secara tak langsung orang boleh judge u dari segi percakapan u tu..hurmm..renung2 kan ye..

k lah..nak g mydin jap.nak beli bendera hias kelas..SEMANGAT!
babai~

jaga diri hiasi peribadi.
salam.

Tuesday, August 27, 2013

++new haircut++

Assalamualaikum..

Tenang bila tengok anak kesayangan tido dengan nyenyaknya..rasa macam nak cium2 je pipi dia tatkala ini..

Sejak dua menjak ni aku tersangatlah sensisitif..mudah sangat terasa and very fragile.kalau ada silap sikit mesti rasa nak melenting.haisy!!ni mesti kesan perubahan hormon tambahan pula skang ni kan tengah pe'od.huahua.maafle kalau ada sesapa yang terasa ngan aku.


Dua hari lepas aku g barber shop..nak potong rambut haiqal..rimas tengok rambut dia yang dah rupa kpop tuh.dahla cuaca boleh tahan panas skang ni..abis naik ruam kat bawah2 tengkuk tu..sian baby mama.

First time bawa baby g kedai gunting rambut memang agak cuak.takut dia melalak or tak duduk diam masa orang nak gunting..tapi rupa-rupanya masa orang potong rambut dia elok je dok senyap..
good boy~

hasilnya di bawah:
style rambut::abu bakar elah.

sekiann~

Saturday, August 24, 2013

++pray for our brothers and sister++

assalamualaikum...


Allahurobbi...Allahuakbar...Allah~:((

just having a discussion about what is happening now especially to our muslim brothers and sisters in syria, mesir and myanmar..feels like crying my heart out everytime I read or heard news about them..

ya Rabbul alamin.please help them..don't let anybody or any weapons hurt them.
keep them in safe. 
Allah..


kejadian yang berlaku di luar sana benar2 menginsafkan aku...
setiap hari aku bersyukur kerana diberi nikmat untuk meneruskan kerja dengan aman.
diberi nikmat untuk menghirup udara segar..
diberi nikmat untuk bermain dengan anak.
diberi nikmat untuk menyediakan makan minum untuk suami tersayang..
dan pelbagai lagi nikmat lain yang kadang kala membuatkan aku terleka dan lalai..Allah..
mampukah kita menjadi sekuat mereka di luar sana???
*cry*


Friday, August 23, 2013

++rindunya kat kesayanganssss+

assalamualaikum..

yay!akhirnya harini encik suami dah habis berkursus..seronoknya!
dia ada ajak aku untuk pergi sekali temankan dia kat sana but then atas tuntutan keje aku tak boleh nak ikut..sian dia..but aku tak risau sangat pasal makan minum dia kat sana..dah nama pon kursus kan..kompem makan diberi 4,5 kali sehari..kalah i yang dok rumah ni ha..hahaha~

alhamdulillah sepanjang encik suami berkursus, muhammad haiqal tak banyak ragam duduk dengan aku..cuma sekali sekala mesti dia nak jenguk kat tingkat atas..mungkin rindu kat ayah dia kot..siannya my baby..oleh kerana dia sangat2 well behaved kat rumah, aku asyik teringatkan dia even masa waktu bekerja..rindunya kat anak sorang tu...:(
harapnya dia ok kat rumah pengasuh..pening kepala bila setiap hari dok dengar dia melalak every time aku hantar dia kat rumah pengasuh..tapi nak buat macamana..keje is still keje kan.redha...~


bila teringatkan si tembam yang meleleh leleh air liur ni mesti bukak album gambar dia..dapat tengok gambar pon dah ok..terubat rindu mama kat dia..:))



Thursday, August 22, 2013

++anak menyusu badan=kuat meragam??++


assalamualaikumm...

this is my second entry for today.

selalu kita dengar yang anak menyusu badan ni susah bila dengan pengasuh..sebab apa2 pon dia nak sentiasa dekat dengan mak dia je..kalau pagi2 hantar kat rumah pengasuh tak melalak tak sah.aku pon tengah melalui ujian yang sama..ingatkan bila umur dia dah setahun lebih makin ok lah kan..tapi lain plak jadinya..dia dah pandai banyak benda dah memahami benda2 yang kita sendiri kadang2 tak jangka.so, bila dia dah dapat 'akal' tu dia mula jadi bijak..sekarang ni fe'elnya, dia tak boleh tengok langsung kalau aku bangun dan g buat keje lain..kalau boleh dia nak sentiasa temankan dia..kalau bangun je dia akan menjerit macam kena penampo ibaratnya..hahahaha!fuhhh semangat..sangat menguji keimanan okeh..nak marah pon bukannya dia reti apa lagi..bila aku cakap "biasa dia neh...." lagilah berjurai-jurai air matanya..haru weih..

sebelum raya ritu dia ngan pengasuh ok je..maksudnya takdelah teruk sangat meragamnya..orang kedah kata "merap.."
tapi lepas naik cuti raya baru2 ni..perghh...dia dapat akal menjerit..jenuh nak bagi dia senyap..huhuhuhu..napelah sayang mama buat macamtu..risau hati setiap kali tinggalkan dia nak pegi keje..
pastu tanya kawan2 sekerja, dorang kata biasalah tu kalau anak menyusu badan memang fe'elnya macamtu.
kesiannya kat pengasuh kena mengadap budak yang merap tu..

walaubagaimana pon aku sangat2 bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dapat pengasuh yang baik macam kak imah dan keluarga..sabar je yang melayan kerenah haiqal yang sometimes tu memang membuatkan kita boleh hilang sabar...gamaknya kalau pengasuh lain mesti depa buat macam2 kat anak kita disebabkan geram atau tak tahan dengar anak kita melalak..huhuhuhu.selalu kan kita dengar kes pengasuh yang macamtu?nauzubillah..minta dijauhkan dari semua tu..semoga Allah memelihara setiap anggota keluarga kaim..Aminn~

courtesy from : google search image.lebih kurang macamnilah muka dia setiap pagi..haru kan..


Wednesday, August 21, 2013

++beraya bersama yang tersayang part 1++

assalamualaikum..

seronok dok tengok album raya kawan2 ngan keluarga dan sahabat handai..aku baru terhegeh-hegeh nak buh gambaq kami sekeluarga beraya..hihihi.sungguh lambat macam siput..;p

alhamdulillah..raya pertama dapat berada di kampung halaman bersama keluarga tersayang.kebetulan pula keluarga along pon balik beraya kat kedah tahun ni..makanya rumah lebih meriah.suka!suka!suka!*sebut gaya mei mei upin ipin*
lepas beraya dengan mak ayah kami terus shoot ke penang..alahhhh..bukannya jauh pun penang dengan kedah. lebih kurang sejam lebih sikit dah sampai..:)

#raya -1 @jitra kedah

raya first..haiqal dengan tokwan hamid.bukan main melekat dia dengan tokwan.

haiqal, tokwan dan kakak echa!:)

haiqal masa mula2 sampai penang..ni kat rumah toknek yah (maktuk sebelah suami)

posing apa tengok2?ngan tokma, ibu long and aleesya (sepupu haiqal)

haiqal dan ayah..dua2 kesayangan hati

haiqal dan tokwan ahmad (ayah mertua)

apalah agaknya yang digeramkan si haiqal tu..sibuk nak tarik tudung uwe lah tu..

haiqal dah start meragam..masa ni kat rumah nenek suami (mak kepada mak mertua) jarak antara nenek sebelah mak mertua dan ayah mertua hanya 100m.hehehe.untung kawin sekampung..

#raya ke2.bbq kat rumah bff a.k.a dr eliana.



antara makanan malam bbq :))

geng 1 sekolah..#smk jitra.
tapi dua orang tu doktor..aku je yang jadi cikgu.huhuhu.

#raya ke-3 (raya kedua takdan nak amik gambaq sebab lupa ambik kamera)

@penang again. masa ni ada bbq kat kampung suami..sedara mara dari kl semua balik masa raya ketiga.

rambut haiqal dah jadi abu bakar elah dah sebab berjalan tak berhenti masa dok kampung..dia pakai baju tu tak sampai sejam.last2 belengging tinggal pampers je.hahaha.

cd baru pakcik nassir wahab..boleh dapatkan di pasaran.

the uncles..

cukup dulu kot update pasai raya..nanti check sambung lain naa...jom maghrib~:D