Showing posts with label teacher husna. Show all posts
Showing posts with label teacher husna. Show all posts

Friday, February 27, 2015

++mumsluv for pretty mummies:) ++

Assalamualaikum..

dulu2 masa bersalinkan anak pertama susah betul nak cari baju nursing yang cantik dan murah.kalau ada sekalipon mesti design dia macam plain atau nampak outdated..huhuhu!bercinta betul kalau nak g mana2 sebab kalau pakai baju biasa, susah betul nak selak bagai..last2 anak mesti mengamuk. skang ni tak dah tak susah nak cari baju menyusu untuk para mommies. banyak butik yang menawarkan baju2 nursing friendly..tapi butik yang betul2 menambat hati is MUMSLUV.COM

menggila aku tengok baju cantik2 dari butik ni.macam2 ada;  blouse, modern kurung and jubah!:D 
baju2 yang ditawarkan ni sangat selesa tau.yang tak menyusu anak pon boleh pakai..bukannya orang nak cek baju kita pon kan..tehee~

cer scroll tengok pic kat bawah ni..


nursing kurung - ainy (dah dekat2 nama aku dah tu)


nursing dress - marissa


nursing blouse - myra

nursing blouse - mysara

I can tell u that material yang digunakan untuk buat semua baju kat atas tu tersangatlah BEST dan TERBAIK..dan yang paling penting tak payah susah2 nak iron..kerja aku dah bertambah mudah dengan adanya baju2 dari MUMSLUV..sebelum ni malam sebelum masuk kerja keesokannya mesti aku dah kena iron baju siap..skang ni lepas basuh baju..keringkan..sangkut dan bila2 rasa nak pakai boleh terus pakai.;)
sampaikan suami tanya, baju untuk laki yang tak payah ada ka??ceq jawab...kena tunggu orang buka DADSLUV.com la pulak..bahahahah!

untung para ibu skang..boleh tampil bergaya dan dalam masa yang sama memudahkan kerja..:)
suami ceq pon suka ceq pakai baju2 dari mumsluv sebabnya kain tak jarang, sejuk, lembut, dan tak mengikut bentuk badan..sesuai untuk muslimah.

korang takkan rasa menyesal kalau beli,malah bila dah start beli mesti rasa nak beli lagi dan buat koleksi. 

kurung modern pertama yang beli from mumsluv.dah cuba terus jatuh cinta.:)


terus cuba beli blouse plak..:)

 kemudian beli jubah/dress plak..hehe.


and the latest in the house is MYRA blouse in green.:) i have this in blue too~;D

and now aku dah ada lebih dari 10 pasang baju pelbagai pattern dan design dari MUMSLUV.
so.bagi yang nak mendapatkan baju yang superb ni boleh terus g ke..

mumsluv.com (nursing wear)

p/s: ini bukanlah iklan berbayar ke apa..tapi just nak kongsi benda yang bagus dengan semua.
skang ni ada buat promosi..up to 65% sampai tengah malam ni.tunggu apa lagi..klik dan selamat menjamu mata!hehe

Wednesday, February 25, 2015

++guru dan stress++

Assalamualaikum..

tatkala orang lain dah beradu dan berdengkur, aku masih lagi mengadap laptop buat kerja.(nila kerja aku..update blog) kikikikik!
actually tak boleh nak tido sebab konon2 merajuk dengan encik suami.yelah..dahla dia salah bawak phone aku..aku punya notes kerja dalam tu. pastu balik rumah tersangatlah lambat pas habis solat isya' tadi without informing me that he wud be that late.;[
lain kali toksah galak beli fon sama jenis dan sama warna..chances nak tertukar phone laki bini adalah lebih kurang 99.99%. hahahah.konon nak sehati sejiwa sangat kan..nila jadinya..

agak penat sebenarnya malam ni.tapi ketegaq menguasai diri..semangat nak update blog membuak-buak plak.;p dalam pukul 11 macamtu baru lah dapat tengok fon..tertarik dengan salah satu mesej yang menyatakan ada seorang guru meninggal dunia disebabkan hyper stress. wuuihhhh..dasyatnya...*masuk emoticon mulut terlopong*

lepas beberapa ketika tengok mesej tu barulah aku terfikir..takkan sampai lagutu sekali stress??aku syak mesti ada yang exaggerate cerita nih..maybe arwah memang dah ada penyakit lain dan dalam masa yang sama kerja tengah berlambak..so orang cuba kaitkan bebanan kerja dengan punca kematian.wallahualam..~ 

lately banyak betul cerita berkenaan dengan guru dan TEKANAN@STRESS. dulu masa kat maktab ada belajar tentang pengurusan stress..tekanan kerja ni kalau tak dibendung memang boleh jadi BURN OUT (level tinggi sikit dari STRESS) sehingga menyebabkan gangguan jiwa..selain tu, stress juga boleh menyebabkan tekanan darah naik.tak pasal2 dapat penyakit darah tinggi..once dah dapat penyakit ni memang kena berjaga jaga..kerana bila2 masa ja boleh kena stroke.nauzubillah..

yes..aku akui.kerja guru skang ni tak sama macam dulu2.kerja skang ni banyak melibatkan kerja pengkeranian from A to Z..orang luar mungkin ramai yang taktau..awal2 dulu rasa nak muntah gak bila tengok kerja banyak..tapi bila fikirkan balik soal amanah, tanggungjawab dan keikhlasan dalam menjalankan tugas terus perasaan mual nak muntah tu reda..syukur..kena pandai untuk kawal tekanan dan bebanan kerja walaupun amat susah..kena set dalam kepala otak yang kerja kita ni sangat seronok.bayangkan wajah anak2 murid kita yang berjaya..dan yang paling utama,.WAJAH ANAK2 kita..perlu ingat..bila kita ikhlas menjalankan tugas, in shaa Allah suatu hari nanti guru kepada anak2 kita akan buat benda yang sama pada anak2..aku yakin!:)

ok.
takmau stress2.
hidup kena positif dan ceria selalu!

*kemain gigih ambik gambaq kat cahaya.fefeeling tulus murni sangat kan..*

take care all.


Sunday, June 08, 2014

++stail budak sekolah dahulu dan sekarang++

Assalamualaikum and hi!

::dulu::
masa zaman sekolah dolu2 memasing nak baru nak up and tunjuk sapa yang paling style.dedulu aku takdalah style mana.kalau pakai tudung mesti kelepet rapat ke dahi.masuk sekolah menengah (rendah) dah pandai try letak plastik kat tudung supaya awning terbentuk dengan cantik.pastu bila berpeluh teruk kena keluarkan plastik tu dan lapkan dengan tisu..bau tu toksah cerita lah.tengik!bahaha! agaknya tudung yang ada awning sekarang semuanya inspired by bebudak sekolah dulu2 kan????kalau tak manakan nak dapat tudung ada awning yang ada macam2 brand skang ni.thanks to us.teheee~:D

masuk ja menengah atas aku dah pandai pakai tudung takda plastik..sebabnya dah ada orang perkenalkan lilin untuk bagi tudung jadi lebih keras kat bahagian atas. aku ingat lagi masa mula2 apply dan iron tudung letak lilin, esoknya g sekolah ada kawan aku tegur kenapa tudung aku basah.aku pelik lah kan..tak peluh, takda hujan, takda paip air-cond tingkat atas bocor masakan tudung aku boleh basah.then aku pon masuk lah toilet nak check apa yang tak kena ngan tudung aku.rupa-rupanya tudung aku terlebih taruk lilin.hahahaha!bila cuaca panas ja lilin tu makin cair dan menyebabkan tudung nampak macam basah.hekhekhek.terserlah kesengalan aku waktu tu.orang pakai lilin hang takmau kalah gak kan.sudahnya jadi macamtulah.;p skang takyah susah2 pakai lilin sebab kiwi kleen ada satu produk yang fungsi nya sama macam apply lilin.

 vs 


lagi satu, aku taktau yang ni stail ni nama apa.tapi orang yang tempek benda tu mesti konon2 nampak macam stailo abis!dan kadang2 tu nampak efek ganas2 manja gittew...hikhikhik*gelak manja.puih!*
tau tak apa yang aku maksudkan????it's a plaster~


ada dua jenis plaster.satu yang jenis fabrik dan satu lagi jenis plastik..awal2 dulu manada plaster bercorak.semuanya warna lebih kurang sama ja..coklat or putih. kalau korang nak nampak stail ala2 gengster dan tanak bagi orang kacau, tempeklah plaster kat dahi or pipi.sebab bila orang tanya nanti boleh bitau "haa..ni kes bertumbuklah ngan si polan semalam.." padahal sikit pon pipi tu tak luka.kahkah!poyo ja kan..skang ni ada macam2 jenis plaster yang bercorak as u can see below:

 
comel2 ja plaster skang.tak ganas langsung..kalau muka crook pakai plaster cute cenggini agak2 stail tak??mihmihmih*

sebenarnya banyak lagi stail budak sekolah dulu2. ada yang pakai tudung singkat atas paras bahu, baju sekolah jarang sampai nampak tali dalam dan macam2 lagi.tapi malas nak ulas bab tu.kang 3 hari 2 malam belum tentu orang habis baca entri aku.panjang berjela.kahkahkah!

::sekarang::

aku sebenarnya tak brapa nak faham stail bebudak sekolah skang.maybe sebab zaman aku dah berlalu..dan aku plak dah jadi cikgu.so bila nampak stail yang pelik2 ni terus rasa sakit mata memandang.;p budak2 sekarang aku nampak daring dari dulu.apa yang aku sampaikan ni pon berdasarkan pemerhatian aku sepanjang bertugas sebagai guru.kebetulan sekolah aku satu kawasan dengan sekolah menengah.sebelum aku sampai sekolah mesti kena lalu sekolah menengah dulu.jadinya hari2 aku kena hadap muka depa.huhuhu.kalau yang ok2 tu sedaplah mata memandang.kalau yang TAK BERAPA NAK OK sangat tu kalau boleh tanak pandang sangat pon..nanti hati sendiri yang sakit..wu..wu..wu..~

benda pertama yang aku nampak, bila time sukan.bebudak sekolah menengah (perempuan) pakai seluar track sukan yang saiznya jauh lebih kecil dari saiz sendiri.mula2 aku agak maybe depa ni tak mampu nak beli seluar track baru.makanya terpaksa pakai seluar time sekolah rendah dolu.see..?fikir positif dulu mekna korang nih.lama kelamaan bukan sorang or dua orang yang pakai seluar gitu.malah ramai..aku syak depa ni sengaja pakai seluar macamtu..bila berpeluh memang seluar tu totally melekat kat kaki sebabnya seluar yang depa pakai ni jenis selapis.

lagi satu, budak sekolah skang ni bukan main malas lagi nak lipat tudung...kalau ya pon lipat sikit bagi cukup syarat ja.kalau budak sekolah rendah memang dah lama aku tolong lipatkan.macam rimas sangat tengok tudung tu tak lipat elok2 dengan kemas..if u guys could imagine how do they look like..agaknya itulah stail yang tengah IN skang ni.bila buat tudung macamtu mereka2 ittew nampak gorgeous gittew.erk.-___-'

kasut sekolah skang ni ramai yang pakai jenis KUNGFU STYLE.

untunglah yang jadi makpak sebabnya kasut ni murah ja..boleh menjimatkan kos parents yang buat belanjawan sekolah every year.;p aku galakkan gak budak2 pakai kasut cenggini.mudah dipakai, ringkas dan boleh tahan kemas..tapi yang jadi pengawas rasanya tak sesuai lah dik..aiceh.macam cikgu disiplin plak aku gayanya.hikhikhik.

rasanya itu sahaja yang boleh disampaikan oleh cikgu husna korang..kalau korang ada gaya yang best masa zaman sekolah2 dulu2 boleh lah share ngan aku.macam fun plak.hehehe.
till then.need to have a short nap sementara little princess sedang beradu.
will reveal her photo soon.but right after my confinement period ends.:)

jaga diri semua and enjoy ur weekend.babai~


p/s:semua pic adalah ehsan goole.titik. 









Monday, May 05, 2014

++berak lagi++

Assalamualaikum..

it's quite tiring to get urself to school as u are way too far in pregnancy..huhuhu.I just can't move too much because of the pubic pain..it's really painful.Allah..may this pain could wash away my sins:(
baby..please be nice to mummy ok..*hoping eyes*
can't wait to meet u..and so does your brother.perhaps he can tolerate with ur presence in the house.mihmihmih.

bukan nak cerita pasal tu sebenarnya,tapi nak cerita pasal budak tahun 1 aku terberak lagi dalam kelas harini..setiap kali abis waktu rehat je mesti waktu aku..dan time tulah mereka akan "TERMELABUR"..faham2 jelah, najis budak 7 tahun dah macam orang besar kot as they eat like us too! sampaikan ada seorang pekerja, bau t**k tu dah rupa bau petai..kahkahkah!aku macam dah pasrah bila benda ni jadi..cumanya nak naik turun tangga memerlukan kudrat dan tenaga.dengan keadaan aku yang sarat.hisyh..~puas aku mencari baju, kasut dan seluar ganti untuk budak tu sebabnya habis dari atas sampai bawah kena t**k dia..baju2 spare yang dah lepas tu takda plak dorang nak pulang balik..puas aku nyanyi2 kat telinga dorang suruh bawak baju yang dorang pinjam..sampai ke sudah macam buat harta plak.geram betul..kot ye pon, parents kenalah alert..dah bukan baju anak dorang bagi la balik kat cikgu kan..at least, kalau ada budak terkencing terberak dalam seluar sekurang-kurangnya kami ada pakaian spare.


kadang2 aku terfikir, ujian ni datang kat aku mungkin sebab Allah nak uji sejauh mana prihatin dan kesabaran aku..jadinya aku kena redha dengan ketentuan..


Tuesday, April 01, 2014

++cuti belajar dan bergaji penuh???++

Assalamualaikum..

cuaca agak baik lately tapi tu tak membuatkan mood aku ok.huhu.aku jadi sangat mudah emosi sebab badan tersangatlah penat.mujurlah suami dan dan anak setia menemani di sisi..merekalah yang membuat hati jadi lebih tenang..:)

FYI, my former classmates ada diantaranya yang dah sambung belajar..anything new, we will update through our group in whatssap. so boleh tau perkembangan terkini kawan2 which is good lah. then yesterday, one of my friends posted something about furthering study in MASTER. there are lots of information he shared with us. but yang menjadi masalah skang ni, yang sambung belajar tu rata-ratanya lelaki..huhuhu.aku ni anak pon dah nak masuk dua.kalau aku sambung belajar anak-anak dan suami macamana???? suami plak dah beri green light untuk sambung..dia kata better aku buat master dulu sebelum dia.sebab once dia dah commit dengan master mesti lagi sibuk..huhuhu.so skang ni peluang dah ada.cuma terpulang kat aku samada nak sambung or tak.

skang ni aku ngah survey universiti-universiti yang menawarkan program2 menarik. antaranya:
 
1) USM
2)UPSI
3) UIA
4)OUM
5)AEU

then kalau aku sambung belajar skalipon aku ingat nak cuba nasib untuk apply scholarship ataupon cuti belajar dengan gaji penuh..I know it sounds hard.kalau tak cuba manakan tau ada nasib kan??

untuk sebarang rujukan korang boleh klik kat link bawah ni,



telah diterangkan secara lengkap syarat2 dan kelayakan untuk buat permohonan cuti belajar.
dalam kepala aku, ada dua universiti yang aku rasakan ok.
we'll see then.

apa2 pon doakan aku ye kawan2.
semoga Allah permudah laluan aku untuk menjadi seorang pemegang sarjana (master)

Saturday, February 15, 2014

++bodoh sombong++

Assalamualaikum..

Live update dari sekolah sempena mesyuarat agung PIBG sekolah.
Makin lama duduk dalam meeting makin geram plak aku dengar usul2 yang kurang logik dan munasabah daripada ibubapa..hanya segelintir saja yang memberi cadangan yang dapat membina sekolah, ibubapa dan murid.
Apa yang aku nampak masih ramai parents yang tak faham fungsi pibg dan peranan guru.
Plak tu bermatian-matian nak pertahankan pendapat mereka umpama menegakkan benang yang basah..haisy!pantang betul aku ngan orang macamni.
Nampak benar kesombongannya..

Sebenarnya tujuan pibg ni diadakan adalah nak dapatkan persefahaman antara guru dan ibubapa bagi menjalankan aktiviti yang dapat menyumbang ke arah kebaikan bersama. Antaranya program kecemerlangan..gotong royong menceriakan sekolah..bacaan yassin perdana dan sebagainya. 
Banyak usul yang pibg terima tetapi yang jadi masalahnya, yang tukang usul tu langsung tak nampak batang hidungnya.macamana masalah hang nak selesai?tengok ayat dalam usul bukan main lagi..teringin gak nak kenal muka2 depa ni kennn~
Usul paling kelakar bila mana ada sorang parent yang cadangkan untuk ibubapa atau ajk pibg pantau disiplin guru.seorang. Amboih!besarnya pangkat hang dati pegawai JPN m KPM..sapa ntah yang nak bayaq gaji si tukang memantau tuh..lawak2!!!!

Ada juga usul yang komplen makanan rmt sikit berbanding tahun lepas.depa ni buta ka apa?tahun lepas buah dapat sepotong ja..kualiti makanan pon jauh lebih teruk dari sekarang.tahun ni buah dapat sebijik terus kot.takdak potong2 dah.aku syak anak dia jenis makan banyak.tu yang anak dia kata makanan sikit..elok ja aku tengok anak dia makin 'sihat'.hahahaha!macam2 hal!
Kadang2 aku sampai terfikir 'apa benda yang aku dengaq nehh?'

Apa2 pon ini adalah sebahagian daripada pengalaman aku sebagai guru.
Jauh lagi perjalanan bermaksud lagi banyak benda yang aku bakal hadapi.
Jaga diri.hiasi peribadi.bai!

Monday, January 27, 2014

++tipu maklumat untuk dapat bantuan kewangan++

assalamualaikum..

pagi2 buta waktu perhimpunan mingguan nazir dah menjengah ke sekolah kami..welcome nazirs~hikhikhikhik.harap2 redha lah dengan segala kekurangan yang ada pada waktu ni..insyaAllah akan diperbaiki nanti.agak kemengantukan pagi2 ni sebab semalam tido lambat dek teruja sangat tengok budak hafiz nyanyi dalam AJL.rezeki ko ye dik..menang besar lagi taun ni..akak lagi teruja tengok hyperact sebenonya.meremang bulu roma i ols waktu dorang perform.ok.tamat bab AJL.titik.

awal2 tahun kebanyakan cikgu sekolah terutama guru kelas mesti sibuk menyiapkan data murid.banyak betul kena isi online termasuk apdm, smm,sps dan macam2 lagi..lebih pening kalau guru kelas tahun 1.sebab they have to start from the beginning..antara cikgu yang pening tu akulah!hehehe.takda lah pening sangat pon.cuma kena pandai manage masa dan siapkan tugas ikut priority.tugas terkini yang aku kena buat skang ni adalah kena kira jumlah pendapatan berkapita bagi setiap murid untuk tujuan KWAPM.mujur dalam kelas aku tak ramai.tapi yang memeningkan kepala adalah bila ada parents yang ambik mudah bab isi borang..dorang isi borang ikut suka hati je..kadang2 banyak bahagian yang tak dilengkapkan..-___-
dah jadi keje plak bila cikgu terpaksa bertukar jadi investigator untuk tahu latar belakang keluarga..kadang2 bila aku edar borang dalam 10 keping rasanya yang hantar balik 2, 3 macamtu je..yang lain2 simpan jadi pekasam agaknya.hewwww~

aku punya risau bab2 duit ni..sebabnya kalau boleh aku tanak terlepas pandang murid yang betul2 layak dan berhak dapat bantuan dari kerajaan..tapi parents yang lain2 tu ada yang ambil kesempatan.bila diedarkan borang KWAPM ada yang tipu maklumat pendapatan..so apa yang aku buat adalah semak kembali borang  SMM yang pernah dihantar masa hari pendaftaran dulu..tu pon ada beberapa orang yang takda maklumat..hisyhhh..nak duit..tapi tak berusaha..pening aaa..~*gaya shuib* 
ada plak yang terlebih berusaha untuk dapatkan duit...lagi PENING AAAA~hahahahak!
macam hal!
so aku tempel skali syarat kelayakan untuk dapatkan bantuan KWAPM untuk rujukan..harap2 membantu.

SYARAT DAN KRITERIA KELAYAKAN

Murid penerima bantuan KWAPM mestilah mematuhi kriteria kelayakan seperti berikut:-
  1. Murid miskin warganegara Malaysia Tahun 1 hingga Tingkatan 1/ Peralihan yang bersekolah di Sekolah Rendah/Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan
  2. Murid miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH dan disahkan status kemiskinannya sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR
  3. Murid miskin yang pendapatan keluarganya berada di bawah *Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional seperti tertera di bawah:-
    WILAYAHMISKINMISKIN TEGAR
    ISI RUMAHPER KAPITAISI RUMAHPER KAPITA
    Sem. M'siaRM 720RM 180RM 430RM 100
    BandarRM 740RM 185RM 420RM 100
    Luar BandarRM 700RM 160RM 440RM 100
    Sabah & LabuanRM 960RM 200RM 540RM 110
    BandarRM 970RM 200RM 540RM 110
    Luar BandarRM 940RM 190RM 540RM 110
    SarawakRM 830RM 190RM 520RM 115
    BandarRM 860RM 190RM 530RM 120
    Luar BandarRM 810RM 190RM 500RM 110
    *Sumber: Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.

Tuesday, January 21, 2014

++jangan dipandang rendah mereka yang kurang berkebolehan++

 Assalamualaikum..

masuk minggu ke empat persekolahan aku semakin mengenali anak-anak murid ku..tak ramai pon dalam kelas, semuanya ada 24 orang..kelas hujung tak boleh nak letak ramai2 supaya memudahkan guru untuk memantau keadaan murid dari semasa ke semasa.

seperti yang sedia maklum murid kelas akhir ni kebanyakannya memang berkeupayaan rendah.tapi kita sebagai guru tak boleh pandang rendah kebolehan yang mereka ada..sebab ini baru permulaan persekolahan..anak2 tu masih jauh perjalanannya..cuma aku kesian sangat dengan mereka kerana bila ditanya masih ramai yang tidak mengenali huruf dan bunyi setiap huruf..ada yang jenis menghafal..seperti lagu ABC...

contohnya.#situasi 1:
aku tunjuk flash card huruf..
A, B, F, I etc..
tapi yang dibaca murid..
A, B, C, D, dan seterusnya..
mereka just menghafal urutan huruf..:(

koordinasi tangan dan mata juga lemah..mereka tak boleh nak agak garisan untuk memulakan tulisan.
               A    A    
                         A

semakin lama semakin ke bawah tulisannya.

memikirkan keadaan anak-anak murid yang agak merisaukan, aku kena buat sesuatu supaya mereka dapat menguasai huruf serta bunyinya..cuma cabaran buat aku adalah, mereka perlu tahu untuk membezakan bunyi huruf dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris.

kalau kawan2 kat luar sana yang ada idea bagaimana untuk mereka mengenali huruf, mohon untuk share pengalaman di sini ye..tak pon email je di husnanerra@gmail.com
aku nak sangat bantu anak2 didik ku..taknak berlaku keciciran dalam pelajaran.hurmm
semoga Allah permudahkan niat.
aminn~

Wednesday, September 18, 2013

++kerjaya dan keluarga++

assalamualaikum...

peningnya nak bahagikan masa antara kerjaya dan keluarga..
tambahan lagi skang ni permintaan untuk buat tuisyen bagi tahun 1 dan 2 semakin meningkat.
alhamdulillah..rezeki Allah bagi..
ingat nak tanya pengasuh untuk minta extend masa jaga haiqal..
kalau ikutkan memang tak sampai hati.tapi nak buat macamana..
terpaksa..
kadang2 dia ok.
kadang2 ada masa dia cranky..unpredictable budak tu.
kalau dia kacau, budak2 aku memang takleh nak fokus.
kalau nak diikutkan konsep aku bukanlah maca tuisyen sangat.
but more to home guidance.
oh haiqal.
mama buntu.
mama sayang awak.
tapi dalam masa yang sama terpaksa mencari rezeki untuk awak dan bakal adik2 awak juga.
sorry.
tai pu chi.



Thursday, August 29, 2013

++1001 ragam murid++

assalamualaikum..


wargh..beberapa kali menguap sebab cuaca yang agak redup2 enak gitu..this weekend nak g kenduri kat kl..tak sabar nak jumpa kakak angkat yang bertahun tak jumpa.anak dia pon dah masuk dua orang.bukannya jauh pon kalau nak diikutkan ipoh dan kl..but setiap kali balik shah alam or g kl mesti ada keje nak dibereskan..mudah mudahan sabtu ni semuanya berjalan seperti yang dirancang..moga pertemuan kami nanti memberi 1000 hikmah..amin..:)

even aku agak kemengantukan harini tapi seronok sangat mengajar..terutamanya mengajar murid-murid tahun 1.ntahlah.maybe dose kopi aku cukup kot harini.hahahaha~!
hari aku diserikan lagi dengan perangai murid yang kadang2 buat aku terburai gelakkan mereka..nak tau?meh sini ahkak nak buka cerita..

#ragam 1-darjah 1
teacher : "awie...tuck in ur shirt properly.."
awie: "ok teacher"
terus dilondehkan seluarnya sampai paras lutut then dimasukkan baju yang terkeluar tadi elok2..dan tarik seluar macam biasa.-___-
agaknya bagi dia tak salah buat macamtu.pada peringkat umur ni, perasaan malu murid masih belum berkembang..sebab tu dia londehkan seluarnya dengan selamberrr..hahaha.
mujoqlah hang baru darjah 1 nak oii..kalau tingkatan 1 lari bertaburan cikgu dibuatnya,
tapi aku sempat pesan kat budak tu, jangan londeh seluar macamtu lain kali.sebab tak sopan..:)

#ragam 2 - darjah 1 kelas hujung
situasi : ada sorang murid kelas yang aku ajar ni, dia sangat susah nak datang sekolah.stiap hari kena paksa dengan mak dia untuk masuk kelas..kalau mak dia balik mulalah dia menjerit dan melalak sampai pening kepala cikgu yang mengajar waktu pertama..harini budak tu buat hal lagi.lepas kena tinggal ngan mak dia, dia melalak sambil hantuk kepala kat pintu kelas(pintu belakang)
puas kawan aku pujuk dia jangan buat macamtu.tapi tetap tak makan saman..last2 ada sorang lagi kawan aku naik kelas..dia masuk dan guna lontaran vokal yang paling nyaring dan tinggi terus budak tu berhenti hantuk kepala..haaa..baru kau tau nak...
so, masa waktu kedua adalah waktu aku mengajar.ada beberapa orang murid ni..

murid 1: "teacher, TAK sakit tau kalau dia hantuk kepala dia kat pintu"
teacher :"ape plak tak sakit..mesti lah sakit.boleh benjol dahi kamu tau"
murid 2 : "betul teacher..rasa kebas2 sikit je..lagi sakit kena cucuk ngan nurse haritu"*sambil buat muka selamberr..*
teacher :"buat apa nak hantuk2 kepala..banyak lagi benda berfaedah lain kamu boleh buat.betol tak?"
murid 1 : "betol teacher..tapi kalau tak sakit pon jadi benda berfedah juga.."
tak sempat aku nak cakap JANGANN~ terus dia ngan kawan dia hantukkan kepala sesama sendiri tanpa ada perasaan bersalah atau sakit.
what derrrrrrrrrrrrrrrrr?????????????
terkejut aku dibuatnya!!buat depa hantuk kepala kuat2 tak pasal2 je parents datang jumpa aku sebab kepala / dahi anak benjol2..kadang2 budak ni memang suka buat perkara diluar jangkaan..sebagai ibu bapa, kita tak boleh nak expect cikgu tengok anak setiap masa.dalam kelas tu katakanlah ada 40 orang..ramai kan??kadang kadang tak sempat nak tengok sebab setiap murid berlainan fe'elnya..tambah2 pula kalau korang kena ajar murid tahun 1.harap maklommmm...
*risaunya kalau time aku mengajar ada murid jadi apa2..minta dijauhkan dari sebarang musibah*

#ragam 3 - darjah 1

perlukan pemerhatian lebih budak neh..hahahhaa!
if U notice something, there's one word been misspelled. guess what??

#ragam 4 : masih berpandukan gambar rajah di atas..

murid : "teacher, kalau kerbau bukan ke kita panggil dia cow ke?"
murid 2 : "eh..bukan cow la...tapi bull.." murid ni cuba membtulkan kawannya..
murid 1 : "abis tu, nape gambar ni dia cakap kerbau tu yak? maksud ayat kat sini, kerbau ni suka berak ke..?"
FYI, murid tu muka dia sangat serius masa tanya soalan..
teacher : "nape kamu cakap macamtu?"
murid 1 : "yelah..mak kita suka tanya adik kita nak yak ke tak..sebab kalau mak tak tanya nanti adik berak merata-rata.."
ok.fine..baru aku faham..T__T

kalau nak diikutkan setiap hari ada je perkara yang meggelikan hati berlaku..
ini yang membuatkan aku lebih sayangkan kerjaya aku..hehehe