assalamualaikum..
pagi2 buta waktu perhimpunan mingguan nazir dah menjengah ke sekolah kami..welcome nazirs~hikhikhikhik.harap2 redha lah dengan segala kekurangan yang ada pada waktu ni..insyaAllah akan diperbaiki nanti.agak kemengantukan pagi2 ni sebab semalam tido lambat dek teruja sangat tengok budak hafiz nyanyi dalam AJL.rezeki ko ye dik..menang besar lagi taun ni..akak lagi teruja tengok hyperact sebenonya.meremang bulu roma i ols waktu dorang perform.ok.tamat bab AJL.titik.
awal2 tahun kebanyakan cikgu sekolah terutama guru kelas mesti sibuk menyiapkan data murid.banyak betul kena isi online termasuk apdm, smm,sps dan macam2 lagi..lebih pening kalau guru kelas tahun 1.sebab they have to start from the beginning..antara cikgu yang pening tu akulah!hehehe.takda lah pening sangat pon.cuma kena pandai manage masa dan siapkan tugas ikut priority.tugas terkini yang aku kena buat skang ni adalah kena kira jumlah pendapatan berkapita bagi setiap murid untuk tujuan KWAPM.mujur dalam kelas aku tak ramai.tapi yang memeningkan kepala adalah bila ada parents yang ambik mudah bab isi borang..dorang isi borang ikut suka hati je..kadang2 banyak bahagian yang tak dilengkapkan..-___-
dah jadi keje plak bila cikgu terpaksa bertukar jadi investigator untuk tahu latar belakang keluarga..kadang2 bila aku edar borang dalam 10 keping rasanya yang hantar balik 2, 3 macamtu je..yang lain2 simpan jadi pekasam agaknya.hewwww~
aku punya risau bab2 duit ni..sebabnya kalau boleh aku tanak terlepas pandang murid yang betul2 layak dan berhak dapat bantuan dari kerajaan..tapi parents yang lain2 tu ada yang ambil kesempatan.bila diedarkan borang KWAPM ada yang tipu maklumat pendapatan..so apa yang aku buat adalah semak kembali borang SMM yang pernah dihantar masa hari pendaftaran dulu..tu pon ada beberapa orang yang takda maklumat..hisyhhh..nak duit..tapi tak berusaha..pening aaa..~*gaya shuib*
ada plak yang terlebih berusaha untuk dapatkan duit...lagi PENING AAAA~hahahahak!
macam hal!
so aku tempel skali syarat kelayakan untuk dapatkan bantuan KWAPM untuk rujukan..harap2 membantu.
SYARAT DAN KRITERIA KELAYAKAN
Murid penerima bantuan KWAPM mestilah mematuhi kriteria kelayakan seperti berikut:-
- Murid miskin warganegara Malaysia Tahun 1 hingga Tingkatan 1/ Peralihan yang bersekolah di Sekolah Rendah/Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan
- Murid miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH dan disahkan status kemiskinannya sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR
- Murid miskin yang pendapatan keluarganya berada di bawah *Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional seperti tertera di bawah:-
WILAYAH MISKIN MISKIN TEGAR ISI RUMAH PER KAPITA ISI RUMAH PER KAPITA Sem. M'sia RM 720 RM 180 RM 430 RM 100 Bandar RM 740 RM 185 RM 420 RM 100 Luar Bandar RM 700 RM 160 RM 440 RM 100 Sabah & Labuan RM 960 RM 200 RM 540 RM 110 Bandar RM 970 RM 200 RM 540 RM 110 Luar Bandar RM 940 RM 190 RM 540 RM 110 Sarawak RM 830 RM 190 RM 520 RM 115 Bandar RM 860 RM 190 RM 530 RM 120 Luar Bandar RM 810 RM 190 RM 500 RM 110
betui tue cikgu ... ibu bapak sekarang ambik mudah je ;)
ReplyDelete